Oh Husna, kau memang lemah... *sob sob*
Sunday, February 28, 2010
Entri paling banyak gambar pernah saya buat, harap boleh memberi 'sesuatu' kepada kita semua..
Oh Husna, kau memang lemah... *sob sob*
Saturday, February 27, 2010
Kalau dapat tender ni dapatlah melancong ke Sarawak selalu (kata hatiku dengan girang tanpa berfikir yang Long Bedian tu sangat la pedalaman...)
Tapi kalau tengok gambar2 di bawah, ada gaya stress tak??
Dari kiri: Abang Adi (roarr!), Encik Hanis, saya yang anggun, dan Abang Zack yang memandang sayu dari dalam bilik.
Abang Zack (berkata dalam hati): Tak boleh jadi ni budak2 ni bergembira dan aku seorang berduka buat tender..
Kamilah Charlie's Angel..! Adakah aku watak Charlie and 3 orang lagi tu watak Angels? (-_-")
Anyway this Monday alang2 nak submit tender kat Kementerian Pelajaran, kami plan nak singgah Kementerian Luar Bandar untuk submit Contract Document yang dah due beberapa minggu lalu. Bos cakap, "Bawak la Husna nanti Zack". Konon kalau bawa engineer perempuan ni orang kementerian lembut hati sikit la tak marah2, maklumlah nak hantar benda yang dah lama melepasi tarikh luput. Dalam hati saya berfikir, entah2 kalau orang kementerian tengok je saya, dengan muka ada jerawat besar di dagu, dengan mata sembap gara2 berterusan tidur lambat, dengan suara kasar macam lelaki, dengan gaya jalan yang tak boleh jadi model catwalk langsung... Elok2 tak marah terus naik angin pula (T_T)
Saturday, February 20, 2010
Kisah Klasik Masa Silam
Dah blahh! Manja kejadahnya, bila bukak cerita pasal masa kecil2, dah tentulah aku yang menjadi bahan ketawa. Segalanya bermula bila Baba tanya pasal satu teka-teki dalam majalah apa entah, then masuklah cerita masa kecil2 dulu. Dulu kami adik beradik suka saling bercerita dan main teka-teki. One day Mama bagi satu soalan..
Kakak2 dan abang2 aku teka macam2lah termasuk periuk nasi, rak buku lama dan pelbagai lagi. Aku yang masa tu masih kecil tanpa rasa bersalah menyebut, "Baba la yang paling lama..." Kakak abang aku semua ketawa tapi Mama cepat2 tutup mulut aku, "Kau ni karang Baba dengar terasa pula.." Jawapan teka-teki itu adalah kerusi rotan di rumah kami ni, yang wujud sejak zaman bujang Baba lagi. Haha.. Sedap je aku teka Baba jawapannya. Kecil2 lagi dah mulut lepas.. Nak rahsia2 konon, rupanya Baba dah tau. Punyalah Baba ungkit sampai sekarang..
Dulu masa aku kecil mulut becok betul, kadang2 Mama malas nak layan. Masa aku darjah satu Mama kena isi satu borang apa entah, borang buku teks rasanya. Pekerjaan ibu ditulis suri rumah. Aku dengan muka penuh curiosity bertanya, "Suri rumah tu apa Ma?". Mama yang keletihan pun menjawab, "Suri rumah tu permaisuri". Aku percayalah. Bila di sekolah cikgu tanya ibu kerja apa, aku dengan yakinnya menjawab, "Permaisuri".. Balik rumah punya bising mulut aku marah Mama sebab tipu aku.. T_T
Then dulu masa aku umur 6 tahun, Man baru 4 tahun. Aku teringin nak bawa Man naik basikal aku tapi Mama tak bagi sebab aku bawa basikal gila punya laju. Last2 aku bawa anak patungku. Aku dulu ada satu anak patung gemok gila, nama dia Ucop Bol, rempit tak nama? (-_-"). Aku kepit kat carier belakang basikal dan bawa laju gila keliling kampung. Dua tiga orang jugalah yang menegur, "Bawa adik jalan2 ke??". Aku hanya tersenyum bangga. Bila dah besar macam ni barulah aku tahu betapa memalukannya perbuatan aku tu T_T
