Friday, October 29, 2010

I Don't Judge Myself By What Someone Says.. - Sydney Schanberg

Esok final bola sepak Kelantan lawan Negeri Sembilan. Piala Malaysia eh? Sha kata Piala FA 2010. Sorry aku tak tahu. Kurang ambil tahu kot. Entri ini bukan nak cakap pasal bola.

Kalau cakap pasal bola sepak melibatkan Kelantan, mesti keluar macam-macamlah benda yang tak best. Sebenarnya bukan pasal bola je, memang orang Kelantan ni selalunya dipandang serong masalahnya daripada kecil lagi sampai ke sekolah sampai masuk universiti memang ada je benda tak best yang didengar pasal orang Kelantan.

OK fine I am half-Kelantanese.

Cumanya, the last time kami sekeluarga balik Kelantan was like, 20 years ago? Mungkin sebab dah tak ada siapa sangat di sana. Bercakap bahasa Kelantan pun aku tak tahu, dan tak faham pun kadang-kadang. Baba sahaja yang faham. Tak banyak aku boleh ceritakan tentang pengalaman aku sebagai Kelantanese, cuma mungkin aku boleh berbangga bila ramai yang cakap orang Pasir Mas cantik-cantik comelote tehehehe..

Aku tak ada ramai kawan dari Kelantan, dengan orang Terengganu mungkin ramai. Being me, I'm not the type who judge someone based on majority. Mentang-mentanglah semua cakap orang Kelantan ni teruk, tiba-tiba aku yang tak ada hal dengan orang Kelantan pun sibuk nak cakap orang Kelantan ni teruk, bodohlah kau ni tak ada pendirian langsung!

Kakak ipar aku orang Kelantan. Anak saudara Tuan Guru Nik Aziz. Lembut sangat. Baik teramat. Seronok bila beliau ada. Keluarganya juga baik-baik belaka.

Orang cakap Kelantanese susah nak tinggal loghat/slangnya. Tapi Baba OK je. Kakak ipar juga OK sahaja. Kalau bercakap sesama kami tak terdengar langsung pun loghat Kelantan mereka. In fact tak dengar langsung gaya seolah-olah mereka nak control slang ke apa macam typical Kelantanese yang datang KL lepas tu malu nak berbahasa Kelantan. Cakap luar tapi tetap dengar macam control gila. Cuma ada beberapa perkara yang kami bahasakan mengikut bahasa Kelantan, contohnya,

Roti tempayan, kami sebut roti paye.
Gula nisan yang warna perang gelap itu (or mungkin kau panggil gula Melaka kot), kami sebut gula nise.

Kenapa entah, dari kecil sudah dibiasakan agaknya. Baba juga lancar berbahasa Inggeris dan juga membaca The Star setiap hari. Dan kami anak-anak Kelantan ni juga fasih berbahasa penjajah itu. So tiada istilah orang Kelantan buta English dan hanya membaca Harakah. OK Baba juga membaca Harakah kadangkala. In fact semua jenis suratkhabar ada di rumah itu, Baba kan suka membaca.

Kenapa nak nilai orang berdasarkan negeri? Orang Johor teruk, kuat sangat pegang pada adat sampai 'Biar Mati Anak Jangan Mati Adat', jangan kahwin dengan perempuan dari Negeri Sembilan nanti kalau cerai dia ambil semua harta, orang Melaka kuat mencarut.. Macam bagus-bagus je nak letak title pada orang yang datang dari negeri tertentu. Kalau dah perangai memang buruk, datang dari negeri mana pun memang akan buruk juga.

Memanglah wujud sesetengahnya yang jenis cultural shock masa di kampung pakai tudung litup segala bila sampai KL habis hilang semua tudung pakai seksi gila kalah orang KL, datang dari hulu kampung tapi boleh hafal nama segala mak nenek kelab malam aku yang duduk 25 tahun di sini pun tak tahu, tapi wujud juga orang KL yang buat perangai yang sama bila ke luar negara. Sama sahaja.

