expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan kali ini

Esok berkemungkinan besar akan start puasa, insyaAllah. Ramadhan terakhir aku sebagai wanita bujang. Ramadhan terakhir yang aku boleh makan masakan Mama hari hari untuk bersahur dan berbuka. Bukanlah Ramadhan tahun depan tak boleh makan masakan Mama, tapi macam buat hal pula kalau aku dah bersuami pun HARI HARI nak bersahur dan berbuka di rumah Mama (-_-")

Tiba tiba teringat perbualan aku dengan Oyah masa tengah buat biskut raya tahun lepas, aku dengan selamba tak ada terfikir apa apa tercakap,

"Tahun depan kau lah kena buat semua ni, aku dah nak kahwin dah."

Ketawa besar kami ketika itu. Gilalah perasan. Masa tu Encik Hanis tak ada sebut langsung pasal kahwin, dan ketika itu kami juga baru kenal 4 bulan rasanya.

Tak sangka, Ramadhan tahun ni aku akan berkelam kabut prepare pasal kahwin. Itulah orang selalu cakap, thoughts become thing. Kalau selalu kau sebut tentang sesuatu, mesti eventually kau akan dapat. Heh heh.

So Oyah. Ramadhan kali ni aku masih ada. Bagi can la, kau kan nak SPM. Kesian pula kalau kau yang kena buat semua tu. Lepas ni, kau lah buat biskut raya, kau lah yang kena mop lantai tapi sebelum tu kau kena bersihkan kipas pakai mask sambil tutup mata sebab mask tu cover hidung je bukan mata, kau lah yang kena perah santan untuk buat pulut ketupat sampai juling juling mata sebab Mama tak suka guna santan segera, lepas perah santan kau kena tolong Mama ratakan santan pula, sebelum ini ada tiga pasang tangan, sekarang ada dua sahaja iaitu tangan kau dan Umut kecuali kalau Mama nak buat sekali itupun sambil berleter panjang sebab kita buat lambat sangat asyik berborak je, kau lah yang kena tolong Man cat pagar supaya tak berbeza sangat dengan pagar jiran sebelah yang putih bersih, kau lah yang cabut sarung kusyen (kerja yang semua orang tak suka) dan pagi raya kena pasang balik lepas basuh (kerja yang Mama memang akan suruh aku sebab orang lain pasang mesti terbalik sarung dia), kaulah yang kena isi biskut dalam balang di pagi raya tapi biskut Cornflakes madu kena sorok sorok sikit sebab Baba suka sangat biskut tu so kalau tak sorok mesti habis sebelum sampai tengahari raya pertama haha comelnya Baba kita :D. Di pagi raya (banyaknya tugas di pagi raya) lepas siap sapu rumah dan masukkan kuih dalam balang, kau juga yang kena masukkan duit Mama dalam angpau untuk bagi kat saudara mara (tugas tetap aku juga sebagai orang kepercayaan Mama heh heh) tapi jangan harap tugasan itu memungkinkan kau dapat angpau lebih dari Mama unless kalau kau sengaja masukkan lebih dalam satu angpau dan koyakkan sikit kat tepi angpau tu untuk tanda yang itu kau punya hoy hoy aku tak pernah buat itu tau kau jangan tuduh aku pula! Eh dah dah, panjang pula perenggan ini.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, aku harap dapat jalankan ibadah puasa dengan hati yang tenang dan gembira. Aku akan cuba kurangkan post entri yang berkemungkinan menyakiti hati sesiapa yang tak pasal pasal terasa walaupun aku tak cakap pasal dia pun. Satu ucapan yang menyentuh hatiku berkenaan Ramadhan terakhir ini adalah dari Sue,

"Jadi, hargailah setiap saat pada Ramadhan kali ini. Terutamanya saat bersama famili".

Sejak kebelakangan ini mood macam nak touching je. Tengok muka Mama pun rasa nak mengalir air mata. Seboleh bolehnya aku cuba menghabiskan saki baki masa bujang ini bersama keluarga. Even Encik Hanis pun selalu menggalakkan aku spend masa sebanyak mungkin bersama Mama, Baba, adik beradik dan anak anak buah sementara masih belum berkahwin lagi. Selepas Ramadhan ini aku bukan lagi di bawah tanggungjawab Mama. Bukan lagi tanggungjawab Baba. Terlepaslah Baba dari segala bebanan dosa yang aku lakukan, dan akan beralih pula ke bahu suami.

Bila tengok betapa banyaknya perbelanjaan yang dihabiskan untuk majlis perkahwinan aku ini, perasaan belas menimpa nimpa. Terasa marah dengan diri sendiri kerana tiada simpanan. Cuma bergantung pada gaji semasa sahaja. So single ladies out there yang akan berkahwin, please do start a saving from now on. Because eventhough your parents are more likely to support you, it would be great if you could lighten their burden somewhere somehow. For guys evenmore. Start saving!

Well, my wedding reception will be as simple as possible. I couldn't care less on what people thoughts of it whatsoever, because what matters most is I will be with someone I love the most, and surrounded with the people who really care, who barely judge, who means a lot to me.

Selamat Berpuasa :)




8 comments:

  1. selamat berpuasa gak..
    may ALLAH bless u yaw...
    ;)

    ReplyDelete
  2. una dear..selamat berpuase and congrats sbb bakal bergelar isteri.. =) walopun dulu xpernah rapat and berbual, happy for u.. =) seronok kan, dah nak kawen..=)

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasaa kak.
    yess agree with that, saving bukan utk kawin saje. utk mase depan jugakk :)

    ReplyDelete
  4. hm..so nice..sedih aku mbacanya. oyah akan rasa apa yg aku rasa, apabila smua kakak meninggalkan rumah sorang demi sorang.

    salam ramadhan husna=)

    ReplyDelete
  5. aah... tgk perbelanjaan org nak kawen ni mmg pening kepala... nak buat majlis simple2 pon, still byk duit yg keluar... takut...tp nak kawen hahahha

    selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  6. Una..next year pose ngan suami plak..next next year pose ngan anak plak (oppsss!)..insyaAllah...kena start saving from now utk emergency2 case in the future..education anak2 lagi..

    ReplyDelete
  7. thanks semua :)
    mana yang boleh puasa penuh tu jangan nak buat buat gastrik ke apa ye!

    lots of <3

    ReplyDelete