Thursday, December 31, 2009

What a wonderful year :)

2009 has been a very great year for me, Alhamdulillah.
  • I've graduated successfully with a good pointer (considering that saya sangat2 malas belajar dulu).
  • I managed to get myself into my dream job, to work together with great colleagues and being paid handsomely.
  • I possess my own first car with my own efforts. (I named it Baby initially, but now i'm thinking of changing the name to Pendekar to sound more masculine. Heheh..)
  • I met a great-hilarious guy who loves me and makes me laugh wholeheartedly thus its been ages i've been sad-i even forgot how to cry :)
  • I have a tremendously wonderful relationship with my family, we hang out more often, we talked like nothing else matters, and we loved each other even more :)
And this significant year has almost comes to an end, to move to another year. A greater year hopefully. Welcome 2010.
Resolutions? Well, i won't ask for much. I just hope this year will bring more happiness to me, and to all people that i love :)
Happy New Year buddies! (^_^)v


Monday, December 28, 2009

Konon nak pergi tengok Avatar (bahagian 2)

Hari ni habis kerja En. Hanis ajak pergi tengok Avatar. Ini adalah percubaan ketiga kami untuk pergi tengok cerita yang digembar-gemburkan sebagai sangat best ni. Dua percubaan sebelum ni gagal sebab full house. Booking? Tak boleh, sebab kami guna VIP Pass so online booking is not allowed. Kena datang tunjuk pass and kalau ada seat yang best terus masuk je. Percubaan pertama kami berakhir dengan saya terpaksa berhabis duit shopping, percubaan kedua semalam juga gagal dan end up dengan kami terpaksa tengok cerita.... Ermm.. Tak boleh bagitau tajuk la.. Sebab semalam En. Hanis dah beria2 warning saya jangan tulis kat blog ni kami tengok cerita apa, dia cakap, "Malu la kalau orang tahu saya tengok Princess and Frog!".. Eh alamak, terbagitau lak.. Haha..

Tadi dah check online cerita Avatar ada pukul berapa, En. Hanis cakap nak tengok yang pukul 5.45pm.. Saya rasa beliau tadi terhantuk pastu hilang ingatan la.. Tak pun dia tengah demam.. Dia lupa agaknya kita ni kerja di Jalan Pudu.. Ingat sempat ke nak sampai Cineleisure tu on time? Habis kerja pukul 5, depan Puduraya tu dah kompem jem teruk, entah2 5.45pm tu kita masih ada depan office lagi tak gerak2.. *sigh*

Kalau pecubaan ketiga ni pun gagal memang saya takkan teragak2 untuk download je.. Senang..

Jangan terpedaya dengan imej sopan saya berbaju kurung, sebab rasanya masa ni saya tengah mencarut terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang melampau2 di Jalan Pudu..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Update at 10.40pm (heheheh.. :P)
Ermm.. Nampaknya saya macam terpaksa tarik balik kata2 saya kat second paragraph tu la.. Haha.. Sebab kami tadi keluar office sharp at 5pm, speed to Cineleisure, arrived at 5.35pm, terus pergi kaunter and dapat seat best for the the show of Avatar for 5.45pm.. Oh yeah! Macam gila bawa kereta memang la sempat, sepanjang perjalanan ambil lane paling kanan. Pergi asing2 tadi. Dah tu kalau tumpang dia, kereta saya nak campak mana? Overall Avatar ni memang best la, padan la asyik sold out je ticket.. Pergi la tengok cepat! Esok we planned nak tengok Sherlock Holmes. Gila agaknya hari2 nak pergi tengok wayang. Sebenarnya VIP Pass En. Hanis tu expired hujung tahun ni. So dah dekat nak hujung2 tahun ni memang kami guna habis-habisan la. Masuk 2010 ni takde dah tengok wayang free.. Huhu.. So siapa2 rasa nak menyemak kacau daun esok, jom la. Cineleisure Damansara okay! (Duit dalam wallet tinggal RM24.30 ada hati nak ajak semua orang)..