Jangan menilai sesuatu negeri itu dengan hanya berpandukan sifat sebahagian daripadanya. Hanya sebab sesetengah penyokong bolasepak Kelantan fanatik yang buat perangai macam tak ada otak, habis semua orang Kelantan dilibatkan. Jangan hanya sebab jiran kau orang Melaka suka maki-maki orang, kau sedap label orang Melaka memang kuat mencarut. Tak rasa ke wujudnya orang-orang Kelantan or Melaka or Johor whatsoever yang lebih baik daripada kau, yang tinggi amalannya berbanding kau? Haih..

Yang kau pun satu si Kelantanese, kalau dah pergi tempat orang tu jagalah tingkahlaku. Jangan hanya sebab kau seorang buat tahi, orang lain terpalit sama. Benci betul lah aku macam ni.

Mom always said, kalau seseorang itu ada 9 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah 1 kebaikannya itu. Dan jika diri kita ada 9 kebaikan dan 1 keburukan, pandanglah 1 keburukan diri sendiri itu. Just let God be The Judge of who goes to Heaven and Hell.



17 comments:

Arifah said...

You're rite my dear... kalau dengar diorang duk bincang2 pasal bola ke, ape2 je lah, ntah macam mana, tiba-tiba masuk bab "Orang Kelantan buruk perangai la, orang Kelantan memang macam tu, ini la, itu la.." saya cukup terasa. Saya kan PURE kelantanese. Nape entah mindset diorang macam tu. Benda yang tak elok aje yang nampak. Huhuhu...

Mmm...tak kisah lah, asalkan kita tak macam yang diorang dok cakap2 tu sudah la kan?

avid said...

i have an aunt who hates kelantaneses because one her son was killed by a kelantanese.

but that doesn't stop me from befriending with kelantaneses, in fact, i love 'em because they're hilarious and easy-going. i believe we have no right to judge people before we even know 'em.

Cik Akma said...

yaa setuju. org ckp tganu n kelantan ni berpuak2 laa. x bercmpur gaul sume. bila dah kenal baru tahu mcm mane kan. we don't have any right to judge ppl kan? :)

Fnd Rocka said...

Aku melihat org sebagai dirinya sndiri..bukan negeri.tpi sesetengahnya terlalu dibelenggu dgn persekitarn dan adat nasing2...assumptions yg org buat ni oun berdasarkan trend behavior dorg ye dak.cthnya kalau nak kata pyokong kelantan tak berdisplin..kita semak rekod team mana yg paling kerap kna saman sebab ganas..bukan ke kelantan?huhu.(esp bila kalah).cuma trend ni tak boleh dijadikan kayu pengukur 100peratus..kalau jd hal2 mahkhamah..benda2 taanggapan ni hanya dijadikan 'andaian'.

LyaEyz said...

bukan semua kelantanese jht..but agreed with you kak, minah kelate yg dok maghi merantau ni mudah sgt hilang diri, terikut rentak negeri lain yg dio g merantau tu..adk pun half kelantanese jugak..:)

Afiq said...

suka statement yang terakhir tu!

kalau seseorang itu ada 9 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah 1 kebaikannya itu. Dan jika diri kita ada 9 kebaikan dan 1 keburukan, pandanglah 1 keburukan diri sendiri itu

HANI IZWAN said...

babe, suka betol i baca entri berunsur nasihat dari u. keep it up ye.

p/s: nanti ur future child mesti best aje dengar u bagi nasihat.^_^

Poppycock said...

Alamak! aku kahwin dengan orang Kelantan rupanya. Patut la asyik bau budu kat dapur rumah. Keh keh keh.

Anonymous said...

pn husna makan budu ke..hahaha..kantoi...:-)

pape pn tepuk dada tnye la dri sendri..byk2 kn muhasabh dri...yg baik hnye dr allah n yg buruk dr dri kite sndri...

Husna Hadzarami said...

