expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 18, 2010

Buku Itu..

Mana ni..? Terbongkok bongkok aku menyelongkar rak buku Baba untuk cari buku yang diminta Encik Hanis. Aku yakin ada, sebab rasanya aku biasa nampak buku itu. Tiba tiba Mama datang,

"Kau cari apa ni?"

"Mama nampak tak buku Mein Kampf
, yang pasal Hitler tu? Dikna macam biasa nampak la, bila cari tak jumpa pula"

"Kau nak buat apa buku tu?"

"Hanis nak, hari tu dia nak beli kat Kinokuniya. Tapi Dikna rasa macam Baba ada buku tu sebab biasa nampak kat rak rak ni so tak bagi dia beli.."

"Kat bilik hujung tu dah tengok?"

Oh. Betul, selain di ruang tamu ada satu lagi rak buku penuh dengan buku Baba.

Lari lari aku pergi bilik hujung which used to be bilik orang gaji tapi sekarang dah jadi bilik kucing sekeluarga. Sebagai orang yang takut kucing, aku memang selalu berfikir banyak kali kalau nak masuk bilik itu T__T. Thank God, jumpa! Taapiiii.. Bila aku tarik je buku tu keluar, mak aih penuh anai anai!!! Terlompat lompat aku sampai terbaling buku itu. Kalau bukan sebab kekasih beria ia nak baca entah apa yang best sangat buku itu mesti aku takkan tahu apa yang ada di rak buku tu. Selalu lalu lalang situ sebelah mata pun tak pandang..
This is the book. Masa terjumpa tu rasa macam baru jumpa peta harta karun dalam cerita Da Vinci Code ke apa. Gilalah berhabuk!

First page. Atas tu kelihatan sebahagiannya dimakan anai anai. Nampak sangat berpuluh tahun tak berusik. Jenis Baba ni, bila beli buku beliau suka tulis tarikh dibeli. So you may see the date, 2/8/80. Aku belum lahir lagi masa tu. Tapi tak tahulah Hanis dah lahir ke belum. Dia kan orang tua. Heh heh.

Okay entri ini bukan nak cakap pasal buku yang Hanis buang tabiat nak baca tu, tapi dalam pada aku mencari tu terjumpa semula buku ini..

Oh. Tiba tiba teringat kenangan silam. Kenangan yang aku tak suka nak ingat dan sudah hampir dilupakan tetapi sangat memberi 'sesuatu' kepada kehidupan aku sekarang. Well, dulu masa putus cinta buku ini adalah antara buku yang aku baca sampai habis. Bagus buku ini. Ada doa segala. Tenang rasa ketika itu.

But the best part is this,

Boleh baca tak tulisan tu? 'untuk bacaan Noorul Husna'. Siapa sangka seorang bapa yang sangat jarang mencampuri urusan peribadi anak perempuannya, apatah lagi hal hal bercinta masa belajar whatsoever, tiba tiba hadiahkan buku ini di kala anak perempuannya teruk putus cinta? Dad is always dad kan? *sigh*


And to make it even meaningful is when I saw the date, 17/8/08. If you noticed, yesterday was 17/8/10. Rasa macam sekelip mata je dah genap 2 tahun. Sekelip mata, segalanya berubah. Rasa macam baru lagi aku menangis. Tapi hari ini.. aku masih menitiskan air mata, tapi bukan lagi air mata kekecewaan. Bukan lagi air mata sedih.

*Senyum*




12 comments:

  1. your life is soooo much better sekarang kak una without him. :) sangat.

    ReplyDelete
  2. 1.
    Dad Always Dad. Pin Point!
    Ya, Dad Always Dad.

    2.
    at least, it is worth crying for rite?

    again, Allah prove that, everything happen with reason. With reasonS.