Dah2 cukuplah kisah silam yang memalukan. Tapikan.. Kalau nak kira kisah masa kecil yang memalukan, aku rasa Oyah la juaranya. Kejadian ngeri itu berlaku masa aku Tingkatan Dua dan Oyah pula berumur 6 tahun. Aku masa tu tengah tunggu bas bersama rakan2 nak pergi sekolah. Ketika itu, biasalah Tingkatan Dua memang permulaan zaman tunjuk cool/control ayu/bajet best/dan sebagainya. Zaman baru nak kenal dunia. Zaman baru nak start menggeletis bagai. Aku masa tu tengah ketawa2 dengan kawan-kawan, tiba2 dari jauh nampak Baba jalan kaki pegang tangan Oyah ke arah kami, sebab sebelah bus stop tu ada tempat menjual suratkhabar. Nak beli paper la tu. Aku ok je. Bila dah dekat baru aku nampak Oyah pakai something macam anting2 kat telinga dia. Bila dekat lagi barulah jelas kelihatan, anting2 itu adalah penyepit baju yang warna-warni yang orang guna untuk sidai kain tu.. Dah lah panjang bersambung2 pula tu! Waaa~~!! Cuba bayangkan budak kecik rambut kerinting pakai penyepit baju bersambung2 kat telinga. Gila jatuh kemachoanku di depan rakan2..! T__T Baba pula boleh selamba bawa dia jalan2 macam tu, dah malas nak layan agaknya. Dulu pernah juga Baba bawa Oyah jalan2 naik motor, dengan Oyah pakai gaun pink tapi pakai songkok T_T Sabar jelah aku..
Dah2, nak packing ni. Esok dah la flight pagi. Nasib baik Ja kesayanganku sudi bangun awal di hari Ahad untuk menghantarku ke airport.
Gambar untuk hari ini;
Thursday, February 18, 2010
Macam2 nak cerita ni.. Kalau penat baca boleh sambung esok je ok.
An old lady is brutally murdered the night before 9/11..
A New York banker receives a woman's left ear in the morning post..
... and a senior FBI agent is trying to work out the connection between these seven apparently innocent individuals..
Ok tadi balik kerja saya bawa Kakak, Oyah, Aina & Aicha pergi playground. Oyah & Kakak ikut untuk teman saya berjoging. Encik AJ Nismihan yang selalu kutuk saya tak joging, silalah kagum dengan kesungguhan saya sekarang. Heh heh..
Kanan: Oyah tengah buat senaman kaki kot. Tak tau apa jadah nama benda tu.
Kanan: Benda ni namanya vibrator. Memang bergegar semua lemak2 la naik atas ni. Erm.. Gegaran tu dilakukan secara manual. Maknanya aku la gegarkan sendiri (T_T)
Kanan: Saya yang hanya bersemangat selama 5 minit. Lepas tu manjang main je (-_-")
Boss: Husna, this Monday you habis meeting kat KK tu pukul berapa ya?
Ok here's the thing, saya ada dua meeting di KK next week on Monday, pagi dan petang. Then saya dah beli tiket from KK to KL on the next day. Tak kisahlah burn tiket tu pun, everything is claimable. Tapi saya tak pernah pergi Sarawak, ALONE evenworse! Ok no, its not going to be worse, please don't exaggerate. Ok2 chill. Cepat2 saya mesej Encik Hanis bagitahu, because he just came back from Kuching this evening so beliau mungkin dah tahu selok belok Kuching tu serba sedikit. Boss pula awal2 dah cakap, "Nak ajak Hanis teman boleh je, but on his own cost la.. Hehehe.." Boss pandai bergurau rupanya (-_-"). Nevertheless, nobody will pick me up there. So Encik Hanis dah contact dengan orang taxi kat sana to fetch me from the airport on Monday. Entah siapa la pakcik taxi tu, dah jadi kawan Encik Hanis pula sekarang. Alaaa.. Dah la dengar cerita Sarawak ni tak besttt.. Orangnya tak friendly, nak cari makanan halal pun susah.. Ceh, belum pergi lagi dah assume macam2..
Tuesday, February 16, 2010
One step at a time, i'm overwhelmed with gratitude :)
Last Sunday saya, Oyah dan Encik Hanis travel to Muar untuk attend wedding Lynn and Atenk. Malas nak cerita banyak, sila baca blog Chepah untuk keseluruhan gambar dan cerita. One thing for sure, Lynn sangat cantik as usual :)
Gambar2 tambahan;
Kiri: Oyah yang dah mula menunjukkan tanda2 akan melangkah bendul.
Kanan: Me with Lynn the beautiful. Sumpah baju pink tu buat aku nampak gemok gila okk!

