Monday, September 27, 2010

10 Points of Random Update

Macam bagus bagus je title. OK ini adalah update yang mana jari aku menaip lebih pantas dari otak aku berfikir. So sebarang typo or kalau ada ayat poyo ke apa harap dimaafkan.
  1. Hari pertama ke pejabat sebagai suami isteri dimulakan dengan bangun lambat and aku kelam kabut iron baju kami berdua, basuh pinggan semalam, prepare breakfast, tegangkan cadar katil, mekap dalam kereta, suap Hanis yang tengah memandu sebab tak sempat nak breakfast kat rumah (perlu ke bagitahu adegan ini kepada umum??), jalan dari Puchong ke Pudu jem macam haram, dan aku tertidur (qada' tidur sebab kena bangun lagi awal dari Encik Hanis) sampai dah depan office baru sedar. Heaven betul tak payah drive dah pergi kerja :D

  2. Gambar dari OP belum dapat lagi ye sayang sayang sekelian. Mana Lan hebat ni? Ramai pula yang asyik bertanya T__T

  3. Berat badan kini 53 kg. Turun 3 kg kot. Ke sebab duduk rumah tingkat 4 so badan jadi lebih ringan seperti teori ketika duduk di rumah sewa tingkat 4 zaman belajar dulu?

  4. Kali pertama memasak untuk suami dipuji melambung. Kembang hati. Tapi orang office cakap, "Ala awal awal kahwin kentot pun bau wangi.." Betul ke.. Mungkin Encik Hanis hanya mengambil hati. *sob sob* :(

  5. Atas polisi syarikat, Encik Hanis diminta berpindah ke department lain. Suami isteri mana boleh duduk satu department, conflict of interest nanti. Tapi tak jauh pun, dia tingkat 2 aku tingkat 4, pintu masuk juga berlainan. Tapi takpe. OK apa macam ni, absence makes the heart grow fonder :D

  6. Hidup sebagai isteri sangat best. Tak tahu nak describe macam mana :)

  7. Majlis perkahwinan yang berlangsung selama 3 hari berturut turut minggu lalu benar benar membuka mata aku tentang banyak perkara, tentang erti persahabatan, erti hubungan kekeluargaan, dan pelbagai lagi. Serius rasa 'tersedar' sangat.

  8. Ada banyak lebihan polisterin dan bunga-bungaan yang tidak digunakan (sepatutnya digunakan untuk buat hantaran dan perhiasan lain). Ada sesiapa hendak tak? Nanti aku upload tunjuk apa yang aku ada. In case boleh membantu bakal pengantin yang lain.

  9. Aku ada pesaing hebat yang lebih mantap untuk merebut cinta Encik Hanis --> ASHA. Dia ingat Uncle Hanis tu boyfriend dia laaaa. Tsssk. Kalah la aku macam ni T__T

  10. Walaupun banyak gila drama pasal baju nikah dan entah berapa kali aku perlu diyakinkan oleh Mama dan kawan kawan yang lain, sampai timbul banyak gila konflik dengan tailor bagai, tapi end up rupanya baju tu yang aku paling gemari antara ketiga-tiga majlis. Heh. Betul la. Mother knows best :)
Ni je gambar paling close up yang aku jumpa showing my solemnization dress. Ke kurung moden eh. Aku pun tak tahu apa jenis baju ini. Gabungan kurung moden dengan kebaya kot. Ekor baju tu labuh ke belakang sebenarnya tapi tak nampak dalam gambar ini. Fesyen hentamsajalahlabu hasil mix & match dari pelbagai majalah Pengantin. Biasa biasa sahaja, tapi aku suka. Sebab banyak drama yang berlaku dalam penghasilan baju ini kot. Heh dasar Drama Queen :P
Gambar dicuri dari Facebook page my cousin-in-law, Shamim Shukor.


