Monday, November 8, 2010

Hujung Minggu

Suatu hari di rumah Mama, ketika sedang makan bersama Suami sambil menyuap Aina dan Asha tiba-tiba Aina bertanya,

"Antina bila nak ada baby?"

Aku jawab,

"Nanti ada la. Aina suka ke?"

"Mestilah suka. Antina kalau nak ada baby kena la buat kerja.." balas beliau gaya orang dewasa.

Serentak aku dan Suami berpandangan, lalu berdebar-debar aku tanya Aina.

"Kena buat kerja apa Aina?"

Selamba muka dia menjawab,

"Buat kerjalah. Macam sapu rumah ke.. Masak ke.. Barulah ada baby.."

Tergelak besar Suami.

Ingatkan dia nak cakap kerja apa -__-".

Bodohlah cuak tak pasal-pasal. Yelah manalah tahu budak-budak zaman sekarang ni advance sangat ke sampai budak 6 tahun pun tahu hal-hal orang dewasa.

Mesti Aina ingat dah kahwin kena buat kerja-kerja macam tu, lepas tu dapat baby. Tehehe.
**********************

So this weekend I spent with my in-laws, keluar dengan mertua ke kedai perabot, and after that my husband and I went to One Utama.. Kawan bapa mertua bagi voucher One Utama at certain amount sebagai hadiah kahwin, so we've decided to use it for a television, selepas mempertimbangkan antara TV dan mesin basuh. Tak apa, TV mungkin lebih penting, lantaran Suami macam dah tak tentu arah sebulan lebih tak tengok bola. Baju boleh hantar dobi tehehe, kalau rajin sikit aku basuh tangan dan Suami tolong jemur.

But of course kena tambah duit sikit lah dari nilai voucher itu. Cari yang sesuai, survey lebih kurang, and aku decide nak balik.

Suami terasa hati.

Dia cakap aku dah tak sama dengan zaman masa bercinta. Dulu kami suka berjalan, suka window shopping, selalu berbincang tentang apa-apa barang dan aku suka bagi pendapat pada barang-barang yang dia suka.

Tapi entah kenapa, bila dah kahwin, bila ke pusat membeli belah dalam kepala hanya memikirkan barang-barang untuk rumah je. Perabot lah, perhiasan rumah lah. Dah macam tak minat pada benda lain. Andd, keluar pun apabila perlu sahaja. Aku lebih suka berada di rumah kot. Or mungkin aku lebih kepada nak berjimat. Bak kata Suami, aku kan Menteri Kewangan untuk rumah itu, dan beliau pula Menteri Kerja Raya hehe. Samy Vellu hehe.

Shopping complex has no longer be my favourite place.

Entahlah. Awal-awal kahwin mungkin.
Letak dua gambar yang sama macamkan satu gambar belum cukup untuk buat orang annoying.
Cinta hati. Satu gambar cukup. Tehehe. Sorang je yang annoying dahlah.


8 comments:

Anonymous said...

dan paling annoying kalau tengah bersembang dengan Suami tercinta, ada pulak mamat telepon sembang panjang.
"Hei, please ya, kami di meja makan, bersembang waktu dan hari lain boleh tak? Mencih aku"
Bising hati kecil aku yang lama-lama masih tak boleh lari dari bahasa rempit.
Ye lah, karang, kalau terkeluar dari bibir aku, tak suit pulak bahasa aku dengan senyum2kerang busuk yang aku pamerkan.
dan tak best la pulak terkeluar suara garau macam laki nih kan?
Hua ha ha

ok
intro komen dah habis.

"Eh Aina, macamana Antina nak dapat anak, sebab dia tak menyapu. AntelAnish jer yang menyapu"

Hehe

Believe me, there are thousand things to wonder day by day in married life.

dan

kita akan realised yang kita tidak sama dengan yang dulu.

and one day.

"eh, aku dah tak rebellios macam dulu sangat lah! dan tak drama-drama dah"
sambil pegang anak ketiga di dukungan dan dan yang dua lagi bertapak2riang sambil mengamit jemari Suami yang beberapa langkah di hadapan.

~tiba tiba~

hehe

komen sudah habis

Raudhah said...

kak una semakin cantik

Arifah said...

Nak gelak dulu boley? hahahahhahah! Tergodanya senyuman Una tu..hahahh! Tergelak sorang2 saya tengok..anyway, sgt comel hokay!

A'a, betul la, lepas kahwin, lebih suka dok rumah je.. malas nak jalan2..Sebab dalam mind, asik terpikir2, ade je keja nak buat. Nak kemas umah la, nak basuh baju la, nak masak itu la, ini la...Tapi, bila kat rumah, tengok movie tu la, ini la..dok edit gambar tu la, ini la..hahah! kesimpulannya, lebih suka dok rumah kot.. :P

zella y said...

hahahha...
bebudak skrg..mb sbb tgk mak dia bua keje umah pastu dpt baby tu yg dia ckp mcm tu... bdk2 sekarang..ade je yg difikirkan...heheh

best pe dh kawen dok umah je... hahahhaha

miralatiff said...

Kids always say the darndest things..hehehe

Amal said...

haha. aina memang bikin cuak weh. hahaha.

Husna Hadzarami said...

Anonymous:
tu la pasallll.
orang nak makan sibuk je call suami orang.
*gedik gilew guna 'orang'*
eh ni nak cakap, masa kau call hari tu Hanis ada cakap "Husna tanya bapak kau OK ke?" kan?
dia silap dengar lah.
aku tanya kau OK ke. aku tahu your father passed away. sorry tau kalau kau offended ke apa.
eh eh. betul lah.
patutlah aku tak ada baby lagi, sebab aku tak buat kerja menyapu semua tu kahkahkah!
OK tak funny.


raudhah:
ni seryes ke ni?
seryes ke???
haha annoying.
meh dating meh, akak belanja makan :D
(pantang kena bodek)


Arifah:
hahaha dah tergoda ke?
ni baru letak dua, kalau letak 3 lagi jatuh cinta kahkah!
ye betul tu, konon nak duduk rumah macam banyak sangat pekerjaan. sekali Suami balik si isteri ni masih lagi mengadap laptop balas-balas komen Facebook tehehe :PP


zella y:
tu lah, mesti dia tengok mak dia hari-hari buat kerja tu sebab tu dapat baby. senangnya kalau betul-betul macam tu hehe.


miralatiff:
hehe, you must know better how kids always be right?


Amal:
memang cuak doh. haha.
aku dah ready dah tanya dia macam-macam kalau dia terkeluar benda tak sepatutnya.

Anonymous said...

At first, aku pun pelik.
Anyway, tak apa. Tak ada salah hal tu.
Miscommunication jer.
Anyway, have a safe journey out there.
Ala, bukan first time pun pergi Sabah kan.
Assalamualaikum