Friday, June 25, 2010

Mencintai apa adanya..

Suatu petang sambil jalan jalan di Mid Valley..

Cik Husna: Tak suka la dia buat macam ni sampai bila saya nak tahan bla.. bla.. bla.. (menceritakan kekecewaan dan kesedihan tentang seorang yang berkait dengan rapat dengan saya)

Encik Hanis: Sabar la. Nanti dia berubah la tu.

Cik Husna: Dari dulu dia macam tu, bila besar jadi makin teruk je saya tengok tau.

Encik Hanis: Dia akan berubah. Percayalah cakap saya. Dia akan berubah bila dia jumpa seorang perempuan yang dia betul betul sayang..

Cik Husna: *Diam*

Encik Hanis: *Diam jugak*
Cik Husna: *Senyum lebar* Awak berubah sebab saya ke?

Encik Hanis: Eh tolong sikit. Saya berubah sebab diri sendiri lah!

Cik Husna: Ala malu la tu malu la tu hahaha.

Encik Hanis: Ish, betul la saya takdenya nak berubah sebab perempuan. Eh jom masuk ZARA *ubah topik*


Hahaha..


Okay biasa dengar kan orang cakap mencintai seadanya? Adakah bermakna menerima segala kebaikan dan keburukan? Memang itulah maknanya nak fikir makna apa lagi. Tapi adakah bermakna kita tidak perlu berubah dengan beranggapan, "Kalau dia sayang aku dia kenalah terima aku macam ni" ??


Oh adik adik tolonglah jangan lurus sangat dalam hal ini.


Bagi saya ayat mencintai seadanya tu sangat subjektif maknanya. Kalau kau jenis malas mandi dan bau kau sangat hapak, tiba tiba kau ditakdirkan jatuh cinta, adakah kau tetap nak berpegang pada pendirian 'AKU TETAP TAKNAK MANDI SEBAB KALAU DIA SAYANG AKU DIA KENA TERIMA AKU SEADANYA TERMASUKLAH BAU BADANKU YANG HAPAK DAN DIHURUNGI LALAT'?


World doesn't revolve around just you, man. Patutkah Mila terasa hati bila kekasihnya Mahmud menegur sifat panas barannya dengan beranggapan jika Mahmud ikhlas mencintai maka Mahmud perlu menerimanya seadanya termasuklah membiarkan sahaja kelakuan buruknya? Patutkah Rozita yang kaki clubbing mengabaikan teguran Ramli yang suruh dia stop clubbing dengan alasan sebelum bercinta lagi Ramli dah tahu tabiat buruk dia tu so takyah la tiba tiba nak suruh berubah. Patut tak? Patut taaakk?? Taak.. Taakk.. Taaa....k.. (Wah siap ada echo.. Konon menjerit dalam gua..)


So kawan kawan. Dan juga diri sendiri. Kalau kita ditegur kerana sikap kita yang keterlaluan dan teguran itu ke arah kebaikan dan tidak memudaratkan, tak salah untuk kita menerimanya dengan hati terbuka dan cuba berubah. Kita ditegur supaya kita menjadi lebih baik, maknanya kita ditegur kerana dia sayangkan kita. Macam ibu bapa yang tegur kita la. Kau berani nak cakap dengan Mak kau, "Mak mana boleh tegur, Mak kenalah terima Along seadanya"?


Tapi kalau boyfriend kau tegur, "Yu ni asyik pakai baju kurung je, cubalah pakai skirt pendek sikit. Barulah bangga ai jalan dengan yu. Yu taknak ke buat ai bangga? Demi cinta kita?".. Kau jangan teragak agak menghadiahkan sekeping pelempang buat beliau. Baru boyfriend, boleh je lempang jangan takut tak cium bau syurga ke apa. Kalau suami kau yang suruh macam tu, erm.. Tak tahu lah nak cakap apa.. Bawak bawak la mengucap sikit cik abang ye..

11 comments:

Adam said...

erm.. kalau diteruskan dialog tu.. kan lebih menarik utk dibaca...? hehehe!

contoh yg terlalu panjang.. pening kepala nak baca... :p just cakap je la lelaki tu bla..bla..bla.. simple jek..

tapi kebanyakan lelaki berubah sebab gf.. tak dinafikan tetapi ada jugak malaon2 yg ego ni tak nak berubah. sebaliknya mereka mengubah teman wanita mereka... panas baran pulak tu.. takleh blah ngn lelaki camtu..

http://dakjaat.com/blogsphere/ jom exchange link :)

**hudalulu** said...

saya lebih suke kalau die berubah untuk kebaikan diri die sendiri daripada disebabkan kite...
sebab pada saya itu lebih bermakna =)

Husna Hadzarami said...

Dakjaat™:
aah. tu aku perasan gak.
banyak gak lelaki yang taknak berubah tapi dia yang ubah girlfriend dia ke arah dia.
weh blog kau pening la, aku dah usha tadi kejap.
mana satu link kau?


**hudalulu**:
betul. tapi biasanya kita akan berubah disebabkan dorongan sesuatu.
contoh lebih kurang macam ni la. asalnya dia konon berubah untuk kita, tapi bila dah terbiasa dengan perubahan tu dia akan tetap kekalkan walaupun hubungan tu dah berakhir.
ni untuk orang yang tahu berfikir la.
kalau untuk si haprak aku taknak komen.

FAA said...

entry ini hebat!

farah aliaa likes this. ;)

-kak una, what if org tuh rasa takde ape2 yg perlu die ubahkan?-

semut lelabah said...

hahahaha.. ok baik! sila cntai saya seadanya.. hahah..

Cik Akma said...

setujuuuu!! :D

zella y said...

baik berubah utk kebaikan diri sendiri tp salah klu berubah utk kebaikan bersama kan...

prnah ade sorang kwn yg bangga giler bila pkawe dia suruh dia seksi...apalah....skrg ni dorang xkawen pon...

Anonymous said...

kali ni aku nak tulis pendek ja.

you got the point straight forward!

so aku tak nak komen banyak-banyak, sebab entri nih memang tepat as it is.

p/s: f.a.r.a.h dah mengumpat pasal hang dekat blog dia. wakaka...

Adila Ady said...

kau ada tengok dalil cinta lakonan fahrin ahmad dan amani...?

Husna Hadzarami said...

f.a.r.a.h:
thanks.
ye ke? dia rasa dia si hebat ke?
meh sini bawak jumpa sketttt.
(baca stail rempit)


Hapiz Rahman:
kau hensem tak? takpun badan kau taf tak?
kalau kau ada 2 ciri ciri di atas aku boleh iklankan kau :D


Cik Akma:
:)


zella y:
aah.
berubah atas kesedaran sendiri lebih baik sebenarnya, lebih bermakna bila perubahan tu menggembirakan kedua-dua belah pihak :)
eh ada jugak perempuan macam tu? dari Amerika ke dia?


AJ Nismihan:
thanks brother.
tau! tau! korang 2 orang memang suka mengata aku.
grrr..


Adila Ady:
tak. kenapa? best ke? ada kaitan ke?

Encik Mat said...

best.. :)