Tuesday, August 31, 2010

Alhamdulillah =)

Isu baju pengantin dah selesai!

No more baju buruk yang menjadi kutukan ramai.
No more sakit hati dan sakit kepala.

Sekarang dah ada baju baru!
And to make it even better, kami langsung tak perlu keluarkan duit pun for the new dress which actually cost a lot higher than the previous one.

Bagaimana?
Panjang ceritanya.

Apa apapun, Alhamdulillah..
Syukur ya Allah, Kau memang paling baik.

:)

Monday, August 30, 2010

DOWN

Hari ini mood sangat teruk. Mood bekerja apatah lagi, dah bukan 0% dah, negatif agaknya.

Lepas Subuh tadi sms Hanis,

Awak. Mama cakap baju saya tak cantik. Baju awak je cantik. OK ke saya ni awak..

Hanis balas,

OK je sayang. Jangan fikir sangat la. Pakai with confidence k..

Memang jawapan itu yang aku harapkan sebenarnya. Tak kisahlah kalau dia berpura pura ke apa, tapi jawapan itu sangat melegakan hati.

Betul ke?

Betul sayang. Kalau kita confident, pakai apa pun lawa..

Terus aku tersenyum sendiri. Mungkin sebenarnya dia nak cakap, "Awak pakai apa pun lawa." Heh heh rasa nak lempang tengah stress pun boleh syok sendiri.

Anyway meh aku cerita pasal wedding dress tu. Butik yang terletak di Semua House tu adalah butik pertama yang aku pergi masa nak cari baju kahwin, dengan jadual padat aku, rasa macam takda masa sangat nak survey sana sini. So lepas try sikit sikit aku terus booked. Masa tu belum tahu betapa cikainya butik itu, dengan harga mahal tak berbaloi (baru sedar harga mahal bila jumpa butik lagi murah, lagi cantik dan located lagi dekat dengan rumah. Bodohkan?). Bila aku tanya boleh cancel ke tidak, orang tu cakap deposit RM200 tu tak boleh pulang (standard la kan) tapi kena gantikan dengan studio photoshoot worth RM400 something so kena tambah bayar lagi. Aku taknak pun ambil gambar studio, mana ada orang buat macam tu lagi ingat gambar konvo ke apa?

So taknak banyak cerita aku ambil je, dalam pada tu 2-3 kali juga aku datang untuk tukar warna lah, tukar bajulah, tapi di situ memang tak banyak pilihan sangat and finally aku stick to the first choice saja. The worst part is, dia bagi baju and veil je, tak sekali dengan kasut pun. Bodoh gila. Even tudung pun aku kena cari lain sebab tudung yang diberi sangat old-fashioned dan memalukan je nak pakai. Butik yang kami ambil baju untuk majlis bertandang dah la lagi murah, lagi cantik baju baju di sana, boleh je bagi kasut sekali. Tapi aku tak ralat pun tak dapat kasut dia, sebab aku tengok buruk gila collection kasut di butik itu.

Aku taknak salahkan sesiapalah, mungkin salah diri sendiri sebab gopoh sangat dalam membuat keputusan. Even masa aku nak bayar deposit tu 2-3 kali Hanis tanya betul ke aku nak baju tu tapi aku yang degil sebab aku malas nak fikir sangat sebenarnya and kalau boleh nak settlekan semua sekaligus. Konon.

Mama memang tak suka betul baju tu, ini satu lagi advise untuk bakal pengantin di luar sana. Please include your mother in every single thing in your wedding preparation, sebab orang orang tua ini memang tahu apa yang elok, apa yang cantik dan sebagainya. Aku ni konon bagus nak buat sendiri, end up banyak benda aku regret sangat.

Anyway there's no use talking rubbish anymore, bak kata Hanis, pakai with confidence and everything will turned out not so bad. Bila fikir semula, before this banyak je baju yang aku pakai tak cantik mana tapi bila dalam gambar nampak cantik. Not the baju of course, and not myself for sure, but the pictures itself. Mungkin keyakinan diri yang tinggi will overdo the ugly part of the dress, hopefully. Entah mana aku nak dapat keyakinan diri tu dalam keadaan depress macam ni.

Hanis sayang please get well soon, your supergirlfriend is no longer super right now. I need you. I need you to say that everything's gonna be fine. Please be strong, fight the pain, getting better dan jadi suami paling hensem di dunia. Promise?


Sunday, August 29, 2010

Pre-Wedding Tests

Ya. Dugaan sebelum kahwin.

Dugaan 1

Mama cakap my wedding dress tak cantik langsung T__T
I tak merajuk pun, sebab bila dah sampai rumah and dah try betul betul, I have to agree that memang baju tu tak cantik, and nampak murah.
Menyesal aku ambil baju tu.
Tapi dah terlambat nak cakap apa apa, so pakai je lah. Tak guna nak fikir lagi.
Oh, aku sewa je anyway, tak buat pun. Baju nikah je yang hantar tempah.
Mama sampai cakap suruh pakai baju nikah je during reception, sebab Mama cakap baju nikah lagi outstanding.
Adeh. Darling, it ain't easy. You know it.

Dugaan 2

Hanis. Demam. Campak.
Enough said.
Terus overshadow kegusaran aku tentang baju kahwin.
....

Aku dah tak fikir apa dah. Aku just nak Hanis sihat and both of us will be very happy on that day. The kind of happy which I couldn't be any happier than that.

Sayang, walaupun mungkin muka awak akan berbintik bintik di hari perkahwinan kita, awak tetap hensem di mata saya..

Cepatlah sembuh. Sedih laa..

:'(

Friday, August 27, 2010

Emosi Celaka

Aku tiba tiba risau.
Aku tak ada back up plan untuk apa apa pun.
Macam mana kalau make up artis tak datang seperti dijanjikan??
Takpe, Emma Pesona punya butik dekat je dengan rumah. Aku terjah je kalau dia tak datang.
Itu takpe lagi.
Macam mana kalau CATERING which tomorrow shall received another 70% payment so total jadi 80% paid, tiba tiba tak datang masa majlis aku??
Perlu ke ada back up plan?
Ke berserah dan yakin sahaja pada takdir?
....

Semenjak petang tadi, emosi macam celaka.
Entah kenapa.

"Ma, Dikna ragu ragu la.."

"Hah start la tu.."

"Hmm. Forget it. Perasaan biasa orang nak kahwin kot.."

Mama hanya diam. Dan tukar topik.

"Mama pergi Cavenzi tadi. Ada sale. Taknak cari perabot situ ke?"

"Entah. Takde duit."

"Mama beli bantal banyak tadi. Kau ambil la 2 biji letak rumah baru."

"Thanks."

*Bangun dan terus ke dapur sebab air mata dah mengalir. Terasa loser*

Balik kerja tadi aku singgah rumah Kakna, dia tengah jahit something for her furnitures. Oh kepada yang belum tahu, aku akan berkahwin di rumah Kakna sebab--ah panjanglah ceritanya malas nak ulang lagi. Rumah Kakna tak jauh pun dari rumah aku. Dah macam rumah kedua pun sebab selalu juga lepak situ dengan budak budak.

Bila tengok muka Kakna yang keletihan, I suddenly feel how my wedding menyusahkan ramai orang. Benci. Dan emosi celaka itu semakin menjadi jadi. Kenapa aku tak pandai menjahit so boleh jahit banyak benda sendiri? Kenapa aku takde duit menimbun so boleh upah orang je buat itu ini tak perlu menyusahkan keluarga? Kenapa aku tak pandai itu, tak pandai ini??

Aku taknak macam ni lagi. Aku taknak.. Aku nak hidup senang, dan menyenangkan family..

Bukan macam sekarang..

How loser. Hopeless. And it fucking hurts..

Checklist for THE DAY

"Wuiii.. Ada orang tu lagi 3 minggu la.." semangat Oyah berkata sewaktu menyalamiku semalam. Bulan puasa ni tiap tiap minggu Oyah balik. Dan tiap tiap minggu juga aku menghantar dia ke Cyberjaya, sampai dah terer banyak jalan dah. Aku suka explore different routes, supaya tahu sikit jalan alternatif yang mungkin lebih cepat dan toll yang lebih murah.

Anyway, yeah. 3 weeks to go. Bersediakah aku? So far benda benda besar kebanyakannya okay sudah ish cakap slang Sabah pula.
  1. Jurunikah - Booked.

  2. Catering - Deposit paid. This week akan bayar lagi 70% payment.

  3. Make-up for all occasions - Deposit paid. Nak kena revise balik semua receipts untuk tengok bila next payment.

  4. Baju nikah - Fully paid. Dah ada kat rumah dah pun. Rasa macam tak berapa suka, tapi family semua cakap cantik. Entah. Aku stress sangat kot.

  5. Baju for reception - Fitting and full payment tomorrow.

  6. Baju for bertandang - Deposit paid (sebenarnya macam belum yakin nak ambil baju itu sebab sama sangat dengan warna tema belah lelaki. Huhu. Tak kisahlah)

  7. Apartment - My parents-in-law yang baik hati tengah upah orang buat flooring. Now we have to think about the furniture. Eventhough several of the furnitures are more likely provided by my in-laws and my boss, masih ada lagi yang kami kena beli sendiri. Haruslah independent kan? Eh ada duit ke kami ni? Tssk.