Sunday, December 27, 2009

Tengok cerita cipmang bersama keluarga sangat best! :)


Last Friday kami 5 orang dewasa dan 4 kanak2 pergi tengok Alvin & The Chipmunks kat shopping mall kegemaran kami iaitu Brem Mall (duhh?). 5 orang dewasa itu terdiri daripada Kakak, 29 tahun, Una (18), Man (22), Lah (20) dan Oyah (16). Meanwhile kanak2 terdiri daripada anak2 Kakna iaitu Abang (11), Adik (9), Ipan (6) dan finally Aina yang berumur 5 tahun. Ok fine, Una tu 24 tahun. Nampak je korang ni..
Asalnya plan nak pergi ni termasuk Kakna dan suami beliau, tapi laki bini tu kerja lak. Apa barang kerja masa cuti Krismas? Bangla pun cuti tau, bak kata Pakcik Kery yang tak habis2 kutuk saya kerja hari Sabtu.. Grr.. So sementelah Kakna tak dapat pergi, beliau dengan gembiranya hantar anak2 ke rumah Mama so that biar kami adik2 dia ni yang bawak anak2 dia pergi tengok wayang. (Adakah ini sebenarnya rancangan licik Kakna untuk get rid anak2 dia supaya dia boleh berdating berdua2an dengan si suami??).
Macam biasa, sebelum pergi tu macam2 pesanan mama untuk kami orang2 dewasa ni suruh jaga betul2 cucu beliau. Berleter panjang Mama kat Kakna biar anak2 dia pakai baju nipis especially Aina pakai sleeveless je, maklumlah panggung wayang kan sejuk. Endingnya, Aina dipaksa bawa baju spare (cardigan saya) dan Oyah bawak selimut busuk kami masuk wayang untuk melindungi cucu2 mama daripada kesejukan. Grandma memang sangat overprotective (-_-").
So overall cerita ni kira ok la, sangat fun sebab tengok dengan budak2 walaupun Aina yang duduk sebaris dengan saya tu asyik ulang2 dialog Chippettes tu je.. Grr.. Kami awal2 dah bahagi2 kan watak. Saya, Aina dan Oyah jadi Chippetes while Abang, Adik and Ipan jadi Chipmunks. Adik2 lelaki saya Man dan Lah takde watak, terpaksa la jadi chimpanzi je. Haha.. So rakan2, bawalah adik2 or anak buah tengok cerita ni di pawagam berhampiran, disamping bergelak ketawa, inilah masanya untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga :)
Makin tinggi minah senget ni. 2-3 tahun lagi aku kena mendongak pakai teropong kot kalau nak cakap dengan dia..
Percaya tak Aina tu pakai cardigan lama saya? Kurusnya saya dulu.. Yang bajet macho sebelah kiri saya is my 1st nephew, Abang. Dia ingat dia hensem buat muka gitu (-_-"). Dan yang saya peluk tu is the second, Adik. Beliau adalah seorang perfectionist, English spoken dan sangat stress kalau tak dapat A dalam peperiksaan.
Introducing my Kakak (baju purple) and my another little brother, Lah (pakai white cap). Ipan (baju belang hijau) sangat gembira ketawa sampai terlupa gigi rongak beliau. Haha..


Thursday, December 24, 2009

Konon nak pergi tengok Avatar

Sepatutnya balik kerja hari ni plan nak tengok wayang. Dah lama tak dating. Tepat2 pukul 5pm Encik Hanis atau di zaman rempit beliau lebih dikenali sebagai Anep atau di zaman skater boy dipanggil Ciko dah datang tempat saya.

"Weh tak siap2 balik lagi ke? Avatar pukul 6 laaaaaa.." lepas tu berleter entah apa2 saya tak dengar pun sebab masa tu saya tengah fokus taip email panjang lebar kepada bos saya. Dah siap taip, dah check dengan manager saya, dah send, baru lah terhegeh2 nak siap2 balik. Nasib baik En. Hanis hari ni mood baik tak berapa nak berleter sangat. Penat kot 10 tahun asyik cakap benda yang sama je.

