Monday, May 31, 2010

A quick update

  1. Perangai fickle minded makin menjadi jadi. Setakat ni dah 3 kali saya tukar baju sanding dari butik yang sama. Resit deposit saya dah penuh dengan conteng dan pangkah sana sini disebabkan saya asyik bertukar tukar fikiran je. Kesian kakak yang serve saya tu (T_T)
  2. Encik Hanis ada prinsip hidup baru semenjak nak jadi laki orang ni. Dulu prinsip hidup beliau adalah, "Biar Kereta Busuk Asal Hati Wangi", sekarang dah bertukar kepada "Tegas, Garang dan Alim". Manjang sound aku lambat sembahyang sambil mengeluarkan kata kata "Dalam diri kita yang penting ada dua, iman dan amal", tak pun kalau saya bising bising stress mesti dia akan tanya, "Dah sembahyang ke belum?" dan akan berleter panjang kalau saya belum sembahyang. Saya dah bayang siapa yang akan banyak berleter dengan anak anak nanti (-_-")
  3. Bakal ibu mertua bagi kain lagi untuk buat baju nikah, sedangkan kain yang dihadiahkan ketika majlis risik dulu saya dah hantar jahit dah untuk majlis nikah siap dengan beading dan sulam bagai. Tapi kain baru ni lagi cantik you. Terus call semua orang bagitahu warna nikah dah tukar, siap tukar color untuk decoration hantaran lagi. Tak lupa call tailor yang jahit baju nikah tu bagitahu ada satu lagi baju nikah nak hantar. Dah terlebih lak baju nikah. Pening kepala dia. Heh heh.
  4. Make up artist dah dikenalpasti dan dihubungi. Tinggal nak jumpa and bayar deposit je. Based on her experience as shown at her blog, memang cantik la dia make up. She is one of recommended make up artist in several wedding blogs la. Harga pun masih affordable lagi (kira ok la compare dengan Saidatul Nisa and Nurul Shukor yang charge over RM1000 per session wtf its just a make up ok? kau cuci sekali je terus hilang kot). Whatever, yang penting dia perempuan. Leceh la kalau lelaki yang mekap sebab kita kena pakai tudung and geli la biarkan dia pegang pegang muka kita masa dimekap. Huhu.
  5. Pelamin pun dah confirm, tinggal nak bayar deposit gak.
  6. Doorgifts - belum firm decision lagi. Asyik ubah fikiran je. Tsskk.
  7. Kad kahwin hampir siap, cuma ada minor amendment pada peta je (minor kau cakap? Punyalah panjang lebar kau comment kat orang tu suruh betulkan..)
Hati tak tenang la. Otak ni sentiasa ligat fikir apa yang perlu dibuat. Sekarang dah bulan 6, lagi 3 bulan lebih je. So dah boleh start buat HIV test, prepare borang nikah semua dah. Memang akan busy gila la. Haishh.



P.S: Jeles dengan Abang Zack and Naim baru balik Disneyland Hong Kong after company trip at China. Tsskk. Next projek kena bodek bodek bos nak pergi jugak! Taknak Italy, nak China.. Best shopping..


Thursday, May 27, 2010

Bridesmaid

Poning kepala den fikir pasal bridesmaid ni. Bridesmaid berbeza dengan pengapit kan? Since saya tidak akan bersanding, i'm thinking of having several bridesmaid with me during my wedding. Bridesmaid ni usually terdiri daripada orang orang yang rapat dengan kita i.e sisters, cousins or usually bestfriends la kot sebab biasanya hari hari macam ni kakak adik akan busy ke sana sini takde maknanya nak bertenggek melawa je kat tepi aku. Heh.


Bridesmaid ni biasanya pakai baju sama, or jenis kain yang sama walaupun berlainan fesyen. Itulah yang memeningkan kepala sekarang ni. Saya dah terbayangkan beberapa orang untuk dijadikan bridesmaid. Kira punya kira, kawan baik semenjak sekolah rendah sampai ke universiti, campur campur dekat 15 orang kot yang betul betul rapat sampai sekarang! Adakah aku kena sponsor baju bridesmaid untuk 15 orang supaya tak ada yang berkecil hati??? Baju untuk family dan anak anak buah pun nak kena sedondon juga. Adik beradik campur anak anak buah sahaja dah 20 orang. *pengsan*


Contoh bridesmaid. Cantik kan ramai ramai pakai warna ni?

So kesimpulannya rakan rakan yang tercinta, akan kufikirkan semula ye tentang tajaan uniform anda. Ongkosnya nggak ada dong! Unless kalau ada sesiapa nak sponsor la kan :D


Tuesday, May 25, 2010

The apple of my eyes =)

Penatnya hari ni. Habis kerja kat rumah bertekak pula dengan Asha.


