Monday, November 29, 2010

Q & A

1) Kenapa buat comment moderation? Tak cool lah tapis-tapis comment.
OK. Suatu masa dahulu aku pernah biar comment unfiltered. Maknanya kalau orang komen memang terus masuk dalam comment box below, tak payah aku nak tapis ke apa. But it happened that aku terlepas pandang banyak komen yang dihantar untuk post-post lama contohnya untuk entri Panduan Membayar PTPTN Menerusi Maybank2U ni. Ada komen yang dihantar, sebulan kemudian baru aku baca sebab tak perasan. So I decided to moderate all the comments so that I can keep track and won't miss a thing anymore. Tak ada isu takut ke apa lah.

2) Kenapa kau still accept komen membangkang kau?
This is public blog. OK no, this is of course a personal blog, but when I opened for public to read, that means people are entitled for their opinion as well. Bak kata mamat ini, barulah seronok blogging bila ada macam-macam pandangan, bukan sekadar menyokong kita secara buta-buta sahaja. Cuba aku sengaja buat entri "Aku Taknak Pakai Tudung Dah Sebab Orang Pakai Tudung Bukan Semuanya Baik Pun", patut tak kau sokong secara buta-buta? Kalau kau tak boleh terima pandangan orang, better kau private kan je blog kau. Atau open only for penyokong buta-buta kau sahaja. Tapi bila aku kata aku terima komen membangkang, bukan bermakna aku terima begitu sahaja. Kalau komen itu rasional biarpun tidak sehaluan denganku, aku akan seronok untuk berdebat. Otherwise, there's no use entertaining immature/childish/bitter comments with no acceptable reasons.

3) Follower kau sikit je. Tak gempak langsunglah kau ni.
I don't give a damn about that. Berapa ramai pun follower aku doesn't contribute to my income pun. What matters most is, the readers. Bukan semua followers adalah true followers. There are some of them who followed just so that I follow them back, which sometimes I did if his/her blog is interesting. To me. I have a constant amount of readers everyday, which I appreciate a lot. And not all of them are officially my followers. So, should I care?

4) Kau sombong. Bukan macam seorang blogger terkenal tu, rajin betul singgah balik blog orang yang follow/comment blog dia. Macam itulah baru orang suka.
Actually, when I have plenty of time, I as well dropped by those blogs. And I did dropped a word or two if necessary, only if I really have something to say. Ada juga blog yang isinya gempak gila sampai aku segan nak komen apa-apa, sekadar baca sambil tersenyum dan mengangguk-anggukan kepala. I think that's better than just skrol sepintas lalu dan komen, "Nice entry" or "Cantiklah gambar" or "Hehe.." for the sake of jaga hati mereka dan berharap mereka tak bosan dengan kita dan datang membalas budi dengan datang balik page kita. Memang kadangkala ada juga komen yang pendek tapi bermakna, tapi we can always tell if the comment is really true or otherwise. Sedangkan aku sendiri kurang appreciate komen yang tidak memberansangkan, apatah lagi orang lain. Jangan sekadar nak kumpul komen banyak-banyak tapi berbunyi childish/insincere/sampah. That's definitely not right.
5) Kenapa kau selalu buat entri panjang-panjang? Boringlah.
Just leave. No one ever asked you to stay if you're not interested in it. Itu lebih baik daripada kau jadi si jengkel yang tengok entri panjang, tak baca pun tiba-tiba komen, "Panjangnya entri!". Blah senyap-senyap je boleh tak?
6) Bencilah baca blog kau ni. Sakit mata aku. Kau takyah blogging lagi boleh tak?
Oh dear. Why did you even bother to click on http://www.princessuna.blogspot.com/? Benci-benci pun, hari-hari jugalah kau buka page aku. Ke benci tapi rindu ni? :)
7) Kau taknak ke buat tips-tips macam blogger lain?
Aku tak ada tips yang bagus untuk diikuti pun.
Tips nak jadi pandai? Aku bukan pandai mana pun.
Tips nak jadi cantik? Kahkahkah. Pergilah tanya Hanis Zalikha. Semua tips dia ada. Memang layaklah dia bagi tips, dia kan cantik pandai segala. OK kenapa aku macam bitter? LOL.
8) Pernah join blog contest?
Pernah. Sekali je. Menang nombor 1 pula tu. Tapi sampai sekarang tak dapat apa pun. And I've come to conclusion that those who organize blog contest are usually those crave for popularity with no sincerity. Unless kalau dia tidak meletakkan syarat "Wajib Jadi Follower Dahulu."
9) Jenis blog yang boleh menarik minat kau untuk membaca.
Blog yang berlatarbelakangkan putih dan bertulisan hitam dengan font bersesuaian untuk mata aku yang dah tua ni.
Blog kelakar.
Blog serius dan bijak, bukan konon serius tapi bodoh.
Blog jujur yang tidak hanya memuji diri sendiri.
Blog berbahasa Inggeris.
Blog romantik orang dah kahwin, bukan couple yang masih bersekolah.
Blog cerita pasal bayi dan kanak-kanak.
Blog berbahasa baku dan mudah difahami; bukan yang menggunakan singkatan, ejaan rempit dan sebagainya.
Blog tak banyak gambar syok sendiri lepas tu marah pula bila Anonymous komen dia obses dengan diri sendiri.
Blog yang mengutarakan isu-isu tertentu dan open for public to be debated, bukan yang lantang berkata-kata tapi bila ada orang bangkang dia remove comment tersebut, you're soooo Dr Rozmey oh -__-.
Blog original, bukan yang meniru style blogger lain.
Blog kelakar, kelakar dan kelakar :)
10) So far berapa dah income Nuffnang kau?
Sibuklah. Nak ke aku buat entri pasal cheque Nuffnang lepas tu tayang-tayang OMG macamlah kau seorang je pernah dapat cheque Nuffnang annoying gila la bodoh.


