Tuesday, December 14, 2010

Getting Over Your Past

Long time ago, this song has became my favourite song ever. Zaman single hati keras. After a not-so-good break up about 2 or 3 years back, rasa tak interested langsung nak involve with a steady relationship. Masa tu rasa macam nak jadi career woman. Rasa macam nak kahwin bila umur dah 32 tahun.
Aku seorang yang tidak mudah melupakan. Memaafkan pun tidak mudah. Namun memaafkan lebih mudah dari melupakan. Jadi apabila ditanya oleh seseorang macam mana aku boleh get over my previous relationship yang telah kuhabiskan masa bertahun-tahun dengan begitu mudah, aku macam nak terketawa. Because you have no idea what I have been through.
Number 1, it might be easier to get over, but not to forget about it. Sebabnya, kau bukan amnesia atau apa. Lainlah kalau kau terhantuk kepala lalu lupa segala kisah silam. Otherwise, kau takkan lupa. Tidak melupakan hubungan lalu bukan bermakna kita masih bergantung (clinging) to the past, macam mana bahagia pun kita sekarang, mustahil kita akan lupa terus hubungan silam. Bukan pakwe silam, aku cakap pasal hubungan silam. Sedikit sebanyak mesti akan terusik di fikiran, "Oh bodohnya aku dulu..". Atau bila suami buat sesuatu yang sangat mengharukan sehingga menitiskan air mata, mesti akan terasa, "Oh Tuhan, terima kasih kerana menamatkan hubungan aku dahulu maka aku boleh jumpa lelaki sebaik dia..". See? Sebab kita memang takkan boleh lupa, maka jangan sesekali kau blame diri kau kalau kau tak boleh lupa kisah silam. Sebab kau hanya manusia normal yang sihat walafiat, bukan yang hilang ingatan.
Paling penting, jangan sesekali berkawan semula dengan bekas kekasih. Punyalah ramai kawan yang lain, dengan bekas kekasih jugalah yang kau nak terhegeh-hegeh sibuk nak berkawan. Don't, because it's complicated and can be very hurtful.
Boleh ke kau SMS dia tanpa mengharapkan dia reply?
Boleh ke kau nak terima dengan hati terbuka bila dapat tahu dia telah jumpa pengganti sedangkan kau masih bersendiri?
Boleh ke kau nak mulakan hidup baru kalau setiap hari kau nak buka page Facebook dia dan baca setiap komen orang lain di status Facebooknya?
Boleh ke kau nak mulakan relationship lain secara ikhlas (bukan untuk tunjuk pada dia dengan harapan dia akan cemburu)?
In fact, boleh ke kau even nak mulakan relationship lain bila setiap hari kau masih lagi keluar bersama (konon sebagai kawan), SMS dengan orang yang sama (konon sebagai kawan) dan sebagainya?
Tiada istilah kawan untuk pasangan yang sudah berpisah. Tapi aku tak kata kau kena jadikan dia musuh kau. Cukuplah sebagai kenalan. Yang kalau terjumpa di mana-mana kau boleh senyum dan tegur, yang kalau tak berjumpa maka kau takkan tahu apa pun tentang dia. Bukan yang sentiasa berhubung, saling berbalas komen Facebook, yang kau cari bila kau tengah sedih kononnya dialah yang paling memahami kau. Macamlah tak ada kawan baik, macamlah tak ada ibubapa. Macamlah tak boleh mengadu pada Tuhan. Berkawan mungkin boleh. Mungkin, setelah kau benar-benar bahagia dengan hidup kau. Itupun aku rasa tidak berapa perlu. Teruskan sajalah hidup kau yang bahagia tu, why bother?
Percayalah, Allah itu Maha Adil. Kalau kau betul-betulkan sematkan dalam diri bahawa segala yang berlaku memang telah ditakdirkan oleh-Nya, kau akan lebih mudah untuk menerima dengan hati yang terbuka. Allah tidak menjadikan sesuatu secara sia-sia. Mungkin dia sengaja mempertemukan kau dengan orang yang salah sebelum dijumpakan kau dengan orang yang betul, supaya kau lebih menghargai kehidupan kau sekarang. Lebih mensyukuri nikmat bahagia. Lebih kuat. Lebih bijak menilai baik buruk sesuatu.
Jangan dipersoalkan betapa kau dibiarkan bersama dengan orang yang salah selama bertahun-tahun. Berapa lama pun kau bercinta tidak menjamin apa-apa, tidak membawa maksud apa-apa. Kalau kau berpisah setelah 5 tahun bercinta, syukurlah, ianya hanya 5 tahun. Bukan 6, bukan 10 tahun. Sedangkan Dia mampu untuk membiarkan kau lebih lama dari itu. Sesungguhnya, Allah yang Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kau.
When Miss Independent walked away,
No time for love that came her way,
She looked in the mirror and thought today,
What happened to Miss No Longer Afraid?
It took some time for her to see,
How beautiful love could truly be,

No more talk of why can't that be me,
I'm so glad I've finally seen...


7 comments:

FAA said...

I'VE GOT THIS ADVICE FEW YEARS BACK FROM U AND ALHAMDULILLAH IT WORKS!!!! THANKS KAK UNA!!!

*capital sebab sangat hepi baca entry nih. eheh

Anonymous said...

you will never let go the past if you stick to the same routine of life.
that is fact.
and proven.
so?
move on.
siapa yang masih dengan cerita lama untuk dipeluk kemas hari-hari, pasti akan surut percaya diri dan akhirnya seen themself as loser; although deep inside, they have the winner courage, but they overlook that.

so, macam hang cakap.
move on.
past will never forgotten, but let them be, and history should be the past.

who ever think too much about past and present will be left behind, cause other are moving forward for future.

and Allah will never fail to be fair; thus, whatever happen, happen with reason.

and i believe one;
whatever happen bring you closer to The Almighty's heaven, unless you fail to be patient and thankful.

end.

She's Stone said...

aah..betul!saya dah buat macam apa yang kak husna tulis ni sebelum ni..cuma gunakan prinsip redha dan independent..dan juga percaya kepada qada dan qadar dari Allah..sebab hanya DIA mengetahui semuanya...(^_^)

ckindollah said...

da best =)
hikhik...

nk get over yg sgt2 painful T_T

Biey said...

nice wordss,i like it :)

Ain Rosmi said...

'Jangan berkawan semula dgn bekas kekasih..it's hurtful'

Definitely so true. Bukan you sorang je sakit, orang lain pun sakit tengok. Lagi teruk bila masing masing dah ada orang lain. You menyakitkan hati partner you, diri you jugak sebab it is IMPOSSIBLE semua orang boleh terima istilah 'kawan' tu. Move on, don't be so stubornly silly to dwell on undo past.

Okay, emo kejap sebab pernah kena atas hidung sendiri. Pathetic bila masing masing terus nak bohong atas istilah 'kawan'.

Simply admit perasaan tu ada lagi and jangan aniaya orng lain dgn cara kapel dgn org lain sbb tak boleh hidup single or sebab nak lupakan.

That is so pathetic.

KAK RAINBOW said...

suka dgn blog kamu salam kenal :)