Saturday, January 23, 2010

ISO Audit today.. Fuhh..

Berakhirnya satu minggu yang superhectic (why am i feeling that everyweek is just the same-this hectic??). *Sigh*. Preparation for ISO External Audit is damn cut-throat, i tell you. Semalam saya balik rumah pukul 1 pagi, but surprisingly jalan jem betul dekat Dataran Merdeka. Ada apa ye last nite? Ada siapa2 tahu? Nevermind.

So tadi ISO External Audit.. Result? I'm still waiting. Saya dah kena audit tadi. Macam ada problem je drawings and design saya tu. Macam akan kena NCR je. Macam kena rotan dengan boss je nanti.. Wuuu :((

Encik Hanis pun dah kena audit. Sekali dengan saya tadi. Kami duduk berdua depan Auditor tu macam pasangan yang bermasalah rumahtangga pergi kaunseling. Oh ya kami baru pindah ofis, jangan sangka kami dah gembira sebab dapat lari dari Pudu yang jem macam haram tu, sebab kami hanya pindah ke tingkat atas je. Dari tingkat 1 ke ofis baru tingkat 4 (-_-").

Kiri: Ofis lama. Depan saya tempat abang Naim, belakang saya tempat Sha.
Kanan: Ofis baru version tunggang langgang. Depan saya Sha, belakang saya Encik Hanis.. (alaa...)
Encik Hanis: Sayang, nanti seat awak depan saya tau..
Cik Husna: Yeke? Susah la saya nak chatting dengan lelaki lain kalau boyfriend ada kat belakang :(
Encik Hanis: Sabar je la aku.. (-_-")

Ofis baru ni a bit smaller than the former one, but a lot better with happier working environment :) Tapi kalau dah naik sekali tu memang takkan turun2 dah. Mengah weyyy! Mama cakap,

"Una pakai la kasut joging kau tu pergi kerja, anggap la macam exercise hari2 naik tangga"

Saya ketawa la menyangkakan Mama bergurau, sekali tengok muka beliau seryes rupanya. Biar betul Mama ni? Tak anggun langsung pakai kasut joging pergi kerja.. Duhh.. (-_-")

So tadi lunch bos bawa pergi Swiss Garden International Hotel. Yeay! Seronok sementara belum kena marah, result audit tadi belum keluar lagi. Lepas lunch baru sambung audit. One thing i love about this company is, bos suka bawa pergi makan tempat best2. Tempat yang saya akan makan sampai tersandar kekenyangan. Buffet la bro, rugi la makan sikit2! Sebelum ni saya geng dengan En. Hanis je ambil makan banyak2 stok untuk seminggu letak atas meja dan makan dengan girang, tapi sejak ada Accounts Executive baru masuk saya dah berpaling tadah dan lupa daratan. Mana2 pun saya dengan beliau je. Oh, nama beliau Sha. Dia cun. Sejak dia masuk sini semua orang cakap saya dah tak hot lagi.. *sob sob*. Tapi Sha ni sebaya Encik Hanis, so saya masih lagi adik comel di sini. Wakaka :P

Kiri: Saya dan Sha yang telah membuatkan pemilik hotel rugi besar.
Kanan: Ok fine, Encik Hanis tak senang duduk tengok kebahagiaan kami lalu mula kacau daun.

Sebahagian dari kami. Encik Hanis tukang ambil gambar. Nak suruh saya ambil gambar? Jangan harap. Awal2 lagi saya dah senyum and bersedia. Orang nak suruh tolong ambil gambar pun tak sampai hati. Haha :D
Mesti Encik Hanis menyesal ada girlfriend macam saya..

....

Siapa cakaaaapp??

Tengok ni..

"Apa2 pun, yu tetap gojes di hati ai Husna.."
Keh keh keh..
P.S: Proses audit masih lagi berlangsung. Rakan2 sekerja semua diaudit seorang demi seorang. Seryes tengah berdebar gila tunggu result sekarang. Huhu.. Bila nak habis ni.. :(
....................................................................................................................................................
Update at 8.10 pm
We passed! We passed! :) Now this company is certified by ISO9001:2008. Hehe.. Gila la masa closing meeting nak announced result tadi seryes rasa macam tunggu result final exam. Once announced, tak ada apa yang lebih menggembirakan bila tengok bos senyum lebar then we clap our hands and congratulate each other. To ISO team especially Abg Zack the PM, Abg Adi the MR and Encik Hanis the DCO, tahniah la. You guys did a great job. Proud to be part of the team :)
Now i'm home and i just had a very long bath to chill myself out. And i'm sooo long to have a real good rest. Sembap gila dah muka sekarang. Thank you everyone, and congratulations again :)


10 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

encik hanis di belakang. maksudnya tak leh kentut lagi.huhu

Poppycock said...

-Sejak dia masuk sini semua orang cakap saya dah tak hot lagi-

sejak bile la awak hot cik husna oi?terlebih perasan sudah

Husna Hadzarami said...

Bungakopi:
aah. terpaksa la kentot silent pastu tak mengaku. haha :))

Muhammad Hanis:
ni statement cari gaduh ni bro. cancel la tengok wayang balik ni :(

Adila Ady said...

haha...
letih ketawa..

kalau pakai kasut sukan awak tetap gojes la cik usna..tak dimata orang,di mata en hanis pon jadila..hehe!

i'msosupernotcool said...

sweet sungguh kapel ini..
haha..

Husna Hadzarami said...

dila: haha.. takde maknenye! jadi bahan gelak je aku kang.. adeyy

i'msosupernotcool:
malu la.. *blushed* :P

Sha Syalizz said...

haha... iye adik comel... :) kite jeleskan en hanis... xpe... abg z leh backup... :)

congratz to u and ur team anyway!!

p/s: sha xde kena ngena pun dpt kenyangkan perut... segan tp mahu sbnrnya... ngee~~~~

Husna Hadzarami said...

Sha Skyline:
boleh je pusing belakang panggil kita adik comel kan? kann? :D
ye, bab makan2 ni tak perlu segan. nak2 kalau makan free. ngeh3 :P

avid said...

kah kah..suka buli bf nih..

Arifah said...

Nape saya macam penah tengok je Sha nih? Die blaja mana ek?