Saturday, February 20, 2010

Kisah Klasik Masa Silam

Borak2 dengan Mama, Baba dan Kakak aku tadi. Aku yang paling kecil lah. Jadi anak manja lah tadi.........

Dah blahh! Manja kejadahnya, bila bukak cerita pasal masa kecil2, dah tentulah aku yang menjadi bahan ketawa. Segalanya bermula bila Baba tanya pasal satu teka-teki dalam majalah apa entah, then masuklah cerita masa kecil2 dulu. Dulu kami adik beradik suka saling bercerita dan main teka-teki. One day Mama bagi satu soalan..

"Dalam rumah ni, apa benda yang paling lama??"

Kakak2 dan abang2 aku teka macam2lah termasuk periuk nasi, rak buku lama dan pelbagai lagi. Aku yang masa tu masih kecil tanpa rasa bersalah menyebut, "Baba la yang paling lama..." Kakak abang aku semua ketawa tapi Mama cepat2 tutup mulut aku, "Kau ni karang Baba dengar terasa pula.." Jawapan teka-teki itu adalah kerusi rotan di rumah kami ni, yang wujud sejak zaman bujang Baba lagi. Haha.. Sedap je aku teka Baba jawapannya. Kecil2 lagi dah mulut lepas.. Nak rahsia2 konon, rupanya Baba dah tau. Punyalah Baba ungkit sampai sekarang..

Dulu masa aku kecil mulut becok betul, kadang2 Mama malas nak layan. Masa aku darjah satu Mama kena isi satu borang apa entah, borang buku teks rasanya. Pekerjaan ibu ditulis suri rumah. Aku dengan muka penuh curiosity bertanya, "Suri rumah tu apa Ma?". Mama yang keletihan pun menjawab, "Suri rumah tu permaisuri". Aku percayalah. Bila di sekolah cikgu tanya ibu kerja apa, aku dengan yakinnya menjawab, "Permaisuri".. Balik rumah punya bising mulut aku marah Mama sebab tipu aku.. T_T

Then dulu masa aku umur 6 tahun, Man baru 4 tahun. Aku teringin nak bawa Man naik basikal aku tapi Mama tak bagi sebab aku bawa basikal gila punya laju. Last2 aku bawa anak patungku. Aku dulu ada satu anak patung gemok gila, nama dia Ucop Bol, rempit tak nama? (-_-"). Aku kepit kat carier belakang basikal dan bawa laju gila keliling kampung. Dua tiga orang jugalah yang menegur, "Bawa adik jalan2 ke??". Aku hanya tersenyum bangga. Bila dah besar macam ni barulah aku tahu betapa memalukannya perbuatan aku tu T_T

Dah2 cukuplah kisah silam yang memalukan. Tapikan.. Kalau nak kira kisah masa kecil yang memalukan, aku rasa Oyah la juaranya. Kejadian ngeri itu berlaku masa aku Tingkatan Dua dan Oyah pula berumur 6 tahun. Aku masa tu tengah tunggu bas bersama rakan2 nak pergi sekolah. Ketika itu, biasalah Tingkatan Dua memang permulaan zaman tunjuk cool/control ayu/bajet best/dan sebagainya. Zaman baru nak kenal dunia. Zaman baru nak start menggeletis bagai. Aku masa tu tengah ketawa2 dengan kawan-kawan, tiba2 dari jauh nampak Baba jalan kaki pegang tangan Oyah ke arah kami, sebab sebelah bus stop tu ada tempat menjual suratkhabar. Nak beli paper la tu. Aku ok je. Bila dah dekat baru aku nampak Oyah pakai something macam anting2 kat telinga dia. Bila dekat lagi barulah jelas kelihatan, anting2 itu adalah penyepit baju yang warna-warni yang orang guna untuk sidai kain tu.. Dah lah panjang bersambung2 pula tu! Waaa~~!! Cuba bayangkan budak kecik rambut kerinting pakai penyepit baju bersambung2 kat telinga. Gila jatuh kemachoanku di depan rakan2..! T__T Baba pula boleh selamba bawa dia jalan2 macam tu, dah malas nak layan agaknya. Dulu pernah juga Baba bawa Oyah jalan2 naik motor, dengan Oyah pakai gaun pink tapi pakai songkok T_T Sabar jelah aku..