"Oyah ikut tak ni?" saya tanya, sementelah Oyah memang gemar mengacau daun hubungan percintaan kami.

"Entah, dia tak cakap apa2 kat awak ke?" soalan saya dibalas dengan soalan juga sambil mulut beliau terkumat-kamit menyumpah kereta depan yang tiba2 potong tak bagi signal.

"Laa.. Saya meeting kan tadi. Ingatkan awak dah deal dengan dia.. Ala esok je la keluar dengan dia.." saya membalas acuh tak acuh, malas nak pening kepala. Lagipun esok kami adik beradik dengan anak2 buah nak pergi tengok Alvin and The Chipmunks.

Sampai2 Times Square tengok orang beratur panjang gila dan tiket Avatar pun selling fast. Terus kami membatalkan niat nak tengok wayang dan berubah kepada aktiviti yang lebih menarik untuk dilakukan di saat2 baru dapat gaji ni... SHOPPING! :) Demi mengisi masa lapang saya terpaksa membeli 2 helai baby-T kat Giordano dan juga novel baru Dorothy Koomson, My Bestfriend's Girl. Saya dah tak ada bahan bacaan dah kat rumah, tinggal Breaking Dawn je yang belum baca lagi. Sejak saya dengar Robert Pattinson ni menyanyi terus saya turn off dah nak habiskan baca series of Twilight Saga ni.. Tak sangka ada juga orang yang macam saya, suara sumbang tapi nak juga menyanyi (-_-"). En. Hanis tak beli apa2, dia hanya mampu memandang saya membeli belah dengan pandangan sayu je, sebab duit dia dah habis setelkan hal rumah dan persekolahan. Hahaha.. Gelak jahat :P

Selesai acara menghabiskan duit, kami lepak Oldtown. Kami memang suka lepak sini, sebab sini ada wifi segala, and makanan pun sedap2.

'Duit dah cukup, bila ye nak pinang Husna ni..'
'Tapi kereta aku bau stokin, sanggup ke gadis secantik dia menerimaku seadanya?'
'Eleh, dia pun sama comot je dengan aku. Apa nak risau. Heheheh..'
'Dia tu bukan takat comot je, kereta pun calar balar belasah je langgar semua. Hahahahaha..'


Ni dah lebih ni brader!! Grr..


Tuesday, December 22, 2009

Saya bengang, tapi haruslah tunjuk macam tak kisah langsung..

I'm home.
Hati sakit, dan keliru.. Dan letih mungkin.
Kepala pening.
Mulut rasa macam nak curse orang.

Nasib baik perut kenyang....

Gambar tadi - Lunch with the colleagues at Tanjung Aru Second Beach, Kota Kinabalu.

Jangan terpedaya, mood saya sekarang langsung tak seceria seperti dalam gambar.
Seryes rasa macam nak lempang lembu.

**Lempang lembu adalah email address adik saya, Man.
lempang_lembu@yahoo.com. 
Pejadah lak aku leh sempat promote email budak sengal ni.. (-_-")

Ala tolong..
Dah lama sangat tak rasa sedih, sampai tak tau macam mana nak buat sedih.
Adakah sedih tu bermakna perlu mengalirkan airmata?
Tapi saya ketawa pun mengalir airmata gak..

Saya kecewa, seryes.
Tapi jiwa macho saya tak habis2 suruh saya buat cool je..
Kenapa kecewa?
Ala malas la bagitahu, kalau saya dah start cerita sampai esok pun tak habis.
Tapi mulut rasa nak mencarut, macam mana ni?
Fatamorgana betul...

**Sebab taknak nampak bitch terpaksa la saya reka2 bahasa carutan sendiri..




Sunday, December 20, 2009

Hai, yu nampak muda la. Belanja ai boleh? :P

Sekarang at Imperial Boutec Hotel Kota Kinabalu. Hehe.. Pesal lak tiba2 ketawa, apa yang laka sangat?

