Last week has been a tremendously busy week for me. Site visit Sandakan, ok this is usual. But to bring along all the directors as well? This is unusual tapi dengan bantuan project team everything went just well, or maybe it seemed well, ah whatever.. Dah taknak cerita apa yang dibuat at site, macamlah aku sorang je pernah masuk site berlambak tau engineer perempuan yang permanent duduk site aku ni masuk sekali sekala pun nak kecoh.
Tapi site serius panas gila!! Huh kata taknak cakap pasal site. Mungkin sebab dah lama tak kena panas, so the first day masuk site saya rasa macam nak pengsan lantaran kepanasan melampau. Gila tak macho langsung! Kalau pengsan memang buat hal betul, kena pakai kren nak angkat.
Nah gambar. Curi dari page Facebook Abang Zack, yang semangat upload terus via iPhone.

On the way to our first site. Takyah susah susah cari mana saya, takde orang perempuan lain pun kat situ. Hukhuk. Ini bot besar, perjalanan pun 20 minit sahaja.

Pungpangpungpang, dah nak balik pun. Ni gambar bersama semua directors, engineers dan lain lain semasa menunggu bot untuk pulang ke pangkal jalan. Takyah la tunjuk gambar kat site. Bukan best pun gambar construction. Balik balik simen, pasir, batu, dan bangunan tengah nak naik. On the way korang pergi kerja pun bersepah nampak construction site, live gitu.

Pehal aku sebijik macam minah indon??
Ok ni baru nak gerak ke second site, the most difficult sites. Ni site di Kinabatangan, hulu gila aku cakap kau! Sebelum bertolak tu siap buang air semua dulu, sebab sana susah nak jumpa toilet. Orang lelaki senang la, aku ni?? Before naik boat ni ada 1 jam setengah naik 4WD redah hutan dulu.

Nak patah pinggang duduk 2 jam. This trip tak ada nampak pula buaya. Alhamdulillah. Last time saya masuk site ni sepanjang perjalanan naik bot bersepah nampak buaya. Gerun juga. Dulu bot besar tak apa lagi, kali ni bot kecil sahaja. Cari pasal kalau kena kacau dengan buaya (T_T)

Ni site office kami. Ada signboard company lagi di depan. Dalamnya besar dan bersih. Ehem, tersentuh juga dengan kekentalan hati engineers yang tinggal di sini. Yelah, sini elektrik pun bergantung pada generator, bekalan makanan sangat terhad, harga makanan pun berkali ganda, line telefon tiada, internet access pun very limited kena bergantung pada sekolah berhampiran tu pun tak boleh guna sangat sebab jadi isu berebut tenaga elektrik. Sedih kan? Kita kat sini selamba membazir elektrik.
Banyak lagi gambar nak kena collect dari consultants, subcon and suppliers, sebab diorang je yang beria bawa kamera bagai. Kami ni banyak bergantung pada kamera handphone sahaja. Nanti kalau ada gambar menarik saya upload la share dengan adik adik.
On the flight balik tu pula cuaca tak baik, gila kapal terbang bergoncang naik turun dengan hebatnya. Berpuluh puluh kali naik plane itulah penerbangan terburuk pernah saya lalui. Nasib baik sempat simpan laptop sebab sebelum tu laptop ada di atas meja saya tengok movie dalam flight. Pucat juga la muka. Huish..
Sampai di KL Sentral, Encik Hanis menjemput dengan senyum lebar. Hilang semua kegusaran di hati....
Ok tipu, sebenarnya kegusaran itu hanya hilang selepas saya potpetpotpet selama 2-3 jam meng'update' segala yang berlaku sepanjang hampir 2 minggu saya tak jumpa beliau. Encik Hanis yang kelihatan sangat penyayang hari ini hanya setia mendengar dan juga menasihati gaya abang abang. Potpetpotpet itu juga sekali sekala diselangi dengan airmata sebab tak sangka hanya selepas bercerita dengan beliau baru saya sedar betapa stressnya saya this whole week....
Cik Husna: Saya dah hitam kan? :(
Encik Hanis: Takde la hitam sangat. Lebih kurang warna baju awak tu je...
Segalanya terasa mudah, bila awak ada......
:)