"Asha puyak!"
"Antina nak buat kerja la!"
"Asha ya puyaaakkkk!"


Nak pecah gegendang telinga aku bila budak ni menjerit tepat tepat kat telinga (T_T). Oh, kami berebut main internet. Budak 3 tahun ni pelat L, sebutan L dia akan jadi Y. Kalau angkat telefon, "Heyo?"


10 minit kemudian, kami sama sama menjinjing tuala di bahu beriringan ke bilik air.


"Eh eh, Asha yang gaduh dengan Antina tadi nak mandi sama sama dengan Antina?" ejek saya penuh sarkastik sambil ketawa. Dia buat tak tau je.


Then dalam bilik air hingar bingar lagi bergaduh, dia nak pakai shampu yang saya pakai. Mana boleh. Pedih mata nanti. Jerit jerit juga la dalam bilik air sampai kena sound dengan Mama. Dia nangis, saya malas nak layan.


Habis mandi, dalam bilik, dengan hidung dan pipi masih merah baru lepas nangis dia sikat rambut saya dan ketawa ketawa sambil mulut potpetpotpet bercerita keseronokan mandi tadi. Hehe.


Hmm..


Budak budak memang membahagiakan. Sekejap tadi kita bergaduh beria ia, tak lama lepas tu dah boleh ketawa sama sama cepat je dia lupa kita pernah bergaduh dengan dia.


Kenapa la orang dewasa tak macam tu kan? *sigh*


Asha & Antina Bestfriend Forever :)


Pukul 8:30 malam..


Kali ni bergaduh berebut buku My Wedding Plan yang ada gambar princess on the cover page. Saya takut dia koyakkan sebenarnya.. So memang tak mengalah la tadi.


Antina: Ni buku kawin Antina la!
Asha: Ni Asha nye pinsheshhhh yaaaaa!!!

*pinsheshhhh = Princess


Setengah jam kemudian...


"Baby baby baby ooohhhh.. Like baby baby baby ooooohhhh~~"


Huru hara nyanyi lagu Justin Bieber. Asha termengah mengah nyanyi sambil lompat lompat atas katil, kakak dia (Aina, 6 tahun) nyanyi sambil dancing depan cermin, dan makcik dia (Antina, 25 tahun).... Ehem.. Pegang sikat macam mikrofon.. Pakai sunglass.. Jadi lead singer :">






Saturday, May 22, 2010

Fresh flowers, buat peta dan kekasih baik.

Ahhh.. Naik juling mata survey barang kahwin secara online.


Makin banyak survey makin murah dapat pakej perkahwinan. Ni yang membuatkan aku makin nak melengah lengah je, dengan harapan kalau buat last minute akan dapat something yang best and murah laa. Ah kau tak habis habis nak murah, cheapskate betul.


Hasil survey, saya dapat spot satu website yang jual fresh flowers dari Cameron Highland secara delivery wah wah bestnya! Tak payah susah susah nak naik Cameron sana tu. Sedozen hanya RM7, seryes murah macam tak percaya je. And komen dari orang yang dah menggunakan khidmat dia semua pun memuaskan hati. So i think untuk hantaran i akan guna fresh flowers, yang lain lain such as pelamin and bilik tidur tu akan difikirkan kemudian nak guna fresh flowers or just artificial je, murah sikit.


Oh cerita banyak tak guna derr. Klik sini je lah, Bunga Segar Cameron Highlands. Saya dapat website itu dari blog ini.


Tadi after work, saya, Man (adikku yang gemuk) dan Kakak (kakakku yang montel :P) round satu KL untuk buat map ke rumah Kakna. Oh ya saya akan berkahwin di rumah Kakna tau, sebab rumah saya still under renovation macam macam hal dan tak mungkin sempat disiapkan sebelum bulan 9 ni. Asalnya nak buat di dewan tapi bila fikir semula buat apa nak membazir, so buatlah di rumah Kakna. Kepada rakan rakan jangan risau, senang je nak ke sana. Tengok je peta bawah ni.
Sila klik gambar untuk tumbesaran.


Heh heh macam nak bagi penampar kan. Belum finalize lagi lah! Asalnya saya dah draw guna Autocad, tak engineer la lukis guna tangan wah wah berlagak kau ye. Tapi rasa macam tak lengkap je. So tadi sampai nak termuntah aku melukis dalam kereta yang dipandu oleh Man sepanjang perjalanan. Lintang pukang habis semua lukisan. Kami juga tidak ketinggalan memberhentikan kereta di emergency lane di atas flyover untuk meninjau pemandangan dari atas punyalah seram aku dah la kereta semua laju gila rasa nak lempang je Man ni sesuka hati dia je nak stop kat situ (T_T).


