Ni mesti ada yang nak sound, "Hoy saje lah tu post dua entri sehari nak naikkan trafik lah tu nak duit Nuffnang banyak lah tu boooooooooo~~~~".
Tapi aku tetap nak tulis. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran. Yang kalau aku tak tulis ni aku tak boleh tidur dah lah Suami jauh di perantauan tak boleh nak peluk. Kalau boleh tidur pun mesti aku akan mengigau cakap pasal ini *hiperbola*.
Pasal bodek. Or in English, kiss-ass. Or butt-kiss. Cium bontot.
Tak payahlah aku nak ulang balik dia cakap apa. Cuma satu yang bermain-main di fikiran. Antara mengambil hati, atau membodek. Berbezakah? Sebab aku sering juga berdebat (in a good manner of course) tentang hal ini dengan Suami.
Suami ada pendapat dia sendiri. Aku juga ada pendirian aku sendiri. We both stand strong to our own opinion.
Contohnya:
Kalau ada rakan sepejabat jual barang ke apa, Suami biasanya akan beli. Untuk menjaga hati dan tolong kawan-kawan katanya.
Sedangkan aku, kalau aku tak berminat dengan barang itu, atau aku tidak memerlukannya, aku memang takkan beli. Pedulilah jaga hati ke tolong kawan ke.
Salahkah Suami kerana mengambil hati? Atau dia dikategorikan sebagai ass-kisser dan tidak berprinsip?
Atau aku yang salah, kerana tidak tahu membawa diri, tidak pandai berbudi bahasa?
Bukan sahaja Suami, aku lihat Baba juga macam tu. Kalau kawan-kawan beliau datang rumah bawa produk apa-apa, even pernah ada seorang tu pakai serban datang jual karpet mahal betul sedangkan harga pasaran mungkin lebih rendah, pun Baba beli. Kerana tidak mahu mengecewakan si penjual mungkin. Ke orang lelaki memang macam tu? Lebih lembut hatinya?
TOLONGLAH JELASKAN PADA AKU PERBEZAAN MENGAMBIL HATI/BERBUDI BAHASA DAN MEMBODEK!
Ada juga yang kata, kalau berterusan perangai macam aku memang susah nak hidup dalam masyarakat ini. Sebab aku juga tidak pandai memuji sebarang. Tidak pandai ketawa paksa kalau lawak itu tidak kelakar mana. Tidak pandai berpolitik. Sebab itu dua tiga bulan awal kemasukan aku di syarikat ini aku tidak berapa disukai. Orang jual kosmetik ke apa entah, semua orang beli kecuali aku. Jual apa sahajalah, memang aku seorang je tak beli. Tak pandai ambil hati kan. Orang cuba mengadu domba, aku sengaja buat tidak faham. "Dia tak suka kau Husna, dia cakap kau itu ini bla bla bla..", selamba aku cakap, "Biarlah dia nak cakap apa, saya tak effect apa pun..". Jarum dicucuk tidak tertembus, mana orang nak suka?
Office politic memang kadangkala boleh jadi sangat keji. Pandai-pandailah kau nak hidup. Tapi, konsep mencium bontot memang susah sangat aku nak terima.
Begitu juga ketika zaman belajar dulu. Orang lain dengan lecturer boleh jadi macam kawan, keluar masuk bilik lecturer borak-borak lepak sampai petang, puji melambung ketawa berdekah-dekah bersama. Boleh merengek-rengek minta tips/soalan bocor final exam lagi. Kiss-ass gila babi. Ke aku yang bodoh tidak pandai mengambil peluang? Aku yang terlalu skeptikal? Ego?
Itu di dunia luar. Kalau nak cakap pasal dalam rumah, dengan keluarga AKULAH JUARA BODEK KAHKAHKAH! Terutama kalau nak suruh Mama masak makanan kegemaran ke apa memang keluarlah ayat, "Kalau Mama masak je sedap, Dikna masak tak sedap langsung..", "Mama ni kenapa pandai sangat masak ni, ikan masak kicap pun sampai bertambah-tambah nasi..", "Mamalah orang paling pandai masak di dunia..". Mungkin kerana perkara itu benar, so memang lancar sahaja aku menuturkannya.
Kesimpulannya, bagi pendapat aku yang macam bagus-bagus ni, mengambil hati mungkin tidak salah, asal kena pada tempatnya. Mungkin OK jika melibatkan orang-orang yang selayaknya. Contohnya ibubapa kau, datuk nenek, ibubapa mertua, tak pun kanak-kanak ke.. Takkan dengan mereka pun kau nak keras hati dan ego tinggi melangit juga konon atas nama berpegang pada prinsip tidak suka membodek?
Or kau orang ada pandangan lain?