Sunday, April 25, 2010

I'm back! and i'm black (T_T)

Last week has been a tremendously busy week for me. Site visit Sandakan, ok this is usual. But to bring along all the directors as well? This is unusual tapi dengan bantuan project team everything went just well, or maybe it seemed well, ah whatever.. Dah taknak cerita apa yang dibuat at site, macamlah aku sorang je pernah masuk site berlambak tau engineer perempuan yang permanent duduk site aku ni masuk sekali sekala pun nak kecoh.


Tapi site serius panas gila!! Huh kata taknak cakap pasal site. Mungkin sebab dah lama tak kena panas, so the first day masuk site saya rasa macam nak pengsan lantaran kepanasan melampau. Gila tak macho langsung! Kalau pengsan memang buat hal betul, kena pakai kren nak angkat.


Nah gambar. Curi dari page Facebook Abang Zack, yang semangat upload terus via iPhone.
On the way to our first site. Takyah susah susah cari mana saya, takde orang perempuan lain pun kat situ. Hukhuk. Ini bot besar, perjalanan pun 20 minit sahaja.
Pungpangpungpang, dah nak balik pun. Ni gambar bersama semua directors, engineers dan lain lain semasa menunggu bot untuk pulang ke pangkal jalan. Takyah la tunjuk gambar kat site. Bukan best pun gambar construction. Balik balik simen, pasir, batu, dan bangunan tengah nak naik. On the way korang pergi kerja pun bersepah nampak construction site, live gitu.
Pehal aku sebijik macam minah indon??
Ok ni baru nak gerak ke second site, the most difficult sites. Ni site di Kinabatangan, hulu gila aku cakap kau! Sebelum bertolak tu siap buang air semua dulu, sebab sana susah nak jumpa toilet. Orang lelaki senang la, aku ni?? Before naik boat ni ada 1 jam setengah naik 4WD redah hutan dulu.
Nak patah pinggang duduk 2 jam. This trip tak ada nampak pula buaya. Alhamdulillah. Last time saya masuk site ni sepanjang perjalanan naik bot bersepah nampak buaya. Gerun juga. Dulu bot besar tak apa lagi, kali ni bot kecil sahaja. Cari pasal kalau kena kacau dengan buaya (T_T)

Ni site office kami. Ada signboard company lagi di depan. Dalamnya besar dan bersih. Ehem, tersentuh juga dengan kekentalan hati engineers yang tinggal di sini. Yelah, sini elektrik pun bergantung pada generator, bekalan makanan sangat terhad, harga makanan pun berkali ganda, line telefon tiada, internet access pun very limited kena bergantung pada sekolah berhampiran tu pun tak boleh guna sangat sebab jadi isu berebut tenaga elektrik. Sedih kan? Kita kat sini selamba membazir elektrik.



Banyak lagi gambar nak kena collect dari consultants, subcon and suppliers, sebab diorang je yang beria bawa kamera bagai. Kami ni banyak bergantung pada kamera handphone sahaja. Nanti kalau ada gambar menarik saya upload la share dengan adik adik.


On the flight balik tu pula cuaca tak baik, gila kapal terbang bergoncang naik turun dengan hebatnya. Berpuluh puluh kali naik plane itulah penerbangan terburuk pernah saya lalui. Nasib baik sempat simpan laptop sebab sebelum tu laptop ada di atas meja saya tengok movie dalam flight. Pucat juga la muka. Huish..


Sampai di KL Sentral, Encik Hanis menjemput dengan senyum lebar. Hilang semua kegusaran di hati....


Ok tipu, sebenarnya kegusaran itu hanya hilang selepas saya potpetpotpet selama 2-3 jam meng'update' segala yang berlaku sepanjang hampir 2 minggu saya tak jumpa beliau. Encik Hanis yang kelihatan sangat penyayang hari ini hanya setia mendengar dan juga menasihati gaya abang abang. Potpetpotpet itu juga sekali sekala diselangi dengan airmata sebab tak sangka hanya selepas bercerita dengan beliau baru saya sedar betapa stressnya saya this whole week....


Cik Husna: Saya dah hitam kan? :(
Encik Hanis: Takde la hitam sangat. Lebih kurang warna baju awak tu je...




Segalanya terasa mudah, bila awak ada......
:)


11 comments:

Wanie-san said...

la..
sebab tu la lame xnampak kak husna update!
hahaha
best ye g sabah!:)
kak husna masih cerah putih lepuk lagi!
haha

FAA said...

nih yang i malas nk jadi engineer nih. hahaha. mesti itam!! i jadi mak andam je la eh kak una. sokong x? hahaha. ;p

siyes u da 'gelap'. hahaha!

