Friday, March 5, 2010

A mother's love is patient and forgiving when all others are forsaking. It never fails or falters, even though the heart is breaking..

Malam semalam saya ada buat salah dengan Mama. Satu jelah saya cakap, kalau kau ada buat salah dengan ibu kau, hidup kau takkan aman. Betolll... Dan saya sangat merasai kesakitan itu hari ini. Atas suatu sebab, Mama berjauh hati dengan saya. Kalau berjauh hati je takpe, ni berjauh tempat tidur juga. Sanggup beliau tidur dalam bilik bacaan Baba dan tinggalkan saya sendirian (T_T). Oh mind you, Baba sekarang di Kelantan, mungkin esok lusa baru balik. Maknanya Mama tidur seoranglah, perkara yang sangat jarang dilakukan oleh beliau.

Bangun pagi, tengok Mama tak ada di sebelah. Tahulah saya Mama masih terasa hati dengan saya. Mengalir airmata menyesali kesilapan lalu. Mulalah saya menyalahkan diri. Satu perangai saya yang sangat menjengkelkan, i tend to carry all the blame myself if anything goes wrong in my life. Semua pun nak carry sendiri, semua pun nak fix sendiri, until one day i realized that i took myself too hard that i find myself suffocating.. Fuhh!

On the way to work, teringat kata-kata saya yang tidak disangka mengguris hati Mama semalamnya. Mengalir air mata lagi. Teruklah saya ni. Mama adalah satu-satunya insan yang tak pernah berhenti menyayangi saya. Teruk macam mana pun saya, tak pernah Mama kata dah bosan dengan saya dan nak cari anak lain (seperti lelaki lelaki hampeh yang konon bosan dengan karenah teman wanita padahal dia dah memang ada awek lain). Kenapa saya masih sanggup melukakan hati Mama.. *sob sob*

Di tempat kerja, mood saya macam tahi. Macam-macam berlaku hari ini. Supplier inverter buat hal, yang memungkinkan saya terpaksa redesign all the works from the beginning. Bukanlah saya yang design, of course la consultant yang kena. Tapi saya sebagai orang yang mengendalikan segala civil and structural works dari mula sangatlah terkena tempiasnya. Bos marah-marah, bukanlah pada kami, tapi kami juga turut terasalah. Dalam hati saya berkata, 'Inilah akibatnya buat Mama kecil hati, kan huru hara kerja segala'.. Tak habis-habis lagi rupanya..

Habis kerja, on the way balik macam-macam saya fikir untuk pujuk Mama. Mulanya terfikir untuk beli cheese cake kat Secret Recipe, Mama sangat sangat sangat suka cheese cake. Tak makan nasi pun tak apa kalau dah dapat cheese cake. Tapi bila membayangkan kalau saya dah beli, letak atas meja makan, dan sampai ke pagi Mama tak sentuh, mesti saya semakin sedih menangis sampai bengkak mata basah lencun bantal yang dah sememangnya banyak peta. So tukar lain. Mungkin saya perlu singgah First Lady at Carrefour Wangsa Maju dan belikan Mama jubah baru? Tapi bila membayangkan kemungkinan Mama tak sudi memakainya... Alahai... Seryes kabur pandangan saya dengan air mata tak nampak dah depan.. Sudahlah hujan lebat (cliche betul memandu dalam hujan lebat dengan air mata berjujuran). Saya memandu di lane tengah sahaja tadi, tiba-tiba saya mendengar hon kuat gila dari Harrier di lane kanan, beam light juga dinyalakan. Kereta saya tersasarlah! Pantas saya pusing stereng ke kiri, hampir sahaja terlanggar motor yang memang laju di situ.. Gila berdegup kencang dada saya.. Bulat terus mata, air mata dan hingus yang keluar sepanjang 2 cm turut dilap. Kalaulah terjadi apa-apa tadi, tak sempat nak minta maaf dengan Mama...

Sampai rumah, lama saya di garaj dengan enjin terpasang, memikirkan cara untuk meminta maaf buat kesekian kalinya. Hiba hati mengenangkan baru minggu lepas saya minta maaf, minggu ni buat dosa lagi. Mesti Mama dah bosan dengan saya.. Tiba-tiba pintu terbuka, dan nampak Mama melambai suruh masuk. Berdebar-debar saya melangkah masuk..

"Kau balik lambat ni dah makan la ni kan? Mama tak masak tau hari ni, ada sayur goreng je" dan lepas tu cakap entah apa lagi pasal air masuk di dapur rumah yang under renovation tu.

Tengok Mama yang sangat lain dari malam semalam, terus saya mengambil peluang,

"Ma, Dikna minta maaf pasal semalam..."

"La pasal apa pulak ni?" tanya Mama selamba.

