Tuesday, October 19, 2010

How Polite Are We?

Courtesy. Macam mana kasar pun aku, courtesy adalah sesuatu yang aku sangat titik beratkan di dalam menilai seseorang. Courtesy adalah sesuatu yang aku lihat agak lack di negara ini. Cakap 'negara ini' macamkan pernah merantau negara lain. But seriously, aku tak cakap kosong tanpa fakta tau. Tahun 2006 dulu Kuala Lumpur pernah mendapat tempat ketiga terakhir dalam World of Courtesy based on survey done by Reader's Digest. Tahun 2006, empat tahun dahulu. Adakah kini sudah berubah, atau masih di takuk lama? (kenapa perlu nada macam pengacara Aduan Rakyat ke apa entah). Kebetulan survey ini dibuat di ibu negara untuk setiap negara, so Kuala Lumpur lah yang mendapat nama busuk. Orang Johor Selangor Kedah Pahang Kelantan OMG penat pula nak listkan semua negeri, adakah ini bermakna kau lebih courteous berbanding orang Kuala Lumpur?

Bila kau buka pintu untuk masuk ke pejabat/shopping complex/kedai dan sebagainya, adakah kau terus masuk membiarkan pintu itu tertutup tanpa menghiraukan orang belakang atau kau tahan pintu itu terbuka untuk memberi laluan kepada orang belakang kau turut sama masuk, walaupun kau tak kenal pun dia?

Kau sedang berjalan dalam keadaan tergesa-gesa ke suatu tempat, kau nampak seseorang yang sedang carry banyak benda terjatuh bersama-sama barang bawaannya. Adakah kau yang sedang mengejar masa tu akan berhenti untuk membantu dalam pada semua orang buat bodoh je membiarkan si jatuh tadi terkial-kial mengutip barang-barang?

Dalam bas, tren, LRT dan sebagainya, kau yang letih bekerja dan penat berdiri menunggu bas akhirnya dapat naik. Kebetulan ada satu seat kosong. Nampak pakcik tua terketar-ketar naik tangga ataupun ibu mengandung yang jalan perlahan-lahan ataupun kanak-kanak. Kau memang penat gila. Adakah kau akan give away your seat tanpa memikirkan penat letih kau sendiri dengan beranggapan golongan kurang upaya itu lebih wajar diberi tempat duduk?

Kau, seorang cashier yang baru sahaja lepas bergaduh dengan boyfriend, then kena marah pula dengan boss, gaji pula tak dapat lagi. Datang seorang customer beli barang berharga RM2.25, tapi bagi duit besar RM50 lepas tu tanya macam-macam mana kenapa gula dah habis dan sebagainya, adakah kau boleh membalas segala pertanyaan dengan senyuman, dan memulangkan wang baki juga dengan senyuman?

Adakah kau jenis mudah mengucapkan Terima Kasih, Excuse Me, Please/Tolong dan Maaf?

Kalau jawapan kau YA/YES untuk semua pertanyaan di atas, bermakna kau memang memiliki courtesy yang tinggi dan aku salute betul sama kau tahap kalau ada anak memang aku nak jadikan kau menantu. Kalau tidak, forget it. You're just a bunch of rude people jenis nampak orang jatuh depan kau bukan nak tolong malah siap langkah lagi badan dia sdrkkwhr#&@ kuang aja gila kalau nampak depan mata aku rasa nak terajang oh.

P/S: Well tak dinafikan, dunia yang makin jahat membuatkan orang ramai semakin takut untuk menunjukkan courtesy. Nak tolong pemandu yang berhenti kereta rosak kat tepi jalan pun dah takut, takut itu cuma taktik penyamun. Haih.



4 comments:

cikmemy said...

memang zaman sekarang ni susah nak tolong orang kak una...macam haritu kat airport, ade sorang uncle nak tumpang barang dorang kat group kitorang..3kg jek kot, tapi memang x berani, buatnye dia tumpang barang bukan2, sape yg kene, kite jugak...

hmm...nak jadik org baik pon susah sekarang ni kan..hmmm...

Husna Hadzarami said...

cikmemy:
eh kalau stranger nak tumpang barang kat airport better jangan bagi. sebab banyak sangat kes involve drug start dengan benda2 tumpang barang ni la, yang jadi mangsa biasanya perempuan.

tapi kalau pakcik tu memang betul2 memerlukan and takde niat jahat, kesian dia kan. betul, nak jadi orang baik pun susah sekarang..

ckindollah said...

nice nice nice entry...

kadang2 kite jdi selfish sbb takut jdik ape2 kan..
bab2 simple2 like kasik org kurang keupayaan duk dlm train tue biase lah...
sometime me mmg agak2 paranoid ngan keadaan sekeliling.. kite xleh jangke =)

just be safe.. and tcare.. moge Allah melindungi kite semua... hikhik <3

Husna Hadzarami said...

disebabkan orang2 jahat ni, orang dah jadi paranoid nak berbuat baik kan? nak buat macam mana, semua pun mestilah nak jaga keselamatan sendiri jugak.. haih..

thanks ckin :)