  8. Baju untuk family for nikah - Ingat nak cari esok tapi macam dah pack sangat schedule for tomorrow. Hmm. Perlu ke family pakai sedondon during nikah ye? Nak reconsider lah.

  9. Baju untuk family for reception - Done. Tinggal nak cari tudung je. Tapi baju orang lelaki takde lagi. Nasib baik adik lelaki tak ada problem nak pakai pink. Heh.

  10. Baju untuk family for bertandang - Pakai baju raya pertama. 2 in 1. Heh heh. Berbelanja haruslah efisyen.

  11. Photographer - Booked. Tapi belum bayar apa apa pun lagi. Kawan Hanis.

  12. Videographer - TAKDE BAJET NAK HIRE. *sob sob* Ada orang nak taja tak? Heh heh.

  13. Meeting with parents-in-law regarding aturcara - Done.

  14. Meeting with Bridesmaids - Scheduled on 31st Auguts. To be rescheduled sebab ada yang tak free on that day.

  15. Meeting with cameraman - Belum lagi. Bila nak buat ni Yang?? Meeting with cameraman sebelum majlis adalah harus, supaya dia aware apa yang kita nak, and supaya kita boleh bekerja sama dengan lebih baik di hari majlis nanti.

  16. Inai - Takde lagiiii!! Mana nak cari? Inai serbuk beli kat Mydin tu elok tak ye? Aku nak pakai kat jari je, taknaklah yang macam keling bercorak bagai tu. Kat tapak tangan pun taknak pakai kot. Nak kat jari je. Mana nak beli ye? Suggestion please..

  17. Doorgifts - The case dah lama ada. Just a simple one. Tinggal nak beli benda benda untuk dimuatkan dalam tu je.

  18. Bilik pengantin - Cadar dah beli. Langsir Kakna dah siap jahit. Hiasan? Thinking of the simplest one. Maybe scented candle or photo-display or just a simple bouquet. Last minute baru nak decide kot. Biasalah aku ni.

  19. Pelamin - Dah booked sekali dengan make-up for bertandang. Since aku tak bersanding, pelamin itu akan dijadikan background Photobooth as suggested by Mira. Maybe nak add up props yang comel kot. Just maybe.

  20. Kad kahwin - So far baru edarkan pada officemates sahaja. Untuk orang pejabat je dah dekat 50 keping sekali dengan sub-contractor dan suppliers dengan harapan dapat hadiah best dan angpau berjumlah 4 angka heh heh bodohlah kau mata duitan. Instead of tulis satu satu yang memenatkan tangan plus tulisan pun tak cantik, we try to print the name right at the envelope. Lagi kemas dan cantik. Tapi dah banyak dah terlepas guna tulisan tangan aku yang miserable tu. Sorry la ye :p Tomorrow or Sunday nak pergi rumah Arul untuk minta tolong pass pada sebahagian kawan sekolah, Isnin ni dating dengan Farah nak minta pass pada all the juniors. Thanks ye kepada yang sudi jadi posmen. Di saat masa yang sangat hectic ini, bantuan rakan rakan sangat memberi makna yang besar tau. Thanks a million.

  21. Skill memasak - Sedang diasah. Masih banyak perlu diperbaiki. Hanis tahu. Itu yang paling penting.

  22. Skill menjaga anak - Gediklah kau belum apa apa dah nak cakap pasal anak. *shy*

  23. Kompang - Nak kena ada ke eh? Mama suruh cakap minta tolong my cousin je, dia ada pasukan kompang. Tapi tak tahu perlu ke tidak, or pakai MP3 je.

  24. Pulut kuning bertingkat as replacement for wedding cake - Belum order pun. Takpe, at least 2 hari before majlis kena order. Kau memang suka kerja last minute kan HUSENAH! (tiba tiba ada suara Mama)

  25. Hantaran - Almost done. Cuma untuk sireh junjung dan 2 jenis makanan belum buat lagi. Ermm.. Last minute lagi (cakap dengan penuh ketakutan takut Mama dengar)

  26. Gift untuk majlis nikah for 100 pax - Mungkin nak jadikan cupcakes tajaan Feeda si blogger baik hati manis wajahnya tinggi budi bahasanya sebagai doorgift (haha baik punya bodek). Tapi tak tahu lagi. Mungkin jadikan sebagai hidangan di meja pengantin. Thanks babe! Cium pipi sikit :D Eh kau masih belum ubah fikiran kan? Kan? T__T

  27. Kuruskan badan - Semalam timbang dah reduce 2 kg. Mama dengan Oyah pun turun berat badan yeay! (Timbang sebelum berbuka, lepas berbuka tak berani nak timbang. Tssk.)

  28. Guestbook - Excited tanya tanya Nurulhuda sebab terpikat dengan guestbook masa wedding dia. Nurulhuda sangat baik, kalau I tanya apa apa dia tak pernah tak balas. Sekali when I read her replied email, tengok tengok macam dah tak sempat sebab untuk siapkan buku tu ambil masa 3 minggu. Hari ini dah 3 minggu. Ke sempat lagi eh. Takpelah. Takde rezeki. Huhu.

  29. Bunting - Free sekali dengan kad kahwin, tapi belum siap lagi lantaran karenahku yang macam macam. Mula mula dia buat Kisah Kau dan Aku sebagai header, lepas tu tukar kepada Our Love Story, tapi bila bayangkan gambar aku dengan Hanis di tepi jalan dengan header Our Love Story, rasa kelakar pula. Ala takde idea lah! Penat dah aku. Ke biar je eh. Bukan orang tengok sangat pun kot kan?

  30. Emosi - Agak stabil. Tambah tambah lepas baru habis tengok Adamaya. Terus berangan Hanis jadi macam Adam walaupun hidung mancung je yang sama T__T


Hopefully everything will be under control. As much as I want everything to be perfect, harus diingat bahawa aku hanya merancang. Again, hanya merancang.. Dan Allah s.wt yang menentukannya.

Tuesday, August 24, 2010

Basic Rules In A Relationship

Okay list di bawah ditaip ditulis based on pengalaman sendiri, pengalaman rakan rakan dan juga based on my observation. List ini adalah pandangan peribadi aku sahaja, tak suruh semua orang setuju pun.

So here it is. What you should and should not do to maintain a good relationship with your boyfriend/fiance. Tak sure la sesuai ke tidak untuk yang dah berkahwin.
  1. Privacy - Jangan sesekali, or to be more emphasizing, DO NOT EVER asked him to share his email's password or check his iPhone. Kau jangan nak guna ayat, "Kalau yu percayakan ai, bagitaulah password email yu,". Hey, if trust is the issue, why do you have to check his email? Begitu juga dengan handphone. You want him to respect your privacy, so please respect his.

  2. Space - Sepertimana kau, dia juga perlukan ruang untuk diri sendiri dan rakan rakan. Kalau dah seharian dia teman kau shopping, kenapa waktu malam kau masih nak sentap bila dia tak reply sms kau sebab tengok bola?

  3. Do not involve your other half in your problem with the girls - Abu couple dengan Dona. Kedua-duanya berkawan baik dengan Siti. One day Dona gaduh dengan Siti, patutkah Dona paksa Abu delete Siti dari Facebook Abu?? Abu takde hal pun dengan Siti, tapi perlu ke Dona suruh Abu sound Siti tak pasal pasal? Dann, perlu ke Abu jadi pak turut ikut je setiap arahan Dona untuk memusuhi Siti? Derr, sia-sia je Tuhan anugerahkan 9 akal untuk kau.

  4. Drama Queen - Drama sometimes can spice up your relationship. Tapi kalau setiap benda kau nak jadikan drama, jangan salahkan sesiapa kalau dia mula muak dengan kau.

  5. Be yourself - Hubungan itu akan jadi susah kalau kita tak sincere dan asyik berusaha menjadi orang lain. You don't have to always look perfect for him, it's OK being silly sometimes. Kalau dengan orang yang kau sayang pun kau tak boleh nak nampak bodoh, kelam kabut dan sebagainya, dengan siapa lagi?

  6. Don't ask for something you know you don't want it to happen - Setiap kali bergaduh mesti nak minta putus, sedangkan kau tahu kau sangat memerlukan dia. Kalau dah terbiasa sangat sikit sikit nak putuskan hubungan, nanti bila dah kahwin jadi terbiasa pula bercerai berai. Nauzubillah.

  7. Stop being a cry baby - Air mata sememangnya senjata wanita untuk melembutkan hati lelaki. Namun, seperti senjata senjata lain, jika terlalu kerap digunakan ianya akan tumpul dan tidak berkesan lagi. So please save your tears for something really worth it.

  8. Stop assuming - Kalau ada apa apa tak kena di hati, all you need to do is just ASK. Jangan nak fikir bukan bukan, then kaitkan benda 2-3 tahun lepas, then tiba tiba nak rasa sebak, sedih, then nak nangis tak pasal pasal. Padahal kau belum tanya dia pun lagi. Tumbuk kang.

