Monday, July 26, 2010

Kenapa aku selalu ada isu dengan polis?

Kejadian menjengkelkan itu berlaku petang tadi di Jalan Sentul yang sesak gila. Traffic light merah. Aku berhenti (perlu ke cerita step by step?). Sambil menunggu aku melihat sekeliling. Hmm. Hidup di KL memang stress. Sana sini traffic jammed. Padanlah orang KL suka pergi clubbing, sebab stress sangat mestilah nak tenangkan hati kan? Dah lupa agaknya baca Al-Quran lagi boleh menenangkan hati. Tempat maksiat itu juga yang dicari. Ni kenapa perenggan pertama dah ada ayat pedas?

Sambil bermelankoli aku terpandang rear mirror. Kelihatan kereta polis di belakang. Laju. Aku pandang depan. Traffic light masih merah. Nak kejar apa dia ni? Tapi kereta itu tiada tanda tanda akan berhenti. I was like, apakah? Apakah?? (Bahasa sopan untuk wadefak)

Sekelip mata.. DUMMMMM!!!!

"Ya Allah!" Kereta aku yang dah tarik hand brake teranjak ke depan disodok kereta polis tersebut. Oh Tuhan syukur aku tak rapat sangat dengan kereta di hadapan.

Panik. Tapi cuba kumpul kekuatan supaya tak nampak takut sangat. Aku pandang cermin belakang lagi, polis yang memandu itu tunjuk isyarat suruh aku berhenti di tepi. Aku tak fikir apa, mata aku cepat mengingat nombor plat kereta polis tersebut.

Jalan sempit dan sesak, tapi aku tak banyak pilihan sebab aku memang perlu berhenti. Hati aku berkali kali menekankan bahawa aku adalah mangsa so kenapa perlu takut? Tiba tiba teringat isu isu lepas dengan polis. Tiba tiba teringat betapa polis banyak menyusahkan keluarga kami. Tiba tiba terasa darah menyirap ke muka. Terus aku keluar kereta hempas pintu.

"Korang ni bawa kereta macam mana hah??! Traffic light merah kan?" tinggi suaraku. Muka dibuat sehabis samseng. Semangat pendekar entah datang dari mana.

"Sabar cik. Kita tengok belakang kereta cik dulu, sebab saya tengok macam tak ada apa apa.."

Aku terus ke belakang. Eh. Nampak okay je. Tak berpadanan dengan bunyi dentuman. Kuat juga body MyVi rupanya. So kepada yang berhajat nak beli kereta yang kuat dan affordable belilah MyVi, anda tidak akan-- hoy hoy kau ni nak cerita ke nak jadi promoter?

Tapi aku tak puas hati when i spotted that the rear sensor is broken and tear apart from the body (betul ke bahasa mekanik aku ni? Nama benda yang bunyi bunyi bila reverse tu rear sensor kan?)

"Apahal lak tak ada apa apa? Ni sensor terkeluar macam mana ni?" baran aku masih di tahap sama, belum surut lagi. Sambil tu aku dial nombor Encik Hanis. "Awak, kereta kena langgar belakang. Polis pula tu yang langgar. Ni nombor plat kereta WRN 5*95". Kedengaran suara panik Encik Hanis bertanya itu ini tapi tenggelam di sebalik bunyi kereta yang membunyikan hon.

"Cik cik biar saya cakap dengan dia.." si polis nak cakap dengan Encik Hanis. I let them talked, entah apa laki aku cakap yang aku dengar si polis cakap, "Tak ada apa pun, sensor je.. Hah? Bayar? Nak berapa? Okay.. Saya cakap dengan dia nanti.. Okay.."

Dalam pada mereka bercakap di telefon, banyak pula kenderaan lain yang bergerak perlahan dan menyaksikan insiden itu dengan pandangan pelik. Mesti orang ingat aku ni penjenayah bawa dadah kena tahan dengan polis. Damn.

"Macam ni cik. Cik ambil nombor telefon saya. Nanti cik hantar repair, resit claim kat saya"

"Kalau macam tu sekarang juga kita pergi repair"

"Eh tak boleh la sekarang. Saya ada urusan penting ni"

"Dah tu macam mana kalau you tipu, how can i trust you?"