Well, nak cerita. Walaupun PM saya Abang Zack asyik ejek saya licik je saya tetap nak cerita gak. Haha. Ok cerita hari ni macam ni. Tadi dalam flight duduk sebelah couple Mat Saleh from Australia ni. For starting the conversation, the wife was very friendly.

"Going back home?" she asked with a full smile, in Australian accent of course.

"Erk.. Well, no. Business purpose. I'll be having meetings there by the way.." saya yang pening2 ni jawab je la apa yang terlintas di fikiran.

"Ouh, I thought you're a student" she's friendly, indeed.

"Well, I was just graduated last year. So you're here with your family?" giliran saya pula bertanya since masa boarding tadi nampak sekumpulan orang putih naik sekali, satu keluarga dengan pasangan ini mungkin.

"Yes, see over there, we come together" jari runcing Minah Saleh tu menuding ke arah 2-3 gadis remaja selang beberapa baris daripada kami.

"Oh, your sisters?" tanya saya dengan lurusnya.

"Oh Goodness, they're my daughters!" she said and burst into laughter.

"Really? You look very young to have teenage daughters.." saya menambah2 lauk. But seriously, dia memang nampak muda.

You know what happened next? Punya la seronok Australian lady bernama Dianne tu dipuji nampak muda, beria2 dia belanja saya macam2 makanan atas kapal terbang tu. Saya sendiri memang dah pre-order Nasi Lemak Combo masa booking flight ticket tu last week, ditambah2 dengan makanan2 lain Dianne belanja, gila la kenyang! Pastu lalu stewardess jual souvenirs, Dianne siap offer nak belikan saya something lagi. Segan la, beria2 la saya tolak and this time nasib baik dia tak paksa ambil. Malu la.. Huhu.. She looked totally impressed bila saya cerita pasal pekerjaan saya. Haih, kat Australia tak ada lady engineer ke? So sepanjang dua jam setengah perjalanan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu tu saya memang tak tidur la borak2 dengan Dianne, seronok la, dia jenis mudah ketawa. Betul la orang cakap, Australian memang friendly :)

Sampai kat KK beria2 la saya cerita pada my managers masa dinner tadi, semua pun cakap, "Awak memang licik laaa..". Lepas tu je semua orang nak guna skill 'Puji Orang Nampak Muda Supaya Orang Belanja' rekaan saya ni.. Haha.. Saya tak ada niat macam tu pun la, saya lurus je masa tu.. Dah rezeki nak buat macam mana.. Hehehe :D


Saturday, December 19, 2009

Walaupun cermin mata yang baru beli bulan lepas dah terpatah saya tetap gembira macam biasa (taknak kalah dengan Oyah letak tajuk panjang2. Haha :P)

Sabtu saya kerja halfday sampai pukul 1, tapi tadi keluar office dalam pukul 2 sebab nak siapkan preparation untuk pergi KK esok. Keluar2 je, punya la hujan lebat. Memang macam kura2 la saya bawak kereta kalau hujan lebat macam ni, mata saya ni bukan nampak sangat drive masa hujan. Spek saya patah kelmarin. Adey la.. Sampai rumah dalam pukul 3 kot. Budak2 ada kat rumah macam biasa. Ye, orang gaji KakNa balik Indon, so sepanjang cuti sekolah ni anak2 dia memainkan peranan penting dalam acara menyepahkan rumah Grandma. Grr..

"Una jom la tengok wayang jom" Man ajak tengok wayang lak da. Pantang tengok aku free sikit.

"Ala malas la. Kau pergi je la bawak kereta aku tu.." kata saya sambil memakaikan compact powder Oyah pada Aicha yang dari tadi asyik tarik tangan saya sambil potpetpotpet cakap, "Na, ashaaa ikap" (Antina, Aicha nak mekap). Gedik betul budak 2 tahun ni. Ikut siapa la agaknya...... Eh apasal korang semua tengok aku?