And... The next day.. Ehem.. Encik Hanis ajak join Family Day keluarga beliau (betul ke ayat aku ni??). Kalau dah nama Family Day tu, dah tentulah satu family sanak saudara semua ada! Gila nervous betul saya.. Considering how ignorant he is in this matter all this while, being invited to join his family's event is something extraordinary for me. Unlike most couple these days, bukanlah satu kebiasaan pada kami untuk sesuka hati berkunjung melepak di rumah keluarga masing2 sebelum ada apa2 ikatan. Sebab pernah terjadi pada salah seorang kawan rapat saya yang kerap sangat berkunjung ke rumah keluarga teman lelakinya, mungkin niat beliau untuk berkenal-kenalan secara rapat, sekali rupa2nya perbuatan itu kurang disenangi ibu lelaki tersebut without she knowing it. Trauma la dengar cerita tu.. (T_T). Hmm.. No comment kot.. By the way, the moment he called me, pukul 930 pagi..
"Ish, baru bangun ke? Siap cepat. Saya nak bawa awak balik kampung ni, ada family day"
Saya balas, "Kejap2, nak bangun." Dalam keadaan terpisat2 saya mumbling, "Oh, saya mimpi rupanya.. Nasib baik.."
"Awak tak mimpi laaaaahhhh! Tak percaya cuba cakap dengan Nadia, dia yang cakap dengan Umi tadi"
Well, Nadia adalah adik perempuan beliau, umur 20 tahun, cantik, pandai menjahit, sudah berpunya. Eh kenapa saya bagitahu ni? Hikhik :D
Lepas saya cakap dengan Nadia terus saya kelam kabut gerak Oyah untuk tolong saya cari baju. Hampir saja saya nak suruh Oyah menyamar jadi saya untuk menghadiri majlis tu. Tapi memikirkan kalau tiba2 parents Encik Hanis berkenan pula dengan Oyah yang sangat ayu dan lemah gemalai, terbayang2 saya terpaksa ganti tempat Oyah ambil SPM sebab dia dah ganti tempat saya jadi engineer, terbayang pula tiba2 Encik Hanis panggil Oyah Sayang dan panggil saya Kak Una.... Aaaaaaahhh.. Saya pun pergi jelah sebagai diri saya yang sebenarnya.. Tak prepare apa2 pun.. Betul2 saya menjadi diri sendiri ketika itu. Eh tipu, kalau betul2 nak jadi diri saya yang sebenar biasanya hari2 cuti macam tu pukul 12 tengahari pun masih belum mandi lagi. Macam buat hal pula pergi rumah orang tak mandi..
Apa2 pun, saya bahagia sangat sekarang :) I don't expect much to be perfectly honest, but what i have received is way better than what i've expected. I feel soo blessed.. Thank God. For the moment i've decided to just go with the flow, enjoy every single moment contentedly, and cherish the love wholeheartedly...
*Pehal lak aku senyum sorang2 ni?? Duhh.. Tak macho betul..*
Saturday, February 13, 2010
Eating is my middle name. Iskk.. (T_T)
Gambar makanan? Tak payah lah. Macamlah aku sorang je yang pernah pergi TGI Friday's sampai nak tunjuk gambar makanan bagai.. Habis makan kami beramai2 ke kedai buku Popular. Gempak jadahnya Wangsa Walk, MPH pun takde. *Ayat cari pasal dengan Kakna.* Kami kalau hangout ke mana2 memang sangat wajib singgah ke kedai buku. Best tau! Tapi this time saya tak beli apa2 pun, sebab baru2 ni ada sampai parcel ke rumah, Kakna baru beli 6 buah novel secara online dari MPH. Gila sampai juling2 mata buntangku membaca tiap2 malam. Nasib baik ada kakak yang rajin membeli buku. Nak harapkan saya? Apalah sangat gaji saya yang tak seberapa tu, jangankan nak beli buku, nak beli BlackBerry pun tak mampu. Eh macam tak ada kaitan je :P
So tadi lepas ke Wangsa Walk saya ke Jusco pula. Nak cari hadiah untuk wedding Atenk dan Lynn esok. Gila la saya thrill betul dengan perkahwinan ni! Sebagai orang yang bersama2 menyatukan mereka 5 tahun dahulu, setelah pelbagai rajuk nangis, gelak tawa.. Akhirnya... Tsskk.. Sebak hatiku.. Sweeeeet sangat dua-dua orang ni! Saya merancang nak menulis warkah panjang lebar untuk kedua-dua kawan baik saya ni sempena perkahwinan mereka, tapi sekarang rasa ngantuk pula. Esok nak kena bangun pagi, nak gerak awal dari rumah. Ikut jadual mereka nikah pukul 9 pagi esok. Macamkan aku ni tok kadi pula nak sibuk2 ada kat sana masa nikah. Tahniah guys! You are sooooo meant for each other! :)
Lots of love,
(Sejak bila pula aku ada kata2 penutup macam ni? Adakah dengan niat nak menunjukkan my softer side? Haha.. Dah2. Kalau macam ni sampai esok pun tak habis lagi taip..)
