Wednesday, August 4, 2010

Jual kereta

Baru lepas baca blog Chepah tentang dia nak jual kereta disebabkan:
  1. Kereta dia dan husband lebih kurang sama. Dia pakai Gen-2, husband dia pakai Persona. Ni apa hal aku sebut husband husband ni, bukannya tak kenal Nazir tu. Gedik betul tak nak sebut nama.
  2. Kedua duanya berwarna grey.
  3. Mereka kerja satu tempat.
Terus teringat situasi aku dengan Encik Hanis selepas kahwin nanti.
  1. Kami dua dua pakai MyVi. Cuma saya warna putih, dia warna gold.
  2. Walaupun kereta kami lain warna tapi sekali tengok macam satu warna sahaja T__T. Menjengkelkan betul kereta warna putih ni. Manja. Asyik nak kena basuh je. Tendang rim karang baru tahu. Menyusahkan kakak je (kenapa aku cakap dengan kereta bahasakan diri aku kakak??)
  3. Kami juga kerja satu tempat.
Jadi, dengan mengambil kira tiga hujah di atas (tiga je?? tak kukuh langsung hujah) aku pun mencadangkan pada beliau untuk jual kereta aku and pakai kereta dia sahaja nanti. Tak payahlah aku nak bayar bulan bulan lagi so duit tu bolehlah aku gunakan untuk buat slimming di London Weight Management heh heh.

Punya semangat aku cerita, selamba dia jawab,

"Nanti kalau kita bergaduh awak nak naik apa balik rumah Mama??"

Hello? Kalau bergaduh mestilah aku akan cakap, "Hantar saya balik rumah mak saya!' Tak drama Melayu langsunglah dia ni.

(-_-")
Then dia explain,
"Susah satu kereta. Saya kan part time study. Nanti weekend saya pergi kelas, kalau ada emergency ke, nak bersalin ke, kan susah awak nak keluar.."
Tssskk. Dah tau aku dekat dekat nak bersalin tak payahlah pergi kelas T__T
Malas layan.
Eh seriously, dalam situasi aku ni perlu jual kereta ke tidak ye? Considering that dia study, considering that rumah baru kami jauh dari rumah Mama in case of emergency Mama panggil balik rumah or anak injured masa main main so kena bergegas ke hospital atau apa ketika ketiadaan si suami. Encik Hanis tu dah la pantang sikit kalau sebut pasal anak. Belum ada anak lagi dah pesan pesan jangan marah anak sangat, jangan pukul anak, dah tu nak biar anak awak jadi samseng tak boleh kena marah kena pukul? Haih.


20 comments:

FAA said...

hey kak una! tak payah la jual kete u. siyes. sekarang nih u nampak mcm tuh. nnt in the future senang if ade 2 kete. nak gerak mane2 pon. (nape i cakap mcm org yg nak kawen eh?)

Anonymous said...

opinion aku;
TAK PAYAH jual.
1 - Tak dapat banyak duit pun bila jual, silap2kena tambah duit lagi.
2 - hari nih keje sama, esok lusa anis dah lulus exam dia, dah jadi jurutera kapalterbang ke jet ker, nak pi beli kete balik semula ker?
3 - Bukan nak pakai 2-2 kete tuh serentak pun esok lusa. so satu simpan bila perlu. bila merajuk. bila emergency. bila nak anto oyah pi obesi, sedangkan anis kena pi urgent meeting mana-mana.
4 - aku on side with anis's argument. haha again, aku sebelah dia.
5 - kalau nak tukar kete ke kete lebih besar atas sebab2korang nak berkeluarga besar ok, tapi kalau nak buang satu simpan satu, mungkin tak berapa la...

oh, itu pandangan aku jer.
apa jadah aku nak buat keputusan untuk hang kan.
yelah, aku pun tengah consider nak carikan sebijik kete untuk wife aku.
bukan sebab aku tak nak dia di ambil dan di hantar setiap hari, tapi takut2outstation aku melebihi masa aku nak ulang alik anto dia la.
nak anto ambik baby lagi.
nak pi main futsal malam2lagi.
nak pi itu ini lagi.

oh, aku membebel hal masalah aku pulak dekat sini.

kesimpulan:
I vote for 2 cars per family.


p/s: cadangan nak beli kete still tinggal cadangan; sebab yang satu nih pun kadang-kadang2 sangkut! aduh manusia betul la aku nih

Husna Hadzarami said...

dah tu siapa nak bayar aku masuk London Weight Management tiap tiap bulan.. T__T

Anonymous said...

rezeki anak-anak tuh ada.


yelah, dan la nak dapat anak dulu baru sempat ani berkata
"oh, awak sudah tidak seperti dulu"

dan-dan tu hang kena paham maksud dia.