  9. Don't push too much - Bila kau nampak dia macam tak seceria selalu, tak salah untuk bertanya. But if he said everything's fine, don't push him otherwise. Kalau dia memang nak share dengan kau, eventually dia sendiri akan datang dan cerita tanpa perlu diminta pun.

  10. Possessive? Please don't - If your guy cakap nak keluar ramai ramai termasuk kawan perempuan, let him be. As long as bukan keluar berdua. You're just his girlfriend/fiance, not his mother. At least he still let you know, that's a lot better than dia keluar senyap senyap tak bagitahu pun semata mata nak jaga hati kau yang cemburu tak ingat tu.

  11. Accepting each other wholeheartedly - As much as you hate to be judged, don't judge your partner. Love is about seeing an imperfect person perfectly.

  12. Trust - This is the bottom line of every single thing above. There's no use having a relationship without trust.

Tak perlu tengok orang lainlah, aku sendiri pernah buat beberapa perkara di atas ketika zaman bercinta masa belajar yang biasanya tak ke mana pun tu. Bila dah tua tua ni baru terasa bodoh dengan tindakan sendiri. So anggaplah ini sebagai pengajaran kepada adik adik (kenapa ayat macam dialog cerita Haiwan Teladan ke apa?).

Aku tak tuju pada sesiapapun, semuanya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. So please jangan nak sentap tak pasal pasal lepas tu tak bagi boyfriend kau datang wedding aku.

Lencana Comel

I was reading Scweet Mafis blog when I saw these cute badges yang rasa macam best tapi belum sempat aku post pasal ni Hanis dah cakap, "Tak payah la, tak payah lahhh..". Hatiku terluka T__T.

Comel apa keluarga dia semua pakai badge warna biru, keluarga aku semua pakai badge warna pink. Comel kan? Cakap comel cepaattt!

Dengan penuh bersemangat aku berhujah di hadapan beliau;

Kalau pakai ini bolehlah kita distinguish mana satu family dia mana satu family aku. Senang aku nak beramah mesra (heh heh tak boleh blah guna point beramah mesra).

Kalau pakai badges ni in case ada orang nak tumpang rehat or sembahyang dalam bilik kita tahu siapa dia takdelah terjadi kecurian disebabkan membenarkan stranger masuk bilik seperti yang pernah terjadi beberapa kali sewaktu kenduri di rumah saudara mara.

Kalau pakai badges ni senang tukang bagi bunga telur nak bezakan mana satu gift untuk family mana satu gift untuk tetamu biasa (macamkan doorgifts kau best sangat orang nak berebut rebut).

Beria-ia muka aku bercerita, selamba dia cakap,

"Semua tu perasaan awak je. Jangan ikut perasaan sangat.."

Apa kaitan badges comel dengan perasaan? Dia dengar ke tidak hujah mantap aku tadi??

Mungkin.. Dia dah tak sayang aku lagi.. T__T

Dah dah. Kepada sesiapa yang ada boyfriend or tunang YANG SPORTING DAN SUKA KEPADA KECOMELAN LAIN SELAIN GIRLFRIEND COMEL SEMATA (heh heh), bolehlah klik sini untuk maklumat lanjut tentang badges or button tadi. Banyak lagi pilihan lain yang memikat hati. Pilihlah kau sampai lebam (tiba tiba garang).

Monday, August 23, 2010

Impak Acara Makan Terhadap Dunia Pekerjaan.

I love my job. No I'm not gonna talk about how fantastic being an engineer whatsoever, but I love being in this company.

Here everyone is treated more like a family than a worker. My Boss adalah seorang yang sangat mengambil berat kebajikan pekerja. When I say sangat mengambil berat, I totally mean it.

Tak perlu nak elaborate panjang lebar, salah satu contoh paling best is when he didn't allow me to go outstation at site when it's already 2-3 months left for my wedding day, sebabnya dia taknak aku hitam dan tak cantik di hari perkahwinanku. Huhu. Sweet la Boss ni. Tapi aku sendiri terasa macam bimbo pula tak boleh kena panas sebab takut hitam -__-

My Boss always emphasizing how family should come first in everything. In fact most men in this company are family-person type. Harap sangat Hanis akan menjadikan mereka sebagai contoh tauladan dalam kehidupan berkeluarga nanti. Amiin.

Tapi yang paling best bekerja di sini ialah, ACARA MAKAN MAKAN! Geez. Here we eat like a lot, kalau kau tengok album Facebook Sha pasal aktiviti di syarikat ini, semuanya melibatkan acara makan makan. So harap kau faham sekarang kenapa aku susah gila nak kurus semenjak bekerja di sini T__T.

Okay enough with the kiss-ass honest description about my Boss. Anyway semalam ada Majlis Berbuka Puasa & Tahlil di rumah beliau. Masa berbuka aku makan di sebelah emak Adi. Adi is one of my colleague too whose happened to be the Boss' cousin. His mother who's so friendly and motherly-figure casually asked,

"Husna datang dengan tunang ke?"

"A'ah makcik. Dia datang ambil saya kat rumah," I answered politely.

"Mana satu tunang kamu?"

"Tu, yang pakai baju biru sana tu. Hanis nama dia." Aku tunjuk Hanis yang duduk tidak jauh dari tempat aku. Nasib baik masa aku tunjuk tu Hanis tengah berperangai sopan bukan tengah berebut rebut makanan seperti biasa OMG.

"Oh.. Hanis. Selalu dengar nama je, ni first time tengok. Lawa tunang kamu tu, seiras betul dengan kamu"

Ow-kayy. Rupanya. Hanis. Seorang. Yang. Lawa. Is that makes us gay now? T__T

Curi curi ambil gambar si lawa.

Sila pasang lagu nasyid sebagai soundtrack gambar ini. Waktu ini baru lepas solat Maghrib sementara menunggu Isyak where Hanis tak habis habis cakap, "Jangan tersentuh orang tau. Ada wudhu ni." Tssk. FYI, baju kurung aku tu memang besar. FYI jelah. Sebelum kau orang cakap, "Gemoknya dia!" (Please please please jangan nak nakal sangat samakan kami dengan Akhil Hayy dan Waheeda. Please.)

Gambar makan makan bersama colleagues. Sangat cliche okayy. Asal ada acara makan makan mesti nak bergambar.

Thursday, August 19, 2010

Photobooth instead of Pelamin?

Everyone knows that I'm not going to bersanding on my wedding day as well as at the majlis bertandang on the next day. However I will still be having a pelamin only for photograph session with the guests, family and friends. But this morning when I was reading several wedding blogs, I suddenly came across this idea.

Instead of having a pelamin which I takkan bersanding pun (so macam membazir), we can replace it with A PHOTOBOOTH for photography session!


Yang ni macam required one small partition at the living room tu. Sebab ada dinding bagai. Tapi cantik doh. Kiri kanan tu letak la gambar masa Pre-Wedding Photoshoot hari tu. Lagipun Photobooth stail macam ni might be a bit privacy. Takde segan sangat in case ada kawan kawan yang terlebih fotogedik fotogenik nak posing beria-ia. Oh don't worry. Fotogedik is soo me :D


This one is suitable to locate at the corner, erm, ada ke corner yang sesuai kat ruang tamu rumah tu untuk dijadikan Photobooth? Simple but nice, cuma perlu cari kain yang sesuai untuk dijadikan background.

source: Chic Maps

Yang ini lagi simple, betul betul guna kain je kat belakang. Kain bunga bunga pula itu. Idea props menggunakan blackboard itu sangat intelligent. Boleh tulis ucapan untuk pengantin ke apa. Mana nak cari blackboard berbingkai cantik macam tu eh? And cukup sporting ke tetamu tetamu nak tulis benda benda funny kat situ? Funny la baru fun.


Yang ini macam rumit, I think guna plywood yang ditampal dengan kain, then tebuk lubang. Fun, adorable, but complicated. Kalau buat ini aku jamin most of the time anak anak buah aku je yang conquer Photobooth ini T__T


This one I think guna dinding sedia ada je, cuma tambah props mask, misai palsu, outfit kelakar dan sebagainya. Again, ada ke orang nak kelakar kelakar masa majlis aku nanti?

Main source for the info:
Beautiful & Bright


Boleh ke tidak ye? The way I see it, idea Photobooth ini macam belum berapa praktikal untuk perkahwinan di Malaysia. Orang tak berapa buat sangat, compare to the Western. Kalau nak buat juga kena lantik seseorang untuk mempromosikan Photobooth ini pada tetamu, takut tak ramai yang tahu. Ada ke orang nak jadi promoter tu:

"Cik, ambil gambar di sini cik."

"Abang, nak bergambar boleh ke Photobooth tu ye.."

"Kak, sana ada Photobooth. Boleh bergambar di sana ye. Cantik sikit"

Actually last week I pergi ambil ukuran baju di butik pengantin where I've booked the pelamin as well, bila diberitahu yang kami sebenarnya tak bersanding orang butik tu cakap, "Laa, rugi jelah buat pelamin beria.." Well, it's not that pelamin aku beria ke apa, but still nampak macam beria considering that it is only for platform untuk bergambar. Tu yang buat aku berfikir semula tu. Biasalah aku ni, cheapskate. Selagi boleh nak jimat. Heh.