Mesti ada yang nak cakap, apa ke sengal la minah ni, guna je la Google Map or Google Earth kan senang. Hey walaupun aku ni orang kampung aku tau la guna benda tu, dah guna okayy! Ini buktinya.
Siap print area from every direction and combine lagi tau. Encik Hanis yang buatkan. Heh heh. Sekarang sila mengaku kau memang orang kampung benda jadah ni pun nak suruh orang buatkan.


Tapi guna Google Map ni tak boleh zoom habis, eventhough guna satellite version pun. Sebab tu perlu gak jalan sendiri naik kereta, sebab saya nak tunjuk landmark penting i.e. Petronas, Maybank, etc. sebagai guideline sepanjang ke sana tak lah kau orang sesat nanti tu la siapa suruh handphone takde GPS ni pehal berlagak sangat minah ni hari ni mabuk ke apa.


Landmark penting konon. Sekali kena sound dengan adik aku,

"Kau pehal Restoran Nasi Kandar Zameer pun nak masuk dalam peta?? Ni pakcik jual goreng pisang ni taknak masukkan sekali?"

(-_-")


Hmm.. Kalau tengok ticker kat tepi tu, tinggal 3 bulan lebih je lagi. Saya rasa macam sangat banyak benda penting saya belum uruskan lagi. Stress la hari ni. Aku ni kalau stress memang takde orang lain la aku nak cari.


"Sayang, stress la pasal kahwin ni"
And mulalah saya mengadu itu ini. Tapi Encik Hanis respond macam biasa je, until about 10 p.m he texted me, "Saya baru sampai rumah ni, penat sangat sayang.."


Then only i realized beliau ada kelas rupanya hari ni. Lupa la. Tiba tiba rasa sebak lak. Stress macam mana pun saya ni, stress lagi dia kot. Dengan part time study lagi, dengan urusan beli rumah lagi.. Banyak kot bebanan dia. Tapi masih lagi tenang berbanding saya.


"Baru habis kelas ke? Takpe la awak rehat la k"

"Ok. Love u so much. Can't wait to be your husband"

Dia baik la... *Tears*


Friday, May 21, 2010

Ini cerita pasal babi.

Tet tettetetettttt... One new message. Oh dari Sue rakan seranjangku ketika di rumah sewa. Wekk! Muntah hijau.


'Na, u ingat x cane kita buat tym Ja kena pig skin tym diploma dlu?'

'Ala x ingat la. Samak 7x kot. Cuba tanya Nana, dia yg buat ms 2. Sape yg t'pegang babi?'

.....


No reply. Mungkin tengah sibuk cari tanah nak samak.

*Please mind the spelling.


Dulu ketika diploma rakan seranjangku seorang lagi iaitu Ja (macamkan takde orang lain nak tidur dengan aku) pernah terpegang wristband made of pig skin di sebuah kedai accessories mana entah. Masa tu selagi Ja tak samak kami semua taknak dekat dengan dia malah memandang dengan pandangan selagi-ada-kesan-babi-pada-kau-kitorang-taknak-kawan-dengan-kau. Haha rasakan. No no no, kami tidak sekejam itu. Malam berikutnya on the midnite kami berlima terbongkok bongkok tolong Ja korek tanah untuk kerja samak menyamak ni. Tapi fun betul la malam tu, terlampau fun sampai aku lupa macam mana Nana (paling matang ketika itu) tolong Ja bersamak.


Well, cakap pasal pig skin ni memang macam macam hal. Pernah sekali abang ipar saya hadiahkan Kakna sebuah handbag berjenama yang dibeli di China. Selepas diteliti my sister noticed that corak pada kulit bahagian dalam beg tu lain macam je. Ada pattern 3 bintik bertompok tompok, which is one sign of pig skin. Sekarang ni tak tahu la Kakna buat apa dengan handbag tu, langsung tak pernah guna rasanya tapi memang sayang je sebab handbag tu cantik.


Cerita lain pula. Pernah suatu masa tu saya tengah sibuk mencuba pelbagai jenis slingbag di MNG dengan Encik Hanis, tiba tiba ternampak sign 'Pig Skin Lining' exactly on the rack where i took the slingbag. Menjerit terus aku masa tu dan pantas aku berjalan ke arah seorang promoter di situ. The girl said that Pig Skin Lining sign is actually refers to high heels just next to the slingbag i've tried. Duh, kau ni memang buat hal la. Boleh lak kau letak sebelah sebelah je barangan kulit babi dengan barangan lain. Sddkwdgbplkm.


