Saturday, July 10, 2010

Bila keyakinan diri turun menjunam..

Pernah tak kau tiba tiba diserang paranoid melampau?

Kau rasa kaulah yang paling loser di kalangan adik beradik.
Kau rasa kau yang paling tak menyumbang apa apa di tempat kerja.
Kau rasa kau makin membosankan boyfriend kau.
Kau rasa kau tak cantik, tak ada satu pun dalam diri kau yang cantik.
Kau rasa kau langsung tak ada ciri ciri yang elok untuk dijadikan contoh.

Bencilah perasaan ini. Bukan main susah payah aku bina keyakinan diri, tapi senang senang je keyakinan itu lupus.

Sejak kecil aku memang ada low self-esteem yang extreme. Masa darjah satu cikgu memang jenis yang akan umumkan nombor peperiksaan ikut turutan. Aku tak bangun pun bila nama aku disebut dapat nombor satu. Sebab aku rasa aku tak pandai pun. Aku bukan jenis cakap banyak di zaman persekolahan. Sebab aku rasa gigi aku tak cantik, malu nak cakap. Bodohlah.

Sekarang, dah nak kahwin. Aku tiba tiba rasa aku tak ada satu pun ciri ciri wajib pada seorang wanita. Mulalah aku bandingkan dengan orang lain, dengan rakan rakan yang dah berkahwin. Aku rasa loser gila. Sampai satu tahap aku sampai menangis sms Encik Hanis,
I hate myself. I know nothing about being a woman. Are you still gonna marry me?

Syukur dia bagi semangat, even cabar aku macam macam. Dia tahu aku tak suka betul dicabar segala, ego katakan. Terus naik semangat. Sekejap je naik.

Aku nak sangat jadi perempuan baik. Aku nak jadi paling baik untuk bakal suami aku. Tapi kadang kadang keyakinan diri aku rendah gila. Aku terlampau takut aku kecewakan keluarga dia, dan memalukan keluarga aku. Bencilah perasaan ini. Aku sahaja yang mengalami masalah ini, atau semua bakal pengantin memang macam ni? Okay fine, aku seorang je.

Apa benda ni?

Inferiority complex?
Paranoia?

Tolonglah blah dari hidup aku. Ke sebab aku dah lama tak mengaji? Dah lama tak pegang Al-Quran so hati jadi kacau bilau?




8 comments:

Wanie-san said...

wanie mmg slalu gak rasa mcm tu..
rasa diri kita ni byk kekurangan..
wanie biasanya rasa bila join ape2 aktiviti...
rasa diri ni mesti xdpt handle suasana tu..org laen lagi perfect..rasa diri ni bodoh sgt..padahal tak ada apa2 pun...:(

semut lelabah said...

ko dah nak kawin, jadi eloklah perasaan tue dibuang jauh-jauh. mesti ada sesuatu yang istimewa pada diri ko yang buatkan encik bakal suami begitu menyayangi ko..

Aku jugak selalu rasa macam tue..Meh sini nak cerita sikit..

a. Sebagai lelaki, aku dikategorikan sebagai rendah dan kecil. Tinggi aku cuma 150 cm. Rendah kan? Ko rasa ada ke pompuan nak lelaki rendah cam aku ni?

b. Aku jugak tak hensem. Sangat-sangat biasa.

c. Aku jugak tak lah pandai. Kategori biasa-biasa saja.

d. Aku rasa diri aku begitu banyak kekurangan, sampaikan bila aku tengok perempuan yang cun, aku selalu cakap kat diri aku "hapiz, pompuan tue sebelah mata pun tak akan pandang ko"..

Macam mana?

Husna Hadzarami said...

ermm.. kenapa aku rasa komen komen kali ni sangat bermakna? walaupun baru 2 je?

Wanie-san:
benda macam tu akak selalu rasa gak masa belajar dulu. so bila akak dipilih untuk apa2 aktiviti, sebelum tu akak akan fikir dulu nak buat apa supaya benda tu jadi baik, or at least tak teruk berbanding orang lain. mungkin sebab ego taknak kalah kot. tapi ego ni kalau pandai diaplikasikan pada benda yang sepatutnya boleh jadi baik tau.
you're great girl anyway, jangan rasa rendah diri.


Hapiz Rahman:
komen ni memang aku touching doh. kau pehal bagi aku bergenang air mata?
okay. manusia diciptakan secara adil. mesti ada lebih kat sini and kurang in somewhere else. do not let your outer appearance stop your dream and ambition. at least kau sempurna tubuh badan dan tak ada cacat cela. boleh lalui kehidupan macam manusia biasa lain. syukur tau.

...


eh, pehal end up aku yang kaunseling orang ni?? itulah, cakap senang kan. kasi buat sikit~
thanks anyway..

Nurulhuda|Adlie said...

una, chill okay, my collegue cakap, bukan cakap la, dia brainwash i, dia kata nak kawin ni mmg ada perasaan mcm ni.. lepas tu dont think too much, have things ur way and ull feel content, the rest let it happen naturally, i mean like jadi baik for our husband, semua tu very subjective.. semangat okay :)

i lagi la tak pandai masak langsung okay, i got worried la ape la especially nak kawin ni, till i rasa eh i boleh study degree dengan jayanya, i can handle la masak2 ni as long as i have the drive and nak belajar..

@fitridzulkifli said...

weih. bukan apa. nak bagitahu. inferior boleh shj. tp en. kna sgt berpada2. superior, boleh jgk, pon berpada. sprti header blog anda kan.. rather be hated for who i am........wtv.

dan jugak.
blog anda comel. haha

semut lelabah said...

jangan touching lebey ya! Nak kawen anta kad kat blog.. hahahhahahaha

Husna Hadzarami said...

Nurulhuda|Adlie:
thanks huda. if only u know how much you helped :)
i'm feeling much better now, knowing that this feeling is commonly experienced by other brides too. hey, you'll be good. don't worry :)
thanks again.


fitri:
okay i got it. thanks :)
eh comel ke? macam tak kena je.


Hapiz Rahman:
kalau aku dah invite nanti kau wajib datang tau!

Nor atau Nad said...

same goes to me
T_________T
masamasa mcm nih saya perlukan parents
to comfort me back
rasa mcm budak balek
x payah pikir pasal mnda laen yg remeh temeh
x payah compare diri dgn sesiapa
argggh
i'm having difficult time now!!!