Kalau buat Photobooth ini, mana pula nak cari kain or anything suitable to set as background? And yang aku dok fikir dari tadi, ada ke orang nak sporting gila ambil gambar beria ia to lighten up the photo session? Sebab kalau dah Photobooth macam ni macam tak berapa kena pula kalau bergambar tegak keras kejung control cun je betul tak?

Ke I better stick to the typical pelamin idea instead? *sigh*



Wednesday, August 18, 2010

Buku Itu..

Mana ni..? Terbongkok bongkok aku menyelongkar rak buku Baba untuk cari buku yang diminta Encik Hanis. Aku yakin ada, sebab rasanya aku biasa nampak buku itu. Tiba tiba Mama datang,

"Kau cari apa ni?"

"Mama nampak tak buku Mein Kampf, yang pasal Hitler tu? Dikna macam biasa nampak la, bila cari tak jumpa pula"

"Kau nak buat apa buku tu?"

"Hanis nak, hari tu dia nak beli kat Kinokuniya. Tapi Dikna rasa macam Baba ada buku tu sebab biasa nampak kat rak rak ni so tak bagi dia beli.."

"Kat bilik hujung tu dah tengok?"

Oh. Betul, selain di ruang tamu ada satu lagi rak buku penuh dengan buku Baba.

Lari lari aku pergi bilik hujung which used to be bilik orang gaji tapi sekarang dah jadi bilik kucing sekeluarga. Sebagai orang yang takut kucing, aku memang selalu berfikir banyak kali kalau nak masuk bilik itu T__T. Thank God, jumpa! Taapiiii.. Bila aku tarik je buku tu keluar, mak aih penuh anai anai!!! Terlompat lompat aku sampai terbaling buku itu. Kalau bukan sebab kekasih beria ia nak baca entah apa yang best sangat buku itu mesti aku takkan tahu apa yang ada di rak buku tu. Selalu lalu lalang situ sebelah mata pun tak pandang..

This is the book. Masa terjumpa tu rasa macam baru jumpa peta harta karun dalam cerita Da Vinci Code ke apa. Gilalah berhabuk!

First page. Atas tu kelihatan sebahagiannya dimakan anai anai. Nampak sangat berpuluh tahun tak berusik. Jenis Baba ni, bila beli buku beliau suka tulis tarikh dibeli. So you may see the date, 2/8/80. Aku belum lahir lagi masa tu. Tapi tak tahulah Hanis dah lahir ke belum. Dia kan orang tua. Heh heh.


Okay entri ini bukan nak cakap pasal buku yang Hanis buang tabiat nak baca tu, tapi dalam pada aku mencari tu terjumpa semula buku ini..

Oh. Tiba tiba teringat kenangan silam. Kenangan yang aku tak suka nak ingat dan sudah hampir dilupakan tetapi sangat memberi 'sesuatu' kepada kehidupan aku sekarang. Well, dulu masa putus cinta buku ini adalah antara buku yang aku baca sampai habis. Bagus buku ini. Ada doa segala. Tenang rasa ketika itu.

But the best part is this,

Boleh baca tak tulisan tu? 'untuk bacaan Noorul Husna'. Siapa sangka seorang bapa yang sangat jarang mencampuri urusan peribadi anak perempuannya, apatah lagi hal hal bercinta masa belajar whatsoever, tiba tiba hadiahkan buku ini di kala anak perempuannya teruk putus cinta? Dad is always dad kan? *sigh*


And to make it even meaningful is when I saw the date, 17/8/08. If you noticed, yesterday was 17/8/10. Rasa macam sekelip mata je dah genap 2 tahun. Sekelip mata, segalanya berubah. Rasa macam baru lagi aku menangis. Tapi hari ini.. aku masih menitiskan air mata, tapi bukan lagi air mata kekecewaan. Bukan lagi air mata sedih.

*Senyum*


Tuesday, August 17, 2010

One month

Berdebar? Belum rasa lagi. Too many things in my mind perhaps.

Well, basically walaupun my preparation seemed a bit haywire, most of the important things have been taken care of.

From the wedding dress to the gifts and such, everything's gonna be very simple-humble kinda thing. Okay let's be true. Eversince I was a little girl I of course had my own wedding dream. To wear the best wedding dress designed by well-known designer, to have a private garden wedding surrounded with the people I love, I even dah pilih lagu yang akan mengiringi I when I walk along the aisle. Haha. How funny. It was Shania Twain's From This Moment On. Beautiful song isn't it? Impian tu terbawa bawa sampai ke besar, sampai ke universiti. Even when I didn't have a boyfriend. Even most of my close friends tahu how much I wanted the song to be my wedding song. I wanted this, and that. To have the most memorable wedding, the kind of wedding that people would talk about for years.

Yes. That was me back then. Immature me. Princess me. At that moment, little that I know that it is not all about the wedding, it is actually about the marriage. Marriage means more beyond that.

When the time really comes, when we suddenly decided to get married only after 10 months knowing each other, the reality hits me. Yes it's true, kita kahwin sekali je seumur hidup, but doesn't mean that we have to sacrifice bergolok gadai for the one time wedding ceremony when we have a long way to go after the wedding, a long journey ahead to face together along the marriage. To the 'till death do us apart' thing (InsyaAllah).

To be perfectly honest, I can't afford fancy wedding stuffs and as much as my parents willing to help me like a lot, I really feel bad that my wedding caused a burden to them. So let's get back to the bottom line. What is this wedding for? Apa niat sebenarnya perkahwinan ini?

So my future husband and I sat down, take a deep breath and talked wisely.

"Don't expect for perfection sayang. Mesti akan ada flaws somewhere. We can't satisfy everyone.. Saya taknak awak moody bila things don't go as what you've planned," one thing I love about this man is, he knows how to choose the right words to console me without fail.

"You know what, the way I see perfection is, the wedding makes everyone happy. That is perfection," that's what I really feel, only if he realized.

"I don't think it is possible. Let say ada three parties, there would be at least one party yang tak happy. Memang ada orang yang jenis datang tempat orang untuk cari flaws je sayang," I couldn't be more agree with him. He's right. Memang wujud orang macam tu.

I remain silent to digest everything he said.

"It's OK then. One party unhappy, the rest two parties are happy. 2 out of 3 should be good enough," I finally said. Only God knows how much I feel relieved.

"Fikirkan life selepas kahwin okay?"

We smiled at each other warmly, knowing that whatever it is, worst come to worst, we still have each other to hold on to.

I don't know for how many times more I would asked for this, but please pray for us.. That would be the best gift ever for me..

Monday, August 16, 2010

The tears will be forgotten but the pain will stay in the heart forever..

Aku dah draft panjang lebar nak tulis pasal benda lain. But something shocking happened just when I arrived home late evening today. Now I'm so terrified of leaving Mama alone at home when I moved out to a new place to be with my husband next month.. Is she going to be safe enough?

One thing I learnt today, it's never your enemies who get you. It's always your own people. I'm scared. But I'm strong. Or at least I looked strong. Now I can say that pretending might be a good practice in certain scenario. Yeah. Sometimes it’s easier to just say you’re mad than to admit to them that you’re actually hurt.

I hate it, too much that my nose bleeds only by thinking about it. But as much as I want to get rid of it, I couldn't. Not in a million years. Because, I just can't.. There's always someone that I love the most, stand on my way. Damn it!

Sunday, August 15, 2010

Entri Terima Kasih

Assalamualaikum, salam ceria dan salam 1 Malaysia. (Haha tiru introduction Encik Adi setiap kali send email kat semua orang)

Berjumpa lagi kita di alam maya yang penuh lagho' dan melalaikan malah langsung tidak membawa manfaat kepada alam pekerjaan, alam persekolahan apatah lagi di alam barzakh kelak. Ni apahal ayat pendahuluan pedas gila?

Hari ini.. Ehem ehem.. Terasa poyo. Maka kepoyoan itu telah mendorong aku untuk membuat entri penganugerahan ini.

Kepada followers seramai 115 orang yang aku tahu mungkin hanya separuh atau tiga perempat saja yang ikhlas follow dan selebihnya hanya follow supaya aku follow dia balik, kepada yang tak jadi follower tapi sangat rajin singgah baca dan meninggalkan komen membina (which I try my best to reply), kepada bloggers yang selalu singgah tapi tak pernah tinggalkan jejak namun dapat dikesan di Nuffnang account heh heh, kepada non-bloggers yang rajin baca secara rahsia (silent readers) yang aku tak pernah sangka dia ikut perkembangan bentuk badanku yang kembang aku, kepada silent reader yang tak berapa silent sebab bila berjumpa dia quote balik ayat ayat manja gedik aku sampai aku merah pipi tersipu sipu malu yaww (hoy apahal gedik gila??), kepada yang dah tinggal komen tapi komen sekali lagi bila aku dah reply komen itu olololo rajinnya datang semula akak sayang lebih la macam ni, oh tidak lupa kepada silent readers yang tak suka aku tapi hari hari baca blog aku, pendek kata kepada semua pembaca budiman yang sangat sporting dengan ayat aku yang tak berapa diterima di kalangan pemeriksa kertas SPM, terima kasih kerana sudi membaca blog sampah ini. Anda memang KEWL GILEW~! (ejaan sengaja dirempitkan).

