Friday, November 27, 2009

Hari ni beraya, esok kerja (-_-")

Selamat hari raya! And raya haji bagi kami sekeluarga biasanya disambut biasa saja. Saya pakai baju raya puasa hari tu je, tak ada nak semangat pakai baju baru pun. Pagi2 pergi rumah kakna, pastu pergi Jusco Wangsa Maju, malam pergi rumah Mak Jah sebab maktok ada kat situ. Tu je kot. Esok saya kerja, semua adik beradik sedara mara sahabat handai kutuk saya sebab kerja esok. Huhu.. Whatever la. Memandangkan alasan yang sering digunakan oleh rakan2 sekerja adalah seperti berikut,

"Ala korang kan bujang lagi, buat apa nak cuti lama2. Berkorban la sikit untuk yang dah berumahtangga ni"

Oleh yang demikian saya bertekad untuk segera meminang kekasih saya cepat2 supaya raya tahun depan kami tidak perlu lagi berkorban masuk office dalam pada semua orang masih bercuti. Apa pendapat awak sayang? Erm... tapi cakap kat mak awak jangan la letak hantaran tinggi sangat tau (-_-"). Dah2.. Sewel agaknya malam ni. Tapi saya rasa kalau dah kahwin pun, mereka akan tukar kepada alasan ni pulak,

"Ala korang 2-2 mana ada kampung. Setakat nak balik subang and kampung batu, buat apa nak cuti lama2.."

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............!!!!!!! Grrr....

Raya haji ni Arissa dengan Antina dah pakat nak pakai baju pink sama2 supaya kecomelan kami lebih setara. Itu adalah taktik licik kami setiap tahun untuk lebih menyerlah berbanding yang lain2. Tengok gambar bawah. Raya puasa tahun lepas sebenarnya tema kaler brown, tapi kami 2 orang je pakai kaler krim. Dan seperti yang dijangka, ramai yang mencemburui kecomelan dan gaya sofistikated kami. Hahaha =))

Aidilfitri 2008: Antina gojes vs Aicha vogue :)





2 comments:

FAA said...

harus ke u ckp u sophisticated? haha!

Husna Hadzarami said...

eyh awak ni.. harus lah! :))