Sunday, January 24, 2010

Ja nak bertunang..

Meet my bestie, Ja. Orang kata kami seiras. Betuahnya Ja seiras dengan saya. Heh heh :PP


Lokasi:
Ruang tamu rumah saya...
Saya: Baca novel
Ja, Mama & Kakak: Bercerita pasal majlis pertunangan Ja.

Well, Ja ni kawan baik saya. Beliau nak bertunang bulan depan. Tadi satu hari saya teman dia cari barang2 untuk hantaran dan baju untuk bertunang nanti. Sampai melecet kaki jalan seluruh KL untuk cari yang cantik, tapi memang sangat fun :) Balik membeli belah Ja lepak rumah saya cerita2 dan update kan saya perkembangan rakan2 yang lain. Seryes rasa macam kera sumbang pula sekarang, apa pun tak tau pasal kawan2. Busy beb. Hidup saya macam banyak dihabiskan untuk kerja je. *sigh*

"Kenapa la nak membazir2, buat sekali je kan senang" leter Mama bila diberitahu yang kakak Ja akan kahwin bulan 6, while Ja akan bertunang bulan 2. Bagi Mama baik sekalikan je perkahwinan Ja dengan kakak dia, kan ke lebih jimat. Suka2 je Mama mengatur..

"Ja tak kisah pun, tapi belah sana tu tak setuju. Melanggar pantang larang katanya.." keluh Ja.

"Ala orang Johor Ma, memang banyak hal sikit. Pantang itulah inilah.." celah saya memandai2. Sesedap rasa je mengata orang Johor. Tapi memang based on my observation orang Johor ni memang macam banyak adat yang wajib dituruti, bagi saya yang buta adat ni la kaann..

"Tu la, tapi Ja ikut je la apa dia nak. Kesian, ayah dia strok. Dia pun taknak la melawan kata2 orang tua dia. Anak tunggal katakan.." Ja kedengaran sangat matang menuturkan kata2, nak tergelak pula aku dengar. Sebagai orang yang dah kenal dia bertahun2, memang agak lucu apabila mendengar sesuatu yang matang keluar dari mulut beliau. Heh heh..

"Eh bakal mertua Ja strok ke? Bahaya la ada history darah tinggi. Benda tu genetik tau!" Mama dah mula mengeluarkan ilmu perubatan beliau.

"Aah, boyfriend Ja pun memang dah ada darah tinggi sekarang ni" Well, boyfriend Ja umur 31 tahun. Muda2 lagi dah kena darah tinggi. Zassss! Cepat je aku teringatkan Abang Zack.

Dengar je pasal darah tinggi Mama pun mula la memberi nasihat gaya penceramah kursus kahwin.
"Nanti kahwin Ja kena jaga makan minum dia tau, jangan bagi melarat2 darah tinggi tu. Kurangkan masin2. Ja ingat, tu tanggungjawab isteri tau.."

"Hahahaha.. Geli la Ma! Meremang Dikna dengar ayat 'tanggungjawab isteri' tu.." seryes saya geli hati, sebab membayangkan rakan gay saya akan menjadi seorang isteri.

Serentak Mama dengan Ja pandang saya, "Kau ni kenapa??"

Lepas tu rancak la Mama dengan Ja cerita2 pasal persiapan kahwin la, pasal family boyfriend Ja la, pasal hidangan untuk majlis tunang la.. Ja siap buka internet lagi untuk tunjuk kat Mama macam mana dia nak gubah barang2 hantaran tu nanti. Saya kat tepi senyap je, cuba fokus pada pembacaan saya, tapi hati rasa semacam je...

"Una meh la sini tengok. Nanti kau kahwin buat la macam ni, cantik tau dengan warna kulit kau.." Mama panggil beria2.

"Dah. Dikna taknak kahwin." terus saya masuk bilik.

Sentap tak pasal2.




15 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

takpe, masih muda. n comel. huhu.hidup masih panjang.

Anonymous said...

mak kamu dh shortlist kan candidate future hubby kamu dh tuuuuuu
;)

zella y said...

la...nape tetibe sentap plak hehehhe

chepah said...

lorrr...apsal una sentap tiba2 lak ni?hehehhe

feeda said...

ko bile nk tunang wei?agak2 soalan ni lg bt ko sentap x?hahahaha!

Husna Hadzarami said...

Bungakopi: betul. saya sokong! :)

larasephia: bukan, mama macam dah bagi hint2 suruh saya kawen je. adakah mama dah tak sayang saya lagi :(

zella & chepah: Tuhan saje yang tau.. (matured x ayat? :P)

feeda: ko nak kena tumbuk? heh

i'msosupernotcool said...

ntahnye..
bile?
haha..

Husna Hadzarami said...

i'msosupernotcool:
xde tunang2 kot, nikah terus je.
cari pasal betol tanya psl tunang kawen ni.. heh

FAA said...

laa. u nih nape kak una?

Husna Hadzarami said...

f.a.r.a.h:
tak boleh ke i bermuram durjana?
heheh

Poppycock said...

-f.a.r.a.h:
tak boleh ke i bermuram durjana?
heheh-

gila apa?bermuram durja la...durjana tu jahat cik husna oi...sila semak kamus dewan edisi terkini ye...hahaha

Husna Hadzarami said...

Muhammad Hanis:
betul la bermuram durjana!
betolll, tak kira la.. betolllll~~

*takkan mengaku kalah*

dia ni memang pantang org salah sikit. sampai tahun depan pun mesti akan ungkit lagi :(

Anonymous said...

bermuram durja la husna.
aku sokong hanis untuk statement ini.

hua ha ha. kalau oyah masuk sini, sure dia satu baris dengan aku betul2belakang hanis.
*kalah la hang husna*

err
sungguh DURJA lah perbuatan Israel itu. Errk salah eja ker
**wakaka**

Poppycock said...

terima kasih AJ Nismihan sebab sokong sy..
kepada cik Husna...banyakkan membaca Utusan Malaysia..
Harian Metro yg anda selalu baca akan merosakkan bahasa ibunda kita je...

p/s : bestnya tgk awk kantoi...hehehe

Husna Hadzarami said...

perlu ke ramai2 berpakat menjatuhkan saya? (-_-")
ah tak kira, saya tetap dengan pendirian saya! bermuram durjana adalah perkataan yang betul.
in fact oyah pun selalu guna bermuram durjana tau!

en. hanis, celah mananya saya baca Harian Metro? tak pernah2 pun saya pegang paper selama ni. mesti awak terkeliru dengan girlfriend lain. kan? kan? (pancing untuk ubah topik)