"Ala minta maaf la Ma, tak kiralah pasal apa-apa pun" tak pasal-pasal air mata jatuh laju pula.

"Menangis pulak dah budak ni.. Dah dah, pergi Maghrib cepat. Dah nak habis waktu dah ni"

Sambil mengesat air mata,

"Ma lepas sembahyang kita pergi Tesco nak? Dikna nak beli hanger.."

"Hanger buat apanya, kan bersepah-sepah hanger kat rumah ni. Membazir betul lah kau ni" leter Mama. Belum nampak lagi beg besar Nike yang saya baru beli kat Mid Valley kelmarin. Saja beli untuk bawa pergi outstation. Lagipun hundred something je, ok lah tu. Asalnya nak beli oversize totebag Roxy, tapi hati rasa semacam je dengan barangan Roxy ni. Mungkin sebab Oyah punya beg sekolah dan pencil case pun Roxy kot. Macam comel dan nakal je rasa dah tua-tua ni pakai Roxy.. (Dah dah. Boleh tak sebut perkataan nakal tanpa diulangi dengan lagu please please please kamu jangan nakal? Boleh tak?)

"Ala Dikna nak beli yang sama kaler dengan dalam almari tu. Cantik sikit susun baju kalau hanger sama kaler"

"Mengada-ngadalah kau, Mama sibuk ni"

Tengok-tengok di tangan beliau ada novel rupanya, A Prisoner of Birth by Jeffrey Archer.

(-_-")

Itulah, jangan sesekali melukakan ibu anda. Percayalah, hidup anda takkan pernah bahagia. Takkan buat lagi dah.. *sob sob* :(


12 comments:

avid said...

hepi ending...suka..keh keh...

btw, great story!

Anonymous said...

hanger pun nak samasama kaler?
hahaa
alaa, hanger aku kaler itam ada, hijau ada, kelabu ada.
cantik jugak apa.
macam pelangi!

Wanie-san said...

wa...bagus nye kak husna!!
wani kalau gaduh dgn mak kdg2 sampai berminggu2..xpandai nak mintak maaf..sbb kalau mintak maaf xtahu nak cakap ape..so..prefer diam n kalau ada hal penting baru ckp...lame2 ok la..tp mase xcakap dengan mak tu.idop mmg xsenang la..rase ade je xkena..2la skrg dah besar,klu mak marah dengar je...xade dah nak melawan2...=]

FAA said...

u cm i la kak una. ;)bile da buat salah dengan mak i, rase idup nih cm gelap gelita da. nak belajar ape pon sure x masuk nye. huhu

.: Si BungaKopi : . said...

betul2..
lg satu, apa yg mak cakap tu slaluuu betul.
pendek kata, sayangi ibu anda 100%.

Sha Syalizz said...

patut arrr mendung je ari ni... sha pun tgh rindukan mama sha... :(

kebetulan kan....

Husna Hadzarami said...

avid gunner:
thanks bro :) happy sgt skrg..

shakinah:
mestilah..
bukan kaler je kena sama, memang kena exactly beli yg sama lah.
supaya level baju yang bersangkut kat almari tu sama je..
baru besttt :D

Wanie-san:
dulu pun kak una macam tu jugak kot.
nak minta maaf rasa macam awkward je.
tapi lagi awkward kalau tak bertegur :(
dah tua tua ni baru pandai minta maaf :)

f.a.r.a.h:
betul betul betul.
masa belajar dulu lagi horror kalau ada buat salah dengan mama.
rasa tak berkat je ilmu..

Bungakopi:
yes, exactly..
naluri ibu memang selalunya tepat.
love mama :)

Sha Syalizz:
nampak ke mendung hari ni?
ingatkan dah habis sorok dah tu..
call la mama sha cepat :)

Cik Akma said...

tetibe cm windu sgt2 kat mak. huwaaa nak balikkk~ sobss :(

kem salam kat makk akakkk :D

Adila Ady said...

at least da mintak maaf.manusia mana yang tak pernag buat salah kan.Tapi nangis depn mak saya tak pernah...maluu.ehe

=)

i'msosupernotcool said...

nice one..
i do miss my mom rite now..

zella y said...

hati ibu ni kdg2 nmpk je tough tp kat dlm nyer lembut sgt kn....

selalu bodek mama sy suh mama belanja hahahhaha

Husna Hadzarami said...

Cik Akma:
insyaAllah, will do :)
call la mak lepas rindu..

Adila Ady:
huhu, saya depan mak la yang paling kerap nangis..
baca paper pasal budak mati kena dera pun boleh nangis beria..
duhh.. cengeng betul (-_-")

i'msosupernotcool:
thanks, better call your mom :)

zella:
betul2..
kadang2 ibu2 ni taknak dah gaduh2, tapi nak tunggu anak yang mulakan untuk berbaik..
;)