Bersama adik-adik ipar tersayang. Glad to be your big sister dearest :')
Credit photo: Shamim Shukor lagi.
Upacara menyarung cincin. Nasib baik tak obvious sangat inai di jari yang buruk gila. Nanti aku cerita pasal inai ini. Banyak kali aku ulang pada photographer team supaya jangan close up pada jari. Siap suruh photoshop lagi kalau ternampak inai buruk itu T__T

Kredit gambar: My bestfriend, Nana.


9 comments:

amChomel said...

hye..juz blogwalking..i search psl wedding photobooth...so nak tny, ur wedding jadik ke wat pelamin or photobooth?sbb i pon plan nak wat photobooth since i xbersanding jugak. thanx!!

Hanadihaz said...

Firstly tahniah sebab berjaya memasak semasa awal bulanmadu. Nanti next time kalau Hanis teringin lauk tu, dia akan cakap, "masak la macam lauk honeymoon tu". Actually bila pikir balik, dia pun boleh cakap "jgn masak mcm lauk honeymoon dulu tau!" Whatever it is, bottomline; the way to anybody's heart is through their stomach. Tak kira la, lelaki ke, perempuan ke, kucing ke.

Secondly; eh! Una kena bangun awal gosok baju and buat breakfast?? Ini memang perkembangan yang tak di duga. Bagusla sebab kakna pun jarang prepare breakfast on weekdays sebab asyik bangun lambat sebab asyik tidor lambat. Gosokla baju during weekends sebab boleh dibuat awal (breakfast tak boleh dibuat a week in advance1) so that boleh bangun lambat sikit. Itu cadangan je. Bangun awal mmg bagus.

Thirdly, Asha tu hmpph...no comment. I'm anticipating an earlier son-in-law from her rather than from her elder sister; seeing from her mode of action.

Fourthly, CEPAT la siapkan wedding photos! Tak sabar nak tengok!! (Macam anak aku yg kawin pulak)

Husna Hadzarami said...

amChomel:
hai. thanks for drop by. anyway i tak buat pun photobooth tu sebab the moment i got the idea, i've already booked my pelamin. so 1 of my friend suggested to use the pelamin as the backgroud so nampak macam photobooth la. asalnya i ingat nak tambah props ke apa tapi tak buat pun. so cut it short, i x buat la photobooth tu. dan pelamin i tu memang background utk bergambar :) good luck!


hanahadzrami:
huhu kenapa rasa macam nak touching dengan komen ni.. tssk. asalnya nak iron baju malam tadi, tapi penat gila tertidur lak dah. ingat nak tidur kejap je pastu bangun balik tapi takde maknanya lah. heh. lepas ni xnak la iron baju pagi2, terkejar2 nanti.
haha Asha tu.. tak boleh lupa dia semalam. geram je rasa nak gigit pipi.. grrr..
wedding photos tu insyaAllah this week boleh dapat kot. kena urge Lan ni, dia tengah demam rasanya tu. dikna pun dah tak sabar ni. heh.

.: Si BungaKopi : . said...

kagum aku tgok makeup. tak over..inilah yg aku cari. huhu.bajet nak kawin jugak.adik incik hanis yg kiri tu mmg potostet muka dia la.

HANI IZWAN said...

chantek okay ur baju nikah..veil pon suka sgt. so in love with both of them (-.-").

radin fadli said...

na sangat cantik =).Uploadkan banyak2 sebab nak tengok.Seronoklah lepas ni ke kerja boleh tidur di dalam kereta.romantik giler suap dalam kereta, jgn lupa tiup kalau panas iyerp .=p

Didi said...

canteknya kak husna :) semoga berbahagia selalu..

zella y said...

cantik la baju tu....
lain dr yg lain...
mmg sweet.... warna pon cantik...
i like! ;)

FAA said...

ahhh, i tak tau kenapa. tapi i SANGAT SUKE BACA LIFE YOU LEPAS KAHWIN. HAHAHA. mesti betul2 a whole new life dengan orang yang kite syg kan kak una kan? ish.