Paling tak boleh lupa masa di Sandakan la. The ultimate one. FYI, Sandakan ni boleh kira macam Chinatown, majoriti penduduk di sini berbangsa Cina. Susah betul nak cari tempat makan. Habis meeting, salah seorang manager of the mother company who's happened to be a Chinese lady bersemangat nak bawa kami pergi dinner. Since dia memang orang Sandakan, dia tau la mana tempat makan yang sedap di situ. Kami mengikut je la, ada 3-4 kereta ketika itu. Masuk je restoran tu, saya dah rasa takbest sebab bau restoran tu semacam sangat. Abang Zack dah nak duduk, Rohan masih dalam kereta, and others ramai yang sudah di meja makan menunggu hidangan. First thing saya tengok is the menu. It was OK until i spotted.. Kinzir Asam Manis! Wtf??!! Gila rasa macam semua seafoods yang dilantak masa lunch tadi naik ke tekak. Mual, sebu, kembang tekak aku cakap kau! Pantas saya tunjuk menu tu pada Abang Zack dan kami terus melompat keluar (melompat tu tambah tambah cerita). The lady yang bawa kami ke situ berulang kali menjelaskan, "Don't worry, I tak order pork, don't worry". Dia tak faham rupanya konsep babi dalam Islam ni (T_T)


Long story short, most of us including several directors berpindah ke restoran lain. A better one, atas bukit with a nice view. Kesian juga that lady, dah order makanan banyak gila. Untuk menjaga hati dia kami call semua subcons, consultants and suppliers datang makan di situ menggantikan kami menghabiskan makanan yang sudah ditempah. Sampai balik ke KL saya masih mual lagi membayangkan hampir termakan di restoran jual babi.


Moral of the story, berhati hati ketika membeli belah especially barangan seperti beg, kasut, tali pinggang dan sebagainya. Nak shopping pun kena ada knowledge adik adik. Jangan pakai sebat je semua. Be alert, terutama kalau melibatkan jenama antarabangsa.


Dan akhir sekali kalau nak ke tempat yang susah nak cari tempat makan yang halal, bawak la bekalan Maggi. Tak la kebulur kau dah la jauh dengan family kesian betul. Biasanya kalau saya outstation saya order fastfood je. Usually pizza, sebab very convinient. Just dial the number and setengah jam kemudian dingdong ada orang tekan bell bilik hotel for pizza delivery. Manja rasanya sebab tu la lemak bertingkat tingkat dah dah benci betul aku kalau cakap pasal lemak. Goodnite ;)



Wednesday, May 19, 2010

Wanita cantik selalu curang



Terima kasih kepada Mohd Fikry kerana mentag saya dalam gambar ini di Facebook, eventhough the moment i saw it i was like wadefak jugak la. Huh. Main kasar betul.


Wanita cantik selalu curang. Siapa setuju angkat tangan? Wanita cantik curang saya jarang dengar, unless kalau dia artis la. Tapi lelaki tak berapa hensem curang tu saya selalu dengar. Mana lagi menyakitkan hati? Dah la tak hensem, ada orang suka cukup bagus, lepas tu curang pulak. Wah wah emosi makcik kita hari ni.


Saya tak faham betul la benda benda curang ni. Masa zaman belajar dulu di kala tengah femes lagu Teman Tapi Mesra (TTM) nyanyian kumpulan Ratu, ramai betul rakan sebaya sibuk nak aplikasikan lagu tu dalam kehidupan harian. TTM or skandal whatsoever, semuanya sama sahaja. Untuk orang yang dah ada boyfriend/girlfriend tapi gatal gedik nak dilayan lelaki/perempuan lain. Lebih menggelikan kalau dengar rakan lelaki sebaya saya yang ada adik angkat muda 2 tahun. Apa kes? Cakap je la nak pasang lebih tapi takut, so jadikan adik angkat. Lupa terus adik kandung berderet deret kat rumah. Hati hati wey, belum apa apa hal nak ada adik angkat bagai. Kang dah kahwin tak pasal pasal ada bini angkat. Sddkwdgbplkm betul.


Jejaka X: Hai, malam ni buat apa? Tengok wayang nak?
Saya: Taknak. Kau ada girlfriend. Lagipun kau tak hensem.
Jejaka X: Ala tu girlfriend. Yu dengan ai kan TTM..
Saya: Pernah tak rasa nak buat tatoo bentuk tapak tangan kat pipi?