Oh ya, Man ni adik bawah saya. Beza 2 tahun dengan saya. Beliau rajin mengemas rumah dan menyiram bunga. Selain tu beliau juga sangat suka memasak dan.. Ermm.. Tu macam description pada biodata saya sendiri je..! Wakaka.. Sila muntah sekarang :P

Ok la, Man ni adik saya. Dia jurutera TUDM. Kalau nak dengar cambest sikit sebut la Airforce Engineer. Habis training nanti insyaAllah jadi pilot. Tapi mama sangat la harap dia jadi engineer je, tak payah terbang2. Kecut perut ibu yang mengandungkan dia 9 bulan tu bila asyik dengar kes2 juruterbang amatur yang losing control masa buat latihan terbang and.. Dah2, Nauzubillah. He's my favourite brother, dulu masa saya tengah study lagi dia selalu bagi duit. Haha.. Saya pakai PTPTN je, dia ada elaun ribu2. Sekarang bila saya dah kerja saya nak sangat belanja dia, tapi balik2 dia jugak yang belanja saya lagi. Adeyy.. Dia ni jarang2 je balik KL, so setiap kali balik mesti mama akan masak extra-sedap :) Well, kami sangat2 close, ala in fact kami adik beradik memang close pun.
Gambar tadi lepas tengok movie: Walaupun saya gemok, beliau lagi gemok. Wakaka :))

Gambar lama before main ice-skating kat Sunway Pyramid: Kami bertiga di kala 'agak kurus'.. *sigh*

Long story short, saya bersiap ala kadar dan kami pun menuju ke Brem Mall, shopping complex yang Pakcik Kery kata tak pernah dengar walaupun sejak lahir duduk kat Gombak ni. Ni dah kira merendah2kan tempat lepak adik badik saya ni! Huh. Ala tengok wayang je pun, malas nak pergi jauh2. Masuk2 wayang, punya la kosong.. Boleh gelak kangkang sepuas2 hati tak ada siapa hirau. Malangnya kami bukan tengok cerita laka, kami tengok cerita ngeri. Ninja Assassin. Best la (walaupun most of the time saya hanya tengok kat celah2 jari je sebab ngeri sangat). Oyah yang masa ni ada kat Pavillion dengan kawan2 dia dah merengek2 cakap nak join. Bla la ko, jeles la tu aku suwit2 dengan Man. Haha :)

Balik2 belum sempat tukar baju, En. Hanis call suruh siap, dia dah on the way nak ambik bawak pergi minum2. Dah la bagi masa 15 minit je lak tu sebab dia dah kat Danau Kota sekarang. Saya ni kalau nak bersiap sekurang2nya perlu sejam setengah. Haha.. Tipu la. Saya bukan jenis mekap sangat pun sebenarnya. Hari ni hari pertama beliau kembali sebagai student. Kan beliau further study, saya dah cerita kot kat sini. Seronok la dengar dia cerita2, excited sangat saya. Tiba2 rasa macam nak sambung Masters.. Dah2, jangan nak buat hal..

Ermm.. Dialog sebelum turun kereta tadi;

Dia: I need your support sayang, you are my lucky charm...
Saya: *Senyum pandang tempat lain.* (Hati berbunga2 riang :D).

Hahaa... Ye saya gedik, tak kisah la apa2 pun. Gambar? Tak payah la. Macam la handsome macam Brad Pitt asyik nak letak gambar boipren je dekat semua post kan? Cukuplah gambaran wajahnya tersemat di hatiku. (Sure ramai yang macam nak hentak monitor je sekarang :P).

Dah2, esok flight to KK pukul 5pm, abang saya yang hantar ke KL Sentral kot. Isnin meeting dengan consultant pukul 2pm, Selasa meeting dengan Sabah authority pukul 9 pagi and flight balik pukul 3pm. Saja bagitahu kat sini supaya En. Hanis yang manis take note bahawa beliau harus fetch saya kat airport time balik nanti. Haha.. Mesti dia bengang sejak kes ini.. (baca perenggan pertama sahaja).. Ok guys, nak packing ni.. Goodnite :)




Thursday, December 17, 2009

Nikmat sihat..

