Tuesday, August 3, 2010

Why we tend to hurt the most, people we love the most?

Sebaik sahaja kereta berhenti, belum sempat enjin dimatikan aku terus keluar hempas pintu dan berjalan terus di tempat yang penuh dengan pelancong asing itu. Air mata mula meluncur laju. Kakiku melangkah pantas entah ke mana. Langsung tidak kutoleh belakang.

Dua tiga pemandu teksi yang beratur di pinggir jalan menyapa.

"Dik nak pergi mana? Meh abang hantar."

Aku dalam kekecewaan, tapi bukan dalam kebodohan untuk naik teksi sebarangan apatah lagi dengan pemandu yang berwajah kemiangan.

Nampak stesen monorel.

Pantas aku melintas jalan ke arah eskalator naik ke stesen itu. Telefon bimbitku berbunyi tanpa henti. Nama yang sama sahaja yang muncul. Langsung tidak kujawab.

Turun dari monorel yang berhenti di stesen Titiwangsa, aku dengan yakin melangkah ke tempat biasa aku menunggu bas hampir setahun yang lalu. Tapi.. Tiada lagi orang yang menunggu di situ. Hati mula rasa cuak. Mula terasa bodoh.

Mujur aku teringat satu bus stop yang aku yakin takkan berubah sejak zaman sekolah lagi. Tapi lokasinya agak jauh memandangkan situasiku yang perlu berjalan kaki ke situ. Tiada pilihan, dengan perasaan sebal dan hati menyumpah diri sendiri aku berpeluh peluh berjalan tanpa menoleh ke kiri kanan. Air mata diseka perlahan. Hingus apatah lagi. Syukur bus stop itu tidak berubah. Setengah jam menunggu nampak Metrobus No.11. Nasib baik tahu nombor bas, sebab biasa nampak lalu berhampiran rumah.

Akhirnya sampai juga di rumah. Rumah kosong, semua orang pergi melawat Oyah di sekolah. Sempatku baca sms dari dia.

Awak kat mana ni? At least SMS la. Apa apa jadi nanti susah..

Tetap kubiarkan. Masuk rumah tak tukar baju aku terus tidur tanpa menghiraukan deringan telefon yang masih belum berputus asa.

...

Well, itu cerita minggu lepas. Yang berlarutan sehingga dua tiga hari. Yang berlarutan sampai keluar kenyataan berbau male-chauvinist dari dia sebagai membalas status girl-power aku yang macam bagus bagus di Facebook. Dan sudah pastinya kenyataan dia itu disokong beberapa kaum lelaki yang lain.

Betapa tingginya ego aku, langsung tiada inisiatif untuk berbaik. Ketika itu Twitter SMS menjadi peneman. Konon sakit hati. Tapi rindu.

Hari ini kad jemputan for the wedding sudah siap dicetak, jadi kena pergi ambil. Dalam pada belum bertegur sapa, kami pergi berdua.

Di dalam kereta terasa janggal, walaupun dia cuba memulakan perbualan secara santai tanpa mengungkit apa yang telah berlaku.

Aku pandang dia. Mula berfikir. Terperasan dia baru potong rambut.

"Okay ke tempat awak gunting rambut tu?" berdebar debar aku tanya soalan bodoh. Macamkan tak ada soalan lain.

"Entah la, tak suka sebenarnya kalau orang guna gunting yang ada gigi gigi tu. Nanti rambut tak sama rata. Nampak tak sama rata kan?" dia juga nampak kekok membalas sambil membelek belek rambut baru ala gay-boy itu di rear mirror.

"Tak lah. Elok je saya tengok rambut awak.." Dah tu apa jadah aku tanya tadi?

Terasa kelakar dengan perbualan pelik itu, aku senyum pandang dia. Dan ketawa kecil.

Senyumanku dibalas. Warmest smile ever.

"Hari tu tinggalkan orang.." dah agak dah mesti dia nak ungkit kejadian penuh drama di Bukit Bintang minggu lepas. "Sorang sorang je saya jalan tau. Macam mana kita gaduh pun, tak pernah saya tinggalkan awak.." lembut suaranya menyambung.