*Dialog di atas adalah ketika zaman single dulu. Annoying betul dengan lelaki yang suka test power dengan awek yang single. Ingat kita ni desperate sangat ke? Pfftt.


Minta maaf la adik abang kakak makcik. Saya kalau masuk bab curang ni memang emo betul, lagi emo daripada tengok Malaysia lawan Jepun masa Thomas Cup baru ni. Tapi kenapa nak tuju sangat pada perempuan cantik? Yang saya tengok, kebanyakan kawan kawan saya yang frust menonggeng putus cinta mesti jenis yang cantik menarik tertarik kau memang da boomm. Dan yang mencurangi mereka pula mesti tak hensem. Oh men.


Hoy Husna! Yang kau nak terasa sangat dengan gambar atas tu kenapa? Kau bukan cantik pun. Dah la muka belang belang berlagak sangat taknak pakai payung masuk site. Konon maskulin la kan? Konon macho la kan? Hambik hitam legam sekarang. Boooo~~~


Tuesday, May 18, 2010

Perihal kucing. Comel tapi...

Muhammad Hanis suka kucing, bukan suka tapi sangat suka. Malangnya saya sangat fobia pada kucing. Terasa sangat loser di sini. *sob sob*. Tapi saya tak benci okayy, malah saya sangat benci pada orang yang menganiaya kucing.


Encik Hanis: Nanti kahwin nak bela kucing kat rumah boleh?
Cik Husna: Alaa.. :(


Loser rasanya takut kucing. Tapi memang tak boleh nak buat apa dah. Saya kadang kadang cuba juga berbaik baik dengan spesies comel ni, tapi memang tak boleh la.. Fail. Sebenarnya bukan kucing saja, saya tak boleh handle semua binatang kot. Semua, termasuklah serangga. Tapi saya boleh siang ikan dan potong ayam ye cik kak. Maknanya kalau binatang tak bergerak saya boleh handle kot.


Kadang kadang rasa kagum dengan orang yang boleh peluk cium kucing. Saya ni kucing datang dekat pun dah menggelupur macam la buaya yang datang dekat. Entah entah aku lagi takut kucing daripada buaya. Oh i mean, buaya darat. Heh heh. Metafora tahpape senyap la kau.


Best la orang yang suka kucing dan kucing suka dia. Boleh bela kucing, bagi nama macam macam pada kucing tak payah nak tunggu beranak untuk bagi nama sedap sedap pada anak. Kalau saya ada kucing betina nak bagi nama Aurora. Asalnya plan nak bagi nama ni pada anak perempuan tetapi ditolak mentah mentah oleh Encik Hanis lantaran terlalu kebaratan. Kalau kucing jantan nak bagi nama JB (ehem ehem.. Justin Bieber :D).


Abang: Antina, ada tak lagu Justin Bieber? Abang nak letak kat Myspace la..
Antina: Justin Bieber? Siapa tu? (Buat buat tak kenal untuk tunjukkan kematangan depan anak buah berumur 12 tahun, padahal ada 3 lagu Justin Bieber dalam handphone)



Wahwah advance aku ni dah siap fikir nama anak, rasa nak tampar bagi sedar sikit nak kahwin pun tunggang terbalik kelam kabut ada hati nak cakap pasal anak.


Fobia pada kucing ni sangat menjengkelkan okay. Orang lain kalau sunyi boleh main dengan kucing. Aku ni kalau sunyi terpaksa main dengan Ashaa yang tak habis habis suruh aku pakaikan bra kat dia wtf??.. Padahal kalau nak dikutkan sama bahaya je Ashaa dengan kucing, sebab Ashaa pun berpotensi untuk menggigit dan mencakar juga (T_T). Nasib baik Ashaa tak berbulu atau bermisai..





Tuesday, May 11, 2010

The world without engineers

What will happen to the world if there's no engineer ever existed?


MECHANICAL ENGINEERS


ELECTRONICS ENGINEERS




CIVIL ENGINEERS



COMPUTER ENGINEERS



COMMUNICATION ENGINEERS



AERONAUTICAL ENGINEERS



ELECTRICAL ENGINEERS


So adik adik, belajar rajin rajin ye, make a noble contribution to the world :) Banyak lagi cabang engineer sebenarnya, and i have read somewhere that in Western countries even the tukang sapu sampah pun dipanggil Sanitary Engineers. Heheh.



To all engineers out there, be proud of yourself! :)



*credit to Renny Jamil for the email*


Monday, May 10, 2010

Pasal kahwin lagi. Sila jangan bosan.

Mood untuk berblogging hampir lupus lantaran kesibukan melampau. Cuti sehari setengah setiap minggu rasa macam tak pernah cukup. Tak menang tangan rasa.