Hari ni tepat jam 5pm saya dah punch out balik, sebab nak kejar final bolasepak Malaysia lawan Vietnam. Bukan la saya minat sangat tengok bola, tapi saya taknak miss suasana tengok bola ramai2 satu family kat rumah yang biasanya memang sangat happening. I live in a big family remember? :) Seronok riuh rendah macam tu..

Sampai2 rumah tengok Oyah dah terjerit2 kemiangan bila laki si Rita Rudaini tu turun padang (-_-"). Anak2 buah pun ada sama menggedik2 dengan Acu mereka. Haih? Saya tukar baju je tak mandi pun, sebab suddenly saya rasa sejuk sangat, sejuk gila! Tapi saya gagahkan juga tengok TV dengan kedua2 tangan saya masuk dalam baju yang menampakkan kat lengan baju tu jadi macam hanging je..

"Eh mana tangan Antina?" Aina becok mula menunjukkan curiosity beliau.

"Tangan Antina dah kena potong tadi, kesian Antina.." ujar saya sambil buat muka sayu.

"Tipu.. Musti ada dalam baju Antina tu kan?" Aina berkata yakin.


*Musti=mesti. Mana jadah tah budak 5 tahun ni belajar cakap bahasa2 lama (-_-")


Lepas first half yang berakhir tanpa jaringan, saya mula menggigil semakin sejuk. Gigi saya mula bergetap, mama yang tengok pun pelik.

"Aku punya la panas berpeluh ketiak ni, kau menggeletar sejuk lak.."

Last2 saya cakap dengan Oyah,
"Weh nanti cerita la menang ke kalah, aku dah tak larat sangat ni.."

Terketar2 saya jalan masuk bilik dan terus panjat katil bungkus badan dengan selimut putih bunga biru saya dan selimut pink Oyah. Nenek saya yang sejak semalam ada sini mula bertanya macam2 pastu panggil mama.

"Anak kau demam ni Nah, bagi susu panas cepat.."

"Tak elok bagi susu panas pada orang demam la Mak.." Mama yang sangat praktikal dalam hal2 perubatan ni datang bawa kain sejuk dan ubat-ubatan lepas hampir terjerit rasa betapa panasnya badan saya.

Lepas makan ubat saya cuba lelapkan mata, tapi saya rasa sejuk yang teramat sangat sampai mengerekot lutut2 saya. Tak pernah saya rasa sesejuk tu seumur hidup saya. Maktok mula bercerita tentang cousin2 saya sambil baring sebelah ni tapi sayup je saya dengar suara beliau. Sejuk yang membunuh ni menyebabkan saya tak mampu nak keluarkan suara langsung. Masa tu mula terbayang2 banyaknya dosa belum taubat lagi, banyaknya jasa mama baba yang belum terbalas, ternampak imbasan saya jadi pelajar terbaik keseluruhan masa darjah dua, terbayang2 saya dengan bodohnya menangis teruk putus cinta, terbayang2 semuanya la.. Dan terbayang2 juga betapa banyak traffic light merah saya langgar kat Putrajaya masa berkejar2 nak pergi meeting dengan kementerian pagi tadi (-_-"). Dah nak mati ke aku ni? Maktok masih rancak bercerita. Ayat last yang saya dengar sebelum terlelap,

"Kau jangan jadi macam si polan tu, kau nanti cari la lelaki yang jaga solat..."

dan dunia saya mulai gelap....

Tapi tercerah semula sejam kemudian bila mama datang buka lampu dan gerak saya bangun.

"Elok sikit tak? Pelik la kau kerap sangat demam lately. Mama risau kena malaria je ni. Kau sejuk lagi tak?"

"Ok dah sikit Ma, first time Dikna rasa macam ni seumur hidup Dikna. Tak pernah sesejuk tadi, tu la sejam yang paling menyeksakan dalam hidup Dikna.." betul, saya tak tipu. Betul2 rasa macam dah nak mati..

"Macam tu la Mama rasa masa tumpah darah teruk nak lahirkan Oyah dulu, rasa macam dah sampai ajal.." Mama mulakan cerita sedih tu lagi.