Secara spesifiknya, terima kasih kepada Sofiah Jasni untuk entri INI.
Terima kasih Farah Aliaa untuk entri INI dan INI.
Dan terima kasih Zahidah Dihaz untuk entri INI.

Mesti ada yang nak cakap, ek eleh baru 115 followers dah kecoh macamkan menang anugerah ke apa. Diamlah kau. Suka hati akulah.


P.S: Aku menulis bukan kerana nama. Dan juga bukan untuk meningkatkan blog traffic semata. Sangat annoying orang sebegini. Tak ikhlas langsung. When you're not sincere in what you're writing, it shows.



Friday, August 13, 2010

When the smartphone is actually not that smart..

Remember entri Barang Baik Punya? Remember? Well, aku tak jual pun hari tu. Sebab rasa macam rediculous pula nak jual semata mata nak ikut trend satu office yang semua pun taknak mengalah pakai smartphones, even my bosses ada both that Apple and Berry thang. Hambik guna slang negro.

Tapi sekarang, handphone itu dah rosak lah!!!!! Nasib baik aku tak jual kat kau orang. Kalau tak hari ini mesti kat Facebook ada group Kami Benci Husna Hadzarami Tembam Yang Jual Handphone Konon Best Tapi Cepat Rosak. Dan group itu menang Pertandingan Nama Group Terpanjang (mesti akan ada soon, budak budak remaja sekarang kan kreatif). Dan aku juga di invite untuk join group ini T__T

Teruklah handphone ni. Belum setahun pun lagi doh. Setelah macam nak pecah kepala dan berdarah hidung cuba repair dan update software bagai, hari ini aku buat keputusan untuk surrender dan hantar je kat service centre. Aku bukan selama ini taknak hantar, tapi memang takde masa lah nak layan benda remeh temeh macam ni. Tapi remeh temeh pun, malam malam macam tak senang duduk tak pegang handphone. I depends a lot on that smartphone, really. All my works schedule, all the appointments, all the details for budget and expenses, all the reminders, short notes, kata kata semangat setiap kali rasa down (perlu ke), gambar Hanis tengah tidur depan PC meleleh air liur, everything.. Itulah handphone, itulah radio, itulah alarm, check email whatsoever. Paling boring bila tak dapat meluahkan perasaan kat Twitter SMS setiap saat. Oh I'm addicted to it goddammit. Twitter SMS is one good medium to express your feelings without bothering anyone, especially untuk orang yang suka bercerita macam aku. Tak perlulah aku nak SMS Encik Hanis lagi, dia pun ada life sendiri takkan setiap masa nak layan cerita aku. Semenjak register ChannelX Twitter SMS ni aku dah kurang membebel sorang sorang bila rasa tak puas hati. Sekaligus dah jarang gila SMS si dia ececeh si dia konon. Eh aku tadi nak cerita pasal handphone kan?

Nasib baik my manager Abang Zack bagi pinjam handphone dia dulu sementara aku hantar pergi repair. Tapi memang lambatlah aku nak menaip ke apa, sebab keypad kongsi kan. Nak tekan huruf C kena tekan keypad nombor 2 sebanyak tiga kali. Terkial kial aku taip SMS. Sudahlah kau berlagak tak pandai tekan konon, dah lupa agaknya dulu awal awal diploma pakai Nokia 3310, lama pula tu pakai. Huh. Tiba tiba rasa nak pakai 3310 balik. Senang. Tahan lasak. Berapa kali aku baling berkecai setiap kali baran pun tetap maintain okay. Gosh teruknya perangai aku dulu. Macam monster.

So sekarang, duit dah tak berapa nak ada. Perbelanjaan kahwin pun banyak yang ditaja ibubapa. Kau jangan nak buat hal nak tukar handphone pula di saat makan pun bercatu ni.

Tapi, iPhone 4 macam gempak kan? Hoy hoy, tak payah berangan. Untuk orang yang jenis baling barang merata macam aku ni mungkin handphone Norkiah lebih sesuai.


*Norkiah = Nokia made in China yang application video recorder dieja sebagai vedio rekorder.


Thursday, August 12, 2010

Sesuatu itu mungkin nampak tidak signifikan, sehinggalah kita kehilangannya..

Hari ini. Aku. Sangat. Marah.

Tengah istighfar banyak banyak. Satu demi satu masalah timbul. Habis semua vocabs for cursing words sudah digunakan. Okay istighfar lagi. Bulan puasa ni Husna, tak elok marah marah. Jangan, jangan kembali pada kau yang dulu. Panas baran itu hasil kerja syaitan.

Kesian birthday boy tak pasal pasal dia pula yang kena entertain aku. Dia pula yang berusaha legakan aku dengan pelbagai cara, sampai satu tahap dia sendiri mula nampak hilang sabar.


.....
Kekasih, aku tahu aku macam macam.
Tapi.. Boleh tak kau jangan berhenti sayang aku..?

*tears*

Wednesday, August 11, 2010

Hadiah Hari Jadi

Esok birthday Hanis.

Sebenarnya aku baru sedar pagi tadi, tu pun lepas tengok kalendar T__T

Kesibukan melampau membuatkan aku hilang ingatan seketika. Manalah aku alert sangat dengan tarikh tarikh ini. Nama hari pun aku selalu salah, apatah lagi hari bulan. Yang aku sentiasa ingat tarikh aku nak kahwin je. Heh.

So tadi dengan rasa bersalahnya aku bercakap dengan dia perlahan-lahan,

"Awak, esok birthday awak kan.."

"Aah laa.." jawabnya dengan muka seolah olah dia sendiri baru teringat.

"Tapi saya tak beli apa pun lagi," kataku dengan nada sedih. "Takpe takpe. Macam ni. Esok habis kerja kita pergi buka puasa kat tempat best best nak? Saya belanja," girang wajahku mencadangkan. Kira untuk back up sementara cari hadiah.

"Takpalah. Saya kalau boleh taknak miss sembahyang terawih la.." Oh. Ehem. Terasa macam bercakap dengan orang lain pula. Nampaknya kematangan beliau semakin terserlah semenjak nak kahwin ini.

Saya terdiam. Berfikir sejenak.

"Hmm. Kalau awak boleh sabar, sebulan lagi saya bagi hadiah yang best gila," berseri seri wajahku terfikir idea licik itu. Mesti dia suka.

"Apa dia?"

"Saya bagi diri saya lah. Hahaha!" Rasa macam dah habis kelakar, tapi aku seorang je yang ketawa.

"Macam tak best mana pun hadiah tu.." selamba dia menuturkan tak pandang aku pun. Okay ini memang confirm tak kelakar langsung. Main kasar betul (>_<)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan kali ini

Esok berkemungkinan besar akan start puasa, insyaAllah. Ramadhan terakhir aku sebagai wanita bujang. Ramadhan terakhir yang aku boleh makan masakan Mama hari hari untuk bersahur dan berbuka. Bukanlah Ramadhan tahun depan tak boleh makan masakan Mama, tapi macam buat hal pula kalau aku dah bersuami pun HARI HARI nak bersahur dan berbuka di rumah Mama (-_-")

Tiba tiba teringat perbualan aku dengan Oyah masa tengah buat biskut raya tahun lepas, aku dengan selamba tak ada terfikir apa apa tercakap,

"Tahun depan kau lah kena buat semua ni, aku dah nak kahwin dah."

Ketawa besar kami ketika itu. Gilalah perasan. Masa tu Encik Hanis tak ada sebut langsung pasal kahwin, dan ketika itu kami juga baru kenal 4 bulan rasanya.

Tak sangka, Ramadhan tahun ni aku akan berkelam kabut prepare pasal kahwin. Itulah orang selalu cakap, thoughts become thing. Kalau selalu kau sebut tentang sesuatu, mesti eventually kau akan dapat. Heh heh.