Dah2, nak packing ni. Esok dah la flight pagi. Nasib baik Ja kesayanganku sudi bangun awal di hari Ahad untuk menghantarku ke airport.

Gambar untuk hari ini;


Wedding Atenk & Lynn lagi. This time majlis di pihak Atenk pula. Seryes aku lupa majlis beliau hari ni. Ingatkan esok sebab last week pun Lynn buat on Sunday. Hanya teringat bila tiba2 dapat sms dari Atenk, "Una, datang tau majlis aku hari ni!". Aku datang dengan Ja (perlu ke pakai baju sama dengan ai??) since Encik Hanis ada kelas petang tadi.

Beliau habis kelas awal pula, so ajak minum2 kat Oldtown Taman Melati.
Encik Hanis: Kau asal kau nampak cantik je terus masuk blog kan? Tak fikir muka aku buruk ke, gambar aku separuh ke...

**Sila baca dialog Encik Hanis dengan gaya bapak2 yang berleter anak tak lulus periksa**





28 comments:

juney said...

kecik kecik dulu suka sambung2x kepit baju jadi pistol, main tembak2x.. ;DD

zella y said...

kelakar la cite husna ni...
klu di ingat2 mmg byk kenangn lucu time kecik2 dulu...

Ucop Bol?? heheheh

humaira hadzarami said...

diam la kau. tak payah kot cakap pasal pengepit baju tu -_-"

Nurul Aziz said...

hahaha..macam penah buat je yg anting2 sepit baju tu..eh2,bkn sy,tp adik (tanak ngaku)

Husna Hadzarami said...

juney:
macam2 lagi boleh buat dengan penyepit baju tu.
boleh buat bentuk rumah lagi.. :P

zella:
hehe.. gila kecik2 lagi dah pandai guna nama rempit kat anak patung (-_-")

humaira hadzarami:
secomel kera la kau masa kecik. hahahaha :))

iman:
hi, thanks dropping by :)
adik buat ke awak yang buat ni?
haha..
tak sakit ke la guna penyepit baju jadi anting2..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~

serious sangat comel ok?

=]

feeda said...

aku disangka gila oleh housemate,bile tiba2 gelak terkangkang2 dpn lappy ni bile sampai bab oyah pakai penyepit baju tuh!!miahahahaha!mst giler comel oyah time tuh! :P tibe2 kami gelak beramai2..oyah..oyah..kecik2 dah tunjuk bakat..

.: Si BungaKopi : . said...

ucop bol
ucop bol
hahah

Wanie-san said...

husna !
lawak gila!
wani gelak sambil tahan kentot tau..ekkk..[kantoi]

yang xleh bla pasl adik husna..anting2..perghhh..hahaha

Datuk Z said...

hahaha.. cerita kali ni paling laka la.. tergelak sorang2 dalam gelap dalam bilik sy ni.. sampai en. hanis tegur.. gelak apa tu bang..

Ok la Ucop Bol.. Meeting elok2 kat KK tu.. hahaha.. dah ada nick name baru.. start ari ni nak panggil awk 'ucop bol' la.. :P

Cik Akma said...

hahaha dialog en hanis tu mmg sempoiii~ ahhaha

Hanadihaz said...

Una, kau upload la gambar Oyah & Ucop bol nanti. Alah, yg amik ramai2 kat sofa tu. Yang Oyah pakai celak sebelah mata tu. Comel gila!

Husna Hadzarami said...