Nevertheless, berkali2 saya dengar cerita tu pun airmata saya tetap mengalir gak. Duhh.. Saya memang cengeng (-_-")





Wednesday, December 16, 2009

Here comes the Anonymous

Hmm...

Jika anda perasan, dalam empat atau lima post kebelakangan ni ada komen2 dari Anonymous/Palotak (i believe this is just the same person) yang appear dengan kata2 tak berapa nak baik kot.

Saya rasa macam tau dari siapa, tapi biar je la..

Terasa? I couldn't care less perhaps. Umur2 macam ni saya pernah melalui sesuatu yang lebih teruk dari ini. As everyone knows i've being working surrounded with those of opposite gender, i've been trained to be firm, strong and stringent. So hati dan perasaan saya tak serapuh wanita biasa, jika itu yang dia harapkan.

Kalau saya jenis mudah sangat sentap dengan benda2 macam tu tak mungkin saya publishkan comment2 tu..

Hmm.. Macam mana nak explain ye, or should i really explain? Bosan sebenarnya dengan benda2 macam ni. And i'm no longer in the phase yang bergaduh2 berbalas kutukan dalam blog. Its so teenagers to react that way. But when i suddenly sound completely heated, it means that the person/thing had totally hit my nerves.

Never meant to justify the wrongdoings i might have made, but true, hanya yang rapat dengan saya sahaja yang benar2 mengenali siapa sebenarnya saya. Again i would like to emphasize, this is exactly the way i am, there's nothing i can do to those who refused to dance in the same song, and even hate the song. And wait, should i really give a damn?

Being in a family that take LOVING EACH OTHER seriously, i dont know how to hate people. Having bad presumption and execute dreadful judgement to people is really not the manner i have been taught for 24 years. Evenmore when i don't even know the person, in what sense should the verdict being made?

These people seemed to flatly contradict with every single thing written in here. You know, when you keen to spend your time reading my thoughts, you actually care much of me. Do you realize that? Thanks anyway.

Living in hatred? Kesian, but what can i do?

*sigh*

Get a life man, for God sake. Or create your own blog then you can always genuinely backfire instead of tembak bertubi2 behind the name of anonymous sebab takut sangat orang tau you siapa.. Eh, is anonymous also considered as a name? Or as defined by one of my favourite writer in here? Well, whatever. Come on, bring it on. You're way better than this.

P.S: Hope this is the last post i'll be talking about this. Buang masa la layan.


Tuesday, December 15, 2009

Promosi lagi (^_^)v

I fall in love with this blog.
It's damn cool, i luv how the language has been arranged.
It feels something like.. The rush of adrenaline i should say.. Everytime i read this..
Guys please have a read, it shall be good to improve your English :)
It'll makes you think more, and worked out your brain.

Oyah tak habis2 cakap, "Teringin la nak jumpa dia!!!"
Betul2 budak remaja la minah ni.... (-_-")

*sigh*


Monday, December 14, 2009

My precious :)

Meet my adorable little sister, Humaira a.k.a Oyah :)


...and my favourite guy, Abang Hanis.. (eceh sejak bila lak panggil Abang.. haha :P)

Both of them are enormously important for me..
Eventhough sometimes they don't seem right.. and nuts.. (-_-")
..........


u jump, i jump (??)



see more photos on facebook




Wednesday, December 9, 2009

Baba saya :)

Sementelah saya sangat bosan kat office sorang2 sekarang ni, saya memang takde kerja lain la selain surf internet je. Baca blog rakan2, baca blog orang2 femes, then gatal2 taip nama baba kat google.

