expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 27, 2010

Checklist for THE DAY

"Wuiii.. Ada orang tu lagi 3 minggu la.." semangat Oyah berkata sewaktu menyalamiku semalam. Bulan puasa ni tiap tiap minggu Oyah balik. Dan tiap tiap minggu juga aku menghantar dia ke Cyberjaya, sampai dah terer banyak jalan dah. Aku suka explore different routes, supaya tahu sikit jalan alternatif yang mungkin lebih cepat dan toll yang lebih murah.

Anyway, yeah. 3 weeks to go. Bersediakah aku? So far benda benda besar kebanyakannya okay sudah ish cakap slang Sabah pula.
  1. Jurunikah - Booked.

  2. Catering - Deposit paid. This week akan bayar lagi 70% payment.

  3. Make-up for all occasions - Deposit paid. Nak kena revise balik semua receipts untuk tengok bila next payment.

  4. Baju nikah - Fully paid. Dah ada kat rumah dah pun. Rasa macam tak berapa suka, tapi family semua cakap cantik. Entah. Aku stress sangat kot.

  5. Baju for reception - Fitting and full payment tomorrow.

  6. Baju for bertandang - Deposit paid (sebenarnya macam belum yakin nak ambil baju itu sebab sama sangat dengan warna tema belah lelaki. Huhu. Tak kisahlah)

  7. Apartment - My parents-in-law yang baik hati tengah upah orang buat flooring. Now we have to think about the furniture. Eventhough several of the furnitures are more likely provided by my in-laws and my boss, masih ada lagi yang kami kena beli sendiri. Haruslah independent kan? Eh ada duit ke kami ni? Tssk.

  8. Baju untuk family for nikah - Ingat nak cari esok tapi macam dah pack sangat schedule for tomorrow. Hmm. Perlu ke family pakai sedondon during nikah ye? Nak reconsider lah.

  9. Baju untuk family for reception - Done. Tinggal nak cari tudung je. Tapi baju orang lelaki takde lagi. Nasib baik adik lelaki tak ada problem nak pakai pink. Heh.

  10. Baju untuk family for bertandang - Pakai baju raya pertama. 2 in 1. Heh heh. Berbelanja haruslah efisyen.

  11. Photographer - Booked. Tapi belum bayar apa apa pun lagi. Kawan Hanis.

  12. Videographer - TAKDE BAJET NAK HIRE. *sob sob* Ada orang nak taja tak? Heh heh.

  13. Meeting with parents-in-law regarding aturcara - Done.

  14. Meeting with Bridesmaids - Scheduled on 31st Auguts. To be rescheduled sebab ada yang tak free on that day.

  15. Meeting with cameraman - Belum lagi. Bila nak buat ni Yang?? Meeting with cameraman sebelum majlis adalah harus, supaya dia aware apa yang kita nak, and supaya kita boleh bekerja sama dengan lebih baik di hari majlis nanti.

  16. Inai - Takde lagiiii!! Mana nak cari? Inai serbuk beli kat Mydin tu elok tak ye? Aku nak pakai kat jari je, taknaklah yang macam keling bercorak bagai tu. Kat tapak tangan pun taknak pakai kot. Nak kat jari je. Mana nak beli ye? Suggestion please..

  17. Doorgifts - The case dah lama ada. Just a simple one. Tinggal nak beli benda benda untuk dimuatkan dalam tu je.

  18. Bilik pengantin - Cadar dah beli. Langsir Kakna dah siap jahit. Hiasan? Thinking of the simplest one. Maybe scented candle or photo-display or just a simple bouquet. Last minute baru nak decide kot. Biasalah aku ni.

  19. Pelamin - Dah booked sekali dengan make-up for bertandang. Since aku tak bersanding, pelamin itu akan dijadikan background Photobooth as suggested by Mira. Maybe nak add up props yang comel kot. Just maybe.

  20. Kad kahwin - So far baru edarkan pada officemates sahaja. Untuk orang pejabat je dah dekat 50 keping sekali dengan sub-contractor dan suppliers dengan harapan dapat hadiah best dan angpau berjumlah 4 angka heh heh bodohlah kau mata duitan. Instead of tulis satu satu yang memenatkan tangan plus tulisan pun tak cantik, we try to print the name right at the envelope. Lagi kemas dan cantik. Tapi dah banyak dah terlepas guna tulisan tangan aku yang miserable tu. Sorry la ye :p Tomorrow or Sunday nak pergi rumah Arul untuk minta tolong pass pada sebahagian kawan sekolah, Isnin ni dating dengan Farah nak minta pass pada all the juniors. Thanks ye kepada yang sudi jadi posmen. Di saat masa yang sangat hectic ini, bantuan rakan rakan sangat memberi makna yang besar tau. Thanks a million.

