expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 28, 2009

Konon nak pergi tengok Avatar (bahagian 2)

Hari ni habis kerja En. Hanis ajak pergi tengok Avatar. Ini adalah percubaan ketiga kami untuk pergi tengok cerita yang digembar-gemburkan sebagai sangat best ni. Dua percubaan sebelum ni gagal sebab full house. Booking? Tak boleh, sebab kami guna VIP Pass so online booking is not allowed. Kena datang tunjuk pass and kalau ada seat yang best terus masuk je. Percubaan pertama kami berakhir dengan saya terpaksa berhabis duit shopping, percubaan kedua semalam juga gagal dan end up dengan kami terpaksa tengok cerita.... Ermm.. Tak boleh bagitau tajuk la.. Sebab semalam En. Hanis dah beria2 warning saya jangan tulis kat blog ni kami tengok cerita apa, dia cakap, "Malu la kalau orang tahu saya tengok Princess and Frog!".. Eh alamak, terbagitau lak.. Haha..

Tadi dah check online cerita Avatar ada pukul berapa, En. Hanis cakap nak tengok yang pukul 5.45pm.. Saya rasa beliau tadi terhantuk pastu hilang ingatan la.. Tak pun dia tengah demam.. Dia lupa agaknya kita ni kerja di Jalan Pudu.. Ingat sempat ke nak sampai Cineleisure tu on time? Habis kerja pukul 5, depan Puduraya tu dah kompem jem teruk, entah2 5.45pm tu kita masih ada depan office lagi tak gerak2.. *sigh*

Kalau pecubaan ketiga ni pun gagal memang saya takkan teragak2 untuk download je.. Senang..

Jangan terpedaya dengan imej sopan saya berbaju kurung, sebab rasanya masa ni saya tengah mencarut terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang melampau2 di Jalan Pudu..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Update at 10.40pm (heheheh.. :P)
Ermm.. Nampaknya saya macam terpaksa tarik balik kata2 saya kat second paragraph tu la.. Haha.. Sebab kami tadi keluar office sharp at 5pm, speed to Cineleisure, arrived at 5.35pm, terus pergi kaunter and dapat seat best for the the show of Avatar for 5.45pm.. Oh yeah! Macam gila bawa kereta memang la sempat, sepanjang perjalanan ambil lane paling kanan. Pergi asing2 tadi. Dah tu kalau tumpang dia, kereta saya nak campak mana? Overall Avatar ni memang best la, padan la asyik sold out je ticket.. Pergi la tengok cepat! Esok we planned nak tengok Sherlock Holmes. Gila agaknya hari2 nak pergi tengok wayang. Sebenarnya VIP Pass En. Hanis tu expired hujung tahun ni. So dah dekat nak hujung2 tahun ni memang kami guna habis-habisan la. Masuk 2010 ni takde dah tengok wayang free.. Huhu.. So siapa2 rasa nak menyemak kacau daun esok, jom la. Cineleisure Damansara okay! (Duit dalam wallet tinggal RM24.30 ada hati nak ajak semua orang)..


19 comments:

  1. baru nak puji "sweetnye ko berbaju kebangsaan", bila tgk jer kt bawah, tibe2 aku lak termencarut..hahahahaha!

    ReplyDelete
  2. hahahaha! peh abg R tgk Puteri (Farah) n katak (kak una). gile tak macho. hahaha. ;p *bagi bakar sket*

    ReplyDelete
  3. hahaha una katak hahaha krok krok krok...org besok baru nak gi tgk avatar..3d jgn marah~

    ReplyDelete
  4. hahha...encik hanis pon tengok katon eh..haha,ngamuk la dia nanti..rahsia terpecah.

    ReplyDelete
  5. at last...

    best kan..
    n sherlock holmes pon best..
    tp best lg muallaf kot..

    haha

    ReplyDelete
  6. xsempat lg nk tgk avatar..
    best ker??

    ReplyDelete
  7. feeda:
    puji la sweet, puji la.. hehehe..

    f.a.r.a.h:
    pesal u yang Puteri? ni boleh mendatangkan marah ni >:(

    princ3ofperlu:
    bestnya 3D, asalnya nak tengok 3D gak sebenarnya tapi takde seat la.. hukhuk

    dila:
    tu la.. saya dah cakap dah taknak, dia beria2 nak tengok gak Princess and Frog tu.. haih~~ (wakaka! :p)

    i'msosupernotcool:
    yeah, finally.. sherlock holmes tu adapatasi dari novel kan? ala mualaf dah ada copy dia dalam hard disk, eh kantoi lak buat piracy..

    zella:
    best, jalan cerita yang kreatif & tak terjangka. ada masa pergi la tengok :)

    ReplyDelete
  8. Huhu dengar cerita ada org tu gelak besar dlm panggung masa tgk PnF tu.. lepas tu siap nak hug Frog tu kat screen tapi ditahan oleh BF dia.. huhu dasyat2..

    ReplyDelete
  9. Datuk Z:
    abang jgn percaya cerita Hanis yang hiperbola tu. dia yg seronok sangat dapat tengok Princess & Frog tau.. betuuuuuuulllll.. ;p

    ReplyDelete
  10. wahhh
    g tgk movie pakai bj kurung
    ni la icon gadis melayu yg real! ;)

    ReplyDelete
  11. larasephia:
    hehehe.. tak cukup sopan santun lagi la saya ni :P
    tapi memang banyak kali dah jalan sana sini pakai baju kurung. En. Hanis cakap, "xpe la, mesti orang ingat awak pekerja government.."

    ReplyDelete
  12. nak peluk katak?huhuhuhu
    sanggup ker?

    ReplyDelete
  13. makcik keje government la...bkn pekerja government...hahaha

    ReplyDelete
  14. princ3ofperlu:
    tengok katak pun menjerit tak tentu arah, apa lagi nak peluk.. huhu..

    Muhammad Hanis:
    tumbukan padu ala2 sayang pernah rasa?

    ReplyDelete
  15. hahaha. u rasa ada ke bangla jadi puteri? hehehe. ;p jadi tak u nye plan nk tgk avatar tuh?

    ReplyDelete
  16. f.a.r.a.h:
    ko, Kery dengan Oyah ni ada pakatan underground nak jatuhkan aku ke?? grr... >:(

    ReplyDelete
  17. i rase pakcik kery yang aja budak2 untuk jatuh kan u! haha

    ReplyDelete
  18. apa kata, cium katak mana tahu tukar jadi bradpitt, menjerit anda haha

    ReplyDelete
  19. f.a.r.a.h:
    dia memang dengki, mentang2 aku lagi sofistikated dan fotogenik..

    princ3ofperlu:
    duhh.. jadi prince william pun i tanak.. bluekk!

    ReplyDelete