Sunday, April 4, 2010

Confessions of the Bride-To-Be..

Ok majlis risik semalam berjalan dengan lancar. Oh ya, ianya adalah upacara merisik, bukanlah majlis pertunangan seperti yang anda sangkakan. In fact we have agreed to not be engaged pun. Bertunang ni bagi saya adalah lebih kepada tempoh untuk mengenali hati budi masing masing je dan bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan. But it depends on the individual la kan? Well parents kami pun tak galakkan kami untuk bertunang, terus pada nikah je (mungkin mereka faham Encik Hanis memang dah gatal nak kahwin terus, gelenyar bak kata orang Kelantan. Keh keh keh). Pendek kata, NO tunang tunang. Lagipun dah singkat sangat dah masa untuk bertunang bagai..


Based on perbincangan orang tua kami semalam (perbincangan yang saya tak join and buat buat busy di dapur sambil bersms dengan Encik Hanis yang melepak di kedai minum bersama cousin cousin lelaki beliau lantaran malu malu kucing nak join), tarikh perkahwinan kami telahpun ditetapkan. Cincin risik juga kini di jari manisku yang tembam hampir hampir tak muat nak masuk cincin (T_T). Tapi bila dah masuk nampak just nice je :) Cincin tu Encik Hanis beli sendiri tanpa saya, pandai pandai agak je size. Ni boyfriend siapa hebat sangat ni? :p


Well, tiba saat yang menggusarkan hati. For my wedding, saya sebenarnya impikan majlis yang kecil je. Kecil tapi indah dan bermakna untuk saya, dia dan semua yang saya sayangi. Dulu lagi saya pernah suarakan kepada Encik Hanis, even to my family, saya inginkan majlis yang penuh privacy dan dihadiri oleh family, jiran terdekat dan close friends sahaja. Bukanlah niat hendak mengetepikan orang lain, tapi biarlah hari yang sangat bermakna bagi saya itu dikongsi bersama mereka yang benar benar mengenali saya. Sebab kadang kadang diperhatikan tetamu langsung tak mengenali pengantin dan begitu juga sebaliknya, hadir sekadar memenuhi jemputan atau untuk datang makan sahaja. Saya tak nak majlis yang mewah pun, saya cuma suka majlis yang bersuasana mesra, cantik dan menjadi kenangan terindah untuk kami berdua. Tak perlu bermewah mewahan untuk mendapatkan sesuatu yang cantik kalau kita bijak mengatur.


Tapi impian saya itu mungkin tak semudah apa yang saya gambarkan..


Nanti ada yang terasa hati pula kalau tak dijemput..
Nanti kalau orang tak tahu kau dah kahwin boleh mendatangkan fitnah nampak kau berkepit ke sana sini dengan dia..
Dulu dia jemput kita masa anak dia kahwin, takkan anak kita kahwin taknak jemput dia..
Nanti orang cakap kita kedekut pula..


Alahai.. Oleh itu pengawalan emosi sangat perlu di saat saat ini, apatah lagi dalam tempoh masa yang agak suntuk seperti sekarang. Saya ni memang jenis mudah terganggu emosi, senang cakap la. Mujur juga Encik Hanis mampu bertenang dan menenangkan saya.


Kalau ikutkan saya senang je,
"Saya yang nak kahwin, buat jelah ikut cara saya.."
Tapi pandangan beliau berbeza,
"Tak boleh macam tu sayang, kita ada banyak hati yang perlu dijaga.."


Saya memang cuba bertenang dan emosi saya juga agak mudah terkawal berbanding dulu. Bak kata Encik Hanis, "Kita nak buat something yang happy untuk kita, so buatlah dengan hati yang happy. Jangan stress sangat.."


Hmm.. Kenapa la saya tak dipertemukan dengan lelaki se'cool' ini lebih awal lagi?


=)






12 comments:

Anonymous said...

taniahhh husna! =D

.: Si BungaKopi : . said...

tahniah kak unaa ( x baca lagi ni, ucap tahniah dulu)

.: Si BungaKopi : . said...

haha..sama lagi. sbnrnya aku pun nak majlis yg ringkas2. entah kenapa, eh tak sangka aku pon ada pasang impian utk itu.

FAA said...

u macam i la kak una. i da cakap da dgn mak i nak buat majlis kecil2. reason i same je mcm u. i cakap kat mak, biar wedding i dgn org yg i rapat wic is family n close frens. tgk la nnt. bf pon takde lagi nih. hahaha

Cik Akma said...

wahh tahniahh kak!! =)

Arifah said...

wahhhh..tahniah Una! =P

Adila Ady said...

tahniah husna...sumpah terkejut.kau pun macam tak bnyak sangat cerita kisah cinta dengan en hanis,tp tup tup dah nak kahwin..sangat tak sangka.

=)

zella y said...

tahniah2...

bestnyer...
msti slalu tgkkat jari cincin tu erk??
hehehhehe

Encik Mimpi said...

sorry tatau nak tulis mane.. nk say tq sbb aritu singgah komen blog sy! =)

Datuk Z said...

Tahniah.. tuk korang :D huhu tapi yg tak bestnya sbb kehilangan rakan2 nak gi lunch.. sbb sibuk ber'diet'.. Sib baik ada Adi.. :D

Husna Hadzarami said...

thanks semua. appreciate it :)

Sha Syalizz said...

baru baca... congratz!! tunggu korang lepas dulu... :)