So Oyah. Ramadhan kali ni aku masih ada. Bagi can la, kau kan nak SPM. Kesian pula kalau kau yang kena buat semua tu. Lepas ni, kau lah buat biskut raya, kau lah yang kena mop lantai tapi sebelum tu kau kena bersihkan kipas pakai mask sambil tutup mata sebab mask tu cover hidung je bukan mata, kau lah yang kena perah santan untuk buat pulut ketupat sampai juling juling mata sebab Mama tak suka guna santan segera, lepas perah santan kau kena tolong Mama ratakan santan pula, sebelum ini ada tiga pasang tangan, sekarang ada dua sahaja iaitu tangan kau dan Umut kecuali kalau Mama nak buat sekali itupun sambil berleter panjang sebab kita buat lambat sangat asyik berborak je, kau lah yang kena tolong Man cat pagar supaya tak berbeza sangat dengan pagar jiran sebelah yang putih bersih, kau lah yang cabut sarung kusyen (kerja yang semua orang tak suka) dan pagi raya kena pasang balik lepas basuh (kerja yang Mama memang akan suruh aku sebab orang lain pasang mesti terbalik sarung dia), kaulah yang kena isi biskut dalam balang di pagi raya tapi biskut Cornflakes madu kena sorok sorok sikit sebab Baba suka sangat biskut tu so kalau tak sorok mesti habis sebelum sampai tengahari raya pertama haha comelnya Baba kita :D. Di pagi raya (banyaknya tugas di pagi raya) lepas siap sapu rumah dan masukkan kuih dalam balang, kau juga yang kena masukkan duit Mama dalam angpau untuk bagi kat saudara mara (tugas tetap aku juga sebagai orang kepercayaan Mama heh heh) tapi jangan harap tugasan itu memungkinkan kau dapat angpau lebih dari Mama unless kalau kau sengaja masukkan lebih dalam satu angpau dan koyakkan sikit kat tepi angpau tu untuk tanda yang itu kau punya hoy hoy aku tak pernah buat itu tau kau jangan tuduh aku pula! Eh dah dah, panjang pula perenggan ini.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, aku harap dapat jalankan ibadah puasa dengan hati yang tenang dan gembira. Aku akan cuba kurangkan post entri yang berkemungkinan menyakiti hati sesiapa yang tak pasal pasal terasa walaupun aku tak cakap pasal dia pun. Satu ucapan yang menyentuh hatiku berkenaan Ramadhan terakhir ini adalah dari Sue,

"Jadi, hargailah setiap saat pada Ramadhan kali ini. Terutamanya saat bersama famili".

Sejak kebelakangan ini mood macam nak touching je. Tengok muka Mama pun rasa nak mengalir air mata. Seboleh bolehnya aku cuba menghabiskan saki baki masa bujang ini bersama keluarga. Even Encik Hanis pun selalu menggalakkan aku spend masa sebanyak mungkin bersama Mama, Baba, adik beradik dan anak anak buah sementara masih belum berkahwin lagi. Selepas Ramadhan ini aku bukan lagi di bawah tanggungjawab Mama. Bukan lagi tanggungjawab Baba. Terlepaslah Baba dari segala bebanan dosa yang aku lakukan, dan akan beralih pula ke bahu suami.

Bila tengok betapa banyaknya perbelanjaan yang dihabiskan untuk majlis perkahwinan aku ini, perasaan belas menimpa nimpa. Terasa marah dengan diri sendiri kerana tiada simpanan. Cuma bergantung pada gaji semasa sahaja. So single ladies out there yang akan berkahwin, please do start a saving from now on. Because eventhough your parents are more likely to support you, it would be great if you could lighten their burden somewhere somehow. For guys evenmore. Start saving!

Well, my wedding reception will be as simple as possible. I couldn't care less on what people thoughts of it whatsoever, because what matters most is I will be with someone I love the most, and surrounded with the people who really care, who barely judge, who means a lot to me.

Selamat Berpuasa :)


Monday, August 9, 2010

Quick update

This weekend has been tremendously busy for me.

Sabtu petang

Keluarga bakal mertua datang untuk bincangkan aturcara majlis dan sebagainya. Aku join sekali. Pandai pandai je aku bagi cadangan itu ini, semua cadangan aku ditolak T__T

Sabtu malam

Decoration hantaran with Ja and Sue. Sebelum tu pergi beli bunga dulu untuk tambah bunga bunga sedia ada.

Meet my bestfriends merangkap teman seranjang ketika di rumah sewa. Dari kiri Ja, Sue dan aku yang paling over seperti biasa. Masa belajar dulu ramai cakap muka kami bertiga serupa. MUKA saja okay. Bentuk badan jauh sekali. Diorang kurus tinggi, aku gemuk pendek T__T

Diorang ni baik, layan je karenah aku yang pelbagai ni. Dah siap buat hantaran kena tolong tulis nama di kad pula, dah siap yang tu kena tolong buat props untuk photoshoot pula. Baik kan? Meh sini peluk cium sikit.

Ahad pagi

Tulis nama di kad jemputan. Aku tukang tulis, Sue tukang lipat, Ja tukang baca dan tick nama (kenapa tugasan Ja paling senang??) Baru tulis untuk 50 kad dah lenguh tangan T__T. Mula mula semangat tulis 'Ahmad Jais dan pasangan' atau 'Ahmad Jais dan keluarga', lama lama tulis 'Ahmad Jais' je, lama lama lagi jadi 'Ahmad' je. Lenguh laa~~ So kalau kau orang terima kad aku ada satu nama sahaja, jangan la segan nak bawa pasangan atau adik beradik ke apa, kang kesian pula anak bini kau orang kena tinggal kat rumah.

Ahad petang

Pergi ambil gambar untuk letak kat bunting dan juga untuk tag orang for Save-The-Date. Props semua buat last minute.

Save - Guna frame gambar souvenir dari my colleague masa dia outstation kat India hari tu. Sorry Vend, saya keluarkan dulu gambar muzium India tu..

The - koyakkan cover belakang kertas kajang siapa entah. Eh Oyah punya rasanya.

Date - guna belakang pinggan kertas terjumpa dalam beg, mesti lebihan masa jamuan kat office hari tu. Then tambah la sikit hiasan guna bunga kecil kecil lebihan buat hantaran semalam.

180910 - guna lebihan kertas masa birthday Aina.

Bunga pegang - pinjam bunga kat living room rumah Kakna.

Cotton candy - beli kat Giant, RM2 satu. Mahal woh.

Cheapskate me. Semua pun guna lebihan. Semua pun nak berkira. Huhu.

*More photos on Facebook*

Cousin Hanis kena paksa jadi photographer. Heh heh. Thanks Shamim! Dah la sampai Tasik Perdana tu pukul 6.30 petang. So nak kejar masa lagi sebab kalau gelap susah la nanti. Tapi memang banyak la gambar yang agak gelap, sebab memang dah senja dah pun masa tu. Struggle aku edit tadi T__T


So, di kesempatan ini, aku dengan rasa rendah diri dan berbesar hatinya menjemput sesiapa yang sudi, untuk menghadiri majlis perkahwinan serba ringkas aku pada 18 September 2010 di alamat seperti di bawah,

Klik gambar untuk tumbesaran. Aku bagi sekali dengan map Encik Hanis. Majlis bertandang will be on the next day. Kepada sesiapa yang sudi please please please email me your address so that I can post the card, sebab kad ada banyak membazir je tak bagi kat orang. Heh. Yang dah ditag tu mesti kena datang, kalau tak aku merajuk (macamkan kau orang nak kisah aku merajuk ke apa kan?)


Penat sangat sebenarnya, sampai sekarang terasa lagi kepenatan tu. Ehem. 1 bulan 1 minggu dan 1 hari lagi. Pray for us boleh tak? *sob sob* (hari ini mood touching) :')


Saturday, August 7, 2010

A stressful bride is what I try not to be..

Damn.. Can't hold any longer..

I try not to talk about this, but I think I should say something to emphasize my feelings towards this 'issue'.

Earlier this week I found out that I share the same wedding date with one of my friend. A coursemate. A good friend, for me. Okay it's not me who found out first, I was actually been told by several friends through sms, Yahoo Messenger, et cetera. And later, I received an invitation (RSVP) via Facebook for her wedding.

To say that i didn't feel anything about it is obviously A BIG LIE. To be perfectly honest, I feel disturbed the whole day for God sake, to the extend that I even think of calling my catering vendor to reduce the number of pax to avoid wastage (it's not that I try to be calculative or stingy whatsoever, but being in this kinda religious family, kami benci pembaziran in case tak ramai yang datang). Because she is a good friend and as much as I want all my friends to come over and celebrate my wedding, I'm sure she has the same feelings too. It's so stressful when everyone around is expressing a pity face and said, "Ala nak pergi yang mana satu ni.."

But later when I've come to my senses, I try to get over it and think positively that kalau ada rezeki adalah orang yang datang. And several good friends of mine keep telling me that things gonna be fine and everything will went okay. But the funny part is when someone told me, "Kenapa kau tak tag orang awal awal? Siapa invite dulu dia lah yang akan dipilih". Dude, don't you think its too early? I have everything necessary, only that the right time is yet to come. Ah whatever.

To insist everyone to come to my ceremony is rather selfish, I won't have a heart to even think of it. I've made my own arrangement, so does she. Everything happened for reasons, I choose to believe in God's grace and have faith in it. Tapi kau orang jangan la bagi aku stress tanya tanya, "Ala takpe ke aku pergi wedding dia, kau okay ke?". Orang nak kahwin ni stress tau, aku taknaklah beratkan kepala pada satu benda sahaja.

It's the thought that counts. I keep telling myself that. So please don't force me too much, because it breaks my heart eventually..

Thursday, August 5, 2010

Kalau tak dah settle dah borang nikah. Dah boleh terus kahwin dah. Kau apahal tak sabar?

