Friday, April 16, 2010

A friend in need is a friend indeed. (tiru tajuk post Oyah)

Orang kata, walau macammana bahagia pun hidup anda dengan kekasih, kerjaya dan sebagainya, jangan sesekali melupakan rakan rakan baik anda ye. Please value your friendship, sebab nanti bila anda nak kahwin anda akan memerlukan rakan baik untuk membantu anda secara sukarela, seperti yang dilakukan oleh rakan baik saya semenjak sekolah menengah ni, Waie. Check out this checklist!




Ololo ni bestfriend siapa sweet sangat ni? Siap ada header tulisan bunga bunga nama bakal pengantin lagi. Haha! Panjang lagi checklist ni tak termuat nak tunjuk semua. Untuk orang yang konon sangat busy macam saya ni, checklist seperti ini sangat membantu okayy! Banyak juga benda yang tak terfikir ada diselitkan di sini. Maklumlah saya ni dah suku abad, otak ni macam cepat je nak lupa especially kalau Mama pesan suruh basuh pinggan cepat betul lupa tapi kalau ada orang berjanji nak belanja makan walaupun sebulan dah berlalu masih lagi segar di ingatan. Kenapa ye? Pelik betul..


So motif entri ini simple je, hargailah rakan rakan anda. Macam mana hebat pun anda, jangan sampai lupa kawan ye. Ini adalah prinsip hidup saya sejak dulu. Kita tak tahu apa akan jadi in future, sebab bestfriend adalah orang yang akan memapah anda bangun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik di masa depan.


Hanya kawan baik jugalah yang sanggup tak tidur malam baca majalah Pengantin pilih apa warna yang sesuai untuk kita, kawan baik jugalah yang sanggup teman anda pergi joging petang petang walaupun dia dah kurus macam lidi dengan alasan nak motivate saya padahal saya tahu dia ikut sebab ada abang askar hensem joging situ, kawan baik jugalah yang bila saya menangis kena marah dengan boyfriend sebab buat perangai childish dia cakap, "Ish teruknya dia tu?? Takkan dia tak tahu pompuan memanglah childish kan? Kan?", dan bila kita sengih sengih dah berbaik dengan boyfriend dia cakap, "Kau tu memang gila, sikit sikit nak buat perangai childish. Nasib baik pakwe kau tahan dengan kau".. (-_-")


Oh i miss my bestfriends... *sob sob*


Kepada pakwe pakwe di luar sana, jangan nak buat hal tak suka makwe punya bestfriends. Selalu sangat dengar kes macam tu, lepas tu makwe jadi serba salah nak pilih siapa. Kesian tau.. YOUR LOVE ONE DOESN'T HAVE TO CHOOSE. Ingat sikit, bestfriend kekasih anda adalah orang yang akan bersama kekasih anda di saat anda tak mampu untuk berbuat demikian. Sebenarnya kalau anda membenci rakan baik kekasih anda samalah seperti anda membenci kekasih anda juga tau. Bak kata orang tua tua macam Abang Zack, cara paling mudah untuk menilai seseorang tu adalah dengan melihat dengan siapa dia berkawan baik. So kalau anda boleh menerima kekasih anda, terimalah juga rakan rakannya. Lainlah kalau kekasih anda berkawan baik dengan minah rempit or bohsia ke apa, tu lainlah ceritanya kot..





7 comments:

Radin Fadli said...

Kalau kawan die jenis mengajak membuat benda2 yang kurang elok...memang patut tidak disukai oleh saya...best friend, best friend seronok ada, dulu pernah ada.

FAA said...

waa! i wished my bestfriend pon wat i mcm tuh bile nak kawen nnt. huhu. ;) ha kak una, da ade checklist tuh, selalu2 la check ape kne buat. nnt problem lak da dekat2 nnt. (nape aku membebel kat sini? haha)

Cik Akma said...

setuju! kalau lelaki xleh terima kwn2 kita. so baik pk elok2. kwn2 tu da mcm diri kitaaa da kot. hehh~

let's share everything said...

ishk... suwitnye kawan kau na.
hahahahha......

siyes.aku marah gile dengan kawan aku yang tidak menghargai kawan yang laen.

tanpa alasan yang kukuh.

cissss....

tapi siyesla suwit sangat kawan kau ni.
gelak comel sambil tersipu-sipu.

cikmemy said...

husna, tahniah eh nak kawen...semoga bahagia..

erm..kawan baik tu adlh kawan yg plg jujur dgn kite, kalau salah pon dia akn tegur.x hipokrit..betulkan..

avid said...

point taken psl last paragraph tu.

asma Pak Wahab said...

una..bilekah tarikh bersejarah??apesal aku over excited a??sbb aku teringin tapi xmampu lagi..uhukkk...hahaha