"Jangan risau. Awak ada nombor plat saya, ada nombor telefon saya. So saya nak lari ke mananya"

Sambil bising bising aku ambil nombor dia.

"Nama siapa ni?" Tak nampak pula mamat ni pakai nametag.

"Mizan. Inspektor Mizan"

Ceh. Taknak tinggal title tu. Bila dia tanya nama aku nak je aku jawab,

"Husna. Engineer Husna"

Beria ia kau bagi title bagai, aku save Polis Bodo je nama kau dalam handphone aku.

Dah settle tukar tukar nombor (aku siap ambil gambar kereta dia lagi) kami pun bersurai. Sebelum aku masuk kereta sempat dia berpesan,

"Nanti dah repair call je tau. Kira setel lah ni kan? Sorry ye cik"

"Apa apa je lah" seryes hati aku mudah rasa muak dan jelak jika berlaku sesuatu yang menjengkelkan di kala stress.

Sepanjang perjalanan balik belum lega lagi panas di hati, tiba tiba ada panggilan dari Polis Bodo.

"Cik Husna, saya Inspektor Mizan tadi"
(AAAHHH! Annoyingnya aku kalau orang perkenalkan diri siap dengan title ni!!!)

"Ada apa?" tanyaku hambar.

"Ingat tau nanti dah repair call saya. Tapi jangan tukar satu bumper pula. Sensor je yang rosak kan?"

"Hmm. Tengoklah macam mana"

"Jangan macam tu cik. Mahal tau satu bumper" dia ketawa kecil. Entah apa yang funny entah, rasa nak tumbuk je.

"Laa. Tengoklah macam mana. Dah kalau memang kena tukar bumper i nak buat macam mana?"

"Tapi boleh tu betulkan sensor je"

"Look. Kalau susah sangat you ikut kami pergi repair esok. Then only you know the real condition. Takdelah you cakap i nak pau duit polis whatsoever"

"Okay takpe takpe. You pergi jelah esok. I trust you"

Eceh. I trust you konon. Sampai rumah bising mulut saya cerita dengan Mama, cerita dengan Encik Hanis. Laki aku tu lagilah bagi idea suruh tukar bumper terus, dah alang alang bumper aku memang dah calar balar tu.

Dah dah. Enough dengan kisah polis yang menjelakkan. Malam ni Nisfu Syaaban. Kau orang dah baca Yasin 3 kali? Dah baca doa Nisfu Syaaban? Malaikat tukar buku catitan amal malam ni tau. Baik mulakan buku baru dengan amalan yang baik. Eh jap jap. Amalan baik tu termasuk memaafkan polis tak? Dah tu siapa nak tanggung kos repair sensor?? Mak nak kahwin noq, mana ada duit!

(T__T)


Nota penting: Sekiranya kejadian ini berlaku pada anda ketika lewat malam di tempat yang sunyi, please please please jangan keluar kereta. Ambil nombor plat, ambil gambar kereta yang melanggar dan buat laporan polis sahaja.


16 comments:

dalila165 said...

thanx sbb gtaw nisfu syaaban.,.
sjak ta duk hostel sume dd tataw:(

.: Si BungaKopi : . said...

waw..berani.
patut dicontohi ni (tak pasal2 je aku ni)

Husna Hadzarami said...

didi:
no problem :)
jangan lupa baca Yasin & doa Nisfu Syaaban k..


Bungakopi:
tak berani mana pun sebenarnya (T__T).
tapi sebab kita di pihak yang betul, terpaksalah tunjuk berani. especially perempuan. kalau tak diorang ni pandang remeh je kita.

87 said...

tak rasa macam nak sedih..aku rasa macam nak gelak plak..weii,,kenal aku kan..?

Husna Hadzarami said...

ella:
alamak, tak kenal la.
kat blog kau takde nama kau pun.
cepat cepat perkenalkan diri :D

Anonymous said...

