Sunday, June 27, 2010

Surat untuk kawan baik. Please baca sampai habis :(

This entry is dedicated to the girls whom we have been bestfriends like.. forever.


2-3 hari ni adalah hari yang sangat panjang untuk aku. 2-3 hari ini memang aku balik lewat malam buat tender, so 2-3 hari ini adalah hari yang sangat tak terurus and even last Friday night aku tidur pakai baju kurung je lantaran terlampau letih. Oh, hari Jumaat aku memang pakai baju kurung, dan Jumaat lepas aku pakai dengan selendang hitam emergency sebab malas nak iron tudung lagipun-- OMG please takde siapa interested nak tahu kau pakai baju apa.


Semalam pun aku balik lambat, tender punya hal lagi lagipun gaduh dengan Hanis aku nangis sampai mata bengkak, terasa masin sikit donat yang aku makan sebab campur dengan air mata eh apahal nangis nangis pun sempat makan donat lagi??


Dah la semalam tidur lambat, hari ni awal awal pagi (pukul 8:30 pagi adalah sangat awal untuk hari Ahad) Mama dah gerak bangun suruh pergi rumah Kakna sebab Kakna on-call dan abang ipar aku kena pergi Tanjung Malim tiba tiba. So siapa nak jaga anak anak mereka 5 orang tu? Siapa? Siapaaaa??? Oh sangat annoying tanya orang ramai siapa nak jaga anak banyak kali. Dalam keadaan terpisat pisat aku bangun capai tudung indon dan terus drive ke rumah kakak aku. Aku duduk sana sampai pukul 3- sempat la juga cebok Asha berak 2 kali- sebab rasanya lebih afdal bawa budak budak balik rumah Mama je senang takyah aku nak masak apa apa.


Sampai rumah Mama baru teringat cheque gaji belum masukkan dalam bank lagi, duit dalam purse dah la tinggal RM8.25 je. Kalau bank in cheque hari ni lepas 3 hari la baru boleh cash kan. Shit, aku nak makan apa dengan RM8.25?? Terpaksalah minta duit Hanis, eh tapi aku gaduh dengan dia tak macho la minta duit dia. Takpelah, mungkin aku perlu berpuasa. Takpun makan je la biskut kering cecah Milo pagi petang kat office tu (harap harap kekasih baca dan bersimpati heh heh aku memang licik dan keji).


Dalam pukul 6 baru sampai rumah. Pukul 8:45 malam, tiba tiba rasa nak on handphone maxis. Dah dekat sebulan tak on, malas nak on sebab handphone tu cepat habis bateri penat betul nak cas lagipun semua orang contact di nombor Celcom je sekarang. Little that i realized that none of you have my Celcom number. On je handphone tu ada dua SMS. Buka.


Message No.1:

Mahukan video panas? Taip ON PANAS dan hantar ke...

Wtf siapa nak membazir duit request video panas dari handphone?? Kan boleh je download dari internet? Bukak Google taip je Ariel Peterporn--- oh i better stop here.


Message No.2:

Salam una, jgn lupe dtg umah aku pkol 12tghari ni tau -ely.


I was like.. OMAIGOD OMAIGOD!! THE GATHERING! MACAM MANA BOLEH LUPA NI!!! DAMN IT! DAAMN!! (T____T)


We're supposed to have lunch together at Ely's house. Something like girls' party. Or slumber party day version. 6 of us. They have put so much efforts in this, even Ely sanggup masak for us! They purposely throw the party sementara masih bujang lagi. Dah la rumah masing masing dekat gila! 5 minit je jalan kaki. And I.WAS.JUST.TOO.DUMB.THAT.I.FORGOT.ABOUT.THIS.


Girls, i know this is probably the lamest excuse you might ever heard. But i'm going through a very hectic life at the moment-be it my career or my personal life. I don't even have time for myself. Muka kusam gila, mata lagi hitam dari mata panda-- Okay cut the craps. Bottom line is, i totally missed the date, which is today. Silly me. You might not buying it, but eversince i stop wearing my watch (sebab habis bateri and takde masa nak pergi tukar bateri poyo lah kau manjang takde masa), i tend to miss the date almost everyday. Pernah aku beria ia pakai baju kurung siap sound Encik Hanis suruh pergi sembahyang Jumaat lagi, padahal hari tu hari Rabu. I'm truly sorry.. Aku memang nak sangat join korang.. Makan makan, cerita cerita, ketawa ketawa.


