Wednesday, October 13, 2010

Ketawa Hari-Hari

'Bayi malam ini DJ akan buat kita jatuh cinta semula..'

Translate: 'Baby tonight, DJ got us falling in love again..' (Usher ~ DJ Got Us Falling In Love)

' Aku cuma nak seseorang untuk dicintai~~~ '

Translate: 'I just need somebody to love~~' (Justin Bieber ft Usher ~ Somebody To Love)

Kenapa Suami asyik translate semua lagu kat radio sepanjang perjalanan ke office ni... T__T. Terganggu tidurku lantaran annoying gila mendengarnya mula-mula rasa nak marah tapi bila tengok muka beliau menyanyi penuh perasaan mengikut rentak lagu dalam Bahasa Melayu terus rasa nak ketawa pula..

Ketawa. Laughter is the best medicine. Ada orang kata ketawa boleh menjauhkan penyakit jantung dan memanjangkan umur. Ada juga yang berkata banyak ketawa pendek umur. Takut pula aku, sebab kami sangat banyak ketawa lah T__T. Suami lah punya pasal, ada je nak cakap. In fact disebabkan his sense of humor lah aku jatuh cinta dulu.. *malu-malu sambil gigit jari pintal rambut rasa nak lempang diri sendiri kalau buat depan cermin*.

Tapi tidak kunafikan, ketawa memang menghilangkan banyak penyakit. Penyakit hati terutamanya. Sebab bila ketawa rasa hilang semua masalah. Rasa hilang segala beban di dada. Ringan. Sebuah rumah tangga adalah sangat pathetic tanpa lawak jenaka dan gelak tawa. So aku dah buat keputusan, untuk terus ketawa dan terus melayan lawak jenaka beliau, moga bahagia itu milik kami *tiba-tiba*.
Anyway semalam meja makan sampai. Terlompat-lompat kegirangan kami (obviously aku sorang saja yang terlompat-lompat). Mungkin korang boleh sound, "Hello? It's just a meja makan kot? Duhh?". Tapi untuk pasangan yang baru nak bina hidup, yang bermula tanpa apa-apa, setiap penambahan perkakas or perabot dalam rumah ini adalah sangat menyeronokkan. Tiada lagi makan beralaskan kotak fridge yang mampu mengundang airmata tetamu yang hadir T__T. Terus terasa rajin memasak lebih lauk-pauk malam tadi. Terus Suami jadi excited membasuh pinggan dan mengemop lantai selepas makan. Apa kaitan membasuh pinggan dan mengemop lantai dengan meja makan baru??? Ok sekarang TV masih belum ada lagi (saja bagitahu dengan harapan ada tauke kedai TV baca dan bersimpati lalu menghulurkan sumbangan TV tehehe..).

Dahlah, sebenarnya tak ada apa sangat nak update. Tapi terasa nak tulis sesuatu apabila menerima mesej ini.
Kawan sekolah rendah. Yang dah lama gila tak jumpa. Terima kasih, kerana pembaca seperti kaulah aku masih terus 'hidup' di alam maya ini :)



9 comments:

LyaEyz said...

kak una cerita la apa pun semua cukup rasa..ada sedih, kelakar, sempoi, superb!!

Afiq said...

dekat tv3 lagi la.. database = data bahasa.. sengal

Anonymous said...

kau tau...bila baca story ko ni rasa happy je. dan tambah lagi buat semua perempuan berangan-angan nak ada kisah cinta cam ko..nk ada suami yg suke buat bini die gelak.

Husna Hadzarami said...

eheh.. cepat gila komen :D

eyz:
mekasih dik :)


Afiq:
hahaha.. jauh gila database dengan data bahasa.
base = bahasa. sengal gila..


Cheq Tun:
tehehe.. thanks! ada gak yang nak baca :)

zella y said...

mmg best klu dpt bf or husband yg boleh bagi kita ketawa...lg2 yg suka wat lawak...mmg best..hilang stress sikit...hahahha

sj klik link "aku jatuh cinta dulu" sweet sgt wlupon zella dh prnah bc dh...msti gelak part hanis jatuh tu kah3.....

Husna Hadzarami said...

zella y:
hehe.. beliau memang bengang betul kalau ungkit pasal tu lagi. haha :))

norfaridahanum said...

selamat pengantin baru 2 u both..ala sori lambat wish..xpelah,still dlm mood honeymoon kan?kira acilah ye.=))

FAA said...

kak una, i keep on staring hadiah yang i nak bagi u. hahaha! damn la. lepas nih still bleh dating tak? rindu jugak.... T_____T

Husna Hadzarami said...

norfaridahanum:
thanks dik, takpe2 masih dalam mood honeymoon lagi. hehe, better late than never :P


f.a.r.a.h:
dah bila nak baginya?
last2 u yg pakai kang (konfiden dalam tu ada 'sesuatu' bercorak polka dot hahaha!).
dating boleh je, tapi kena buat appointment dulu la, i kan very busy woman B-)