Saturday, March 6, 2010

When the Mr. Right turns to Mr. Very Wrong...

Di sini saya nak share tips, eceh, macam bagus bagus je nak bagi tips bagai. Tapi sesuatu terjadi pada rakan rapat saya yang mendorong kepada penulisan ini, sebagai panduan kepada pembaca yang lain juga.

Bila anda putus cinta, anda akan rasa sangat down betul tak? Apalah soalan ni, mestilah sangat down. Yeah, rasa macam banyaknya anda dah berkorban untuk dia, rasa macam tertanya tanya kenapa dia tidak menghargai anda dan sebagainya. Kadang kadang anda akan rasa macam sangat tak berguna dan mulalah menyalahkan diri sendiri (seperti saya dulu yang sangat lame. Duhh..)

Sebenarnya perasaan itu normal sahaja. Tidak hanya dalam percintaan je, dalam kerjaya pun kalau something goes wrong kita akan jadi begitu juga. Itu adalah kerana anda dah meletak harapan tinggi pada perkara itu, dan terlupa dengan hakikat bahawa manusia hanya merancang dan tidak berkuasa menentukan apa apa. Please please please janganlah menyalahkan diri sendiri. Sebaaab, dengan demikian anda akan rasa lebih teruk lagi. Macam mana sempurna pun anda, kalau dia ditakdirkan pergi (ayat laser: kalau memang dia dah nak curang), dia tetap juga akan pergi meninggalkan anda.

Then biasanya anda akan menangis beria-ia, macamkan dia pulang ke alam barzakh yang nak ditangiskan bagai (sound diri sendiri). Tapi tak apa, menangislah semahu mahunya, asalkan anda sudah menetapkan satu tempoh untuk berkabung dan berhenti. Cakaplah pada diri sendiri, "Aku akan menangis selama seminggu. Hujung minggu ini aku harus berhenti menangis sebab aku perlu bangun semula untuk mencari boyfriend baru yang lebih kacak dan sasa". Bottom line is, tidak salah untuk menangis, tapi tetapkanlah satu tempoh di mana anda wajib berhenti berkabung dan bangkit semula membina hidup baru.

Selalu sangat saya jumpa orang, especially girls yang ditinggalkan kekasih cakap macam ni, "Susah sangat nak lupakan dia, dialah lelaki terbaik yang pernah aku kenal, dialah yang paling memahami aku, dialah yang paling bla bla bla bla.." Sedarlah cik adik sayang, kalau dia baik hati dan memahami anda, dia tidak akan tergamak melukakan hati anda. Ayat "You deserve someone better" yang dikeluarkan oleh teman lelaki ketika memutuskan hubungan itu adalah sangat lame okay. Just admit that you already have someone else, and get lost! Huh emo pula. Please.. He was just no more into you so he did not want to be seen as guilty. Remember, THERE'S SOMEONE WHO WILL MAKES YOU HAPPIER THAN THE ONE YOU BROKE UP WITH, EVEN IF YOU THINK IT IS IMPOSSIBLE. Saya dulu fikir macam tu juga, konon my ex was irreplaceable. See me now? I am undeniably happier tau! :) Even when i bumped into my ex with his new girl, i can even give a big smile and say hello. Because saya dah tak rasa apa apa pun pada mereka berdua. So why bother?

Bila anda baru putus cinta, percayalah akan ada dua tiga lelaki yang tiba tiba datang menagih cinta. Yang saya perasan ada tiga jenis:
  1. Lelaki yang dah lama setia menunggu kamu.
  2. Lelaki yang tak pernah tunggu kamu pun tapi sekadar mencuba nasib menangguk di air keruh.
  3. Lelaki yang betul betul kamu baru jumpa or kawan baru.
Berhati hatilah dengan lelaki jenis kedua. Dulu masa saya baru putus cinta adalah jumpa lelaki lelaki jenis macam ni, in fact ada yang dah ada girlfriend pun. Mulalah cerita girlfriend dia tak baguslah, tak memahamilah. Mungkin benar, tapi why on earth kau nak burukkan girlfriend kau depan aku? Nanti entah entah kalau aku jadi dengan kau in case terjadi apa apa between us, kau buruk burukkan aku pula depan wanita lain. So please janganlah mudah terpedaya. Perempuan ni bila baru putus cinta, kecenderungan untuk menerima lamaran lelaki lain secara tangkap muat sangat tinggi. Motif:
  1. Nak tunjuk pada ex-boyfriend yang dia dah get over him very quick atau nak tunjuk bahawa dia masih hot cepat betul dapat pengganti.
  2. Disebabkan sudah terbiasa hidup berteman, dia takut sunyi kalau hidup seorang. So grab lah sesiapa sebagai pengganti. Lelaki malang ini dinamakan rebound.
Please my dear, jangan terlalu tergesa gesa cari pengganti. Dulu saya masa putus cinta saya selalu ingatkan diri, "Jangan nak tambah watak dalam masalah ini. Elok elok watak ada dua orang, nak tambah jadi tiga orang pula. Kan tambah masalah je nanti". Percaya tak, hanya selepas dua tahun berpisah dengan lelaki yang 5 tahun menjadi kekasih saya, barulah saya terima lamaran lelaki lain. DO NOT LET YOUR EMOTION CLOUDS YOUR JUDGEMENT!

