Esok final bola sepak Kelantan lawan Negeri Sembilan. Piala Malaysia eh? Sha kata Piala FA 2010. Sorry aku tak tahu. Kurang ambil tahu kot. Entri ini bukan nak cakap pasal bola.
Kalau cakap pasal bola sepak melibatkan Kelantan, mesti keluar macam-macamlah benda yang tak best. Sebenarnya bukan pasal bola je, memang orang Kelantan ni selalunya dipandang serong masalahnya daripada kecil lagi sampai ke sekolah sampai masuk universiti memang ada je benda tak best yang didengar pasal orang Kelantan.
OK fine I am half-Kelantanese.
Cumanya, the last time kami sekeluarga balik Kelantan was like, 20 years ago? Mungkin sebab dah tak ada siapa sangat di sana. Bercakap bahasa Kelantan pun aku tak tahu, dan tak faham pun kadang-kadang. Baba sahaja yang faham. Tak banyak aku boleh ceritakan tentang pengalaman aku sebagai Kelantanese, cuma mungkin aku boleh berbangga bila ramai yang cakap orang Pasir Mas cantik-cantik comelote tehehehe..
Aku tak ada ramai kawan dari Kelantan, dengan orang Terengganu mungkin ramai. Being me, I'm not the type who judge someone based on majority. Mentang-mentanglah semua cakap orang Kelantan ni teruk, tiba-tiba aku yang tak ada hal dengan orang Kelantan pun sibuk nak cakap orang Kelantan ni teruk, bodohlah kau ni tak ada pendirian langsung!
Kakak ipar aku orang Kelantan. Anak saudara Tuan Guru Nik Aziz. Lembut sangat. Baik teramat. Seronok bila beliau ada. Keluarganya juga baik-baik belaka.
Orang cakap Kelantanese susah nak tinggal loghat/slangnya. Tapi Baba OK je. Kakak ipar juga OK sahaja. Kalau bercakap sesama kami tak terdengar langsung pun loghat Kelantan mereka. In fact tak dengar langsung gaya seolah-olah mereka nak control slang ke apa macam typical Kelantanese yang datang KL lepas tu malu nak berbahasa Kelantan. Cakap luar tapi tetap dengar macam control gila. Cuma ada beberapa perkara yang kami bahasakan mengikut bahasa Kelantan, contohnya,
Roti tempayan, kami sebut roti paye.
Gula nisan yang warna perang gelap itu (or mungkin kau panggil gula Melaka kot), kami sebut gula nise.
Kenapa entah, dari kecil sudah dibiasakan agaknya. Baba juga lancar berbahasa Inggeris dan juga membaca The Star setiap hari. Dan kami anak-anak Kelantan ni juga fasih berbahasa penjajah itu. So tiada istilah orang Kelantan buta English dan hanya membaca Harakah. OK Baba juga membaca Harakah kadangkala. In fact semua jenis suratkhabar ada di rumah itu, Baba kan suka membaca.
Kenapa nak nilai orang berdasarkan negeri? Orang Johor teruk, kuat sangat pegang pada adat sampai 'Biar Mati Anak Jangan Mati Adat', jangan kahwin dengan perempuan dari Negeri Sembilan nanti kalau cerai dia ambil semua harta, orang Melaka kuat mencarut.. Macam bagus-bagus je nak letak title pada orang yang datang dari negeri tertentu. Kalau dah perangai memang buruk, datang dari negeri mana pun memang akan buruk juga.
Memanglah wujud sesetengahnya yang jenis cultural shock masa di kampung pakai tudung litup segala bila sampai KL habis hilang semua tudung pakai seksi gila kalah orang KL, datang dari hulu kampung tapi boleh hafal nama segala mak nenek kelab malam aku yang duduk 25 tahun di sini pun tak tahu, tapi wujud juga orang KL yang buat perangai yang sama bila ke luar negara. Sama sahaja.
Jangan menilai sesuatu negeri itu dengan hanya berpandukan sifat sebahagian daripadanya. Hanya sebab sesetengah penyokong bolasepak Kelantan fanatik yang buat perangai macam tak ada otak, habis semua orang Kelantan dilibatkan. Jangan hanya sebab jiran kau orang Melaka suka maki-maki orang, kau sedap label orang Melaka memang kuat mencarut. Tak rasa ke wujudnya orang-orang Kelantan or Melaka or Johor whatsoever yang lebih baik daripada kau, yang tinggi amalannya berbanding kau? Haih..
Yang kau pun satu si Kelantanese, kalau dah pergi tempat orang tu jagalah tingkahlaku. Jangan hanya sebab kau seorang buat tahi, orang lain terpalit sama. Benci betul lah aku macam ni.
Mom always said, kalau seseorang itu ada 9 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah 1 kebaikannya itu. Dan jika diri kita ada 9 kebaikan dan 1 keburukan, pandanglah 1 keburukan diri sendiri itu. Just let God be The Judge of who goes to Heaven and Hell.