Friday, September 24, 2010

Setelah seminggu..

Oh. Hampir seminggu tak update blog, sangat rare untuk blog-addict macam aku. Dah jumpa perkara lagi best, apa barang nak menghadap blog lagi. Heh heh *senyum gatal annoying gila*

Kami dah pindah ke rumah sendiri. Rumah kecil sahaja tapi sangat membahagiakan apabila tinggal berdua dengan suami yang rajin menyapu dan mengemop lantai (jawatan yang aku pegang selama 25 tahun di rumah Mama, eh adakah nak cakap sejak bayi dah disuruh menyapu??). Rumah belum ada perabot sangat terutama di ruang tamu kosong sahaja kecuali iron board dan lampu sudut IKEA hadiah daripada Abang Zack yang batang lampu dia bagi masa majlis aku dan mentolnya diberi masa majlis Encik Hanis sungguh intelligent strategi beliau. Malam ni gas dan dapur akan siap alamak kena start memasak la!, esok peti sejuk sampai.. Sikit sikit la beli. Hadiah pemberian rakan rakan juga sudah di unwrapped dan sebahagian besarnya sudahpun digunakan seperti microwave oven pemberian rakan-rakan suami yang cool gila membuatkan aku melompat lompat sebaik sahaja hadiah itu dibuka sebab sudah 25 tahun menginginkan microwave oven (adakah nak cakap semenjak bayi sudah pandai sebut microwave??) so bila dapat microwave malam tu beli KFC sengaja buat buat tak ada selera makan supaya boleh simpan sampai esok dan boleh dipanaskan menggunakan microwave oven OK you sound very kampung now please stop it.

Gambar belum dapat lagi. Hari ini Lan Hebat (sengaja cakap hebat supaya rasa bersemangat nak edit cepat cepat dan upload semuanya hari ini juga hehe) baru bagi 2 gambar teaser.

Posing ala majalah Pengantin yang menampakkan diriku seperti kurus tinggi padahal hakikatnya gemok pendek T__T

Ehem ehem. Hensem laki aku :D

Kedua dua di atas adalah gambar majlis di pihak perempuan dan pihak lelaki. Now tengah tunggu gambar nikah. Antara nikah, bersanding, dan bertandang, aku paling suka majlis nikah. Sebab pakai baju sendiri kan. Encik Hanis pun suka majlis nikah, sebab baju juga, serius bila pakai baju sendiri instead of baju sewa rasa lebih berkeyakinan dan lebih 'kemas'. Entah apa apa aku cakap macamkan pakar fesyen but you got the idea right? Dan majlis nikah juga adalah yang paling terindah. Where I see my husband as the most handsome guy in the world :D
Mekap di majlis nikah juga adalah yang paling disukai antara ketiga-tiganya, dan paling tak cantik adalah mekap di majlis bertandang. Betapa tak cantiknya mekap itu sampaikan Baba pun perasan, siap compare lagi cakap mekap di majlis sanding lebih cantik. OK mungkin biasa sahaja orang komplen, tapi bila Baba yang komplen.. Baba OK? The last person I expected to say anything about my make up. Haha. Comel je Baba ni.. Mekap majlis bertandang tu dari butik yang menyediakan baju bertandang, manakala mekap untuk dua majlis sebelum itu adalah dari Emma Pesona. Highly recommended.

Eh dah dah. Sebenarnya sekarang ini di rumah mertua, datang ambil tools untuk pasang gas cabinet. Rumah sendiri belum pasang internet. Terasa seperti tinggal di zaman paleolitik pula hidup tanpa internet. Eh kes Sosilawati tu macam mana? Dah kena gantung ke pembunuh tu? See? Apa perkembangan pun tak tahu *macamlah tak boleh beli suratkhabar*.

Nanti update lagi, dengan lebih banyak gambar gelimat goliden sampai kau rasa menyesal buka blog aku. Haha. Standard la, gambar kahwin! :P



10 comments:

Unknown said...

~ chantek la una..!!!
~ ske tgk gambo yg 1st tuh..!
~ selamat pengantin baru ye..!!
~ dan selamat hari raya..!!

Sha Syalizz said...

kau buat orang rasa nak kawen cepat la bro!

Anonymous said...

kirenya, kalau aku nak tengok full album kena pi rumah korang dekat Puchong ker? aiseh...letih la, kang hang tuntut hadiah kawin kan susah.

FAA said...

sangat cantik gambar2 nih. well, i must say make up kat majlis u tuh kak una sangat cantik okay! suke gile tengok u mase tuh. memang kire u la princess of the day. :)

Arifah said...

Hahahah! Comel je kamu ni...eh, cantik je lah baju nikah Una tu..sangat suka..yang dok stress2 aritu pasepa? hehhe...

selamat masak untuk encik suami... :)

avid said...

wow..stunning pose gamba 1st tu..kalau ko x bgtau aku dah expect ko 175cm dah...

Hanadihaz said...

Artistik gambar hari bersanding tu. Langsir aku yg tak berape cantik pun nampak gojes. Tapi Lan takde teknik mengecilkan sikit punggung kau ke?

Anonymous said...

cantik gambaran. =)
yg atas sekali mmg tinggi.

Adeqq said...

Salam.

Oke, first time comment walaupun dah selalu masuk this blog. Actually, AJ yang recommend this blog. So, since masuk, mmg da suke bace ur style of writing.

Congratulations on ur wedding sis! cantekk~

Husna Hadzarami said...

~ orochi ~:
thanks narissa.
selamat hari raya too :)


Sha Syalizz:
haha. sha dah tak lama dah.
nanti boleh rasa :D


AJ Nismihan:
betul. nak tengok full album sila datang rumah (kalau dah ada album nanti lah)
dan jangan lupa bawa hadiah kahwin.
kebetulan rumah aku tak ada TV lagi.
thanks ye AJ, susah susah je kau ni :D


f.a.r.a.h:
hehe melambung lambung sangat kot pujiannya.
make up work wonders right?
cover la jugak muka kusam sembap i ni..


Arifah:
hehe. itulah, bising beria pasal baju nikah, end up nampak OK je kot. biasalah, stress manjang.
ehem, kena tuntut ilmu memasak dari Pah ni :D


avid gunner:
ala menyesal bagitahu.
kalau tak mesti kau ingat aku tinggi persis model kan. alaa~~~


noorulhana:
aah, cantik dia edit.
ala masih nampak besar lagi ke punggung???
rasanya Lan dah edit kecilkan sikit tu kot. tssk..


jij Abdul Hamid:
thanks jij. hee. memang tinggi :p


Adeqq:
hai, thanks for visiting.
AJ recommend??? AJ?? yang selalu cari gaduh tu???
(nada penuh drama poyo gila heh heh)
thanks anyway k :)