Monday, December 20, 2010

Bila mengandung...

Hati kena bersih.
Mulut kena cakap yang baik-baik.
Mata kena pandang yang baik-baik.

Ehem. Mata kena pandang yang baik-baik.

Mama: Biasakan pandang orang-orang yang cantik lawa.. Nanti anak jadi cantik lawa.
Aku: Terpaksa la Dikna pandang cermin selalu. Hahaha~
Mama: Perasanlah kau -__-

Balik rumah, selepas ambil Suami di airport yang baru pulang menyabung nyawa di Pulau Perhentian, aku bagitahu dia pula..

Aku: Sayang, Mama pesan kena selalu tengok orang yang cantik lawa. Maknanya kita kenalah pandang cermin selalu. Hehe. Tapi susahlah nak cari sumber orang yang hensem. *mengeluh*
Suami: You're looking at the person now B-)

Huh. Sama perasan je rupanya T_T

Sekarang mood untuk berblogging dah hampir lupus, mungkin lantaran kekurangan idea. Dan mungkin juga untuk mengelak dari bercakap bukan-bukan yang memakan diri.

Aku sekarang macam paranoid semacam, bukanlah apa-apa pun. Nak makan bukan-bukan pun rasa semacam. Kalau lunch tadi makan McDonald atau apa-apa fastfood, bila dah makan mesti rasa tak best, macam bersalah sangat. Mulalah berfikir,

'Kesian Baby tak dapat makanan berkhasiat pun..'

Lalu petang itu mulalah cover dengan minum susu dan makan buah-buahan.

Alhamdulillah, so far selera makan aku masih biasa-biasa sahaja. Tak ada hilang selera ataupun terlebih selera. Cuma aku kena makan tepat pada waktunya tak boleh delay langsung. Pagi, tengah hari, malam. Masih makan nasi separuh, kalau ambil nasi penuh pinggan memang takkan berhabis.

Dua bulan kandungan, morning sickness pun Alhamdulillah belum lagi. Cuma akan rasa mual kalau lambat breakfast or lambat lunch or lambat dinner. Asam/jeruk segala memang aku cuba elakkan, risau darah tinggi sebenarnya. Tahu sajalah kandungan garam dalam benda-benda macam tu. Dan setiap pagi sebelum breakfast aku akan ambil sebiji epal merah dahulu, mungkin sebab itu aku cepat kenyang kot bila makan nasi pula selepas itu. Oh, aku mesti makan nasi setiap pagi. Or at least makan apa-apa yang heavy untuk memberikan tenaga. Tapi lately macam suka roti canai pula. Baru ini masa Suami outstation, pagi tu tak sempat nak sediakan nasi goreng/french toast ke apa, sampai office kedai nasi lemak tutup pula, struggle aku jalan kaki pergi kedai mamak jauh sikit nak beli roti canai. Pagi Ahad semalam pun pagi-pagi aku dah bangun gerak Suami sebab terasa nak makan roti canai. Kalau buatnya terkenankan mamak nanti macam mana?? T_T

Hati ini, selagi boleh berfikiran positif. Dugaan memang banyak, ada sahaja benda yang datang menyakitkan hati, menggugat kesabaran dan sebagainya. But I found that when we just take a deep breath and smile, everything will turn out fine. Aku jadi tak selesa nak join bergosip mengumpat segala, tak selesa bila diletakkan dalam situasi penuh negatif, even terasa hati bila Suami marah-marah pemandu lain ketika memandu..

"Sayang janganlah marah-marah, Baby dengar nanti.."

Namun, sebenarnya Suamilah yang paling banyak membantu. Yang paling banyak bersabar. Syukur Suami rajin membantu dengan kerja-kerja rumah. Sampai kadangkala rasa bersalah pula.

Panjang lagi perjalanan, banyak lagi ilmu yang perlu dituntut dari mereka yang berpengalaman. Memang happy kalau mereka yang dah pernah melahirkan bagi tips-tips berguna. Sekarang ini tengah berfikir-fikir tempat untuk deliver nanti. Swasta atau hospital kerajaan? Masing-masing pun ada pro and cons tersendiri. *sigh*



6 comments:

Anonymous said...

moga selamat semuanya ...

Anonymous said...

Hati ini, selagi boleh berfikiran positif. Dugaan memang banyak, ada sahaja benda yang datang menyakitkan hati, menggugat kesabaran dan sebagainya. But I found that when we just take a deep breath and smile, everything will turns out fine. Aku jadi tak selesa nak join bergosip mengumpat segala, tak selesa bila diletakkan dalam situasi penuh negatif, even terasa hati bila Suami marah-marah pemandu lain ketika memandu..


Baris kelima: 'turns' should be turn cuz da ade will....sila betulkan.....

Husna Hadzarami said...

Anonymous:
aku dah betulkan. thanks.
lain kali letak nama kau. nama betul.
sebab aku tak pernah guna Anonymous bila tegur orang lain.

Husna Hadzarami said...

eh, thanks Jery_Alid Misyahzniirf :)

zella y said...

yela..ibu2 mengandung haruuuussss berfikiran positif... jgn fkir yg bkn2 sgt... org ckp mkn kismis byk2 nanti kulit anak cantik...

Adeqq said...

Yeaa~ My mum pon mase my sis pregnant mmg banyak betol dipesannya. Kurangkan benda manis, jgn makan asam, kurangkan itu ini lalala....... Haish! Tapi, nak buat mcm mane kan? Mmg benda yang kita kena ikut.

Apapun, semoga u will always be fine~ ^___^