Thursday, February 11, 2010
The best is yet to come :)
Mula2 Encik Hanis yang tulis sebab semua orang cakap tulisan beliau di whiteboard nampak cantik (ayat bodek supaya dia tulis, semua orang malu2 nak tulis). Sha pula lukis gambar belon. Sekali Abang Zack datang, terus kutuk tulisan Encik Hanis. Kutuk gila2 pulak tu. Lepas tu Abang Zack konfiden je padam dan tulis yang lain. Lagi la tak cantik! (-_-") Bila tengok semua orang sangat disable, saya pula ditolak2 untuk tulis. Aku ni dah la tangan bengkok. Memang haram tak kreatif langsung! Duhh. Tapi konfiden kena ada la kaann.. Hasilnya..

Kenapa S tak sama besar?
Kenapa A tangkai panjang sangat?
Ehem2.. Dengar cerita bonus keluar esok? :) Then Tan Sri nak bagi angpau lagi kaann..? Ngeh3..
Tuesday, February 9, 2010
Melancholic
When the hero gives in..
When she finally realized the fairytales lovestory is no longer exist..
.....
Well, it was raining very heavily outside.
I drove my way home empty-heartedly.
The wipers are broken i could barely see in front.
But i couldn't care much of it.
Tears stream down my face...
Is everything will get better if i stay..?
.....
Ok enough crying.
Got a lot better things to do.
Sunday, February 7, 2010
Should men do the houseworks? [Entri lepas geram]
Owkayyy.. Saya terima hujah itu, KALAU.. ye KALAU memang lelaki itu seorang sahaja yang bekerja, dan dia, all by himself, provide segala-galanya untuk isteri dan anak2. Ini tidak, from 9 to 5 isteri sama2 keluar bekerja mencari rezeki membantu suami, habis bekerja suami pulang ke rumah berehat, isteri masih perlu bekerja lagi. Ada pula pemanggil lelaki yang sibuk keluarkan hukum bahawa memang tugas isteri untuk melayan suami, menyenangkan suami. Kalau macam tu bagaimana pula dengan hukum bahawa haram bagi seorang suami menggunakan duit hasil usaha isteri, kecuali dengan keizinan isteri?? Hah ambik. Kalau benda yang benefit pada kau sibuk la cari hukum, kalau benda yang tidak menguntungkan kau tak pandai pula nak ikut hukum. Samalah dengan sunnah kahwin lebih, bahagian itu masing2 sibuk menegakkan itu adalah sunnah. Betul, tidaklah saya menafikan itu. Tapi bab2 lain, ada kau sibuk nak ikut sunnah?? Hah, jawab2..
Adilkah begitu? Bukanlah saya hendak menidakkan tanggungjawab seorang isteri, tapi apalah salahnya si suami yang lebih kuat secara fizikalnya, bangun dari sofa empuk depan TV tu, tolong buat apa yang patut berganding bahu dengan isteri yang telah berganding bahu membantu mencari rezeki di siang hari.
Ok mesti korang wonder kenapa saya emo sangat bila masuk bab ini. Sebaaaaabb.. Saya dibesarkan dalam suasana anak2 perempuan sahaja yang buat kerja rumah, anak2 lelaki tidur sampai tengahari dan menjadi orang pertama duduk di meja makan. Anak2 perempuan bekerja berhempas pulas untuk menyenangkan ibu bapa, anak2 lelaki sudahlah tidak menghulur malah meminta2 lagi. Saya jelak, saya muak. Kalau anda perasan saya kerap menyebut nama adik lelaki saya Man tu. Sebab hanya beliau sahaja yang berlainan dengan yang lain2. Hanya beliau sahaja yang sangat diharapkan kalau ada apa2 kerja yang memerlukan kudrat lelaki. Beliau adalah kesayangan kami. Yang lain2? Dah, malas aku nak cakap apa2.. Bukanlah niat untuk memburukkan sesiapa, tapi kalau sudah sampai menyusahkan, mengambil kesempatan, dan menyakiti perasaan Mama Baba yang sudah tua, siapa yang sanggup bersabar?? Sedih betul saya, penat rasa..
