Saturday, April 10, 2010

Negativity.

Aku tak suka..
  1. orang yang tak punctual.
  2. orang yang mengambil mudah dalam menabur janji dan bila kita ingatkan janji tersebut dia cakap, "Eh aku ada janji ke?"
  3. orang yang tak belajar dari teguran dan asyik ulang kesalahan yang sama.
  4. orang yang like status sendiri kat Facebook.
  5. orang yang cakap tak suka barang tak berjenama tapi sendiri pakai jenama Channel, Adibas or Louise Fuitton. Dik, baik kau pakai brand TXZ (berlambak kat TimesSquare) dari pakai jenama gempak tapi fake.
  6. orang yang konon hanya dengar lagu omputih tapi cakap English tunggang langgang.
  7. orang yang tak punctual.
  8. orang yang cakap, "InsyaAllah, saya akan berlakon filem bertajuk Jalang, sebagai si jalang". Sedap je sebut nama Allah untuk benda tak elok.
  9. orang yang tak habis habis tulis "Blogwalking!" kat shoutbox orang lain.
  10. orang yang dah rampas kekasih/suami orang lepas tu cakap dengan muka sedih, "Saya hanya manusia biasa yang tak dapat menolak takdir. Mungkin saya memang dah dijodohkan dengan dia"..
  11. orang yang tak punctual (hambik 3 kali aku ulang pasal punctuality).
  12. orang yang cakap banyak tapi hasil haprak.
  13. orang yang malas berfikir semua nak tunggu orang lain bagi penyelesaian.
  14. orang yang meminta minta.
  15. orang yang suka test market dengan awek/balak orang lain.
  16. orang yang semua gambar Facebook dia beraksi camwhore sambil memuncungkan mulut dan mengenyitkan mata.
  17. orang yang pakai seksi dengan alasan taknak hipokrit. Pakai tutup aurat adalah HUKUM, jangan kau nak putar belit dengan PRINSIP.
  18. orang yang pakai tudung tapi jalan peluk peluk dengan boyfriend.
  19. orang yang banyak drama dan airmata.
  20. orang yang selamba potong Q masa beratur panjang.
  21. orang yang cakap "Money can't buy happiness" disebabkan malas berusaha. Bro, poverty definitely can't buy happiness, even worse.
  22. orang yang sengal tag kita pada gambar yang entahapahapa, dan lebih sengal lagi bila ramai pula yang mengomen.
  23. orang yang berbalas balas ai luv yu ai mis yu dengan kekasih di wall Facebook, setiap hari, setiap masa. OMG.
  24. orang yang menjadikan kekurangan orang lain sebagai bahan komersial. Contohnya cerita Halimah Jongang. Kalau director dia sendiri jongang lain la. Kesian orang orang yang jongang jadi bahan jenaka lagu dia.
  25. orang yang suka membahan orang tapi tak boleh terima bila diri sendiri dibahan.
  26. orang yang sentiasa pandang rendah usaha orang lain. Contohnya: "Ala buat apa nak padam lampu untuk Earth Hour bukan ada effect pun", "Eleh bila Israel serang Palestine nak boikot McD konon padahal komputer and software korang tu pun buatan diorang jugak".. Dik, faham tak istilah 'Something Is Better Than Nothing'?? Kau tu memekak je banyak, membantunya tidak.
  27. orang yang trying too hard to look beautiful. Less is more, please.
  28. orang yang bermulut manis dan berlemah gemalai dengan semua orang, sampai tak boleh nak beza layanan dia terhadap kekasih dengan kawan biasa.
  29. orang lelaki yang berbangga bangga kalau dapat awek seksi. Suka kot tubuh kekasih dijamah mata lelaki lelaki lain.
  30. orang yang konon tak suka aku tapi hari hari baca blog aku.
  31. orang yang ada blog sendiri tapi bila nak komen mengutuk blogger lain dia guna Anonymous.
  32. orang yang asyik asyik tulis entri emo macam aku. Eh.
  33. dah la malas nak taip kau orang pun mesti tak baca sampai habis pun kan.
Nak tidur.





10 comments:

Unknown said...

first of all,saya baca sampai habis entry ni..daripada semua ni,hampir 95% saya setuju..bercakap soal janji,saya ada pendapat saya sendiri mengenai janji..

http://www.kuehtart.com/2010/04/memberikan-janji-memang-mudahtapi.html

harap husna dapat beri pandangan dalam entry tersebut..terima kasih..

Cheers,
Sendra.

Anonymous said...

heh,
banyaakkk part yang aku setuju.
tapi ada jugak lah yang kena batang hidung aku sendiri.
contoh, punctual tu.
ehehhehe.

Radin Fadli said...

saya baca sampai habis..weeee~~
sambung lagi esok tau..nak sambung baca .
ada ke yang try to hard to be beautiful? rasa macam ada kot...
kenapa ramai orang suka memuncungkan mulut tu?/kalau kena sumpah jadi muncung jadi haloma si muncung pulak lol

Nor atau Nad said...

hahahaha
bestbest...rasa nk copy nn paste saja sebb samalahh sis
ada satu yg x sama
likelike status sendiri
ini x dpt dielakkan
ahahahah
^^

.: Si BungaKopi : . said...

bab tag gambar..sangat setuju. macam xde akal je tag uk pic yg bukan2 kemudian komennya bersepah. ambik, kan dah kasar bhasa aku.

aku setuju juga yg bab xnak hipokrit sbb tu tak pakai tudung. mengaku jelah aku xnak pakai tudung wpun aku tahu itu bdosa. kan senang daripada tunjuk baik.

zella y said...

tag gambar tu mmg paling menyampah sekali...
kdg2 gambar tu xde kaitan langsung secara amnya pun tp still nak tag org lain...eee....

nak tambah lg 1 boleh x?? paling xsuka org bersiap lambat, nak make up la, nk tenung muka kat cermin smpai retak baru la puas ati...ee...mmg xsuka btul! tu yg boleh jd xpunctual tu...

Sha Syalizz said...

lain org lain sifat... so, kite kat sekeliling kena terima atau tegur lah dia dan mereka2 itu with acceptable ways... so no hal tu bro!!

(ada gak org lain tak suka about ourselves...)

Wanie-san said...

wa....ade yg same..
paling xsuke..org yg suke kne kan org..
tp bile org nak kne kan die..die emo terlampau plak.!menyampah giler!

xsuke jugak org yg semua nak suh dgr ckp die!!bengang!!hoho emo plak..hehe

avid said...

lol @ like status sendiri kat facebook..

Husna Hadzarami said...

ni apa yang aku tak suka je, korang pun sila buat list sendiri apa yang korang tak suka. and jangan lupa masukkan, "aku tak suka orang yang asyik tak suka orang lain". haha..