Hari ni aku kerja half-day sebab kena pergi JAWI untuk uruskan borang permohonan berkahwin. Nak berkahwin pun kena memohon tau, kau orang nanti jangan nak buat hal kahwin kat Siam sebab malas nak isi borang permohonan. Asalnya Baba cakap nak pergi sendiri, sebab nak jumpa kawan kawan beliau di JAWI tu. Tapi kereta Baba rosak pula, so tadi aku kena jadi pemandu hot lah.

So pungpangpungpang ke sana sini, permohonan nikah tak settle lagi -_-"

Sebab tiba tiba orang kat JAWI kata permohonan tak lengkap, tak ada surat nikah ibu bapa. Aku yang tak berapa penyabar macam Baba (macam pantun dua kerat pula, penyabar macam Baba. Hoy boleh tak fokus pada cerita??) mulalah rasa tak puas hati.

"Hari tu masa kursus kahwin orang tu cakap kalau anak perempuan sulung je kena ada surat nikah ibu bapa. Saya bukan anak perempuan sulung, saya ada dua kakak tau."

Pegawai wanita itu menjelaskan dengan nada biasa di kaunter pertanyaan,

"Kursus kahwin tak ada specify negeri mana ke? Sebab kami di JAWI memang memerlukan sijil nikah ibu bapa"

Nasib baik ada Baba yang tenang. Sambil senyum beliau berkata,

"Tak apalah, kita datang semula esok. Bawa sijil nikah"

Aku tak rasa orang JAWI tu salah. Aku rasa tempat kursus kahwin tu yang problem. Banyak dah aku tak puas hati dengan Z***s Akademik tu. Pau duit orang je pandai. Ada ke patut kalau di hari kita berkursus itu ada artis turut sama berkursus di situ, masa penghujung kursus semua orang diwajibkan ambil gambar beramai ramai bersama artis tersebut. Itu tak apa lagi. Aku memang suka bergambar. Yang buat aku bengkek tahap nak lempang lembu, semua orang WAJIB beli gambar itu!! Boleh terima tak? Rasa nak mencarut doh. Masa aku kursus tu ada Dia Fadila, siapa entah dia tu tak kenal pun. Kalau Fazura ke, Lisa Surihani ke, berbaloi juga bayar RM15. Pfft.

Okay takpe. Esok Baba datang lagi. Kesian Baba kena datang 2-3 kali. Bapak aku tu bukan muda lagi tau. Tapi kalau dinilai usia Baba yang menjengah 76 tahun itu, siapa sangka beliau masih kuat lagi berjalan ke sana sini dengan tegapnya. Sepanjang kereta rosak ini, setiap hari Baba berjalan kaki ke masjid tak pernah miss sembahyang berjemaah. Baba cakap,

"Sihat sebenarnya jalan kaki ni. Sejak jalan kaki ke masjid ni tidur pun rasa lena je. Kalau tak mesti rasa tak selesa.."

Hah tengok? 76 tahun tu. Kau orang yang 50-60 tahun lagi muda ada kereta motor segala, apahal bukan main liat lagi nak sembahyang berjemaah di masjid? Tak payah cakap di masjid, di rumah pun bukan main susah lagi nak sembahyang. Libas dengan hanger karang baru tahu. Tiba tiba jadi mak tiri.

Anyway, dalam kereta tadi sempat aku bertanya,

"Nanti Baba yang nikahkan Dikna ye?"

Baba jawab..

.....

Erm. Nak rahsialah.

Haha. Biar Encik Hanis saspen :D

Wednesday, August 4, 2010

Jual kereta

Baru lepas baca blog Chepah tentang dia nak jual kereta disebabkan:
  1. Kereta dia dan husband lebih kurang sama. Dia pakai Gen-2, husband dia pakai Persona. Ni apa hal aku sebut husband husband ni, bukannya tak kenal Nazir tu. Gedik betul tak nak sebut nama.
  2. Kedua duanya berwarna grey.
  3. Mereka kerja satu tempat.

Terus teringat situasi aku dengan Encik Hanis selepas kahwin nanti.

  1. Kami dua dua pakai MyVi. Cuma saya warna putih, dia warna gold.
  2. Walaupun kereta kami lain warna tapi sekali tengok macam satu warna sahaja T__T. Menjengkelkan betul kereta warna putih ni. Manja. Asyik nak kena basuh je. Tendang rim karang baru tahu. Menyusahkan kakak je (kenapa aku cakap dengan kereta bahasakan diri aku kakak??)
  3. Kami juga kerja satu tempat.

Jadi, dengan mengambil kira tiga hujah di atas (tiga je?? tak kukuh langsung hujah) aku pun mencadangkan pada beliau untuk jual kereta aku and pakai kereta dia sahaja nanti. Tak payahlah aku nak bayar bulan bulan lagi so duit tu bolehlah aku gunakan untuk buat slimming di London Weight Management heh heh.

Punya semangat aku cerita, selamba dia jawab,

"Nanti kalau kita bergaduh awak nak naik apa balik rumah Mama??"

Hello? Kalau bergaduh mestilah aku akan cakap, "Hantar saya balik rumah mak saya!' Tak drama Melayu langsunglah dia ni.

(-_-")

Then dia explain,

"Susah satu kereta. Saya kan part time study. Nanti weekend saya pergi kelas, kalau ada emergency ke, nak bersalin ke, kan susah awak nak keluar.."

Tssskk. Dah tau aku dekat dekat nak bersalin tak payahlah pergi kelas T__T

Malas layan.

Eh seriously, dalam situasi aku ni perlu jual kereta ke tidak ye? Considering that dia study, considering that rumah baru kami jauh dari rumah Mama in case of emergency Mama panggil balik rumah or anak injured masa main main so kena bergegas ke hospital atau apa ketika ketiadaan si suami. Encik Hanis tu dah la pantang sikit kalau sebut pasal anak. Belum ada anak lagi dah pesan pesan jangan marah anak sangat, jangan pukul anak, dah tu nak biar anak awak jadi samseng tak boleh kena marah kena pukul? Haih.

10 Things I Hate About You

I hate the way you talk to me,
And the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots,
And the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
It even makes me rhyme.
I hate the way you’re always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
Even worse when you make me cry
I hate it when you’re not around,
And the fact that you didn’t call.

But mostly I hate the way I don’t hate you,
Not even close…
Not even a little bit…
Not even at all...


(Adapted from the movie 10 Things I Hate About You, 1999)

Why do I feel like every single line in the poem is so close with what really happened in my life at the very moment? Ke semua perempuan pun rasa macam tu bila baca poem ni? Heh.


Tuesday, August 3, 2010

Why we tend to hurt the most, people we love the most?

Sebaik sahaja kereta berhenti, belum sempat enjin dimatikan aku terus keluar hempas pintu dan berjalan terus di tempat yang penuh dengan pelancong asing itu. Air mata mula meluncur laju. Kakiku melangkah pantas entah ke mana. Langsung tidak kutoleh belakang.

Dua tiga pemandu teksi yang beratur di pinggir jalan menyapa.

"Dik nak pergi mana? Meh abang hantar."

Aku dalam kekecewaan, tapi bukan dalam kebodohan untuk naik teksi sebarangan apatah lagi dengan pemandu yang berwajah kemiangan.

Nampak stesen monorel.

Pantas aku melintas jalan ke arah eskalator naik ke stesen itu. Telefon bimbitku berbunyi tanpa henti. Nama yang sama sahaja yang muncul. Langsung tidak kujawab.

Turun dari monorel yang berhenti di stesen Titiwangsa, aku dengan yakin melangkah ke tempat biasa aku menunggu bas hampir setahun yang lalu. Tapi.. Tiada lagi orang yang menunggu di situ. Hati mula rasa cuak. Mula terasa bodoh.

Mujur aku teringat satu bus stop yang aku yakin takkan berubah sejak zaman sekolah lagi. Tapi lokasinya agak jauh memandangkan situasiku yang perlu berjalan kaki ke situ. Tiada pilihan, dengan perasaan sebal dan hati menyumpah diri sendiri aku berpeluh peluh berjalan tanpa menoleh ke kiri kanan. Air mata diseka perlahan. Hingus apatah lagi. Syukur bus stop itu tidak berubah. Setengah jam menunggu nampak Metrobus No.11. Nasib baik tahu nombor bas, sebab biasa nampak lalu berhampiran rumah.

Akhirnya sampai juga di rumah. Rumah kosong, semua orang pergi melawat Oyah di sekolah. Sempatku baca sms dari dia.

Awak kat mana ni? At least SMS la. Apa apa jadi nanti susah..

Tetap kubiarkan. Masuk rumah tak tukar baju aku terus tidur tanpa menghiraukan deringan telefon yang masih belum berputus asa.

...

Well, itu cerita minggu lepas. Yang berlarutan sehingga dua tiga hari. Yang berlarutan sampai keluar kenyataan berbau male-chauvinist dari dia sebagai membalas status girl-power aku yang macam bagus bagus di Facebook. Dan sudah pastinya kenyataan dia itu disokong beberapa kaum lelaki yang lain.

