Wednesday, September 1, 2010

Wake me up when September ends

Entry pertama di September pertama.
Bulan terakhir sebagai si bujang.
Bulan di mana akan bermulanya satu lembaran baru.

Kad jemputan masih belum diedar sepenuhnya, masa yang terhad membataskan banyak perkara. So disebabkan kesuntukan masa, nak taknak this weekend kena setelkan edar semua. Dah call beberapa rakan untuk minta tolong jadi posmen, sebab sangat sangat tak cukup masa nak berjumpa kumpulkan semua orang dan bagi sendiri. Kepada posmen tak rasmi yang sudi membantu tu, thanks a million. You know how much it means to me.

My mood is better than before, tapi masih lagi belum lega sepenuhnya disebabkan Hanis masih belum recover. Ada 2-3 problems lagi here and there, tapi insyaAllah masih boleh handle lagi.

Last week beli inai di Masjid India, inai dalam tiub seperti yang dicadangkan oleh cik manis Scweet Mafis. Tapi I tak beli yang RM5 tu tau, I beli yang RM2 di kedai India dekat area situ. Di kedai itu juga I beli Lotion Patchouly sebagai pewangi bunga rampai/potpouri seperti yang dicadangkan oleh Nurulhuda di blognya, tapi bila dah beli dan bau kenapa terasa macam nak pengsan sebab kuat sangat bau kaf lam ya nga?? Even Mama pun tak suka bau itu. Ke kena gaul dengan daun pandan dan bunga bungaan bagai baru naik bau sebenar?? Eh entahlah. No offense ya Nurulhuda, mungkin kami yang tak berapa serasi dengan bau seperti itu. Last last ikut cadangan Kakna, guna aromaterapi lavender sebagai pewangi bilik pengantin. Kakna sampai call Aster Springs Wangsa Maju untuk tanya apa jenis pewangi yang digunakan di spa itu. Tak tahulah finalnya pakai yang macam mana nanti.

Anyway berbalik kepada cerita inai tadi. Aku beli dua tiub, and nak try dulu tengok cantik ke tak. Nak try pada siapa? Tak perlu cari cari, sebab ada dua budak perempuan dah volunteer dah nak pakai heh heh.
Alaina Izzahdurra a.k.a Aina. Dia memang dah lama nak ada kuku kaler kaler. Baru ni dia suruh Mama belikan pengilat kuku tu, end up Mama yang terlebih sayang cucu pakaikan lipgloss Elianto Oyah ke kuku dia. Haha. Eh Oyah boleh baca ke ni??
Arissa Ilhamzahra a.k.a Asha. Posing habis cun.
Abang Sepul baru balik dari Dubai belikan abaya for all the girls. Aku pun dapat satu, sempat pilih yang paling cantik sebab Oyah kat hostel heh heh. Semangat Mama pakaikan kat cucu cucu terus.

Baru baru ini Asha cuba pakai aku punya tiara/crown/whatever the name is, then aku cakap,

"Asha nak pakai ni kena la kahwin dulu.."

Tiba tiba Aina tanya,

"Antina nak kahwin ke?"

Aku jawablah,

"Mestilah."

"Dengan boffen Antina ke?" tanya Aina lagi dengan muka penuh tanda tanya.

*Boffen = boyfriend

"Mestilah Antina kahwin dengan boffen Antina. Takkan dengan Zainal pulak"

*Zainal = kawan Ikhsan (my first nephew) yang selalu digosipkan dengan Aina.

"Boleh tak.. Aina nak kahwin jugak..." Terus dia tersipu sipu di sebalik langsir.


Duhh.. Entah ikut perangai siapa gatal gelenyar ni. Perangai Oyah agaknya (cepat cepat sebut nama orang lain). Banyak pula sebut nama Oyah dalam entri ini, anggap jelah aku rindu kau ye :D Walaupun semalam baru hantar kau balik hostel dan Jumaat ini kau dah ada di rumah semula -__-"



7 comments:

Anonymous said...

bulan di mana anis akan dapat hadiah besday dia hari tuh kan Una?

[Kad jemputan masih belum diedar sepenuhnya]
ok, yang nih dah jawab soalan yang aku nak tanya hang sebenarnya; so pelahan2ya.
*aku ada jer alasan nak pi KJ jer kan?*

dan dua model hang ni memang model habis la.
sure gedik tuh ikut anti (ker aunt? mana2lah) dia yang paling rapat dan paling banyak mengisi masa hidup dia kan Oyah.

oh, oyah terkeluar lagi dalam entri nih.
eh komen nih; eh apa2jer lah.

dah la.
pening dah hang.

p/s: anis, cepet-cepet la sembuh ya. semoga Allah berkati kalian. Ameen

Wanie-san said...

hehehehe comel la budak2 tu...
ikot perangai kak husna la yg gedik2 tu..hehehe

avid said...

psychologically speaking ko dah hipnosis budak tu dalam sub-conscious level suruh dia kawin. so ko x boleh blame dia tibe2 nak kawin. hahaha...

Husna Hadzarami said...

pesal aku jugak yang kena???
grrr >:(

FAA said...

i taknak blame u lah. i rasa aina memang ada intention nak kawen dgn sendiri nya. maybe lepas tengok u tengah ready nak kawen semua. (ehhh macam refer kat u jugak. hahaa!)

east said...

dua budak itu sgt chomey pki abaya :)
dah try ke ur inai? hopefully it turns out beautiful & red okeh.
Idea utk try test kt anak buah mmg sgt bagus. diaorg pun mesti suka giler kan hehe

p/s eh husna, everytime i nak masuk blog u mesti ada keluar melware detect tuh. nape eh?

Husna Hadzarami said...

scweet mafis:
hehe balik ni nak try la kat budak budak tu.
semalam tak sempat lak.
eh apa benda eh malware detect tu?
tak sure lak.

ke kawan kawan yang lain pun detect sekali ni?
tak tau la yang.
sebab tak pernah pula ada apa apa..
thanks bagitahu k..