    Here is your heavy rain and if you have tomorrow you will see the sunshine.

    p/s:
    anis pun minat membaca ker? Aku ada banyak (yg bermaksud betul2banyak) e-novel kalau dia nak. But, read in conventional way still the best la.
    aku pun berhajat nak ada liblary book sendiri :)

    ReplyDelete
  3. f.a.r.a.h:
    aah. sangat sangat.
    things happened for reasons kan.
    there's always God's grace in every mistake.
    :)


    AJ Nismihan:
    1. you know better now kan? when you've become a dad yourself.

    2. yes. kita bersedih bila hari hujan, tanpa mengetahui Tuhan nak hadiahkan pelangi selepas itu.

    p/s:
    Hanis suka membaca benda yang berat berat, yang aku tak suka nak baca -__-
    ala sakit mata la baca e-novel.
    i love conventional way :)

    ReplyDelete
  4. kak husna...huhu
    bagus!kak husna bangkit dari kesedihan..buku jgn bersedih tu memang bagus!rumate wanie yg nama husna tu pun ada..dia slalu baca..so wani baca gak tapi tak habis lagi..hehe

    wow!tak sangka ayah kak husna penulis ye..hehehe

    ReplyDelete
  5. okeyh ini best
    boleh buat entry hari bapa
    :))
    rasa disayangi bila parents concern kn??
    u go girl!!
    sudahh sudahh menangis
    pandang depan
    esok lusa kawenn
    ukhukh nervess
    :DD

    ReplyDelete
  6. jgn bersedih lagi mcm buku dlm cite syurga cinta ..bagus ke buku tu?

    ReplyDelete
  7. Wanie-san:
    hehe. buku ni ada banyak version, ada yang versi compact punya which is thinner and smaller senang nak bawak pergi mana mana.
    husna room mate wanie pun ada ke?
    ni boleh geng dengan akak ni :)
    aah. dulu Baba journalist for Berita Harian before kerja dengan TV3.


    nadirah_nor:
    aah kan, macam entri hari bapa lak.
    thanks dik. yup, there's no use looking back, cuma sometimes mungkin kita perlu pandang ke belakang supaya boleh belajar sesuatu kan :)


    Radin Fadli:
    aah, macam dalam cerita syurga cinta.
    bagus buku ni, self-help book sort of.
    ada orang tu nampak kita kat Isetan taknak tegur.
    huh. biasa ni.

    ReplyDelete
  8. rasa nak beli la buku tu....
    utk panduan kan...
    nanti nak pergi cari... ;)

    ReplyDelete
  9. zella y:
    yeah you really should.
    bagus untuk panduan :)

    ReplyDelete
  10. aku re-quote koemn hang
    "Hanis suka membaca benda yang berat berat, yang aku tak suka nak baca -__-"

    "berat berat" = ?

    oh, patut lah Hanis pandai memujuk hang. Memang hidup dia adalah untuk membaca hati dan jiwa yang berat berat. Orang berat berat.

    Hua ha ha.

    Eh, kat sini tak da chatbox yer? patut la chatbox Mr Poppycock dah jadi chatbox hang :)

    dah-dah jangan marah aku. Kang aku merajuk aku ajak Hanis pi bazaar shah alam kang. Sana lagi banyak 'buah' punya. Serius! *sambil buat muka tak bersalah*.

    p/s: oh, tak sabar nak jabat tangan dengan 'Hamdi S.'. I got thousand think to talk with him. If only i got that chance :)
    *sah-sah aku kena paksa pi BC gak. Nak jumpa jer di KJ tak boleh ke?* he he he

    ReplyDelete
  11. AJ Nismihan:
    sabar sabar.. aku sedang berpuasa (cakap kat diri sendiri sambil mengurut dada..)
    weh Hamdi S tu sape? tak kenal pun.
    Hanis Gurkha aku tahu lah.
    eh ke Hamid Gurkha eh?
    haha sama la~! :p

    ReplyDelete
  12. Hamdi S?
    Actually you dont know that you know it :)

    http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=881&IID=

    ReplyDelete