Semalam pergi Nilai 3 cari kotak untuk doorgifts dengan Ja dan Sue. Dapatlah 500 biji untuk tetamu biasa. Doorgifts untuk VIP belum dapat lagi, bekas yang saya adore sangat tu tak jumpa pula. Bekas yang dah dibeli tu simple sahaja, tapi comel! Paling penting ianya within budget dan tak perlu nak tambah decoration apa apa. Asalnya saya memang nak beli kotak putih plain dan hias sendiri dengan ribbon/lace bagai. Tapi bila memikirkan banyaknya perkara nak buat sendiri, so better doorgifts beli yang dah siap jelah. Sakit pula tulang belakang kalau nak hias sendiri doorgifts yang beratus ratus tu.


Saya juga dah siap beli bekas/bakul untuk barang barang hantaran. Memang memborong jugalah semalam. Decoration semua akan dibeli kemudian, sebab di situ tak ada warna pink yang saya inginkan. Kebanyakan yang ada semua pun pink kampung yang terang mantreng bak kata Mama entah bahasa indon ke apa, tak elegan langsung.


So saya listkan lah perkara yang akan dibuat secara DIY:

  1. Pelamin. Inspired dari website perkahwinan. Dah minta quotation tapi mak aih mahalnya langsung tak berbaloi. So bincang bincang kami decide nak buat sendiri je. Mungkin saya beli barang, Kakna jahit background and yang lain lain buat ramai ramai dengan family.
  2. Bilik pengantin. Kakna buat lagi. Saya tinggal beli cadar je dan hiasan lain :D
  3. Hiasan barang hantaran. Inspired from the magazine :)
  4. Berinai. Bestfriend pakaikan. Sweetkan? :p Tapi nak kena cari serbuk inai. Iye serbuk. Tak rajin la mak nak tumbuk sendiri daun inai dik non. Maybe beli di Mydin dan cuba dulu tengok cantik tidak warnanya. Cuba pada siapa? Mestilah pada Ashaa, Aina & Oyah :D

Itu sahaja kot so far. So dah tahu saya buat sendiri ni tak reti reti nak datang tolong ke cik kak? Banyak lagi perkara yang perlu dibuat sebenarnya, terutamanya benda benda protokol macam borang permohonan kahwin semua tu. Kena tunggu Encik Hanis siap dia punya baru saya boleh mula. Takpe chill. Everything will be fine. Segala yang dirancang berjalan dengan baik setakat ini.

Happy betul sekarang, hati rasa tenang je. Bila fikir semula saya rasa tak perlu kot nak stress pasal kahwin. Kalau kita stress orang sekeliling semua rasa bahangnya, tak best kan?


Tuesday, May 4, 2010

People i can't live without.

Update blog! Update blog! (Macam la ada orang hirau kalau kau tak update pun)


Pagi tadi saya berborak dengan Lynn di telefon. Asalnya saya nak tanya pasal estimate cost for pelamin+mak andam+baju pengantin dan sebagainya. Yela, dia je kawan baik saya yang dah berkahwin. Baru semalam husband dia si Atenk tu call cakap, "Hoi Una kau dah nak kahwin ye!". Pungpangpungpang cerita, dia cakap estimate la dalam RM6000. Dem. Aku ada RM600 je, macam mana ni?? Ah forget it. Saya akan buat juga mengikut bajet RM600. Heh heh cheapskate me :p


Then masuklah cerita tentang her pregnancy. Seronok la dengar!! Saya tanya macam macam la teruja punya pasal.


Apa perasaan bila tahu pregnant?
Dah rasa ke baby sepak sepak? (Oh come on, baru 2 bulan kot)
Dah gemuk ke perut? (Baru 2 bulan la cik kak, ish tumbuk tau la)
Family mesti excited gila kan? (Maklumlah, cucu sulung..)
Macam mana boleh ada baby?


Okay soalan last tu saya tak tanya. Haha. Bodo.


Habis je borak, terus saya pergi kat meja Encik Hanis.
Cik Husna: Awak... Lambatnya lagi kita nak ada baby :(
Encik Hanis: Kalau nak sekarang pun boleh je.

(-_-")


If only you know how much i love kids...

Gambar 3 tahun dulu. Kenal tak siapa budak montel ni?


Apa montel montel? Tolong sikit, ai rockstar okayy!
Walaupun rockstar, sembahyang tak tinggal tau. Heh heh heh.