If only you know how much i miss you.. All of you.. I'm sorry :(
GENG BAS SEKOLAH. Geng sejak darjah 1 doh. Aja sorang takde masa ni, sebab baru lepas bersalin. Yang kat sini semuanya masih single. Ni masa hari raya 2 tahun lepas kot. Masa tu aku memang single. (Ni apahal emphasize pasal single 2-3 kali?) Perlu ke posing macam gambar keluarga ambik kat studio?
Ni anak Aja. Sekarang dah setahun lebih dah, comel gila! Aku kalau ada anak lelaki nanti nak jodohkan dengan anak Aja la. Tak kisah la dia tua setahun pun, moden sikit perempuan lagi tua dari lelaki.


(Entri nampak tak serius. Tapi aku serious hell sekarang rasa nak mencarut sambil tumbuk dinding bertubi tubi. Yes, i was too coward to call you girls - Ely, Adah, Mas, Aja, Ina..)






9 comments:

Roxy zai said...

olooo..ciannyer..bz sgt lorr ur life..tp dun worry..mesti ur girls paham^_^..len kali gathering bwak anak2 pula!hehe

Cik Akma said...

ala kak chill. mende cmni xleh nk jangka kan. da terlupaa huhu~

Nor atau Nad said...

ha....ha
x tau
diorang marah,,
*mereka sure paham kondisi akak=P

zella y said...

baik call dorang...
xpela...xpegi pun...
confirm dorang fhm...

Anonymous said...

salam una
aku pun tau hang sibuk nak mampus, but you need to manage your time properly.
first thing first.
kes jam dah habis bateri rasanya dah berkurun dah entri tuh.kalau hidup tak leh tak ada jam, then you solve that one first.
bukan apa, dah kawin, kendian ada anak (memangdangkan hang memang suka baby, so aku emphasis benda nih), masa hang lagi kucar kacir kalau tak properly arrange. nak keja buat breakfast suami lagi, nak siapkan baby anto nursery (yg mungkin juga mak ayah atau mertua hang la kan), nak iron baju apa semua (smlm balik lewat nak siapkan tender, so tak sempat), baju di washing machine lagi, katil berselerak lagi, aduh mana make up aku nih... dan sebagainya.

so, belajar dan sesuaikan diri dengan hidup gila nih as soon as possible.

and for those happen, was happen. dah jadi sejarah. dan make sure lesson learn.

tapi, kalau aku jadi depa2tuh pun aku takkan marah hang. aku yakin depa paham. dan depa akan tangkap gambar yang sama (macam dalam entri) dan buat caption "Una tak da dalam gambo sebab dia terlupa tarikh ni sebab sibuk hal kawin; kami tak kisah, nanti gak nak pi rompak kenduri kawin dia"

kan sweet tuh.
kawan2baik memang sweet.
depa jer yang boleh terima kita dengan gelak tawa kalaupun kita kusut masai tak mandi apa segala.
kawan2always accept you as you are.
so appreciate them.

ha, apa lagi? tepon la mintak maap dulu.
dah clear cheque nih cari jalan belanja sekupang dua ice cream tuh.

erk, lepas abih tender la. ni kan sibuk.

ah, terpanjang semula.
aku stop dulu ya.

FAA said...

erk? haiya. how come u bleh miss the big date kak una. takpe2. try 2 catch up wit them later. i rase dieorang faham. bestfriends always understand each other right?

.: Si BungaKopi : . said...

lama x singgah blog ni..byk dah berubah..lebih cantik dr dulu. hari tu ada ter pk, eh dah lama aku tak masuk blog, ntah2 husna hadzarami dah kawin.

cik said...

adah cakap>>"owh una u shed my tears, walaupon ko x dtg aku mkn utk ko. and fyi aku yang msk!!

mas ckp>>apsal aku kne jadik posmen ni?? (ak pun almost lupe aritu..nsb baik ak bukak tingkap dgr adah jerit..hahahaha)

Husna Hadzarami said...

Roxy zai:
hopefully la :(
eh thanks for dropping by.


Cik Akma:
tak nak chill.
nak chili's :D


nadirah nor:
kalau asha macam ni: "ha.ha.. tatayo". heh heh.
harap diorang faham :(


AJ Nismihan:
fine fine.
aku akan rearrange my schedulu and so on after this. memang dah mula rasa bahang stress dia dah sekarang ni.
gimme time okay, i need time! tiba tiba emo.
anyway tender dah submit. tapi ada satu lagi next week.
T___T


f.a.r.a.h:
bestfriends always understand each other right?
omg aku suka ayat ni.


Bungakopi:
hah tu la.
lama kau tak update blog.
entah entah kau pun dah kahwin kot senyap2?
heh heh.
anyway thanks :)


rahmas:
adah>> huhu. sorry tau. *sob sob* eh kau yang masak ke? haha tak pasal pasal ely yg dapat nama :P
mas>> dah kau yg ada blog, terpaksa la jadi poswumen :P eh adah ada jerit ke? padan la dari rumah kakak aku kat sri gombak tu dengar sayup sayup suara dia. ingatkan org lain. heh heh.