Friday, February 5, 2010

Kisah licik semasa kecil (untuk bacaan 12 tahun ke atas sahaja)

Semalam lepas Maghrib Kakna datang rumah bersama2 anak-anak lelaki beliau untuk jemput Aina dan Asha. Masuk-masuk rumah je all the boys berkerumun depan laptop main game. Kakna apa lagi, "Korang ni dah sembahyang belum ni? Mummy cakap apa tadii??!" Bertempiaran anak-anak dia lari ke bilik air untuk ambil wudhu'. Ipan je yang jalan lenggang lenggok sambil mengomel memuncung. "Hari ni dah dua kali dah Ipan sembahyang..."

Tiba-tiba teringat zaman kami kecil2 dulu. Dulu Mama garang, seryes garang. Sebut je apa yang aku tak pernah rasa. Hanger? Rotan? Pembaris? Getah paip? Semua aku dah rasa bro. So korang boleh bayangkan betapa garangnya mama dan betapa nakalnya aku ni T_T. Aku memang rebel, betul. Mama cakap antara anak-anak perempuan akulah yang semasa kecil paling tak mendengar kata dan paling petah melawan. Ingat lagi dulu pernah aku kena rotan lepas tu aku konon-konon berdoa (tapi cakap kuat-kuat), "Ya Allah, jumpakan lah saya dengan ibu kandung saya.. Saya nak ibu kandung saya.." (-___-). Maka tak hairanlah segala benda alah pernah hinggap di tubuh gebu aku ni. Ngeh2.. Gebu la sangat.. Jangan kata Mama, Baba yang sangat penyabar dan softspoken tu pun pernah rotan aku, sebabnya aku main-main air kat rumah jiran sampai habis satu tong besar air simpanan, masa satu kampung tengah musim kemarau tak ada air. So boleh bayangkan la betapa buasnya aku sampai baba pun hilang sabar T_T

Ok balik pada cerita pasal sembahyang tadi. Aku sejak umur 5 tahun dah diajar bersembahyang. Masa tu apalah yang aku tahu tentang sembahyang, sekadar ikut orang lepas tu mulut terkumat kamit bunyi 'psst psssst'. Sebab aku tengok orang sembahyang ada bunyi macam tu so aku ikut je la. Bila umur 8-9 tahun Mama kalau nampak aku mengadap TV atau terbongkang main Brick Game (korang ada tak game ni dulu?), memang tak ada lain la Mama tanya. "Dah sembahyang ke belum?" Kalau 8 kali lalu memang 8 kali la soalan tu saya dengar. Tapi memang takkan pernah sampai 8 kali la, sebab masuk kali ketiga je memang merasa la penangan hanger kat belakang.

One day aku main askar-askar dengan abang yang tua 2 tahun dari aku. Ala game yang susun askar kecil2 pastu serang tu. Dari pagi sampai dekat pukul 3 aku duduk dengan dia, tak berganjak pun. Tiba-tiba Mama tanya abang dah sembahyang ke belum. Dia muka selamba cakap dah. Padahal masa tu aku yakin gila dia belum lagi, sebab sepanjang masa dia dengan aku. Lepas Mama tanya dia, Mama tanya aku pula. Aku dengan berdebar-debar mengangguk. Mama percaya lah! Gila teruja betul! Rasa macam kagum dengan abangku yang ketika itu menjadi idolaku.

So dari situ aku yang nakal/rebel/licik ni mulalah guna idea tu setiap kali Mama tanya. Tapi yang peliknya kalau aku la yang tipu mesti tak berjaya. Ada sekali tu Mama tau pula susunan telekung aku tak berubah pun, memang mendapat la aku. Menyesal tipu, tapi kejap je laa.. Lepas tu aku dah pandai sikit. Kalau Mama suruh sembahyang je aku akan duduk lama dalam bilik then ubah kedudukan telekung. 2-3 kali berjaya la. One day Mama tanya lepas tu siap cek lengan, telinga, dahi, rasa basah ke tak, bila kering je memang kantoi la aku tak ambil wudhu' dan tak sembahyang. Memang biru betis gebuku kena cubit lepas tu kann.. Masa tu jiwa memberontak aku berkata, " Selagi kesan biru ni tak hilang, aku takkan cakap dengan Mama..." Demikian pendirian tegas budak 8 tahun. Memang banyak lagilah trick kejiku gara-gara malas sembahyang, siap pakat2 dengan adik aku lagi, "Man kalau Mama tanya cakap aku dah sembahyang tauu!" So bila Mama tanya cepat je aku jawab, "Dah la, tak caya tanya Man". So konon ada saksi, Mama percayalah. Entah apa-apa aku ni. Bila fikir balik sekarang daripada aku sibuk memerah otak fikir macam mana nak mengelat, siap kumpul alibi bagai, kan senang kalau aku sembahyang je, bukan susah pun kan?? Bukan ambil masa lama pun kaann? Tapi yang bagusnya, seawal umur 7 tahun aku dah tahu semua bacaan dalam sembahyang. So one day Mama suruh aku sembahyang depan beliau, dan baca kuat2 setiap bacaan, sekadar untuk memastikan yang aku tahu semuanya. Bahagian tu Mama nampak agak berpuas hati. Heh heh..