12 comments:

Radin Fadli said...

parah juga na, dah jadi macam artis gitu...nanti adakan Q&A dekat television pula...=p
memacam orang dalam dunia ni kan?

Anonymous said...

header baru lu cool la.


boleh tak kalau komen tu jer?
*senyum*

ok.
ni cadangan.
pi dashboard/settings/comments/Comment Notification Email
dan isi email hang dalam tuh.
everytime ada komen baru masuk dekat entri mana pun dia akan hantar notification dekat email hang.
aku guna nih, sebab aku 'mesti' bukak email setiap hari; melainkan aku pi outstation la.
cadang ja.
in case hang nak bertukar.
bertukar?
dan macam sailormoon pulak *bertukar!*

aku suka ja komen komen yang boleh buat minda aku berfikir. let it be on my side, or not.

follower? *senyum*
blogwalk? itu aku suka. kalau tak sibuk la. dan aku ada list yang aku tetap akan pergi bila aku ada masa; dan ada yang aku suka gak pergi, walau aku ada masa seminit dua ja. hehe

entri panjang? setakat ni, most of entri hang sume aku baca tanpa sedar ia panjang;kecuali satu dua yang 'mana entah la'. so that sign of good writing skill then *smile*

ok.
salam.

avid said...

betul. follower banyak tak guna kalau takat nak datang komen 'first!'....'second!'...'third!'...

Husna Hadzarami said...

Radin Fadli:
tak artis mana pun lah. haih.


Anonymous:
kau AJ kan?
see? aku memang alert gaya bahasa kau.
cool eh header? tu namanya header orang yang malas dan tak tahu guna adobe photoshop! LOL.
memanglah aku guna setting email tu.
so comment takkan auto-approve.
kena moderate dulu.
kalau nak auto-approve tapi tetap masuk email memang tak boleh kan?
ke boleh??
ok, i take your words 'good writing skill' as a big compliment :D (walaupun kau maybe sarkastik sahaja ciss!)


avid gunner:
nasib baik tak pernah terima komen macam tu lagi. rasa nak tampar oh.

Anonymous said...

bukan sakastik la, that is plain honest.

boleh la una.
guna
dashboard/settings/comments/Comment Notification Email

dan bukan
dashboard/settings/comments/Comment moderator

aku tak guna comment moderator pun kan?
hehe

Ijah EmoTemo said...

terus tergamam lepas baca sebab ada betul nya yang kak husna ckp/tulis tu. hahah.

but mostly tak dinafikan , ramai yg jenis setuju je apa org tulis just nk jaga hati. oh benci -__-'

Aku said...

you rock!!!
aku suka.kau jujur

Cik Akma said...

ehem, FIRST!! *annoying mcm nak lempang x? kehkehh

btw, saje nk bgtau blog kak una wajib bace kot. i love you! heee :)

cikmemy said...

tang income nuffnang tu memang alergik oo..kalau tgk org duk asyik cite macam mane nak naikkan trafik.macam mane nak dptkan duit lebih.memang macam sekali jela pi situ takkan datang balik dah..huhu

kak una nak taw ape sebab saya suke bace blog ni?sebab entry kak una selalu buat saye sentap + fikir balik,salah rupenye ape yang aku pikir selame ni....

.: Si BungaKopi : . said...

aku klik nak baca entri lain td..rupanya ko remove. huhuhu.

Anonymous said...

setuju. just be yourself.


tapi yang no 10 memang gila annoying. atau annoying gila. ah tak kisah lah. poyo gila nak tunjuk carta nuffnang. ada aku kesah? hiks. saje je lah tu nak tunjuk dia dapat ribu-ribu..

Ain Rosmi said...

Tah kenapalah saya suka kak husna ni. Wahaha. annoying tak?
Tapi seriously, apa yang kak husna ckp, selalu ada dalam kepala ni tapi tak terkeluar.