Friday, October 8, 2010

Belajar pulang ke pangkal jalan.

(Aku bertekad untuk menjaga percakapan mulai sekarang. Suami marah bermulut laser, so entri hari ini perkataan shit-damn-wadefak segala aku tukarkan kepada perkataan 'bucuk' untuk kedengaran lebih manja dan mesra telinga justeru tidak lagi dileter Suami).

Pagi-pagi SMS Encik Suami.

Awak dah otw balik ke?

Kat Johor lagi. Petang karang baru balik.

Balik mana?

Puchong lah. Mana lagi.

Terasa bodoh seketika. Tanya 'balik mana' macamkan dia ada isteri lain. Sebenarnya aku ingat nak suruh Suami balik rumah Mama ambil aku dan kami akan racing dua kereta balik Puchong, sebab aku kan tak tahu jalan pulang. Itulah kau, lain kali masa dia drive balik kau tidur lah lagi sampai lebam. Sekarang baru terkial-kial nak balik sendiri. Bucuk gila.

Kita tak tahu jalan balik Puchong sebenarnya..

Takpe, slow-slow la sayang. Ikut je signboard ke Puchong.

OK, should be easy. Ikut je signboard. Nekad mencari jalan sendiri. Aku kan si Kancil Turbo (gelaran yang diberi Suami disebabkan perangaiku yang suka bertukar-tukar lane menyelit sana sini ketika memandu membuatkan pemandu lain hon beria-ia macamkan aku dah langgar kereta kau. Bucuk betul).

So aku memandu penuh yakin. Tak tahu jalan ke Puchong tapi memandu di lane paling kanan laju gila macamkan terel sangat. Terel tu. Ejaan macam bucuk.

Tengah laju di lane kanan tiba-tiba ternampak simpang masuk ke Puchong di lane paling kiri.

"Ahhh, bucuk! Bucuk! Tadi taknak ada signboard Puchong, tengah laju ni baru nak ada!"

Cuba bagi signal ke kiri tapi kereta semua tengah laju, tak sempat. Bucuk betul lah!

Entah di mana sekarang, tak familiar langsung jalan.

Masuk tol Kajang. RM1.80.

Masuk tol kedua. Tol LDP. RM1.60

Akhirnya sampai juga Puchong. Bucuk. Rugi aku RM1.80.

Amazingly, walaupun tersesat entah ke mana sampai ke Putrajaya bagai, tapi aku hanya ambil masa sejam sahaja untuk sampai ke Puchong. Mungkin jalan yang aku lalu tu jalan jauh, tapi tidak sesak. Fikirku macam bagus-bagus.

Sampai Puchong, tak jumpa jalan ke rumah pula. Bucuk gila rasa masa tu. SMS Suami, in case dia belum sampai rumah nak suruh dia ambil aku di Giant ke apa, pathetic sungguh rasa terpaksa menjatuhkan ego tanya Suami, baru ingat nak tunjuk terel tahu jalan balik tanpa bertanya apa-apa. Lagipun malas nak SMS Suami sangat, konon tak mahu ganggu dia memandu jauh dari Johor itu.

Awak, kita dah sampai Puchong tapi tak jumpa rumah la..
Awak ikut je jalan ke Putrajaya. Awak boleh familiar kot kawasan rumah kita.
Adakah terpaksa patah balik ke Putrajaya semula? Suami ni nak mempermainkan perasaan aku ke apa? Sebagai isteri yang taat aku menurut sahaja, dan terus U-turn apabila ternampak sign Putrajaya. Baru U-turn 500 meter dah nampak kawasan yang familiar. Yeay!

Tiba-tiba terfikir untuk masak sesuatu yang best sikit untuk suami bukan sekadar sambal telur dan ikan bilis atau sup sayur ah diamlah kau, sedap je kutuk aku tak pandai masak *tiba-tiba marah*. Konon nak buat surprise Suami balik dari outstation. Singgah sebentar di pasar mini sambil SMS tanya Suami jauh lagi ke, dah makan ke belum.

Suami balas,

Abang kat rumah ni, tengah tidur..

T__T

Punyalah aku ingat dia tengah drive tadi, rupanya dah sedap-sedap tidur di rumah. Tak jadi nak buat surprise. Patut suruh je dia ambil kat Giant tadi.. Nasib baik ada tambahan ayat,

Awak tak payah masak la hari ini, kita makan kat luar. Awak rehat je.

Terus sayang Abang. Eh tertaip 'Abang' pula. Gedik macam bucuk lah kau ni :D



7 comments:

zella y said...

hrtu gi umah member kat puchong..adoyai...jalan bersimpang siur..pening kepala nk cr umah member tu heheh...

tp hrtu gi puchong,mcm best plak dok sana...byk kemudahan ada kat area tu....xyah susah2 nk kluar jauh2...

Nor atau Nad said...

ahahaha
at last en hanis yg buat surprise kat akk
u nak kene ada peta lahh satu simpan
nnti tak sesat dah =)

Anonymous said...

Kahkahkah. Bucuk betol ah kau husna!

Bucuk! Bucuukk! Okay please tukar.

Lovely Bella said...

erk.. mcm ku kenal.. tp di mane yerk? :)

Husna Hadzarami said...

zella y:
Puchong memang kalau first time datang pening sikit, sebab ada banyak taman perumahan dalam tu. aah sekarang dah complete semua, banyak kemudahan, cuma public transport sampai ke rumah je x banyak sangat..


nor:
eheh. surprise eh?
dulu dalam handphone akak ada Garmin GPS, hari tu format terus hilang semua, sampai sekarang tak re-install lagi. tu yang kelam kabut sikit nak ke mana2 sekarang haih -_-"


shakinah:
haha bodo la kau.
macam bucuk.
haha.


Lovely Bella:
ehem ehem.. tu la, macam kenal je kan?
tumbuk nak? :D

avid said...

hahaha...bnyk gila cursing! tp berbau kecomelan..

Husna Hadzarami said...

avid gunner:
tehehe.. now you know :P