Thursday, December 24, 2009

Konon nak pergi tengok Avatar

Sepatutnya balik kerja hari ni plan nak tengok wayang. Dah lama tak dating. Tepat2 pukul 5pm Encik Hanis atau di zaman rempit beliau lebih dikenali sebagai Anep atau di zaman skater boy dipanggil Ciko dah datang tempat saya.

"Weh tak siap2 balik lagi ke? Avatar pukul 6 laaaaaa.." lepas tu berleter entah apa2 saya tak dengar pun sebab masa tu saya tengah fokus taip email panjang lebar kepada bos saya. Dah siap taip, dah check dengan manager saya, dah send, baru lah terhegeh2 nak siap2 balik. Nasib baik En. Hanis hari ni mood baik tak berapa nak berleter sangat. Penat kot 10 tahun asyik cakap benda yang sama je.

"Oyah ikut tak ni?" saya tanya, sementelah Oyah memang gemar mengacau daun hubungan percintaan kami.

"Entah, dia tak cakap apa2 kat awak ke?" soalan saya dibalas dengan soalan juga sambil mulut beliau terkumat-kamit menyumpah kereta depan yang tiba2 potong tak bagi signal.

"Laa.. Saya meeting kan tadi. Ingatkan awak dah deal dengan dia.. Ala esok je la keluar dengan dia.." saya membalas acuh tak acuh, malas nak pening kepala. Lagipun esok kami adik beradik dengan anak2 buah nak pergi tengok Alvin and The Chipmunks.

Sampai2 Times Square tengok orang beratur panjang gila dan tiket Avatar pun selling fast. Terus kami membatalkan niat nak tengok wayang dan berubah kepada aktiviti yang lebih menarik untuk dilakukan di saat2 baru dapat gaji ni... SHOPPING! :) Demi mengisi masa lapang saya terpaksa membeli 2 helai baby-T kat Giordano dan juga novel baru Dorothy Koomson, My Bestfriend's Girl. Saya dah tak ada bahan bacaan dah kat rumah, tinggal Breaking Dawn je yang belum baca lagi. Sejak saya dengar Robert Pattinson ni menyanyi terus saya turn off dah nak habiskan baca series of Twilight Saga ni.. Tak sangka ada juga orang yang macam saya, suara sumbang tapi nak juga menyanyi (-_-"). En. Hanis tak beli apa2, dia hanya mampu memandang saya membeli belah dengan pandangan sayu je, sebab duit dia dah habis setelkan hal rumah dan persekolahan. Hahaha.. Gelak jahat :P

Selesai acara menghabiskan duit, kami lepak Oldtown. Kami memang suka lepak sini, sebab sini ada wifi segala, and makanan pun sedap2.

'Duit dah cukup, bila ye nak pinang Husna ni..'
'Tapi kereta aku bau stokin, sanggup ke gadis secantik dia menerimaku seadanya?'
'Eleh, dia pun sama comot je dengan aku. Apa nak risau. Heheheh..'
'Dia tu bukan takat comot je, kereta pun calar balar belasah je langgar semua. Hahahahaha..'


Ni dah lebih ni brader!! Grr..


15 comments:

FAA said...

tahniah kepada abg R yang sedar kak una comot! hahaha. ;p

Adila Ady said...

macam kena je dialog tu ngan gambar..hehe..

chepah said...

hahahahah...lawak btol una wat story sendiri ngn gambo2 en hanis tu...tp, rugi una xtgk avatar tu..siyes best... :p

Husna Hadzarami said...

f.a.r.a.h:
mesti dia dah menyesal sekarang, tapi dah terlambat. hahaha :)

dila:
hehe.. membebel la En. Hanis baca post ni kang :)

chepah:
memandai2 sendiri je :P tu la, ramai orang cakap Avatar ni best.. nanti2 la tengok..

humaira hadzarami said...

hahahaha, kereta bau socks. hahahahahaa.

*ade pulak org yg kne halau x blh naik kereta die kang lepas ni.

Husna Hadzarami said...

aku ni dah sebati dah dengan bau kereta dia tu.. haha

Datuk Z said...

Macam pinang dikacip2 la korang ni.. yg part sama2 comot memang setuju sangat2.. :P

Husna Hadzarami said...

Datuk Z:
biar luaran nampak comot, asalkan hatinya suci.. wakakaka :))

Poppycock said...

saya mmg ensem dan hati suci

Husna Hadzarami said...

Muhammad Hanis:
yela saya comot, tapi hatiku suci dan keretaku wangi. hahahahahaha! :))

hans said...

wah,pakwe ekau nama hanis ke?
kimsalam dkt dia..
gtau nama aku dgn dia sama
hahahaha

weih,avatar still sold out ekk?
tapi mmg best filem tu
mungkin leh lawan kutipan titanic

Husna Hadzarami said...

hans:
hehe.. ok, nanti aku bgtau dia :)

tu la, best sgt ke avatar ni sampai asyik sold out je?
ni hari ni nak try pergi cari tiket lagi..
btw thanks drop by :)

hans said...

owh..tak der apa hal la...
best la
aku 1st day dah gi tgok

Husna Hadzarami said...

hans:
semalam aku pergi lagi cari tiket Avatar ni kat Cineleisure, pun sold out. apakah? ni yang membuatkan aku makin teruja nak pergi tengok ni. last2 aku download je kang..

Anonymous said...

aku knl hanis...cheeko bdk kpm branang...........