expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 17, 2009

Nikmat sihat..

Hari ni tepat jam 5pm saya dah punch out balik, sebab nak kejar final bolasepak Malaysia lawan Vietnam. Bukan la saya minat sangat tengok bola, tapi saya taknak miss suasana tengok bola ramai2 satu family kat rumah yang biasanya memang sangat happening. I live in a big family remember? :) Seronok riuh rendah macam tu..

Sampai2 rumah tengok Oyah dah terjerit2 kemiangan bila laki si Rita Rudaini tu turun padang (-_-"). Anak2 buah pun ada sama menggedik2 dengan Acu mereka. Haih? Saya tukar baju je tak mandi pun, sebab suddenly saya rasa sejuk sangat, sejuk gila! Tapi saya gagahkan juga tengok TV dengan kedua2 tangan saya masuk dalam baju yang menampakkan kat lengan baju tu jadi macam hanging je..

"Eh mana tangan Antina?" Aina becok mula menunjukkan curiosity beliau.

"Tangan Antina dah kena potong tadi, kesian Antina.." ujar saya sambil buat muka sayu.

"Tipu.. Musti ada dalam baju Antina tu kan?" Aina berkata yakin.


*Musti=mesti. Mana jadah tah budak 5 tahun ni belajar cakap bahasa2 lama (-_-")


Lepas first half yang berakhir tanpa jaringan, saya mula menggigil semakin sejuk. Gigi saya mula bergetap, mama yang tengok pun pelik.

"Aku punya la panas berpeluh ketiak ni, kau menggeletar sejuk lak.."

Last2 saya cakap dengan Oyah,
"Weh nanti cerita la menang ke kalah, aku dah tak larat sangat ni.."

Terketar2 saya jalan masuk bilik dan terus panjat katil bungkus badan dengan selimut putih bunga biru saya dan selimut pink Oyah. Nenek saya yang sejak semalam ada sini mula bertanya macam2 pastu panggil mama.

"Anak kau demam ni Nah, bagi susu panas cepat.."

"Tak elok bagi susu panas pada orang demam la Mak.." Mama yang sangat praktikal dalam hal2 perubatan ni datang bawa kain sejuk dan ubat-ubatan lepas hampir terjerit rasa betapa panasnya badan saya.

Lepas makan ubat saya cuba lelapkan mata, tapi saya rasa sejuk yang teramat sangat sampai mengerekot lutut2 saya. Tak pernah saya rasa sesejuk tu seumur hidup saya. Maktok mula bercerita tentang cousin2 saya sambil baring sebelah ni tapi sayup je saya dengar suara beliau. Sejuk yang membunuh ni menyebabkan saya tak mampu nak keluarkan suara langsung. Masa tu mula terbayang2 banyaknya dosa belum taubat lagi, banyaknya jasa mama baba yang belum terbalas, ternampak imbasan saya jadi pelajar terbaik keseluruhan masa darjah dua, terbayang2 saya dengan bodohnya menangis teruk putus cinta, terbayang2 semuanya la.. Dan terbayang2 juga betapa banyak traffic light merah saya langgar kat Putrajaya masa berkejar2 nak pergi meeting dengan kementerian pagi tadi (-_-"). Dah nak mati ke aku ni? Maktok masih rancak bercerita. Ayat last yang saya dengar sebelum terlelap,

"Kau jangan jadi macam si polan tu, kau nanti cari la lelaki yang jaga solat..."

dan dunia saya mulai gelap....

Tapi tercerah semula sejam kemudian bila mama datang buka lampu dan gerak saya bangun.

"Elok sikit tak? Pelik la kau kerap sangat demam lately. Mama risau kena malaria je ni. Kau sejuk lagi tak?"

"Ok dah sikit Ma, first time Dikna rasa macam ni seumur hidup Dikna. Tak pernah sesejuk tadi, tu la sejam yang paling menyeksakan dalam hidup Dikna.." betul, saya tak tipu. Betul2 rasa macam dah nak mati..

"Macam tu la Mama rasa masa tumpah darah teruk nak lahirkan Oyah dulu, rasa macam dah sampai ajal.." Mama mulakan cerita sedih tu lagi.

Nevertheless, berkali2 saya dengar cerita tu pun airmata saya tetap mengalir gak. Duhh.. Saya memang cengeng (-_-")





11 comments:

  1. haihhh..lately ni,asik demam ja una...siannn..keje teruk sgt kot ni..so skrg dh ok ke ni?:p

    ReplyDelete
  2. tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

    ReplyDelete
  3. aku pon mcm tu..
    bile sakit sllu terkenang mcm2..
    pikir mcm2..
    ntah la..

    tk cre babe..

    ReplyDelete
  4. chepah: tak tahan kerja bawah aircond kot, ni patut hantar je kat site kat Kinabatangan tu baru berhenti demam2.. huhu..

    armouris: yup2, tahniah Malaysia! walaupun saya tak tahu sangat tentang bola tapi saya rasa diorang dah main dengan baik kot :)

    i'msosupernotcool: hmm.. tu la bila dah sakit baru la nak hargai nikmat sihat.. btw thanks bro :)

    ReplyDelete
  5. huish u nih. asek demam je kak una. x gagah btol. cmne nak jadi i nye idol nih. ;)

    get well soon!

    p/s : tp bile rase sejuk gile cmtuh, org ckp macam malaikat nak tarik nyawa. huhu. ;p

    seram x i cakap nih?

    ReplyDelete
  6. banykkn berselawat...

    hehehehehe..

    ReplyDelete
  7. f.a.r.a.h: tau tak dulu i punya antibodi sangat kuat tau! ada masa tu 5tahun tak pernah demam. ni sejak kerja ni jadi lembik lak.. tension betul :(
    tapi betul yang, kena solat taubat ni..

    Uncle H: ye betul, kena byk selawat dan istighfar.. tapi kan, macam kelakar lak bila dia ni bagi komen macam ni.. hehehe :P

    ReplyDelete
  8. haahah...kene hantar btol br tau...nnt demam trus la kot..demam rindu..ahhahah :p

    ReplyDelete
  9. chepah: huhu.. betul3. sana dah la banyak buaya, baik di sungai mahupun di darat.. haha :P

    ReplyDelete
  10. haha. dats y la org ckp bile da sakit baru nak ingat tuhan ek? hehe. ;p
    btw, pahal lak pakcik kery tuh dalam mode keislaman. haha. cm kelakar lak tgk. ;p

    ReplyDelete
  11. f.a.r.a.h:
    betul2. selalu macam tu.. bila dilanda musibah baru la nak ingat Tuhan. huhu teruk betul i ni.. erm.. i rasa Pakcik Kery tu dah insaf la sejak Awal Muharam hari tu.. bagus la.. sejuk perut mak dia.. hehe :)

    ReplyDelete