Budak kecil ni jangan sebarang, sekarang ni manjang nak menjaga kecantikan. Itulah pengaruh kemodenan sekarang, budak 3 tahun pun dah image-conscious. Pagi pagi saya tengah bersiap nak pergi kerja mesti dia sama sama bertenggek sebelah saya depan cermin tunggu turn nak mekap. Bila dah pakai lipstik sanggup tak minum susu, takut hilang lipstick. Selalunya ayat permulaan dia nak suruh saya mekap macam ni:


Arissa: Uuuu.. Tantiknya tatina akai lipstip!
(Translation: Cantiknya Antina pakai lipstick! *Tatina adalah nama panggilan yang sedap sedap je dia reka untuk aku*)


Image-conscious konon, dia lupa kot dulu dia pernah jadi body builder..


Berketak-ketak tu lengan! Haha :))





Sunday, May 2, 2010

I'm a big fat %#@! Tapi takpe. Its never too late..

Saya baru beli digital weighing scale. Okay not that 'baru', i actually bought it last Thursday at Ikano, when i was supposed to be crazily rambang mata pilih Crocs there tapi tak kesampaian disebabkan jem macam gampang sepanjang laluan ke sana so sampai sampai dah takde size. Orang yang kaki kecil macam Thumbelina dan orang yang kaki besar macam sampan memang beruntung, saiz tak pernah habis. Untuk orang yang kaki jenis average size 5-6-7 macam saya ni memang jangan harap ada size. Cepat je habis. Hoh kaki banyak macam spider ke, banyaknya size kaki! Ye, saya boleh pakai mana mana size tersebut. Yang betulnya size 6 la. Tapi kadang kadang kaki saya juga boleh--dah dah ni nak cerita pasal kaki ke pasal digital scale??


Okay digital scale yang saya baru beli tu sama sahaja dengan bathroom scale yang biasa tu, cuma berat badan anda ditunjukkan secara digital beserta titik perpuluhan. Kiranya lebih accurate la. Wey makcik dah ramai kot ada benda ni kau je yang ketinggalan zaman umur dah puluh puluh baru nak beli. Memang ketinggalan pun (T_T). Dah lama teringin nak beli tapi tak mampu, one day bila Encik Hanis baru balik outstation Kuching dia bagitahu di hotel ada disediakan penimbang macam tu, saya hampir terjerit cakap, "Pesal lu tak rembat jewwww???" *nak buat perangai rempit haruslah menggunakan bahasa rempit*


So inilah dia. Saya beli yang paling murah di situ. Harga asal RM125 tapi ada promotion dapatlah RM99 beserta 1 year warranty. Huh RM99 pun tak mampu beli dulu, kesian betul. *sob sob*


Oh dem, lupa kaburkan bahagian berat badan.. Duhh.. Haraplah tak ada yang enlarge picture. Eh ke takyah enlarge pun dah nampak? (T_T)



Gila berat badan naik mendadak betul sekarang! Result exam pun tak pernah naik mendadak macam ni! Okay perbandingan yang langsung tak setara so sila diam sekarang. Last time saya timbang (which is 4-5 months back) berat saya hanya 53kg sahaja. *sob sob*. Adakah ini penangan cinta? Yang bila kita terlalu bahagia kita akan makan dengan banyaknya lepas tu terus terbaring golek golek atas katil pintal rambut tersenyum senyum ber'sms' dengan kekasih yang jauh di perantauan? Tu la! Cinta memang menggemukkan. Dah takyah salahkan cinta. Orang lain bercinta boleh je slim melim.


So berat badan sekarang 57.6kg. Menipu lebih digital scale ni. Sebab tu murah kot. Sebab bacaan tak betul. Takkan la aku seberat tu. Ish takkan la kan? Kan? Mana boleh saya berat macam tu! Encik Hanis pun baru 59.5 kg. Nanti dah kahwin kalau pregnant in case saya pengsan ke, larat ke dia nak angkat saya bawak pergi hospital??? Tidaaaaak!!!


Apa apa pun, takde guna melatah sekarang. Fikirkan cara penyelesaiannya. APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN APABILA BERAT BADAN DAH MACAM IKAN PAUS? Asalnya saya cuba ikut cara rakan sekerja saya Sha ni. Kau bacalah sendiri apa jenis diet dia buat. Tapi saya cuma bertahan 3 hari. Sebab saya serius nak muntah makan lauk sahaja tak makan nasi. Dan saya perasan diet ni boleh membuatkan kita moody, malas dan otak jadi lembab, mungkin disebabkan kurangnya gula dalam badan. Tapi in 2 weeks Sha boleh reduce 3kg tau! Sebab tu saya nak ikut.