  21. Skill memasak - Sedang diasah. Masih banyak perlu diperbaiki. Hanis tahu. Itu yang paling penting.

  22. Skill menjaga anak - Gediklah kau belum apa apa dah nak cakap pasal anak. *shy*

  23. Kompang - Nak kena ada ke eh? Mama suruh cakap minta tolong my cousin je, dia ada pasukan kompang. Tapi tak tahu perlu ke tidak, or pakai MP3 je.

  24. Pulut kuning bertingkat as replacement for wedding cake - Belum order pun. Takpe, at least 2 hari before majlis kena order. Kau memang suka kerja last minute kan HUSENAH! (tiba tiba ada suara Mama)

  25. Hantaran - Almost done. Cuma untuk sireh junjung dan 2 jenis makanan belum buat lagi. Ermm.. Last minute lagi (cakap dengan penuh ketakutan takut Mama dengar)

  26. Gift untuk majlis nikah for 100 pax - Mungkin nak jadikan cupcakes tajaan Feeda si blogger baik hati manis wajahnya tinggi budi bahasanya sebagai doorgift (haha baik punya bodek). Tapi tak tahu lagi. Mungkin jadikan sebagai hidangan di meja pengantin. Thanks babe! Cium pipi sikit :D Eh kau masih belum ubah fikiran kan? Kan? T__T

  27. Kuruskan badan - Semalam timbang dah reduce 2 kg. Mama dengan Oyah pun turun berat badan yeay! (Timbang sebelum berbuka, lepas berbuka tak berani nak timbang. Tssk.)

  28. Guestbook - Excited tanya tanya Nurulhuda sebab terpikat dengan guestbook masa wedding dia. Nurulhuda sangat baik, kalau I tanya apa apa dia tak pernah tak balas. Sekali when I read her replied email, tengok tengok macam dah tak sempat sebab untuk siapkan buku tu ambil masa 3 minggu. Hari ini dah 3 minggu. Ke sempat lagi eh. Takpelah. Takde rezeki. Huhu.

  29. Bunting - Free sekali dengan kad kahwin, tapi belum siap lagi lantaran karenahku yang macam macam. Mula mula dia buat Kisah Kau dan Aku sebagai header, lepas tu tukar kepada Our Love Story, tapi bila bayangkan gambar aku dengan Hanis di tepi jalan dengan header Our Love Story, rasa kelakar pula. Ala takde idea lah! Penat dah aku. Ke biar je eh. Bukan orang tengok sangat pun kot kan?

  30. Emosi - Agak stabil. Tambah tambah lepas baru habis tengok Adamaya. Terus berangan Hanis jadi macam Adam walaupun hidung mancung je yang sama T__T

Hopefully everything will be under control. As much as I want everything to be perfect, harus diingat bahawa aku hanya merancang. Again, hanya merancang.. Dan Allah s.wt yang menentukannya.


4 comments:

  1. WA..pening kepala jugak nak memikirkan pasal kawen ni ye...
    byk benda kena buat..duit byk keluar..tetibe jadi takut plak nak kawen..hahaha

    ReplyDelete
  2. good luck u untuk the day! no.22 tu, chomey je..hikhik.

    ReplyDelete
  3. dulu I beli inai kt jln tar tp bkn yg serbuk nie jenis yg dlm kon yg boleh terus pki. Beli kat makcik yg duk kt tepi2 kedai sambil buat inai kt org lalu lalang tu.
    satu kon RM5 jeh. Banyak, boleh pki a few times. I aritu pun pki kat jari jeh more than enough.
    Good luck finding okeh :)

    ReplyDelete
  4. Wanie-san:
    aah. so start la menyimpan mulai sekarang~


    BURDHANI:
    thanks hani :)


    scweet mafis:
    i dah beli dah inai tiub tu, baru beli tadi. tapi bukan kat orang tepi jalan tu, ni i beli kat kedai India deret dengan Mydin tu. RM2 je, so beli 2 kon tadi untuk try kat anak2 buah heh heh :P thanks for the info babe :)

    ReplyDelete