FYI, sebenarnya nama baba dalam IC adalah Hadzrami bin Abdul Rahman instead of Hadzarami, tapi dalam adik beradik saya bermula dari saya dan ke bawah (3 adik2 saya), dalam IC kami nama baba dieja sebagai Hadzarami. Pesal ntah, tak ingat lak saya. Isu ni baru tahun ni diperbincangkan dalam family kami. Dah besar panjang baru nak bincang. Yela takkan la nak bincang masa saya umur 6 tahun, Man 4 tahun, Lah 2 tahun dan Oyah belum lahir, haruslah bincang bila dah besar. Tapi rasanya perbincangan yang berjalan sambil makan keropok lekor dan pisang goreng masa minum petang tu tak membawa apa2 hasil pun dan kekal la menjadi tanda tanya. Sebab tu la dalam facebook kalau anda tengok list of adik beradik saya, ada yang berbin/binti Hadzrami, dan ada juga yang berbin/binti Hadzarami. Pelik kan? Pelik ke? Tak pelik pun.. (-_-")

Ok back to main story, sila klik sini untuk melihat hasil google search tadi. Inilah baba saya! :) Patut la saya seorang yang sastera dan jiwang karat, ikut baba rupanya. Sastera? Wekk.. Langsung tak, punya la BM saya tunggang-langgang. Haha :P

Proud to be anak baba :)


Sunday, December 6, 2009

My weekend updates - saya demam lagi. *sigh*

I caught a fever+heavy flu last Friday, got MC for 2 days. Tak larat sangat, but i'm not the type yang terbaring je kat rumah macam paralysed. I was in fact thinking of going to work as usual tapi dileteri mama lak. So on Friday even i was home i still keep a very close communication with my consultants at Sabah via email, i manage to organize a schedule for a meeting with the Sabah authority for this month and i keep myself updated with Sarawak project so that i wont missed a thing. Not at all hopefully. It is not that i am that workaholic pun, cuma i tak nak ketinggalan apa2, because i have a lot to catch afterall. (plus i have a lot to prove after 'that' incident-refer previous post).

On Saturday i'm thinking of going to office because i was responsible to get all printed stuffs from the printing services for our new factory's opening ceremony at Sarawak, but after a long phone-conversation with En. Ruslan the Project Director, he insisted me staying home and take some rest instead and get somebody else to do the job for me. I called my other engineer Naim for help and he simply said, "No problem, hang rehat saja ok. Saya boleh uruskan." Huhu.. Baiknya abg Naim.. Then i decided to send my car for service je, dah lama dah due date ni. The servicing took 2 hours, so lepas letak kereta kat Perodua tu me and my little sister Oyah jalan kaki pergi shopping complex nearby untuk menghabiskan masa lapang. Berpeluh2 jugak la, dah lama tak jalan kaki. Kalau boipren saya mesti akan cakap, "Berlipat2 boxer jalan jauh". Oyah ajak karaoke, tapi dengan suara yang tak berapa nak ada ni memang tak mungkin la kan. Oyah tak habis2 merengek2 nak gak karaoke, nak je aku hadiahkan sekeping pelempang pada beliau. Last2 kami lepak Secret Recipe je sampai orang Perodua tu call suruh ambik kereta..

Saya makan lamb pie dengan riangnya, Oyah muka merajuk tak dapat karaoke.

Setel service kereta Mama suruh pergi rumah Kakna ambil ubat-ubatan and pain-killer untuk Baba. Baba sakit lutut, kesian tengok. Tapi Baba rilek je cakap, "Dah pakai lebih 70 tahun lutut ni Husna..". Huhu.. Sampai rumah Kakna, Ipan lari2 datang nak bagitau dia baru lepas sunat.

"Sakit ke Ipan?" tanya saya sengal. Of course la sakit.

"Sakit sikit je, Ipan kuat. Bukan macam Abang" Ipan yang berumur 6 tahun bercerita dengan bangga.

**Please bear in mind that Abang (my first nephew) dulu menjerit2 taknak kena sunat walaupun dijanjikan basikal, game boy etc. Hahaha.. Sory yang, harap la Abang tak baca ni :P

Kiri: Muka bangga Ipan lepas bersunat. Kanan: aksi gedik Aicha, takde kaitan pun dengan cerita.

That's all my updates for this weekend. Perlu bersiap2 untuk esok. I feel strange to be back to office after a long break actually. Many things happened, many issues come across my mind, many version of stories i have heard (oops, she did it again-putar alam as usual). Dia mesti expect saya akan mengalah dan menangis2 mintak berhenti kerja. Jangan harap.