LORD ZARA 札拉:
hehehehe :P

feeda:
haha, masa tu aku baru je nak buat2 tak kenal, sekali budak kecik rambut kerinting tu dengan gembiranya melambai2 aku.. (-_-")

Bungakopi:
weh2, tu nama anak patung la!

Wanie-san:
eh2, jangan la tahan kentot, biru muka nanti.
kentot perlulah dilepaskan dengan gembira tak kira masa.
barulah hati senang :D

Datuk Z:
sonok nampak!
laka ke panggil kita Ucop Bol? (-_-")

Cik Akma:
selain ni dialog fevret beliau adalah: kau nak kena tumbuk?
langsung tak romantik (T_T)

noorulhana:
hahahaha..
ada2! dikna ingat.
lagi satu gambar raya yang Oyah pegang Ucop Bol, masa tu Ucop Bol sama tinggi dengan dia..
comel betul.. (comel ke badak tu?)
tapi gambar2 tu banyak dalam album kat rumah Kakna la.. kena scan dulu..
benda2 fun macam ni struggle lak aku :P

Anonymous said...

hehe..bleh tahan r lu!

Anonymous said...

hehe..bleh tahan r lu!

Anonymous said...

uwah...bagusnya....semua pon nak cerita...haha..

norfaridahanum said...

uit uit uit.
jarang jmpa org pggl BABA nih.
nway,kdg2 rs cptkan masa berlalu.
x nak tua!!!!!!!!!!!!huhuuuhu!

twitttt!!!itu encik hanis mcm knal?=p

Anonymous said...

hey, kamu nmpak cinonet je d sini cik superwoman. hehe

avid said...

hahaha...tang basikal dengan doll tu mmg tak boleh blah...

btw, great story!

Husna Hadzarami said...

Apit:
hi, welcome aboard :)

Anonymous:
=)

norfaridahanum:
jarang ke?
macam biasa dengar je, tapi BABAH la kot :)
err.. encik hanis ni samseng kampung dusun ke dulu, ramai lak kenal.. hehh..

larasephia:
haha.. lara harus tengok yang realiti, mesti tak percaya.. :P

avid gunner:
thanks beb :)

Adila Ady said...

camnelah baba boleh bawak anak dia jalan pakai kepit baju..serius lawak.tak sakit ke telinga oyah...?

y bawak doll pg jalan2 tu lg takleh tahan..haha.

cute betul korang masa kecik2 dulu...mesti terhibur gila parent korang dapat anak2 riang2 ribena ni.

Sha Syalizz said...

hi ucop bol!! >_< cumil!!

beshhh citer nih... pe'el sangkut penyepit baju kat tinga kite pun penah wat. tapi, kalu round2 carry bear 1 kampung, xpernah punggg... hahahaha macaaaammmm.... tuttttt!! (xmo ckp, nnt kena penggal pale)

faiq said...

uish ko memang ank manje

Husna Hadzarami said...

Adila Ady:
tu la pasal. tak sakit ke telinga.
haha terhibur la sangat, sakit kepala ada la diorang nak layang..

Sha Syaliz:
macam apa? cakap cepat! cakaaaaap!
(bersedia untuk penggal kepala)

faiq:
manja kejadahnya, nak kena tumbuk?
heh. welcome btw..

Poppycock said...

sampai sekarang pun awak simpan ucop bol tu dlm handbag...

p/s : best je blog ni...meriah je awak kutuk saya..takpe...saya kutuk awak dlm blog saya.

Husna Hadzarami said...

Muhammad Hanis:
kutuk kan tanda sayang.
takkan tu pun nak kena bagitau..
(sambil pakai sunglass buat gaya gedik and blah)

FAA said...

hahahaha! siyes macho oyah perlaku diri cm tuh. hahaha! ;p kak una, nape u mcm tembam je dalam gambar tuh? ;p

Husna Hadzarami said...

f.a.r.a.h:
manede, laptop u wide screen kot, tu yang i nampak tembam.. betoll..