Satu lagi, bila kita single, especially for ladies, kadangkala or most of the time kita akan dipandang semacam kalau kita berbaik baik dengan lelaki. Macam saya dulu, dalam 5 tahun saya ada boyfriend, elok je saya kawan dengan si Abu. Girlfriend Abu pun ok sangat dengan saya. Bila saya dah single, girlfriend Abu tiba tiba jadi possessive semacam kalau Abu berketawa dengan saya seperti biasa. Percaya tak sepanjang saya single dulu adalah dua tiga kali saya dapat email/sms sound saya konon nak rampas boyfriend mereka. Oh please.. So single ladies out there, anda sangat perlu jadi lebih kuat physically and emotionally, sebab dugaan banyak gila aku cakap kaaauu..!

Motif entri ini, sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan juga pengalaman rakan rakan rapat. Satu yang orang susah sangat nak buat: Rukun Iman keenam, PERCAYA PADA QADA' DAN QADAR. Apalah yang hendak ditangiskan, kalau dah dia memang ditakdirkan dengan kau, dia tetap untuk kau. Dan apalah yang hendak digembirakan sangat, kalau dah tertulis bahawa dia bukan untuk kau, macam mana konon bahagia pun kamu berdua, dia tetap bukan untuk kan. Ingat ni ye Cik Husna!

So babe, just go with the flow, jangan sedih sedih. Life is too short, janganlah disia siakan dengan air mata. Sayang je.. Hidup memang macam tu, dulu kita terjelupuk jatuh menangis hiba, hari ini pula kita berdiri megah ketawa riang. Esok? Nobody knows. Inilah kehidupan okay!

P.S: Sorry ambil masa anda lama sangat, heh heh :P






10 comments:

Adila Ady said...

kalau lelaki itu dah pergi jumpa parents kat kampung..maknanya lelaki tu da serius la kan nak bina hubungan yang halal dengan kita..?betul tak..

kalau tak,urmm kena PK bnyak kali lagi la ni kan.

saya rasa dia lelaki no 1 la..

hurmm.,,rumit betul.

(oh,persoalan ini tiada kaitan dengan saya n__n)

shax said...

mana button 'like'?
nak tekan 10 kali untuk entry ni. tehehe.
honestly, i never fall in love. i mean, not yet.

uh!
and most of my friends just play cool. so far, aku tak pernah lagi berhadapan dengan manusia / kawan yang menangis gila babun 5hari5malam non stop fikir pasal 'penceraian' dorang.
heh.
and i admit that i scared being in love with someone.
..
sebab kepercayaan adalah harta yang paling mahal aku nak gadaikan.

FAA said...

the same advise yang i dapat a year ago. it heals me a lot! thanks dr love! hahahahaha!

Cik Akma said...

i love this entry. setahun single but now dah ade pnggnti. bhgia! :)

u too sis, smoge bbhgia brsame si dia :)

Sha Syalizz said...

kite single about 3 years... ramai member pompuan boikot xmo kawan... esp yg dah ade bf ni la... takut!! amende ntah.. sampai ade yg blocked kite from FB... tp, kite tak kisah pun... 1 boikot, 10 kwn baru sy jupe... so, no a big deal. just go on wit ur lifestyle!!

nice entry btw... :)

avid said...

there's a whole lot of other fish in the lake (ayat casanova) keh keh...bacaan berguna untuk brader2 kat luar sana..

hanna said...

zaman sekarang laki da makin sikit
zaman akan datng nisbah pompouan dgn laki 1:50
takotnya kalau terus menerus jd single!!
huhuw~
dat's why ramai girl desperate skrang
n laki bermaharajalela,cesss!

all n all,
hope sis bahagia
sy nak tabik spring jgak dkt sis
yg bole lpekan ex smpai cmtu skali
bcoz sy x bole buat cmtu.
da try mmg x bole.

Husna Hadzarami said...

Adila Ady:
kalau the guy dah jumpa parents kampung, we can say that dia serius dengan hubungan tu..
but for me kadang2 we can say nothing until ikatan tu dah betul2 terjalin..
sebab ada je yg sampai dah siap semua barang hantaran, lelaki buat hal kata tak jadi (T_T)

shax:
mekasih mekasih :)
just nak share je sebenarnya.
pengalaman aku dulu teruk juga, but i learn a lot from it.
chill babe, tak ada apa yang nak dikejarkan.
it will just happen one day :)

f.a.r.a.h:
you're most welcome. be happy okay!

Sha Syalizz:
thanks.
lahai kenapa sampai kena boikot?
paranoid takut sha ambik boifren diorang ke?
alahai pathetic nya la..

avid gunner:
betul, there's a lot other fish in the lake.
so kalau putus cinta x perlu nak menonggeng sangat. kan?
kasanova ni mamat ni.. :P

hanna:
thanks :)
when there is a will, there is a win.
semua ni mind set je hanna.
kalau hanna cakap boleh, memang akan jadi boleh.
live your life good k!
take care :)

Zana said...
This comment has been removed by the author.
Zana said...

dear husna,

im ur silent blog reader.. suke bace ur entries, something happened to me someting like this also.. i really need ur advise.. feeling very sad and down..