Sunday, August 15, 2010

Entri Terima Kasih

Assalamualaikum, salam ceria dan salam 1 Malaysia. (Haha tiru introduction Encik Adi setiap kali send email kat semua orang)

Berjumpa lagi kita di alam maya yang penuh lagho' dan melalaikan malah langsung tidak membawa manfaat kepada alam pekerjaan, alam persekolahan apatah lagi di alam barzakh kelak. Ni apahal ayat pendahuluan pedas gila?

Hari ini.. Ehem ehem.. Terasa poyo. Maka kepoyoan itu telah mendorong aku untuk membuat entri penganugerahan ini.

Kepada followers seramai 115 orang yang aku tahu mungkin hanya separuh atau tiga perempat saja yang ikhlas follow dan selebihnya hanya follow supaya aku follow dia balik, kepada yang tak jadi follower tapi sangat rajin singgah baca dan meninggalkan komen membina (which I try my best to reply), kepada bloggers yang selalu singgah tapi tak pernah tinggalkan jejak namun dapat dikesan di Nuffnang account heh heh, kepada non-bloggers yang rajin baca secara rahsia (silent readers) yang aku tak pernah sangka dia ikut perkembangan bentuk badanku yang kembang aku, kepada silent reader yang tak berapa silent sebab bila berjumpa dia quote balik ayat ayat manja gedik aku sampai aku merah pipi tersipu sipu malu yaww (hoy apahal gedik gila??), kepada yang dah tinggal komen tapi komen sekali lagi bila aku dah reply komen itu olololo rajinnya datang semula akak sayang lebih la macam ni, oh tidak lupa kepada silent readers yang tak suka aku tapi hari hari baca blog aku, pendek kata kepada semua pembaca budiman yang sangat sporting dengan ayat aku yang tak berapa diterima di kalangan pemeriksa kertas SPM, terima kasih kerana sudi membaca blog sampah ini. Anda memang KEWL GILEW~! (ejaan sengaja dirempitkan).

Secara spesifiknya, terima kasih kepada Sofiah Jasni untuk entri INI.
Terima kasih Farah Aliaa untuk entri INI dan INI.
Dan terima kasih Zahidah Dihaz untuk entri INI.

Mesti ada yang nak cakap, ek eleh baru 115 followers dah kecoh macamkan menang anugerah ke apa. Diamlah kau. Suka hati akulah.


P.S: Aku menulis bukan kerana nama. Dan juga bukan untuk meningkatkan blog traffic semata. Sangat annoying orang sebegini. Tak ikhlas langsung. When you're not sincere in what you're writing, it shows.





13 comments:

Nor atau Nad said...

betul tuh!!!!!!!
pehal tetibe betul??
-..-
bila kita x ikhlass
nmpakk sgt annoying pluss
tulisan tuh jd x berkualiti
jadi malas nk baca
adesss
welcome kak!!
ahahaha :DD

Wanie-san said...

betul2!!
memang suke sgt baca entry kat husna..kalau xkomen tu kire wanie memang bz and xsempat nak bukak blog.Kalau free mmg singgah n baca entry kak husna..rumate sy yg bernama husna jugak suke baca entry kak husna wpon die tak ada blog...
die siap cakap, "kak husna ni suke cakap die gemok tapi aku tgk tang mana gemok pun tak tahu..hehe"

btw,kite berblog bukan nak cari follower rmai sampai beribu tapi niat berblog tu penting. wani tulis blog untuk luah perasaan n isi masa lapang...:)

Husna Hadzarami said...

nadirah nor:
yeah. sometimes sincerity makes a good-high quality product. thanks :P


Wanie-san:
alahai ni anak siapa sweet sangat ni?
well, blog wanie pun best juga.
akak selalu singgah bila ada entri baru :D
to your friend, Husna, ehem.. malu la (tiba tiba gedik)
seriously, thanks sudi baca. i truly appreciate it. maybe kita boleh geng kat Facebook ke apa kan? anyway both of you please study well and take care ok :)

zella y said...

seriously...
zella suka bc blog ni tau....
klu xsempat komen pon MESTI bc heheh
kdg2 klu bz pon still baca dulu..kemudian2 br komen.. ;)


salam ramadhan.... ;)
msti dh bertambah kurus puase2 ni hahahahah

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

well write up.. hello there! 1st time masuk blog u.. nice layout.. =D

Selamat berpuasa..

yours
SH

Husna Hadzarami said...

zella y:
thanks. same goes to you.
you have an interesting blog too :)
salam ramadhan!
tak kurus pun la!!!
makan banyak je sahur and berbuka :(


Shahrul Shaharuddin:
hey shahrul.
thanks for drop by.
nice photoblog you have.
selamat berpuasa :)

buaya said...

salam ziarah...

dijemput menjadi follower sy k

Cik Akma said...

ehem2. sy suke entry psl kawen2. *ttbe gatal :P

Husna Hadzarami said...

buaya:
i'm not interested. thanks.


Cik Akma:
amboi2.. gatal ye!
haha :))

Anonymous said...

Siapa Husna Hadzarami nih?
eh tak kenal la aku.
aku komen nih pun bukan apa, nak tanya satu hal jer.
"Macamana nak unfollow blog yang aku dah follow"
rimaslah terima update dari blog hang ni Cik Husna.



hua ha ha
boleh tak macam tuh?
Ini protest sebab tak dapat kad jemputan kawin.
Ni nak jemput ke tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
wakaka
Aku nih dah le belum tentu datang; dan kalau datang pun pi Kelana Jaya jer, tapi nak gak hang anto kad kan; apa kes!
hua ha ha

ops, sudah terlebeh panjang pulak.
aku nih slalu kalau komen tak suka tulis panjang2. betul kan Cik Husna.

hua ha ha ha

ops.
Inni Soim ya Cik Husna. Hua ha ha

FAA said...

kakak husna! (nape i nk tulis kakak ek? haha) awww. makin nak kawen makin sweet lak.

SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN "ek eleh derrr. lek derr lek. jangan bagi gua terharu sgt. hahaha!"

kak una! budak2 nih sume da plan nak dtg u kawen. siap arrange lagi u nye date wedding jgn clash dgn trip gi SINGAPORE. (jeles x? haha)

Husna Hadzarami said...

AJ Nismihan:
lempang nak?
sabar la derr. aku nak pos la ni.
kau kalau datang belah KJ je aku terajang.
and taknak lagi approve komen kau yang kau dah penat2 taip panjang lebar tu.
seryes ni. seryes!!


f.a.r.a.h:
omaigod. memang terharu.
sayang la adik adik kakak ni.
(perlu ke aku bahasakan diri 'kakak')
hoy hoy kau orang nak gi Singapore ke??
nak ikutlah. boleh honeymoon heh heh.
(mesti kau orang rimas ada orang tua ikut budak2 remaja)

FAA said...

i rase if u ikut kiteorang cancel la. ^_^"