expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 5, 2010

Kalau tak dah settle dah borang nikah. Dah boleh terus kahwin dah. Kau apahal tak sabar?

Hari ni aku kerja half-day sebab kena pergi JAWI untuk uruskan borang permohonan berkahwin. Nak berkahwin pun kena memohon tau, kau orang nanti jangan nak buat hal kahwin kat Siam sebab malas nak isi borang permohonan. Asalnya Baba cakap nak pergi sendiri, sebab nak jumpa kawan kawan beliau di JAWI tu. Tapi kereta Baba rosak pula, so tadi aku kena jadi pemandu hot lah.

So pungpangpungpang ke sana sini, permohonan nikah tak settle lagi -_-"

Sebab tiba tiba orang kat JAWI kata permohonan tak lengkap, tak ada surat nikah ibu bapa. Aku yang tak berapa penyabar macam Baba (macam pantun dua kerat pula, penyabar macam Baba. Hoy boleh tak fokus pada cerita??) mulalah rasa tak puas hati.

"Hari tu masa kursus kahwin orang tu cakap kalau anak perempuan sulung je kena ada surat nikah ibu bapa. Saya bukan anak perempuan sulung, saya ada dua kakak tau."

Pegawai wanita itu menjelaskan dengan nada biasa di kaunter pertanyaan,

"Kursus kahwin tak ada specify negeri mana ke? Sebab kami di JAWI memang memerlukan sijil nikah ibu bapa"

Nasib baik ada Baba yang tenang. Sambil senyum beliau berkata,

"Tak apalah, kita datang semula esok. Bawa sijil nikah"

Aku tak rasa orang JAWI tu salah. Aku rasa tempat kursus kahwin tu yang problem. Banyak dah aku tak puas hati dengan Z***s Akademik tu. Pau duit orang je pandai. Ada ke patut kalau di hari kita berkursus itu ada artis turut sama berkursus di situ, masa penghujung kursus semua orang diwajibkan ambil gambar beramai ramai bersama artis tersebut. Itu tak apa lagi. Aku memang suka bergambar. Yang buat aku bengkek tahap nak lempang lembu, semua orang WAJIB beli gambar itu!! Boleh terima tak? Rasa nak mencarut doh. Masa aku kursus tu ada Dia Fadila, siapa entah dia tu tak kenal pun. Kalau Fazura ke, Lisa Surihani ke, berbaloi juga bayar RM15. Pfft.

Okay takpe. Esok Baba datang lagi. Kesian Baba kena datang 2-3 kali. Bapak aku tu bukan muda lagi tau. Tapi kalau dinilai usia Baba yang menjengah 76 tahun itu, siapa sangka beliau masih kuat lagi berjalan ke sana sini dengan tegapnya. Sepanjang kereta rosak ini, setiap hari Baba berjalan kaki ke masjid tak pernah miss sembahyang berjemaah. Baba cakap,

"Sihat sebenarnya jalan kaki ni. Sejak jalan kaki ke masjid ni tidur pun rasa lena je. Kalau tak mesti rasa tak selesa.."

Hah tengok? 76 tahun tu. Kau orang yang 50-60 tahun lagi muda ada kereta motor segala, apahal bukan main liat lagi nak sembahyang berjemaah di masjid? Tak payah cakap di masjid, di rumah pun bukan main susah lagi nak sembahyang. Libas dengan hanger karang baru tahu. Tiba tiba jadi mak tiri.

Anyway, dalam kereta tadi sempat aku bertanya,

"Nanti Baba yang nikahkan Dikna ye?"

Baba jawab..

.....

Erm. Nak rahsialah.

Haha. Biar Encik Hanis saspen :D



11 comments:

  1. bile langsungnye nyer wey, aku dok kira calendar ko kt sebelah smpi skrg xabis kire, smpai migrain kot tarikhnye xdpt2 lagi...nk sponsor cupcakes ni..:)

    ReplyDelete
  2. hahaha. alaah, confirm baba u nikahkan. bet jom! andd to abg hanis, lek bro. kate macho. haha

    ReplyDelete
  3. hahahha...
    kene beli skali gambar tu....
    mmg wajib dilempang tu hahahha

    oo...dh settle ye borang nikah...
    penting tu...adik zella pon xsettle lg...

    ReplyDelete
  4. feeda:
    let's meet up.
    nak pass kad.
    untuk kery sekali :)


    f.a.r.a.h:
    haha. we'll see.


    zella y:
    betul. sangat wajib dilempang.
    adik zella better buat cepat, sebab dia kena siapkan dulu baru pihak perempuan boleh proceed.
    tapi mesti buat 3 bulan before nikah la k..

    ReplyDelete
  5. Hujung-hujung zaman nih, manusia akan buat apa saja untuk duit dan kemasyuran. si pengelola sibuk hebah pasal artis turut sama, yang peserta pun nak pi sebab artis mungkin ada. last2hajat sebenar jadi pungpang. rumah siap, tapi ada bocor2. buat pengajaran.

    untuk baba hang, aku hormat sungguh.
    aku pun harap aku jadi babah macam tuh.
    jadi ayah yang boleh dijadikan model ikutan si anak sampai ke akhir hayat.
    moga nyaman syurga mak dan ayah aku sama kan.
    ameen.

    dan yakin aku dalam hati; babah hang akan nikahkan.
    pernikahan nih macam nak berikan tanggungjawab urus tadbir anak kita dekat orang lain. nak bertukar keluarga. Tentu ia akan jadi satu yang mengharukan. betul. betul mengharukan.
    insya'Allah

    ReplyDelete
  6. Confirm baba yu yang nikahkan. Ai tengah praktis pernafasan. Biar sekali sebut je. And to farah. Ai akan maintain cool walaupun berpeluh 1 baldi

    ReplyDelete
  7. iksh...wat2 suspen plak...
    mesti BABA yang akan nikah kak husna..hehehe
    cuak en hanis nanti!hehe

    ReplyDelete
  8. AJ Nismihan:
    thanks.
    you'll be a great dad too.
    of course you will :)
    insyaAllah.


    Mr. Poppycock:
    baldi disediakan ye sayang.
    don't worry.


    Wanie-san:
    hahaha. kita tengok nanti siapa yang kena :D

    ReplyDelete
  9. hehe..mmg mcm2 hal ye una..tp alhamdulillah akk dulu sng n lancar sumenye..spatutnye mmg xde mslh..akk pn xbrp tau sgt..syukur imam kt umah tu bgtau siap2 ape2 yg nk kna wat n bwk..

    skrg ni nk g wat kad nikah n dptkn sijil nikah yg original mls yg amat..hehe

    *akk dulu abah jgk yg nikahkn..hehe..encik suami akk tu kate je ok,sempoi..dgr die lafaz je dh tau die gelabah..gile laju nk kjar ketapi.. *_*

    hope sumenye bjalan lancar n settle cpt..pastu dh leh pk hal2 lain =)

    ReplyDelete
  10. dia fadila?haaa nama dia fadila la..fadila, dah terang situ tulis dia fadila hahaha...
    en.anis kalau baca ney mesti dapdupdapdup hehe

    ReplyDelete
  11. aku segan la nk jumpe2 ni, nak nak dengan gurl lak,lg la aku segan..keh keh keh!woi kt kery bg kt kery la, aku jumpe die pon xpnh, cne aku nak pas kt die..

    ReplyDelete