oh tidak, mungkin anis lebih baik dari yang aku sangka.
mungkin dia lebih suka akan statement ini
"Ala, awak nak melawa kurus apa segala pun buat apa. Baik simpan duit anak kita berlima tuh jer. Apa weight management sumer nih, baik pi family management course lagi baik"

amacam, Terbaik tak?

aya said...

hehe. better x payah jual. kalo nk tukar ambil keta laen ok lah ;)

Arifah said...

hahha..una, takyah jual la keta tu..dah la una baru beli keta tu. silap2, nak kena kuar duit plak. betoi kata orang atas2 tu..ssh ade 1 keta je. nak pergi shopping sorang2 pon susah. ngeh3..saya ni pon jual sbb nak cr kereta yang lebih selesa sikit. cuma taktau bila.. :)

asma Pak Wahab said...

una..ko ni klaka la..hehe..suke blog ini..hehe

Husna Hadzarami said...

tsskk. kenapa lately semua orang asyik sokong Hanis ni.. T__T
mana penyokong setia aku..
mana? aku ni anak tiri ke?
(tiba tiba)

Wanie-san said...

kak husna...jual satu beli kete jenis laen plak..xpun tukar kereta dengan blogger chepah..hahaha
satu myvi satu gen 2..:p

Arifah said...

hahhahah..a'a la wanie..trade in ngn myvi kak una..agak best kedengaran di situ..


Una, nak gen2 ke pesona? =P

Husna Hadzarami said...

Arifah:
boleh jugak. Myvi kita tu elok je lagi.
cuma adalah sekali langgar kereta yang tengah parking kat tepi jalan sampai kemik bumper depan, sekali langgar polis yang menyelit2 naik motor sampai kena bawa dia pergi hospital, dan sekali dilanggar polis dari belakang lepas tu tunjuk garang macamkan tak pernah langgar orang.
yang lain2 tu okay je.
betulll.
okay lagii~~

:D

east said...

Husna,
why not jual 1 kereta and En.Hanis beli motor utk dia pegi kelas ke apa..
in case of emergency u boleh pki kereta hehe
kt sek i ramai cikgu yg buat cam gitu tp para husband la yg jd mangsa pki motor :)

"eh, sibuk plak aku"

Husna Hadzarami said...

scweet mafis:
ahah.
great idea!
rasa macam Hanis pun pernah cakap nak beli motor.
hmm. kena mulakan strategi bodek Hanis ni.

susudalambotol said...

dua kereta lagi senang tapi memang lah kalau fikirkan kos dia mcm lebih baik pakai satu kereta. bila dua-dua nak pakai kereta yg dok runsing fikir.

better ada dua kereta dari satu.

east said...

haha bodek jgn tak bodek. kaum lelaki mmg kena berkorban ckit hehe

good luck okeh.

Poppycock said...

Saya memang bangkang 800%. Apa nak jadi, jadi la. Keh keh keh. Kereta awak penting bila nak beli barang kat pasar nanti. Kereta saya kita guna untuk pergi jalan. Ok tak idea saya?

Lord Biohazard said...

abg hanis nk beli motor?
taste dia tinggi woh..
bukan jenis low class ex5, lc semua
at least motor scoot brand dari italy..
hari tu dia ckp nk beli tapi harga 11k..
tapi jap... dia takde lesen motor la kalau tak silap.. haha

tapi tak best... sy vote 2 kereta!!!

Husna Hadzarami said...

Mr. Poppycock:
mana boleh awak bangkang.
awak kan kerajaan, saya yang pembangkang.
eh terpolitik pula.
idea itu tak best langsung >:(
(sambil buat gaya 'talk to the hand')


Lord Biohazard:
hahahahahah! (tak pasal2 aku tergelak kuat malam2 ni)
apa barang Anep tak ada lesen motor!
tak rempit langsung lewww dieww~~
:))

aBaRd said...

assalamualaikum.

hahaha :-D
(belum pape lagi dah gelak sakan)
maafkan saya kerana kurang sopan.
blog ni memang best. T_T

saya pun ada 2 kete gak.
macam Chepah lebih kurang.
1 wira m, 1 gen.2 at
wira da masuk 11 tahun.
gen.2 plak baru masuk 5 tahun.

wira tu kebelakangan ni asyik uzur jew.
saya ingat nk jual wira
n amik viva 850 cc.
lainlah sikit 1 proton 1 perodua.

tapi idea jual kete beli motor
rasanya cam ok gak
(ye ke ok? t musim tengkujuh)

paper pum,
blog ni memang best.

(tetap vote 2 kete untuk 1 kuarga...) :-p

lokman said...

ha klau nak beli atau tukar keta jumpa saya k