Hahahh terbaek! Dari kat twitter ptg td lg aku dah tunggu cite ni apdet kat blog.heh
-shax-

zella y said...

wah..una mmg best la...
msti polis tu ade perasaan cuak gak tgk awek garang hahhahaha

ella said...

aku tak cakap baca yassin tiga kali haram k..cuma jangan khususkan malam2 tertentu untuk beribadah.bab2 ibadah ni bukan hak kita..tp hak allah...kenapa nak berlumba2 baca yassin malam ni,malam lain tidak...?

tp aku pun tak pasti sangat..sebab aku bukan belajar bab2 hadis ni.tp bila aku baca blog2 ramai cakap amalan baca yassin tiga kali malam nisfu sya'ban ni bid'ah..dan bila dah jadi bid'ah..aku rasa tu buka perkara kecik lagi dah.

nak baca yassin boleh..tp kena ingat,takde pon hadis sahih cakap pasal ni semua.n kau boleh jugak rujuk fatwa yussuf qardawi..tentang amalam2 bid'ah y disandarkan kepada rasulullah..

Husna Hadzarami said...

Shax:
haha. lupa lak ada post kat twitter.
kau kenapa guna anonymous ni?
mesti kes malas log in.


zella:
huhu.
sebenarnya takut juga lah.
buat buat berani je..


ella:
okay. you might be right somewhere.
kalau nak cakap pasal bidaah, sembahyang terawih 21 rakaat pun bukan amalan rasulullah.
baca yasin tiap malam jumaat pun bukan amalan rasulullah. sebab yasin untuk dibaca setiap malam, bukan hanya malam jumaat.
aku tak berani nak cakap banyak sangat pasal hadith, but i have learnt somewhere that bidaah pun ada jenis jenisnya juga.
nevermind. better aku cukupkan ilmu dulu before cakap apa apa kot.
sedangkan sahabat2 Nabi sendiri pun takut nak cakap sebarangan in case tak sama dengan apa yang diajar oleh Rasulullah, apatah lagilah aku ni.
kang pahala tak dapat dosa pula yang dapat T__T
mungkin aku boleh try study betul betul dengan Baba nanti, dah clear betul baru kita bincang semula k :)

Anonymous said...

nama mcm polis Gerak Khas, Inspektor AC Mizal. akakaka..

Poppycock said...

Pergi je repair kat Perodua. Alang-alang repair biar puas hati. Barang pun ori. Dah la Inspektor Mizan tu cakap dengan saya macam cuak je dalam telefon semalam. Kalau dia pangkat Konstabel je mesti dia tak kenalkan diri dia dengan pangkat kan? Konon nak tunjuk kuasa la ni.

p/s: Kita tukar bumper je jom. Baru bergaya nak raya tahun ni.

Husna Hadzarami said...

jij Abdul Hamid:
eh nama AC Mizal dalam Gerak Khas pun Inspektor AC Mizal ke? (tak pernah tengok Gerak Khas :P)


Muhammad Hanis:
hehe. bersemangat betul cik abang ni. aah. cuba kalau dia rendah je. nak ke sebut title tu? ingat orang cuak la tu pangkat Inspektor. (sebenarnya tak pernah tahu pun Inspektor tu pangkat besar ke kecil)

Radin Fadli said...

Macam2 pulak polis na, siap boleh call lagi... nasib baik die tak kata "haa lepas repair kita lepak minum,main boling "...=)

FAA said...

perghh. setuju dengan abg hanis kak una. kalau i jadi u, pergi je perodua terus. dpt barang best kot. takkan die nak cakap resit perodua tuh tipu. if die tanye nape gi perodua, u cakap je "i biase barang mahal. u ade masalah ke?"

hehe. bakar kan u lagi. ;)

Husna Hadzarami said...

Radin Fadli:
dia call sebab cuak takut kita tukar bumper je sebenarnya. memang kopak la dia, nak nak kalau kita buat gila ambil bumper SE ke. nasib baik ai tak sekejam tu. heh.


f.a.r.a.h:
dah pergi dah Perodua tadi.
kena RM74 je. huk.
tapi i tetap text dia minta bayar :D
its not about money, its about pride (cool tak cakap macam ni :P)

Nor atau Nad said...

alamak sungguh kesian
apa ni kak
beli kereta myvi baru jelahh
:DD