Tapi selepas dinasihati oleh Mama yang memang health-conscious, dan kakak saya yang memang a doctor herself, saya decide to stop la kot. Lagipun di saat saat macam ni saya sangat banyak berfikir dan saya sangat perlu sentiasa ceria dan tenang, oleh itu karbohidrat sangat diperlukan. Sorry Sha! But Kakna was soo dear belikan buku ni untuk saya. Ni kakak siapa baik sangat ni? Kakak siapa ni? Haha..

Di dalamnya ada banyak tips tips untuk tampil anggun dan sofistikated di hari bersejarah anda. Ok sofistikated tu aku tambah sendiri.
Banyak lagilah steps yang mudah dilakukan dan berkesan jika diamalkan berterusan.



Buku tu memang bagus, saya baca dengan penuh semangat every single page. Tapi memang takkan mengubah apa apa la kan kalau kau baca sambil berbaring atas katil tak gerak badan pun. Cehh..


Saturday, May 1, 2010

Sejenak menjengah persiapan saya setakat ini..

Hari ni pergi jumpa potential caterer for my wedding kat Giant Batu Caves. Pungpangpungpang berbincang, final decision satu kepala dikira RM10.50, termasuk khemah, kerusi meja, pelayan berseragam, hidangan pengantin dan tetamu.. Apa lagi eh.. Tu je kot. Kalau RM10.50 per head, kalau 1000 tetamu dah RM10,500. Tapi rasanya tetamu saya tak lah seramai tu. Untuk makan sahaja dah RM10,500. So adik adik yang tengah bercinta tu, daripada anda membazir duit ke sana sini tak tentu hala dengan kekasih, baik la simpan duit dari sekarang. Nak kahwin ni banyak belanja tau! Unless kalau parents anda kaya raya yang boleh sponsor semua, tak pun kalau anda artis terkenal macam Mawi yang dah kaya pun kahwin tetap ditaja.


Saya memang plan nak pakai catering, kat KL ni macam tak praktikal kalau nak masak masak lagi. Bukan macam di kampung kampung, ada jawatankuasa khas untuk majlis kenduri macam ni. Dan saya memang purposely cari catering yang siap ada pelayan, supaya tak susahkan saudara mara untuk angkat/hidang/basuh pinggan mangkuk masa majlis berlangsung. Sebenarnya sebab saya ni jarang nampak muka kalau saudara mara kahwin, bertahun tahun duduk hostel kan. So macam tak best la bila saya kahwin kena susahkan saudara mara pula.


Lepas perbincangan dengan makcik catering tu, saya ajak Encik Hanis pergi try baju pengantin. Saya dah pergi cuba dulu dengan Oyah, this time dengan beliau pula. So tadi dia sorang je la yang mencuba. Punya dia paksa saya cuba sekali lagi dia nak tengok. Taknak la! Malu kot. Dulu dengan Oyah, tak malu sangat. Dah la baju tu macam jarang. Nanti akan diubah suai mengikut kealiman eh kesesuaian saya. Heh heh.


So basically today, dah almost settle pasal catering dan baju sanding. Nama je baju sanding, saya tak bersanding pun nanti sebenarnya. Segan, dan merepek adat bertepung tawar bagai. Lagipun my parents discouraged benda benda macam tu. Budaya Hindu katanya. Ikutlah, saya tak kisah sangat pun. Tapi saya tak habis habis merengek rengek Encik Hanis main gitar masa wedding nanti. Hah, tu budaya apa pula??


Cik Husna: Nanti kahwin boleh tak nyanyi sambil main gitar, for me (sambil buat muka comel)
Encik Hanis: Haih, masa tu kita kan raja sehari. RAJA okayy! Orang lain la kena main gitar untuk kita.


(-_-")


Then tengok pelamin. Adey. Sikit pun tak menarik perhatian saya. Saya bukanlah nak something yang gempak sangat, cukuplah sekadar yang simple tapi nampak suwiitt (ejaan bimbo). Ni yang ada semua pun macam old fashioned je. Eh kata tak bersanding, pehal ada pelamin?? Saja, nak ada background cantik untuk ambil gambar :D Takkan nanti nak bergambar ramai ramai tepi pagar ataupun kat parking kereta pula.


So fikir fikir tadi, macam nak buat sendiri pula pelamin. Wah wah banyak betul masa kau! Hantaran buat sendiri, bunga pahar buat sendiri, pelamin buat sendiri... AAHHHHHH! *pengsan*


Untuk door gift, ada cadangan menarik tak selain telur? Ikut hati nak bagi telur je, yes cliche tapi mudah disediakan. Maybe i just have to prepare a nice case for the egg. Or any other suggestion? Please please please, cadangan anda sangat dihargai :)