Wednesday, June 16, 2010

Membakar lemak dengan bermain Twister

Malam kelmarin main Twister dengan anak anak buah. Game yang sangat menyemputkan buah pinggang. Ok mari kita tengok step by step permainan ni walaupun orang lain dah lama main benda ni kau je yang ketinggalan sukati aku la nak cerita jugak.


Apa yang diperlukan adalah tapak permainan, spinner dan juga penjaga garisan. Watak penjaga garisan adalah optional- terpaksa diwujudkan sebab dua budak perempuan ni tak tahu main tapi nak main juga.

Tapak permainan dan penjaga garisan. Pehal Ashaa macam orang besar besar pakai towel kat kepala selepas mandi??
Spinner. Saya pusing abang Halim! (dialog Roda Impian dulu dulu, macamkan Halim Othman tu abang kau)


Lepas tu bahagikan team. Sila bahagikan sama rata, orang dewasa dan budak budak. Jangan 2 orang dewasa lawan 2 kanak kanak. Tapi kalau orang dewasa tu bersifat keanak-anakan macam Oyah takpe.


Seperti yang dilihat dalam gambar di atas, Team 1 terdiri daripada Si Orang Dewasa Pra-Matang (Oyah) dan Si Stress Kalau Tak Dapat A Dalam Peperiksaan (Imran). Team 2 pula terdiri daripada Si Baru Baligh (Abang) dan Si Seluar Koyak Tapi Tak Pakai Spender(Ipan). Jangan lupa untuk melantik seorang pengadil untuk memusingkan spinner. Oh dah ada pengadil rupanya - Si Jelita (Antina heh heh :D)


Kelihatan kapten kedua dua pasukan sedang meng'O Som' untuk menentukan giliran. Macam biasa Oyah main tipu lalu menang. Eh bukan ke towel tu Ashaa yang pakai kat kepala tadi?


Pengadil memulakan permainan dengan memusingkan spinner.
Jeng jeng! Jarum spinner menunjukkan Left Hand di bulatan hijau. So Oyah selaku pemain pertama haruslah meletakkan tangan kiri di bulatan hijau. Haha padan muka jauh nak capai.


Ni dia. Aksi paus kuak lentang. See? Anggota badan lain tidak dibenarkan menyentuh tapak permainan. Terasa nak biarkan aksi ini bertahan selama sejam sebelum memusingkan spinner tapi tak sampai hati pula.

Seterusnya pengadil akan memusingkan spinner secara bergilir gilir mengikut team, sampai jadi macam ni.


Atau macam ni (masa ni Oyah dah surrender dan diganti dengan penjaga garisan tadi. Eh adakah maksudnya saiz badan Oyah menyamai dua penjaga garisan? Wakaka!)

Pendek kata, siapa yang tak larat dan collapse dikira kalah la. Best tau main ni, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengeluarkan peluh.


Tapi memang hiruk pikuk la satu rumah.


"Adik kau jangan kentot tau muka Acu kat bontot kau ni!"
"Antina cepat la pusing, Abang tak tahan dah ni!"
"Ipan seluar koyak ke?? Eeeeeeeee geli laaa!!"


HAHAHAHA. Siapa la yang malang kena lalu tangan bawah kangkang Ipan.


Gambar selingan:


Selepas seminggu tak berjumpa. Pehal aku macam makcik kerja government? Pehal aku yang nampak eksaited lebih?? Adakah beliau dah tawar hati selepas ternampak orang asli rambut kerinting mandi bogel di sungai Gua Musang????


10 comments:

Anonymous said...

me-nye-gho-ngin jer lebih nampak. hua ha ha. anis nampak lilek jer minum ayor. ni mesti kes tengah khusyuk nak update fb tiba2hang paksa nak tangkap gambar kan.

dan...
minum air kosong jer?
mana jus oren segelas, nasik goreng dan telur goreng macam dulu2? milo panas separuh cawan lagi?

hua ha ha..

pasal permainan tu, nampak gayanya macam tak adil jer. oyah dah nak penuh board, jadi macamana yang lain nak capai tempat yang sepatutnya. bias betul.
tapi suka si pemerhati pemainan yang sedang membaca buku manual permainan di gamabr tiga (dekat bawah kiri tuh). kiut. orang memang selalu kata, kalau mak sedar tak kiut, anak sedara mesti kiut. Dan anak2sedara hang nampak kiut lah una! hua ha ha

Aini said...

siyes macam best je game ni..huhu

Sha-na.Szied said...

hye slm ziarah dr saya

bestnye game tuh siyes..nak beli kat mna??

erm..tutorial yg bagus la.nak test lepas beli..

ps: header kt blog wat sendiri ke? cun la...leh tau ke buat kt mne

hanna said...

seronoknya ada anak sedare rmai boleh main mcm tu.huhuw. (^.^)

FAA said...

perghh. oyah. memang tak hingat conquer game tuh eh? hahaha. kak una! i nak beli la game nih. u beli kat mana eh? i tak penah tahu pon. huhu. (lame tak i? haha)

Husna Hadzarami said...

AJ Nismihan:
heh heh. air kosong la elok untuk kesihatan.
aku cuma nak jaga kesihatan dia je :D
memang bias, kesian budak budak kena penyek dengan Oyah. *sigh*


Aini:
best. beli la :)


Sha-na.Szied:
hai. thanks ziarah.
oh game ni beli kat Carrefour. RM59.90 je.
kat kedai lain macam Toys 'R' Us pun ada gak kot tapi lagi mahal rasanya.
header? haha cun ke. malu la nak cerita pasal header ni, baca kat entri ni k:

http://princessuna.blogspot.com/2010/06/header-baru-dengan-semangat-baru.html

(taktau nak letak link yang boleh tekan terus kat comment tu :P)


hanna:
ala main dengan kawan kawan or adik badik pun best jugak :)


f.a.r.a.h:
haha ingatkan i je yang lame baru nak main :P
i beli kat Carrefour ni. RM59.90 (perlu ke explain sekali lagi kat komen ni?). beli la, boleh main dengan housemates :)
i beli ni as birthday present for Ipan.
saje beli something yang boleh main ramai2 :)

Cik Akma said...

mcm best je game ni haha

hepp ewahh seminggu tak jumpee lallaaa :)

zella y said...

main menda ni mau terbelit urat kentut ni miahahah

Husna Hadzarami said...

Cik Akma:
memang best pun, try la.
ehemm, baru seminggu nak kecoh kan? heheh


zella y:
aah la. padan la dah seminggu tak kentot. biru dah muka :D

humaira hadzarami said...

seronok nampak mengutok kat sini -.-*