"Awak la marah kita dulu.."

Boleh tahan juga aku ni jadi Drama Queen. Terlupa nak cermin diri sendiri agaknya, dah tua tua macam ni pun nak berdrama swasta lagi.

Bila difikirkan semula, pelik rasanya. Apabila kita rasa terluka oleh orang tersayang, seboleh boleh kita mahu melakukan sesuatu untuk menyakitkan hati dia kembali konon supaya dia merasakan apa yang kita rasa, sedangkan hakikatnya dialah yang paling kita sayangi dan hanya dia yang kita mahukan. Ironi kan? *sigh*



8 comments:

Wanie-san said...

ooo...majuk dgn si dia yo..hihi
xpe2..dh nk kawen dh..gaduh2 lgi suh je kawen cpt2!!:)

nabilpotter said...

Rrrr....

liyana jaafar said...

hurmmmm...i think not only u yg suke wt drama2 swasta atau hndustan ni..kebykan pmpn pn cmtu..like u said la sbb nk bg die pn same sakit ngn kite n lg 1 nk perhatian..nk tgk ape tndkan ur patner tu..tp bile da lame2 rs cm xprlu kot wt cmtu..nti kite yg malu sdri gak..btw bertuah u dpt laki cool n matang cm en.hanis tu..klu dpt laki yg lgsg x peduli lg sakit ati kan..

Anonymous said...

betul! :(
and i bace kenyataan tuh ok. someone agreed with whatever abg hanis has said.

-farah aliaa-

zella y said...

hehehhe..
biase la ppuan kan...
xdrama xsah heheh...
tp knp lelaki ttp cool je bila ppuan buat drama...
hahhaha

Anonymous said...

amarah itu akan lebih parah bila dibiar dia menjadi tanggapan yang membukit dengan bau-bau emosi.

pesan aku sebagai seorang mediator; jangan di ulang larian kamu dalam basah-basah emosi. kucar kacir jiwa bukan begitu simpul jawapnya.
Alhamdulillah bukan buruk yang menjadi warna pengakhiran cereka kamu; tapi kalau ya? Subhanaullah.

Bergaduh dan berkonfliklah, tapi biar siar langsungnya hanya dalam kotak dinding berempat yang ada kamu dan sidia.

dan untuk ini; aku menyebelahi Anis.
Mungkin dia ada sedikit salah; tak dinafikan, tapi consequent action yang boleh mempengaruhi jawapan aku kali ini.

oh, call me male-chauvinist if you want, but i say plain truth here. at least from my perspective.

last.
memang lebih sakit kalau pisau yang menoreh luka di tubuh kita itu dari usaha orang yang kita sayang; dan lebih bah kita mampu jelmakan untuk itu. Tapi, things happen with reasons.
reasonsnya?
biar yang ini-ini jadi hari ini dari jadi esok lusa yang consequentnya lebih panjang dari berjela yang mampu kita ucapkan. ye tak?
so, lesson taken?

oh, aku ini anon. biar anon, supaya kalau ada disagreement kamu boleh terus dan terang kan :)

Husna Hadzarami said...

nana jaafar:
won't ever do that again.
kena belajar handle things maturely. *sigh*


farah aliaa:
ni mesti kes malas log in ni heh.
yu ada baca ke statement tu?
lelaki2 la yg support dia kan?


Anonymous:
kau ni AJ ke?
ayat style AJ je.
ala kalau kau AJ pun aku akan terus terang juga kalau ada disagreement. kan biasa macam tu?
heh heh.
well, here we go.
another male-chauvinist.
but i don't blame you anyway.
you have a point to be at my other half's side.
everybody has, to be exact (men especially).
i'm too just too disappointed those days that my emotion totally clouds my judgment.
but no matther how much i want to hurt him, it doesn't make me happy either.
again, it was a good lesson for everyone.
life is about learning anyway :)

Anonymous said...

as long as you get the lesson then it is worth for every pain.

eh, aku macam sokong anon pulak.

ala, bukan banyak pun anon dekat blog hang kan superUna.