Mama selalu pesan pada kami anak2 perempuan,
"Kalau nak kahwin, lebih baik pilih orang yang sederhana tapi rajin, daripada lelaki kaya hensem bagai tapi pemalas"
Tapi kalau jenis yang sudahlah tidak berharta, pemalas pula, apa kesss???
Saturday, February 6, 2010
Sabtu yang best! :)
Dari sehari ke sehari nak beli, tapi tak ada masa nak keluar sangat la. Orang kata Crocs ni super-confortable, but somehow kalau nak cakap pasal kasut yang comfortable ni i prefer Clarks. Boleh pakai dengan baju kurung. Tapi Oyah cakap cikgu2 dia ramai pakai Crocs dengan baju kurung. Apakah?? Ke memang biasa cuma aku yang tak tahu??

Ok selingan jap.
Encik Hanis dalam proses nak quit smoking sekarang. He bought one type of chewing gum at the pharmacy, quite costly i think, that he can chew whenever he feels like smoking. Even so, he's still struggling to death to resist the temptation, especially masa lepas makan. Kesian pula tengok, but it is for his own good. Macam lemah je nak buat kerja dok sangap sangat dengan benda alah tu. Korang ada good suggestion tak on how to overcome his addict of smoking? And biasanya ambil masa berapa lama ya baru boleh totally recover? (Sebut recover macam penyakit membawa maut je. Tapi betul what? Merokok membawa maut tauu!). Evenmore with this kind of working environment, memang susah sikit nak berhenti. Just bayangkan almost everyone dalam company ni smoking. Kan sini lebih lelaki dari perempuan.. *sigh*
Friday, February 5, 2010
Kisah licik semasa kecil (untuk bacaan 12 tahun ke atas sahaja)
Tiba-tiba teringat zaman kami kecil2 dulu. Dulu Mama garang, seryes garang. Sebut je apa yang aku tak pernah rasa. Hanger? Rotan? Pembaris? Getah paip? Semua aku dah rasa bro. So korang boleh bayangkan betapa garangnya mama dan betapa nakalnya aku ni T_T. Aku memang rebel, betul. Mama cakap antara anak-anak perempuan akulah yang semasa kecil paling tak mendengar kata dan paling petah melawan. Ingat lagi dulu pernah aku kena rotan lepas tu aku konon-konon berdoa (tapi cakap kuat-kuat), "Ya Allah, jumpakan lah saya dengan ibu kandung saya.. Saya nak ibu kandung saya.." (-___-). Maka tak hairanlah segala benda alah pernah hinggap di tubuh gebu aku ni. Ngeh2.. Gebu la sangat.. Jangan kata Mama, Baba yang sangat penyabar dan softspoken tu pun pernah rotan aku, sebabnya aku main-main air kat rumah jiran sampai habis satu tong besar air simpanan, masa satu kampung tengah musim kemarau tak ada air. So boleh bayangkan la betapa buasnya aku sampai baba pun hilang sabar T_T
Ok balik pada cerita pasal sembahyang tadi. Aku sejak umur 5 tahun dah diajar bersembahyang. Masa tu apalah yang aku tahu tentang sembahyang, sekadar ikut orang lepas tu mulut terkumat kamit bunyi 'psst psssst'. Sebab aku tengok orang sembahyang ada bunyi macam tu so aku ikut je la. Bila umur 8-9 tahun Mama kalau nampak aku mengadap TV atau terbongkang main Brick Game (korang ada tak game ni dulu?), memang tak ada lain la Mama tanya. "Dah sembahyang ke belum?" Kalau 8 kali lalu memang 8 kali la soalan tu saya dengar. Tapi memang takkan pernah sampai 8 kali la, sebab masuk kali ketiga je memang merasa la penangan hanger kat belakang.