Bila masuk sekolah menengah, aku dah pandai fikir sendiri. Maybe sebab dah baligh kot, dah faham dosa tanggung sendiri. So dah tak perlu tunggu kena sergah dengan Mama baru nak sembahyang. Mama pun dah tak payah nak cari bukti betul ke aku dah sembahyang. Masa di universiti duduk rumah sewa borak-borak dengan housemates, ramai rupanya yang macam aku ni, tipu-tipu sembahyang masa kecil. Dan banyak lagi trick-trick yang tak terfikir oleh otak kecil aku dulu. Haha.. Teruk, aku tahu. Adik-adik jangan ikut tau contoh tak baik ni.. :P

Sembahyang itu satu kewajipan, bukan satu pilihan yang boleh dibuat bila senang dan boleh ditinggal bila sibuk. Aku bukanlah baik sangat, ada kalanya terlepas juga waktu sembahyang. Tapi selagi boleh cukupkanlah 5 kali sehari semalam, bukan susah pun. Aku pelik dengan orang yang boleh tidur lena dengan seharian tak sembahyang, tak takut ke kalau kau terus tertidur buat selama-lamanya. Matilah engkau tanpa solat. Huhu.. Ngeri. Kalau ikut hukum, anak perempuan kalau dah 10 tahun masih tak bersolat dah wajib dirotani, manakala anak lelaki 7 tahun. So fahamlah aku kenapa saya kena rotan masa kecil dulu (selain dari sebab aku langgar anak jiran naik basikal. Dah nampak aku nak lalu, yang kau pandai sangat mendepakan tangan halang-halang kenapa? Kan dah penyek kena lenyek.. Haha.. Tebal muka Mama pergi rumah Cik Limah minta maaf..)

Aku teruk, aku jauh dari sempurna, aku penuh cacat cela yang perlu diperbaiki. Tapi tak salah untuk kita saling ingat-mengingati kan? :)


P.S: So kalau dah kahwin nanti, anak2 takkan boleh nak tipu-tipu sembahyang, sebab Mummy dia ni dah tau dah semua trick-trick licik. Keh keh keh..





18 comments:

zella y said...

time kecik2 dulu prnah kantoi xsmbhyang...
heheheh

Anonymous said...

hua ha ha, bagus. kurang2 hang dah puas nakal masa ecik, jadi besar nih ber-akai la sikit kan.
sebenarnya elok gak kita nih kecik2puas kena balun, bila besar baru kita kenal erti balunan tersebut.baru sedar mak ayah sayang kita.
tapi satu pesanan,bukan sumer anak boleh kita main balun jer,kena himah jugak.Ada yang kita kena guna phsyco dan ader yang kena jadi kawan lebih sikit.
macam dalam citer NurKasih hari tuh. Mak si aidil tuh cakap
"anak ni macam pohon kecik.bukan semua pohon kecik nih nak jumlah air dan baja yang sama.sebab tiap pohon kecik lain jenisnya.sama gak macam anak"
err aku percaya benda nih, hang aku tak tau la

bab sembahyang, yang ni hal serius.
kita kena betulkan sembahyang kita belakang imam sebelum imam solatkan kita depan dia.Jahat dan nakal macamana pun, solat tuh kena buat.Benda nih boleh betulkan balik bengkoknya kita di dunia ni.
sedar sebelum terlambat.
dunia akhir nanti panjang wor...

