expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 19, 2009

Walaupun cermin mata yang baru beli bulan lepas dah terpatah saya tetap gembira macam biasa (taknak kalah dengan Oyah letak tajuk panjang2. Haha :P)

Sabtu saya kerja halfday sampai pukul 1, tapi tadi keluar office dalam pukul 2 sebab nak siapkan preparation untuk pergi KK esok. Keluar2 je, punya la hujan lebat. Memang macam kura2 la saya bawak kereta kalau hujan lebat macam ni, mata saya ni bukan nampak sangat drive masa hujan. Spek saya patah kelmarin. Adey la.. Sampai rumah dalam pukul 3 kot. Budak2 ada kat rumah macam biasa. Ye, orang gaji KakNa balik Indon, so sepanjang cuti sekolah ni anak2 dia memainkan peranan penting dalam acara menyepahkan rumah Grandma. Grr..

"Una jom la tengok wayang jom" Man ajak tengok wayang lak da. Pantang tengok aku free sikit.

"Ala malas la. Kau pergi je la bawak kereta aku tu.." kata saya sambil memakaikan compact powder Oyah pada Aicha yang dari tadi asyik tarik tangan saya sambil potpetpotpet cakap, "Na, ashaaa ikap" (Antina, Aicha nak mekap). Gedik betul budak 2 tahun ni. Ikut siapa la agaknya...... Eh apasal korang semua tengok aku?

Oh ya, Man ni adik bawah saya. Beza 2 tahun dengan saya. Beliau rajin mengemas rumah dan menyiram bunga. Selain tu beliau juga sangat suka memasak dan.. Ermm.. Tu macam description pada biodata saya sendiri je..! Wakaka.. Sila muntah sekarang :P

Ok la, Man ni adik saya. Dia jurutera TUDM. Kalau nak dengar cambest sikit sebut la Airforce Engineer. Habis training nanti insyaAllah jadi pilot. Tapi mama sangat la harap dia jadi engineer je, tak payah terbang2. Kecut perut ibu yang mengandungkan dia 9 bulan tu bila asyik dengar kes2 juruterbang amatur yang losing control masa buat latihan terbang and.. Dah2, Nauzubillah. He's my favourite brother, dulu masa saya tengah study lagi dia selalu bagi duit. Haha.. Saya pakai PTPTN je, dia ada elaun ribu2. Sekarang bila saya dah kerja saya nak sangat belanja dia, tapi balik2 dia jugak yang belanja saya lagi. Adeyy.. Dia ni jarang2 je balik KL, so setiap kali balik mesti mama akan masak extra-sedap :) Well, kami sangat2 close, ala in fact kami adik beradik memang close pun.
Gambar tadi lepas tengok movie: Walaupun saya gemok, beliau lagi gemok. Wakaka :))

Gambar lama before main ice-skating kat Sunway Pyramid: Kami bertiga di kala 'agak kurus'.. *sigh*

Long story short, saya bersiap ala kadar dan kami pun menuju ke Brem Mall, shopping complex yang Pakcik Kery kata tak pernah dengar walaupun sejak lahir duduk kat Gombak ni. Ni dah kira merendah2kan tempat lepak adik badik saya ni! Huh. Ala tengok wayang je pun, malas nak pergi jauh2. Masuk2 wayang, punya la kosong.. Boleh gelak kangkang sepuas2 hati tak ada siapa hirau. Malangnya kami bukan tengok cerita laka, kami tengok cerita ngeri. Ninja Assassin. Best la (walaupun most of the time saya hanya tengok kat celah2 jari je sebab ngeri sangat). Oyah yang masa ni ada kat Pavillion dengan kawan2 dia dah merengek2 cakap nak join. Bla la ko, jeles la tu aku suwit2 dengan Man. Haha :)

Balik2 belum sempat tukar baju, En. Hanis call suruh siap, dia dah on the way nak ambik bawak pergi minum2. Dah la bagi masa 15 minit je lak tu sebab dia dah kat Danau Kota sekarang. Saya ni kalau nak bersiap sekurang2nya perlu sejam setengah. Haha.. Tipu la. Saya bukan jenis mekap sangat pun sebenarnya. Hari ni hari pertama beliau kembali sebagai student. Kan beliau further study, saya dah cerita kot kat sini. Seronok la dengar dia cerita2, excited sangat saya. Tiba2 rasa macam nak sambung Masters.. Dah2, jangan nak buat hal..