Arifah:
alahai. tu yang tak suka tu. nak cakap pasal penyokong bola cakap jelah pasal penyokong bola sekali. yang nak kait semua benda sekali kenapanya haih joyah betul lah diorang ni -_-".


avid gunner:
are you for real??? your aunt's son (maknanya cousin kau lah kan?) was murdered? that was terrible, and nasty. and i really feel sorry for your aunt. its unfair to judge all Kelantanese that way, but hmm.. kalau aku jadi dia pun entah-entah jadi macam tu. anak kot. *sigh*
but one thing i have to agree, Kelantan guys are hilarious :)


Cik Akma:
based on what I've experience, tak dinafikan memang wujud pun puak-puak tu. cuma taklah bermakna mereka menyombong dengan orang dari negeri lain. sesetengahnya OK saje :)


fndrocka:
yeah. aku tak justify kesalahan diorang pun. what wrong is wrong. aku cuma nak tegakkan, jangan sebab ada si bodoh buat hal kat stadium, semua orang Kelantan dianggap jahat. that's unfair.


eyz:
true. dah jumpa ramai dah. even worse than anak jati negeri lain tempat dia merantau tu. cultural shock. tapi ramai je pandai bawa diri, masih jaga adab tatasusila semua.


Afiq:
eheh mekasih. credit to Mama :)
sama-sama kita baiki diri eh.


BURDHANI:
sebenarnya tak layak pun nak nasihat sesiapa. cuma nak bagi pendapat saja. future child? mesti bosan dengar I asyik membebel hari-hari.. huhu..


Mr. Poppycock:
oh you're so funny darling -_-*
bilanya ada budu? tu rumah si Melah bini nombor dua Abang tu agaknya.


Anonymous:
apa masalahnya makan budu pun?
yes. sama-samalah kita muhasabah diri.

Anonymous said...

new follower. hello kak husna ;))

setuju dengan mentaliti yang suka sangat nak labeling orang tak tentu hala. in fact, i was in the ship too.. huhu~

tapi itu lah.. memang sebabkan sorang yang buat hal, habis semua terpalit.

kesian orang kelantan, but no offense, they need to be civilized jugak. football is a game, and in the game, there must be a winner and the big L. huhu~ sebabkan diorang tak boleh terima ke-loser-an dorang, that's why lah nak riot segala. macam bagus je.

dan orang selangor pun kalau tak lawan balik org kelantan, xjadi jugak kan? it takes two to tango, isn't it?

(oke panjang pulak comment sebagai follower baru. by the way, nice blog ;)) it was wanie-san & husna that always telling a lot about you.)

Radin Fadli said...

oh ore kelate ko?

Amal said...

Ermm. Aku pun ramai gak kawan budak Kelantan ni kak. Ada yang ok, memang totally ok. Tapi ada gak yang kalau jumpa geng Kelantan, dorang main tinggal je budak2 bukan Kelantan. Maksud aku, puak tu kuat sikit. Tapi sepanjang aku belajar dulu, tak ada pulak perangai bukan-bukan. Okay je semua.

And most of kawan kelantan aku lagi terer speaking dari aku.

Respek dengan dorang. hehe

hamzah ian said...

gua setuju sangat2 dengan entry ni

Anonymous said...

Kelantan mmg MAJORITINYA TERUK !!.. Kat ofis sy ni pun Kelantan berpuak-puak.. Bos kelantan jaga betul anak buah kelantan WALAUPUN ANAK BUAH BUAT DAJAL!!.. Anak buah dtg lewat hari2 buah bodoh je.. Dengan alasan kesian kt dia, org susah.. Kalu ko dah susah keje lar elok2. Ni tidak, mengharapkan org je.. Dah lar PEMALAS!!!

Anonymous said...

Kalu awak tak berani postkan komen sy berkenaan org kelantan tadi maksudnye awak ni berat sebelah.. Kenyataan @ pendapat kebanyakkan org sepatutnya di sebarkan pada semua orang.. Sy tak kata semua, TAPI MAJORITINYE MMG TERUK!!!

Husna Hadzarami said...

Anonymous:
OKAY OKAYY dah publish lah ni! duh -__-
well, I don't have anything to say.
you're entitled to your opinion as I am to mine.
as we have different experiences with those people, I'm not gonna force you to agree with me, and so do you.
fair enough.