Nor atau Nad said...

weyh siannye sis
ok tu baru sikit ntahntah nnti lg terukk
(dlm usaha nakk menakutkan..^^)
nnti kawen dok rumahh jelahh
jaga anak laki sume tuh

hampir x kenal sis sebab dah hitam
(okay ini tipoo sebab jeless..=p)

zella y said...

bz rupenyer....

seronok kan kerja sambil jalan2 ni xla terperuk kat opis je..tp sure penat hehe..

x hitam pon.... ;)

Anonymous said...

tak ada hitam mananya hang ni la una. still the same sweet smiling face. tak cayer, hang pi tanya anis. hitam-hitam pun tunang dia kan :)

anyway, lama gak tak dengar citer hang masuk site kan. last dulu masa hang pi tempat ZiziIzzet yang giler kudus pakcik2bersolat subuh berjemaah tuh. dan pasti jer aku yang hang masih pakai sport shoes yang tak cukup engineer tuh pi site nih kan. nasib baik tak bawak Croc jer!

anyway, bersyukurlah. Allah dah bagi banyak tanda2yang Dia sayangkan hang. Ribut cuaca di awangan pun sekadar nak ajar kita mengucap dan bersyukur pada Allah. Kan last2nya Allah jelmakan anis yang tersengih manis menunggu :)

hehe
enjoy la hidup stress bujang2 nih. best tau. stress pun masih boleh nak jadi giler-giler.

harap hang tak demam sudah. karang tak pasal lewat nak buat report apa segala. susah la nak ambik cuti pi mandi lulur ke apa ker nanti yer tak?

hehe...

p/s:
Cik Husna: Saya dah hitam kan? :(
Encik Hanis: Takde la hitam sangat. Lebih kurang warna baju awak tu je...
AJ Nismihan: Ala, itam2pun kalau senyum masih lagi nampak kekuningan (erk, silap keputihan) awak tuh :)

Radin Fadli said...

hitam ker?macam merah jep

.: Si BungaKopi : . said...

haha, mula2 rasa nak baca je and malas nak komen, tp rasa kelakar lak dialog ngan incik hanis tu. harap2 dpt bf cmtu sorang. huhuhu

Adila Ady said...

mantap entry kau Husna...macam best je keje kau.pastu kau sorang lak pompuan..mencabar gila.bleh men2 ngn buaya lagi..hehe

kalau en hanis cakap warna macam tudung tu..takdelah terasa hati sangat aku rasa..hehe.lawak la.

Husna Hadzarami said...

Wanie-san:
mananya putih lepuk.
belang belang tau muka.
*sob sob*


f.a.r.a.h:
jadi suri rumah sepenuh masa je la kalau taknak hitam. cehhh.
obvious ke gelap?
alaaa~~


nadirah nor:
memang dah teruk pun sekarang.
menggelupas tau (sambil belek2 muka kat cermin gaya gadis manja)


zella y:
dulu seronok la yang.
sekarang dah tak berapa sangat :(


AJ Nismihan:
hai!!!
lama tak datang singgah.
apa khabar? sihat? sufia sihat?
eh dah dah, ingat ni YM ke apa.
ye betul bro, bersyukur betul dengan hidup aku bila tengok life kat sana.
suffer. betul.
but nevermind. inilah cabaran namanya :)


Radin Fadli:
merah kehitaman kot.


Bungakopi:
haha.
kadang2 boleh pening kepala juga melayann dia tu (gaya makcik2 cakap pasal anak cucu).
padahal dia yang pening kepala layan kita.
haha :PP


Adila Ady:
thanks. boleh tahan jugak la mencabar.
bila sorg je pompuan ni leceh gak, nak buang air semua susah. diorang senang je, mana2 pun jadi.
*pehal lak ngadu ngan kau ni. heheh*

Anonymous said...

Salam una
Maap la lama tak datang singgah. kadang2tu sempat baca jer, tapi tak sempat nak susun mood untuk menulis lagi.
Alhamdulillah sihat. Wife dan sufia pun sihat. Makin sihat kot. Dah 4.8kg pada usia 2 bulan. Nak kena sekat biasiswa susu untuk sufia nih :)
Ala, nanti2una dengan anis pandai2lah bila dah sampai stage nih.
anyway, i will always come here as before, perhaps. so, keep writing ya una :)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.