Ermm.. Dialog sebelum turun kereta tadi;

Dia: I need your support sayang, you are my lucky charm...
Saya: *Senyum pandang tempat lain.* (Hati berbunga2 riang :D).

Hahaa... Ye saya gedik, tak kisah la apa2 pun. Gambar? Tak payah la. Macam la handsome macam Brad Pitt asyik nak letak gambar boipren je dekat semua post kan? Cukuplah gambaran wajahnya tersemat di hatiku. (Sure ramai yang macam nak hentak monitor je sekarang :P).

Dah2, esok flight to KK pukul 5pm, abang saya yang hantar ke KL Sentral kot. Isnin meeting dengan consultant pukul 2pm, Selasa meeting dengan Sabah authority pukul 9 pagi and flight balik pukul 3pm. Saja bagitahu kat sini supaya En. Hanis yang manis take note bahawa beliau harus fetch saya kat airport time balik nanti. Haha.. Mesti dia bengang sejak kes ini.. (baca perenggan pertama sahaja).. Ok guys, nak packing ni.. Goodnite :)




11 comments:

  1. hoi2. nih mode gedik ke? hahaha.
    kak una, adik u. ehem,ehem. sebaya! awww!
    ;D

    tapi mst u xnak adik ipar gile cm i. hahahaha!

    ReplyDelete
  2. ok lah, kak una menang acara tajuk sape paling panjang.

    ReplyDelete
  3. Eh jap! PESAL PAGI AISHA PAKAI KOMPEK PAUDER ERHAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    grr! >:(

    ReplyDelete
  4. f.a.r.a.h:
    hahaha.. post i bilanya tak gedik, semua pun gedik :P well, i tak kisah sangat ada adik ipar gila macam u, tapi takut mak u lak yang tak boleh terima menantu gila macam adik i tu.. hahahaha!!

    humaira hadzarami:
    alamak, kantoi lak bagi Asha pakai compact powder ko. hahahaha! dah tu takkan nak bagi yg aku punya. mahal tau! wakakaka :))

    ReplyDelete
  5. na, tajuk x leh panjang lagi ke???
    hehehe...;p

    ReplyDelete
  6. aiseh! mak i x kisah la kak una. cincai kire. hahaha! :D

    ReplyDelete
  7. cop..cop..dr aritu aku nk tnye Brem Mall tu kt mana?mcm ner aku xtau kt area2 cni ade Brem Mall???kt mane wei?

    ReplyDelete
  8. celotehcomel:
    haha. macam tajuk drama indon je, yang orang tak tengok cerita pun dah tau jalan cerita sebab tajuk je pun dah bagitau semua jalan cerita. hehe :P

    princ3ofperlu:
    meh sini antina mekapkan, antina mmg suka mekap2 orang (muka sendiri tak terurus lagi nak mekapkan orang. haha :PP)

    f.a.r.a.h:
    betul ke? kalau gitu hantar la rombongan meminang adik i :D

    feeda:
    Brem Mall ni dekat dengan rumah kitorang. on the way nak ke Kepong tu.. ko duduk mana weh? ko pun dduk dekat2 Batu Caves ke?

    ReplyDelete
  9. owh..serius aku xtau n xpnh digembar gemburkan oleh kwn2 aku pun..aku pun dok area2 ctu gak..

    ReplyDelete
  10. feeda:
    yeke weh? ko dduk mana lak? leh la buat reunion blogger lepak2. eceh macam byk sgt je masa aku ni. tp Brem Mall tu ok la kalau sekadar nak wyg, karaoke and boling, kalau utk shopping2 xyah la. macam haram..

    ReplyDelete