Betapa tingginya ego aku, langsung tiada inisiatif untuk berbaik. Ketika itu Twitter SMS menjadi peneman. Konon sakit hati. Tapi rindu.

Hari ini kad jemputan for the wedding sudah siap dicetak, jadi kena pergi ambil. Dalam pada belum bertegur sapa, kami pergi berdua.

Di dalam kereta terasa janggal, walaupun dia cuba memulakan perbualan secara santai tanpa mengungkit apa yang telah berlaku.

Aku pandang dia. Mula berfikir. Terperasan dia baru potong rambut.

"Okay ke tempat awak gunting rambut tu?" berdebar debar aku tanya soalan bodoh. Macamkan tak ada soalan lain.

"Entah la, tak suka sebenarnya kalau orang guna gunting yang ada gigi gigi tu. Nanti rambut tak sama rata. Nampak tak sama rata kan?" dia juga nampak kekok membalas sambil membelek belek rambut baru ala gay-boy itu di rear mirror.

"Tak lah. Elok je saya tengok rambut awak.." Dah tu apa jadah aku tanya tadi?

Terasa kelakar dengan perbualan pelik itu, aku senyum pandang dia. Dan ketawa kecil.

Senyumanku dibalas. Warmest smile ever.

"Hari tu tinggalkan orang.." dah agak dah mesti dia nak ungkit kejadian penuh drama di Bukit Bintang minggu lepas. "Sorang sorang je saya jalan tau. Macam mana kita gaduh pun, tak pernah saya tinggalkan awak.." lembut suaranya menyambung.

"Awak la marah kita dulu.."

Boleh tahan juga aku ni jadi Drama Queen. Terlupa nak cermin diri sendiri agaknya, dah tua tua macam ni pun nak berdrama swasta lagi.

Bila difikirkan semula, pelik rasanya. Apabila kita rasa terluka oleh orang tersayang, seboleh boleh kita mahu melakukan sesuatu untuk menyakitkan hati dia kembali konon supaya dia merasakan apa yang kita rasa, sedangkan hakikatnya dialah yang paling kita sayangi dan hanya dia yang kita mahukan. Ironi kan? *sigh*

Monday, August 2, 2010

Seorang AKU yang banyak kekurangannya

How I wish I can do something beneficial to others.

It's absolutely nothing. I'm so sick with what had gotten my mind recently. I feel insignificant.

Okay first. Aku menulis bukan kerana nama. Kalau aku nak tulis untuk tarik ramai pembaca atau untuk meningkatkan trafik dan menjana pendapatan Nuffnang, aku akan tulis pasal sesuatu yang menarik dan umum. Contohnya gosip artis sebab orang Malaysia memang suka gosip. Atau mungkin aku tulis pasal seks sebab selain dari gosip, orang Malaysia (read: Melayu) juga suka baca pasal seks. Or aku boleh tulis pasal isu agama yang sensitif, sebab orang Malaysia (read: Melayu) memang suka benda benda begitu supaya boleh berbalah balah menegakkan pendapat konon dialah paling tinggi ilmu agamanya padahal sembahyang lima waktu pun liat.

Dan selepas tulis entri macam matang dan gempak mungkin aku akan blogwalking ke semua blog dan tinggalkan jejak di shoutbox, "Singgah sebentar! Ai dah datang blog yu ni so lepas ni yu datanglah blog ai pula ye. Yaww~~". Rasa nak tampar.

Ataupun buat blog contest yang ada syarat Siapa Nak Join Kontes Kena Jadi Follower Aku Dulu tapi bila dah menang haram tak dapat apa. Penganjur sekadar nak ramaikan followers sahaja wtf. Gila glemer betul.

Tapi aku? Aku tulis mengikut sesuka hati ikut dan kadang kadang entri aku lebih kepada isu sampah personal yang orang boleh cakap, "Wadehel? Baik kau tulis dairi je". Ataupun entri emosi yang orang akan cakap, "Budak ni manjang nak emo, bagaikan gadis remaja" (untuk menggambarkan aku sebenarnya sudah tua). Atau bila tersedar sebentar dari dunia lagho' ini aku tulis sesuatu berbentuk keinsafan yang mungkin orang akan cakap, "Diri sendiri tunggang langgang ada hati nak cakap pasal agama". Dan aku jarang juga blogwalking, biasanya aku pergi blog yang aku biasa pergi atau blog yang direkemen oleh orang lain yang macam bagus bagus. Okay mereka memang bagus.

So kalau kau orang expect nak baca sesuatu yang intelektual atau bombastik bahasanya, mungkin ini bukan blog yang sesuai. Sebab aku menulis tanpa arah tuju, tanpa spesifikasi, tak tentu hala..

See? How I didn't bring any significant effect to the public. Aku pernah berhajat untuk menulis sesuatu yang bermakna, tapi balik balik entri aku melencong dari tujuan asal.

Aku teringin nak cakap pasal memelihara alam sekitar, sebab aku kan environmentalist ah suka hati aku la nak label diri aku apa kau jangan banyak cakap. Tapi isu alam sekitar macam tak berapa kena untuk dikupas hari hari di blog princessuna.blogspot.com ini. Nama pun princess, haruslah cakap benda benda berunsurkan princess. AH! Rasa nak korek biji mata. Jadi kalau nak cakap pasal alam sekitar mungkin aku perlu buat blog baru guna URL akupencintaalam.blogspot.com. Mungkin.

Bodohlah. Entah kenapa aku tulis entri ini. Tak bawa apa apa makna pada dunia pun.


Sunday, August 1, 2010

Sometimes you might have to respect other people status on Facebook

Aku suka Facebook.

Melalui Facebook, aku yang tak berapa rapat dengan cousins and aunties lantaran sifatku yang tiba tiba jadi pendiam di rumah saudara mara kini boleh berbual bual dan bergelak ketawa seperti adik beradik.

Melalui Facebook aku dengan jiran sebelah rumah boleh berkongsi cerita apa yang terjadi di kawasan perumahan kami. Contohnya when a couple of weeks ago my neighbour post this on my Wall.

Kak Una tau tak kawasan rumah kita dah banyak rumah kena pecah masuk?

Good info yeah?

Melalui Facebook juga aku boleh tahu perkembangan rakan rakan lama terutamanya sekolah rendah. So bila terjumpa di mana mana aku tahu nama masing masing (provided kau guna nama sebenar kau di Facebook instead of Sweety Girl, Milah Cun whatsoever), bukan seperti dahulu bila berjumpa aku akan berdebar gila nak sebut nama dia takut salah orang.

With regards to the Facebook status, aku update sesuka hati aku. Ada orang suka update setiap 10 minit. Semua benda nak bagitahu. Nak makan apa pun nak tanya orang. Nak pergi berak pun nak tanya perlukah pergi berak. Mungkin dia rasa dia popstar yang orang interested nak tahu setiap saat perkembangannya. Terpulang. Aku taknak cakap banyak, sebab kalau dah rasa rimas sangat balik balik ada nama dia di News Feed aku 'hide' kan sahaja tak susah pun.

Bila ada yang comment on my status, the way i react is depends on what kind of comment they post. Kalau komen itu okay okay sahaja biasanya aku biarkan, kalau komen itu menarik perhatian memang aku akan reply or at least aku 'like' the comment, dan kalau komen itu menjengkelkan juga aku reply, percayalah.

Seperti orang lain, status Facebook aku sudah tentunya bergantung pada mood juga. Kalau di kala itu aku sedang berduka lara dan mood macam nak sepak orang, status aku obviously sound miserable.

Kalau tengah happy, biasanya status aku akan penuh humor dan di akhir ayat akan ada icon smiley pelbagai bentuk.

Begitu juga jika aku bertanyakan sesuatu which required answers, aku memang memerlukan jawapan dan bantuan umum. I'm talking about the real questions.

Contoh:
Siapa tahu mana mana kedai bunga yang jual artificial flowers yang cantik?

That's the real question which i have posted long time ago. And ramai yang baik hati bagi komen membantu sampai aku dapat bunga yang aku idamkan sangat tu. So you may see how Facebook can be quite helpful sometimes.

Kalau seperti ini:
Banyaknya aku makan hari ini. Kalau tak muat baju pengantin macam mana?? (T__T)

This is not a real question. Kau orang nak komen lawakkan aku pun aku tak kisah. Bukan tak biasa jadi bahan jenaka.

But please, for real question, please comment only if you think you might help somewhere. Sebab AKU BUKAN JENIS ORANG YANG UPDATE STATUS SEMATA MATA UNTUK KUMPUL KOMEN BANYAK BANYAK DAN MENUNJUKKAN BETAPA HOT-STUFF NYA AKU INI.

So bila aku yang pertama kali kena saman parking tak tahu nak buat apa tapi of course aku taknak bayar, aku post di Wall soalan berbentuk real question apa kesannya kalau aku tak bayar in case tak boleh renew roadtax whatsoever dan kau yang tak berapa kenal aku tiba tiba konon nak berlawak cakap,

"Ada, nanti kena gantung sampai mati"
....
....



Trust me. Its not funny, and you're annoying.