[ingat zaman kechik2aku dulu.aku pernah golek2dulu sebelum sembahyang (sebab aku solat 4 rokaat tuh seminit lebih sikit jer), last2rupanya mak abah dok ngintai.Kena ceramah jer lah.Rotan sebab solat tak pernah (sebab abah berhimah), tapi kena terajang sebab berjalan pi kawasan rumah mak tiri aku pernah lah+kena balun sebab curi duit abah mengajar malam2tuh beli mercun-yang lastnya aku sendiri tak main]

i'msosupernotcool said...

bile pikir balik baru sedar aku da makin teruk skang..
sembahyang x menentu..
ape2 pon..
thx for the reminder babe..

Sha Syalizz said...

kite pun salu gaks tipu... siap kira 1-120!! cukup lah utk kiraan 3minits/solat... kui3...

thks for remindin us bro!!

.: Si BungaKopi : . said...

arghh jelesnya header cantik. seriuss. wawaa..nak jugak

.: Si BungaKopi : . said...

Husna,

suka ayat ni

Saya teruk, saya jauh dari sempurna, saya penuh cacat cela yang perlu diperbaiki. Tapi tak salah untuk kita saling ingat-mengingati kan? :)

oya, trick ko suma aku dah penah buat waktu skolah rendah dulu. tambah2 part yg ubah kedudukan telekung, hakhak

Anonymous said...

header serius lawa. a new phase of life i suppose.

Husna Hadzarami said...

zella:
kita serupa :)

Anonymous/AJ Nismihan:
"kita kena betulkan sembahyang kita belakang imam sebelum imam solatkan kita depan dia."

aku suka ayat ni. sangat setuju dengan pandangan kau..

i'msosupernotcool:
bersama2 la kita k :)

Sha Skyline:
haha.. larat lak kira sampai 120.. daripada penat2 mcm tu baik sembahyang je kan? haha

Bungakopi:
thanks :) ala edit gambar guna Picnik.com je.
nak guna Photoshop tak pandai.. hukhuk.
trick ubah telekung tu ramai kwn2 dah pernah buat gak.
haha

Anonymous:
thanks. a new phase of life, indeed :)

avid said...

kah kah kah..mmg classic gila citer ni..aku dulu siap kena semayang kat dapur lagi...mengcekelat punya pasal..

Adila Ady said...

husna..
kawan saya pun ada y tak semayang..hehe
pernah sekali tny dia..
"da semayang ke blum...?"dia cakap da..padahal seharian kain telekung dia duk tempat sama tak berubah2..

tatau nak nasihat macammana..kadng2 rasa berdosa jugak macam redha je ngn perbuatan dia.

.: Si BungaKopi : . said...

oo picnic.com. apsal aku lambat tahu benda2 gini.

Husna Hadzarami said...

avid gunner:
hahaha.. tak pernah lak aku kena sembahyang kat dapur.. hahaha :))

dila:
masa buat diploma dulu pernah sebilik dengan orang yang tak sembahyang.
jangankan sembahyang, telekung pun tak pernah ada..
one day mak dia diagnose cancer, baru dia start sembahyang, pinjam telekung saya.
tapi sekejap je.. huhu..
kadang2 kesian dengan orang macam ni..
tapi kita sedar la kita bukan sempurna sangat kan..

Bungakopi:
ala aku pun Oyah yang bagitau.
budak2 skolah je yang up-to-date dengan benda2 camni kot ;)

Datuk Z said...

huhu 'Brick Game'?? game apa tu?? bebudak yg lahir petengahan taun 80an mcm sy ni tak tau kot.. biasa la sy lahir2 terus ada PSP, Nitendo bebagai.. :)
Sembahyang tu tiang Agama.. Kalau tak sembahyang mcm mana la Agama dalam diri kita nak berdiri.. takkan terapung kot..

Datuk Z said...

nak tambah sikit lagi.. patut la bawa kereta asik langar sini sana.. masa kecik lagi bawak basikal dah langar org.. :P

Husna Hadzarami said...

Datuk Z:
amboi2. meriah nampak kutuk org??
abang zack lahir zaman perang la, masa tu kalau ada orang main galah panjang pun dah kira sangat stylo.
hahahaha~!!

FAA said...

kak una! kite same la. hahaha. i siap duduk dalam bilik, tgu dalam 5minit, pastuh kua bilik. haha. siot gile aku rse mse kecik2. ;p

Husna Hadzarami said...

f.a.r.a.h:
kita apa yg x sama? tinggi je x sama. yg lain semua sama.. haha :))

Anonymous said...

hhahahahhahahahh!!

memang sebijik dowh! sep!sep!
:DD