One day aku main askar-askar dengan abang yang tua 2 tahun dari aku. Ala game yang susun askar kecil2 pastu serang tu. Dari pagi sampai dekat pukul 3 aku duduk dengan dia, tak berganjak pun. Tiba-tiba Mama tanya abang dah sembahyang ke belum. Dia muka selamba cakap dah. Padahal masa tu aku yakin gila dia belum lagi, sebab sepanjang masa dia dengan aku. Lepas Mama tanya dia, Mama tanya aku pula. Aku dengan berdebar-debar mengangguk. Mama percaya lah! Gila teruja betul! Rasa macam kagum dengan abangku yang ketika itu menjadi idolaku.
So dari situ aku yang nakal/rebel/licik ni mulalah guna idea tu setiap kali Mama tanya. Tapi yang peliknya kalau aku la yang tipu mesti tak berjaya. Ada sekali tu Mama tau pula susunan telekung aku tak berubah pun, memang mendapat la aku. Menyesal tipu, tapi kejap je laa.. Lepas tu aku dah pandai sikit. Kalau Mama suruh sembahyang je aku akan duduk lama dalam bilik then ubah kedudukan telekung. 2-3 kali berjaya la. One day Mama tanya lepas tu siap cek lengan, telinga, dahi, rasa basah ke tak, bila kering je memang kantoi la aku tak ambil wudhu' dan tak sembahyang. Memang biru betis gebuku kena cubit lepas tu kann.. Masa tu jiwa memberontak aku berkata, " Selagi kesan biru ni tak hilang, aku takkan cakap dengan Mama..." Demikian pendirian tegas budak 8 tahun. Memang banyak lagilah trick kejiku gara-gara malas sembahyang, siap pakat2 dengan adik aku lagi, "Man kalau Mama tanya cakap aku dah sembahyang tauu!" So bila Mama tanya cepat je aku jawab, "Dah la, tak caya tanya Man". So konon ada saksi, Mama percayalah. Entah apa-apa aku ni. Bila fikir balik sekarang daripada aku sibuk memerah otak fikir macam mana nak mengelat, siap kumpul alibi bagai, kan senang kalau aku sembahyang je, bukan susah pun kan?? Bukan ambil masa lama pun kaann? Tapi yang bagusnya, seawal umur 7 tahun aku dah tahu semua bacaan dalam sembahyang. So one day Mama suruh aku sembahyang depan beliau, dan baca kuat2 setiap bacaan, sekadar untuk memastikan yang aku tahu semuanya. Bahagian tu Mama nampak agak berpuas hati. Heh heh..
Bila masuk sekolah menengah, aku dah pandai fikir sendiri. Maybe sebab dah baligh kot, dah faham dosa tanggung sendiri. So dah tak perlu tunggu kena sergah dengan Mama baru nak sembahyang. Mama pun dah tak payah nak cari bukti betul ke aku dah sembahyang. Masa di universiti duduk rumah sewa borak-borak dengan housemates, ramai rupanya yang macam aku ni, tipu-tipu sembahyang masa kecil. Dan banyak lagi trick-trick yang tak terfikir oleh otak kecil aku dulu. Haha.. Teruk, aku tahu. Adik-adik jangan ikut tau contoh tak baik ni.. :P
Sembahyang itu satu kewajipan, bukan satu pilihan yang boleh dibuat bila senang dan boleh ditinggal bila sibuk. Aku bukanlah baik sangat, ada kalanya terlepas juga waktu sembahyang. Tapi selagi boleh cukupkanlah 5 kali sehari semalam, bukan susah pun. Aku pelik dengan orang yang boleh tidur lena dengan seharian tak sembahyang, tak takut ke kalau kau terus tertidur buat selama-lamanya. Matilah engkau tanpa solat. Huhu.. Ngeri. Kalau ikut hukum, anak perempuan kalau dah 10 tahun masih tak bersolat dah wajib dirotani, manakala anak lelaki 7 tahun. So fahamlah aku kenapa saya kena rotan masa kecil dulu (selain dari sebab aku langgar anak jiran naik basikal. Dah nampak aku nak lalu, yang kau pandai sangat mendepakan tangan halang-halang kenapa? Kan dah penyek kena lenyek.. Haha.. Tebal muka Mama pergi rumah Cik Limah minta maaf..)
Aku teruk, aku jauh dari sempurna, aku penuh cacat cela yang perlu diperbaiki. Tapi tak salah untuk kita saling ingat-mengingati kan? :)
P.S: So kalau dah kahwin nanti, anak2 takkan boleh nak tipu-tipu sembahyang, sebab Mummy dia ni dah tau dah semua trick-trick licik. Keh keh keh..





























